Malaysia tumpas di tangan Jepun. Apa kata anda?


Salam Alaik kepada semua rakan2 bloggers dan salam 1 malaysia...

Petang semalam tengok tak perlawanan badminton piala Thomas antara Malaysia dan Jepun?Kalau tengok, mungkin anda boleh bagi sedikit pandangan dan pendapat tentang perlawanan semalam..Kalau dibacakan akhbar2 tempatan hari ni, banyaknya yang tulis,’ skuad Malaysia memalukan’, kekalahan beregu no2 negara petanda kekalahan Malaysia dan macam2 lagi..

So kat sini saya nak bagi pandangan peribadi tentang perlawanan semalam..

1- Pada perlawanan semalam, Datuk berjaya menampilkan gaya perlawanan yang menarik dan penuh bertenaga. Raut wajah datuk semalam menampakkan keyakinan yang terdapat pada dirinya.

2- Beregu No1 negara juga Berjaya mempamerkan aksi penuh bertenaga.

3- Aksi pemain Negara wong choon han agak slow dan menampakkan ketidak yakinan dia terhadap diri sendiri. Lincah untuk bermain net. Tapi dia gagal untuk menguasai gelanggang dengan baik menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan bermain secara aggressive.

4- Beregu No2 negara mempamerkan aksi yang kurang betenaga. Mereka secara fizikalnya menampakkan kurangnya keyakinan diri. Bermain dengan emosi sememangnya sukar untuk menindas pihak lawan.

5- Hafiz mampu untuk menang dengan lawan. Dari atas kertas, menammpakkan hafiz telah menang.Tapi di atas gekanggang, apa2 pon boleh terjadi. Hafiz banyak bertahan dan kurang untuk menyerang. Anda mampu melakukan..

Walaubagaimanapun, bak kata Datuk Lee, mereka semua bermain dengan baik.Tiada siapa pun yang mahu kalah ketika beraksi di gelanggang. Betul tu datuk..Kepada pemain2 negara yang akan beraksi pada petang ini bertemu dengan Denmark, kami Rakyat2 malaysia mengharapkan persembahan yang menarik. Kami sentiasa member sokongan pada pasukan Negara. Kalah dan menang adat permainan. Berusahalah semampu mungkin demi Negara yang tercinta. MALAYSIA BOLEH!

p/s: Pandangan ini hanyalah pandangan peribadi dan tiada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

p/s: Siapa pun berhak beri pandangan walaupun bukannya pemain badminton terkemuka.

p/s: gambar dari En google.

14 comments:

.::WaNiE::. said...

sy tak kata apa2 sbb tak tengok

hehehehhhe

Unknown said...

tak nak komen apa2..sakit hati betol tgk semalam..dah la beregu kalah, solo pun kalah...apa daaaa!

Farah MR said...

memang memalukan la beregu no 2 tu..macam nak nangis je tgk diorg main..hafiz plak,wpun kalah tp at least dia lawan bersungguh2..

hans said...

betul tu
semua ada pandangan masing2

Hairun Azmi said...

Kekalahan yang memalukan...Choong Han perlu di gugurkan dan bergu kedua perlu di bubarkan...

Nanda Maresia no preya wa hontodo hetta desu..

jfook said...

Alll the best to Malaysia team. :)

MrPayid said...

hafiz lawan smlm main2..geram aku tgk

Kujie said...

ramai juga yg tido sesak napas....geram

chenta said...

ramai je emosional skrg psl badminton ni..huhu

Bukan Eciz said...

yg hafiz tu. saya terasa dia ada masalah kot. mcm lembik sangat. ada peluang smash, dia tak buat. hmmm. geramnya bila tgk jepun tu melutut gembira. apa2 pun, saya tawuu MALAYSIA MEMANG BOLEHH!

NISECA suka merapu

CinnamonChoc said...

sedih sgt sbb ketumpasan ituuu~

kacang said...

Datuk lee chong wei best=)

sikap fairuz memalukan negara.

najihah said...

saya tak tgk..

doakan mereka dan sokong dari belakang..

majulah sukan utk negara :)

saya folow anda ya!

Kisah Sayang Safuraa said...

tgk jap smalam..pastu tertido..huhu..tapi perlawanan datuk lee memang best..nobody can't challenge him..