Malu



Terpandang pokok2 semalu yang berselirat dan terbiar di sebuah padang, mengingatkan saya kepada sebuah kisah Rasulullah s.a.w. Diceritakan suatu ketika pernah Baginda berjalan-jalan dengan puteri kesayangan Baginda Sayidatiana Fatimah r.ha. Ketika melintas sepohon pokok tamar, kaki Sayidatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya itu berasa sakit dan berdarah.Fatimah bertanya kepada Baginda, apalah gunanya pokok seumpama itu tumbuh di situ?

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sifat pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut. Pertama, sifat pokok semalu yang mengucup ketika disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat. Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah. Ketiga, akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya. Keempat, semalu mengucup dgn sendirinyaapabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t ini seperti mengingatkan kepada kaum wanita supaya pulang dan duduklah dirumah ketika hari hamper gelap.

Oleh itu kita perlu ada rasa malu dalam keadaan tertentu. Bagaimana untuk mengekalkan rasa malu? Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu. Jika tiasda rasa malu terhadap Allah dan Rasulnya sekurang-kurangnya rasakan malu terhadap diri sendiri. Sekiranya masih tiada rasa malu, bersedialah dengan apa yang Nabi s.a.w. pernah bersabda “apabila kamu tiada rasa malu,maka berbuatlah sesuka hati kamu”. Rasulullah juga perndah bersabda bahawa sesungguhnya Allah s.w.t apabila hendak membinasakan seseorang, maka dicabutkan rasa malu orang itu. Semoga kita tidak masuk dalam golongan ini.