Musim kenduri...








Asslamualaikum w.bt. dan salam satu Malaysia…huhu..agak skema..

Entry kali ni agak tidak mempunyai isi penting apa2pun..just nak cerita ja…hihihi

Seperti yang kita tahu, time2 cuti sekolah macam ni memang banyak sangat kenduri. Mcm2 jenis kenduri ada yang kahwin, berkhatan, dan xlupa juga kenduri korban.. bulan ni, boleh jimat duit la…hahaha..

Nak dijadikan cerita, ada skali tu samapi 5 ,6 kenduri… jenoh bak kata org kedah…hahaha… tapi dan p 2,3 ja…hmmm….sory kpd yang lain….

Tapi aritu time bru je sampai umah dari cuti sem, ada kenduri sepupu… kenduri ni mmg la kena pergi..sepupu rapat katakn…tugas ak aritu amik gambor je..so xsusah sgt la…tapi nervous gak sbb first time amik gambar kawin..yang paling qhisau, ak la yang jadi main cameraman utk aritu…takut pon ada..buat2 gambar tak cantik, kesian kat pengantin..heheh..ak bknya pro sgt…just tekan2 ja… tapi apa2 pon ak cuba setakat mana mampu… akhirnya Alhamdulillah, ok la… tapi xde la nak standing mcm cameraman yang pro2…ini la beberapa hasil gmabar camera pinjam.. credit to abg ipar sbb bg pinjam camera… huhuhu


Malu



Terpandang pokok2 semalu yang berselirat dan terbiar di sebuah padang, mengingatkan saya kepada sebuah kisah Rasulullah s.a.w. Diceritakan suatu ketika pernah Baginda berjalan-jalan dengan puteri kesayangan Baginda Sayidatiana Fatimah r.ha. Ketika melintas sepohon pokok tamar, kaki Sayidatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya itu berasa sakit dan berdarah.Fatimah bertanya kepada Baginda, apalah gunanya pokok seumpama itu tumbuh di situ?

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sifat pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut. Pertama, sifat pokok semalu yang mengucup ketika disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat. Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan diri. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah. Ketiga, akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya. Keempat, semalu mengucup dgn sendirinyaapabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t ini seperti mengingatkan kepada kaum wanita supaya pulang dan duduklah dirumah ketika hari hamper gelap.

Oleh itu kita perlu ada rasa malu dalam keadaan tertentu. Bagaimana untuk mengekalkan rasa malu? Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu. Jika tiasda rasa malu terhadap Allah dan Rasulnya sekurang-kurangnya rasakan malu terhadap diri sendiri. Sekiranya masih tiada rasa malu, bersedialah dengan apa yang Nabi s.a.w. pernah bersabda “apabila kamu tiada rasa malu,maka berbuatlah sesuka hati kamu”. Rasulullah juga perndah bersabda bahawa sesungguhnya Allah s.w.t apabila hendak membinasakan seseorang, maka dicabutkan rasa malu orang itu. Semoga kita tidak masuk dalam golongan ini.

n-busiNess


Assalamualikum w.b.t.

Alhamdulillah setelah sebulan berperang dgn exam akhirnya tanggal 11/11/09 tamat sudah peperangan yang bersifat sementara.knapa sementara?? ye la, sem depan ade lagi finale..InsyaAllah.hihih..

Ape plak n-business?ok. dipendekkan cerita, n-business adalah blog khas yang telah dibuat dimana singkatan namanya diambil dari perkataan nabil business..hehehe..ok,tujuan utama untuk memudahkan sesiapa saja yang berhajat nak menjual or nak membeli ape2 barang yang terdapat di dalam blog tersebut..

Cmna nak jual?ok.mudah saja cuma email kepada admin blog untuk mendapatkan borang dan syarat2 jualan..mudah kan?tapi email dia ape? email dia mcm biase je, nabil_1017@yahoo.com. Tapi ingat, xsemua barang boleh jual. Ape2 pon pihak admin akan membuat filtering process sebelum sesuatu barang dijual..

kalau nak ke blog tadi, just klik dkt gambar yang warna unggu tulis n-business tu jew..ok
itu saje untuk kali ini...

salam...