Thursday, September 17, 2009

kad Raya unTuk kAlian



assalamualaikum w.b.t

insyaAllah beberapa hari lagi kita akn menyambut bulan syawal...

dikesempatan ini, sy nak wish selamat hari raya aidilfitri minta ampun dan maaf kepada

rakan2ku kalau ada tersalah cakap or ape2 jew yang xbtul dan membuatkan kawan2 sumua

marah or terasa. Maklum la, sy ni manusia biasa yang xsempurna.

So skali lagi sy mohon ampun and maaf.

SelamatHariRaya Aidilfitri MAaf Zahir dan Batin.

p/s: rakan2

0-siapa saja yang mengenali
1-pelajar UTM
2-budak2 SET
3-budak matrik Perlis (KMP)
4- kwan2 s.m.Teknik Alor setar(astech)
5- kawan2 s.m.t.laksamana
6-kawan2 s.m.a.raudhatul ulum
7-sahabat2 di s.r.haji mohd shariff
8-sahabat2 di tadika masjid zahir

Tuesday, September 15, 2009

sekitAr suRat cinTa darI LANgIT













ASsalamualaikum w.b.t,

Pertama sekali bersyukur kehadra Ilahi kerana dengan limpah kurnianya program ini berjaya

dilaksanakan.Untuk makluman semua, program ini adalah program anjuran Kelab Iqra' UTM

skudai.Tajuk yang disampaikan adalah mengenai 'surat cinta dari langit'. Apa yang dimaksudkan

dengan surat cinta dari langit??? nak tahu, beh download rakaman ceramah di sini.

Alhamdulillah, ramai pelajar2 lelaki dan perempuan yang hadir pada petang itu. Ceramah

bermula sekita pukul 5.30 petang dah berakhir pada sebelum pukul 7.00 ptg. Selepas itu, kami

berbuka bersama2 di tingkat bawah MSI(Masjid Sultan Ismail). Untuk maklumat, penceramah

pada ptg itu adalah ustaz Pahrol Mohd Juoi. Siapa dia? rujuk post sebelum ni. Rasanya itu saje

kot...ok..tq

wasalam.

Sunday, September 6, 2009

Surat Cinta Dari Langit


Siapakah Ustaz Pahrol Juoi?

Mari kita melihat sedikit biodata beliau...

Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961. Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...