Tuesday, May 25, 2010

Rancangan Imam Muda Dah start, tapi Astro Oasis tak boleh buka lagi..Brapa lama mahu update da....


Salam kepada semua rakan bloggers tak kira dimana kamu berada..

Seperti abg ben, entry ni, InsyAllah merupakan entry penutup untuk malam ini...Apa yang nak story malam nie adalah mengenai satu program baru yang mendapat perhatian masyarakat kini..Hari sabtu lepas kalau tak salah dah berakhir satu program realiti Akademi fantasia yang dah kurang mendapat perhatian orang..Disamping banyaknya program realiti ni, Alhamdulillah timbul kesedaran pihak Astro untuk buat satu program kearah kerohanian..Tahniah untuk pihak Astro terutama Astro Oasis..

Sedikit perkongsian tentang program Imam muda ni..Ada sesetengah orang tidak tahu lagi ada program ini...Kita tak boleh nak salahkan sesiapa sebabnya bukan semua org kat malaysia ini ada astro..Betul???ok. Untuk pengetahuan kepada yang belum tahu, rancangan ini adalah terbitan Astro Oasis iaitu di saluran 106..Rancangan ini berlangsung selama 3 bulan dengan 34 episode.. Dengan bertemakan slogan ' Satu penemuan...sebuah perjalanan sejati' , program ini insyAllah tanpa undian sms seperti program realiti lain..

Program ini bermula pada petang ini dan esok pada pukul 6.30 petang di saluran 106. Program pengenalan dan bagaimana calon2 melakukan proses tapisan akan dilangsungkan di 4 saluran antaranya di saluran 104 dan juga 115 kalau tak salah saya la..Secara ringkasnya, apa yang saya tahu, audition telah diadakan di 4 buah negeri iaitu Kedah, Terengganu, KL dan JB...Jumlah kesemua yang datang tak da la ramai seperti Af..tapi alhamdulillah lebihkuran 1000 calon telah hadir untuk sesi temuduga...Saya tak sempat nak pergi aritu..(yo ke)heheh..

Rasanya itu saja untuk malam ini...Kalau ada tersalah fakta harap dimaafkan yew...Selamat malam...Zasss....

p/s: kpd pihak astro, saya dah promote ni...eheheh..
p/s: sedih sebab masih lagi tak leh buka chanel 106..why!!!!(lihat entry ini)

5 comments:

Ery Farieha said...

hoho
aku pun teringin nak tgk
=D

Wanie Azeera said...

uish, rugi nabil x g :p

Ann said...

erm bgus lah rancangan2 ni wujud...

n.a.n.a said...

sedihnye xdpt tgk. xde astro kat umah sbb mama xmo pasang :(((

Md Nasir said...

sempat gak tgk semalam kat oasis audition kat terengganu & kedah..mmg baguslah rancangan nie..credit to astro!!

http://www.stormreaders.net/mNasir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...