Friday, April 23, 2010

Info Jumaat: Sejarah Azan


Assalamualaikum w.b.t kepada semua rakan2 bloggers..Apa khabar semua?

InsyAllah, untuk meningkatkan lagi kualiti blog ini, saya cuba untuk menyelitkan beberapa slot dimana slot ini akan thabat(konsisten) sepanjang minggu dan berterusan.. Salah satu slot adalah info jumaat dimana article2 islami akan di post pada hari jumaat. Pada masa yang sama, saya juga bercadang menabah satu lagi slot iaitu khutubah hari ini dimana entry ini juga akan di post pada hari jumaat diambil bedasarkan khutubah yang didengar. Walaubagaimanapun, saya hanya merancang dan Allah adalah sebaik2 perancang.

Berbalik kepada tajuk hari ini adalah sejarah azan. Kita dulu semasa zaman persekolahan kita belajar pasal sejarah. Tapi sejarah tanah air, sejarah merdeka dan macam2 lagi..Tapi tak pasti sama ada sirah tentang sejarah azan telah belajar belum. Kepada yang dah tahu, anggap la sebagai satu tazkirah. Di dalam surah Az-zariyat ayat 55, 'Dan tetaplah memberi peringatan , kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin'.

Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan di Madinah pada tahun pertama hijrah. Ini bedsasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan muslim daripada Abdullah bin Umar r.a yang bermaksud,

"Semasa orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkira waktu azan dan pada masa tu xda orang yang nak menyeru sembahyang.Pada suatu hari, mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka:' ambillah naqush(loceng) seperti naqush orang2 Nasrani(kristian)."

Berkata sebahagian yang lain pula: "(Ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.' Lalu umar berkata, ' Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang."

Hasil perbincangan itu terdapat beberapa cadangan seperti mebunyikan loceng, meniup trompert , mengebarkan bendera dan menyalakan api di atas bukit.
Semua usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat2 lafaz" telah datang waktu solat". Cadangan Umar ini diterima oleh Rasulullah tetapi dengan sedikit perubahan.Lafaz 'telah datang waktu solat ditukar kepada 'assalatul jami'ah' yang bermaksud marilah solat berjamaah.

Dalam hadis lain telah diceritakan tentang mimpi Zaid r.a yang berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng...Perbualan Zaid dengan seorang lelaki itu telah membawa satu solusion kepada cara utk azan.Keesokkan paginya, Zaid menceritakan tentang mimpinya itu kepada Rasulullah. kemudian Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya mimpi mu itu benar'.

Walaupun azan disyariatkan oleh mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia.Sebaliknya diperkuatkan lagi dengan wahyu. Saya rasa itu je utuk kali ini..

wasalam...

References: Solusi/Bacaan

8 comments:

Armyrule said...

wah...nice info bro...tq2

miss lolly a.k.a luvfareda said...

siyes. s0 nice.

tengs ssharing :)

syahirul said...

huhu good info... pernah baca before this :P

sebelas said...

insaf...



http://nomborsebelas.blogspot.com/

nabil_potter said...

Armyrule

welcome :P

nabil_potter said...

miss lolly a.k.a luvfareda

welcome miss lolly... :P

nabil_potter said...

syahirul

bagus la...heheh

nabil_potter said...

sebelas

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...