Info Jumaat 4 : Kisah Tiga Sahabat

Salam kepada semua rakan bliggers tak kira dimana kamu berada..

Alhamdulillah, seperti di minggu2 lepas, info jumaat  berjaya dilaksanakan kecuali pada minggu lepas diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan kerana blog saya under renovation..

Pada minggu ini, saya nak bawakan satu kisah tentang 3 orang sahabat yang mana tajuk panjangnya adalah ikhlas 3 sahabat.Seperti biasa,  hidup tanpa sahabat ibarat hidup tanpa dunia..Ye ke? heheh...Mungkin ya, mungkin tidak..Bukan apa, seperti zaman Rasulullah dulu, baginda memerlukan sahabat untuk menyebarkan dakwah..Tapi, pada masa kini, sahabat juga diperlukan..Ada yang menggunakan sahabat sebab untuk mendapatkan sesuatu kepentingan dan mungkin ada juga yang ikhlas bersahabat.

Rasulullah S.A.W mengkhabarkan kisah tentang 3 orang sahabat dari bani Israel. Mereka bertiga ini sedang dalam keadaan bermusafir bersama-sama. Di dalam perjalan mereka, tiba2 awan berubah menjadi gelap..Gelap yang digambarkan adalah seperti nak hujan lebat..Seperti biasa, kalau nak hujan tu, mesti la nak cari tempat teduh..Kalau org naik moto, kalau nak hujan , mesti berhenti tepi jalan untuk pakai baju hujan..kalau ada payung, dah bersedia untuk buka payung..Tapi 3 orang sahabat ni bukan naik moto ka ape, so diorang berhenti berteduh didalam sebua gua..Tak pasti plak gua apa..tapi yang pastinya bukan gua kelam la..hehehe..

Ketika mereka berada didalam gua tu, tiba2(muzik suspen)  batu yang sangat besar menutup pintu gua dan menyebabkan mereka tidak boleh keluar. Mereka dalam keadaan buntu dan pertolongan mereka hanyalah mengharapkan inayah daripada Allah.' apa kata kalau kita guna amalan kita yang ikhlas untuk membebaskan diri dari malapetaka ini' ujar seorang daripada mereka.Kawan2nya yang lain hanyalah bersetuju.

Lelaki pertama berkata, ' Ya tuhanku, engkau tahu ak cukup tetarik dengan sepupuku.Pada suatu hari aku melihat dia bersendirian.Oleh itu ak ingin melakukan perbuatan keji terhadapnya.sepupu aku berkata 'wahai sepupuku, takutlah Allah dan jangan cemari kesucianku'. Mendengar sepupuku berkata demikian, aku pun segera membatalakan keinginan jahatku.Ya tuhanku, andai itu amalan ku yang benar2 ikhlas dan dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaanMu, maka jauhilah kami dari kesusahan dan api neraka.'

Kemudian mereka menyaksikan batu besar itu mula bergerak sedikit dan ada sedikit cahaya yang masuk.

Lelaki kedua pula berkata, ' oh tuhanku, engkau tahu bahawa aku mempunyai ayah dan ibu yang terlalu tua, hinggakan badan mereka bongkok akibat usia mereka yang lanjut.Aku selalu menziarahi mereka. Pada suatu malam, aku datang untuk menziarahi meraka sambil membawa makanan.Sebaik memasuki bilik, aku dapati mereka sedang nyenyak tidur.Oleh kerana aku tidak mahu menganggu mereka, aku menghabiskan masa malamku dengan mereka dan makanan masih dalam tanganku. Tuhanku, andai itu dilakukan mengharap semata-mata mengharap redhaMu, maka keluarkan kami dari sinisan selamatkan kami'.

Sekali lagi mereka menyaksikan pintu gua mereka berkuak sedikit.

Manakala lelaki ketiga pula berkata, ' wahai yang maha mengetahui, engkau tahu bahawa ada seorang lelaki yang pernah berkerja denganku dulu. Apabila tamat pekerjaanya, aku membayar gajinya, namun dia tidak berpuas hati dengan bayaran tersebut dan berlalu pergi meniggalkan tanpa amik gajinya. Aku mengambil wang tersebut dan membeli seekor kambing. Aku memelihara kambing itu sehingga beranak-anak dan membentuk sekawan kambing. Selepas seketika, lelaki tersebut datang untuk menuntut gajinya balik dan ak menunjukkan sekawan kambing miliknya. Dia mengambil kambing tersebut dan berlalu pergi. Ya tuhanku, andai itu amalan ikhlas di sisi-Mu, keluarkanlah kami dari kebingugan ini.'

Kemudia batu itersebut beralih sepenuhnya dan mereka berjaya keluar dengan gembira.

Wasalam.

p/s: sekadar renungan dan pengajara.
p/s: references: solusi

1 comment:

Anonymous said...

majalah solusi.
^^