Friday, January 22, 2010

Ada JUgak anAk mAcam ni...!!!

salam...
entry dibawah ni dicopy dari utusan malaysia..
tujuan saya paparkan entry ni sbb saya rasa perlu sangat berkongsi cerita yang agak menyedihkan..so, saya berharap semua rakan2 ku bukan jenis spesis yang macam nie..
selamat membaca..


Si Tanggang moden dari Sarawak?


Tumi Wongsoruju ketika berada di Balai Polis Seri Kembangan, Serdang, Selangor, semalam.


SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.

Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.

Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.

Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.

Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.

Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.

Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.

Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.

Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.

"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.

Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.

"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.


p/s: creditu tu utusan malaysia...

sedikit perkonsian utuk kita hayati..wasalam..

entry lain di blog [shazwanie]

k..



15 comments:

joegrimjow said...

ishhh
mmg melampau
ingt da xde
ada lagi camni

Cik Puan Drunbella said...

ekceli byk jer kes mcm neh kat luar sana.
cuma kurang pendedahan.
kepada anak-anak yang buat prangai mcm neh, trime jer lah azab nanti.
ummmmmm.
=___=

nabil said...

to joegrimjow--> itu la..melampau betul...macam2 berlaku skrung nie...

nabil said...

to Cik Puan Drunbella--> banyak ke??mungkin berita tak siarkan kot..jarang nak dgr kes cmni..itu la pasal..jgn main2 dgn doa seorang ibu..k

elyana said...

dah ssh nt bru reti nk balik. dasar tak kenang budi. tu la die.ok adik2 jgn jadi ibarat kacang lupe kulit yeh.ki3x~

Che Li said...

aku pun risau la, sebab sekarang bende macam nie dah biasa berlaku.. ape dah jdik dengan sistem kekeluargaan dan agama kat Malaysia nie ek.. atau dah semakin hampir sangat nak kiamat..

Anak Johor said...

kisah yg boley dijadikan pengajaran kita semua...

Janganlah kita tumpahkan walaupun setitis air mata ibu.
Kerana setitis air mata kesedihan ibu mengalir kerana tindakan kita
segunung dosa yang akan kita tanggung.

Renung-renungkan lah.

pudding pie said...

apehal la dgn anak mak cik tu?

malu sgt ke sampai macam tu sekali
sejahat-jahat aku
takde la buat camtu kot
insyaallah la

ELYN said...

sampai hati betul @.@ aku harap tak jadi mcm tu oh..sekarang byk konflik dlm keluarga..haih T_T

superb girl said...

salam..
astaghfirullah..
smpi hati dia buat cm tu..
xkeng budi lgsung!!
minta2 la dijauhkn..
AMIN..
moga2 dia insaf..
AMIN..

nabil said...

semoga kita tidak tergolong dalam golongan macam nie..k
amik pengajaran dari apa yang telah berlaku...

papabear said...

kurang ajar punya budak!

Anonymous said...

pengkritik bebas (aman):
ni lagi kurang ajar..kepada rakan2, ajak rakan2 kita yg lain utk solat hajat memohon kepada Allah supaya dibuktikan kekuasaan Allah kepada manusia2 durjana yg telah mencaci agama Allah dan pesuruhnya Muhammad s.a.w. Kita tak mampu nak mengangkat pedang mahupon AK-47 utk melawan, setakat kutuk kat intenet je apa dapat?? mcm bagus la kalau dapat komen mcmni "kita mengecam keras pihak terbabit"..ceh..boring daaa.. at least kita mampu lakukan something..berdoa dan bermunajat kepada Allah..itu saja yg kita mampu sebagai manusia yg lemah imannya.. sebar2kan lah..

ni laman anak sial tu http://beritamuslim.wordpress.com

Hot Mama said...

teruk betul ank itu.. nauzubillah jgn lah kite jd cam tu

Zala Wajik said...

memang dah melampau suami isteri tersebut! :( kesian si nenek :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...