Friday, June 18, 2010

Info Jumaat 5 : Keistimewaan Makkah

Salam kepada semua bloggers..

Alhamdulillah, setiap jumaat kalau diberi kesempatan, saya akan publishkan 1 entry yang berkaitan dengan pelbagai tajuk yang mana akan memberi sedikit info kepada anda semua..Untuk tajuk pada minggu ni adalah tentang keistimewaan Makkah.
Makkah turut dikenali dengan panggilan " Rumah Allah"..Makkah juga merupakan kota kelahiran dan perlantikan penamat segala Nabi iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Rukun islam yang terakhir adalah menunaikan Haji di mekah.,so, Makkah ni merupakan tempat ibadah seluruh umat islam.
Keistimewaan lain adalah Makkah merupakan tempat yang mana diharamkan orang bukan islam untuk masuk atau menetap di dalamnya..Di Makkah juga, terdapat banyak spot yang dimakbulkan doa hamba-hambanya..Tempat ini jugak dijadikan Allah sebagai tempat yang aman hinggakan mana-mana jiwa yang berkunjung ke sana pasti akan merasa aman dan rindu untuk kembali lagi.

Tempat ini juga merupakan tempat yang telah disyariatkan ke atas Muslimin untuk melakukan ibdah tawaf mengelilingi Kaabah..Tempat ini juga adalah satu-satunya tempat yang yang diperintahkan oleh Allah untuk mengunjungi sekiranya mampu dari segi fizikal dan kewangan..Makkah juga mempunya satu masjid yang mana pahala solat di masjid ini digandakan pahalanya 1000 kali ganjaran pahala.Masjid ini adalah masjid al-Haram.

Keistimewaan Makkah juga antaranya tempat yang Allah berikan balasan kepada sesiapa jua yang berniat jahat walaupun belum melakukanya..Untuk makluman juga, Makkah juga adalah tempat yang dijaga oleh Malaikat hinggakan tidak dapat dimasuki oleh dajal. Ia juga merupakan kiblat umat islam hingga akhir zaman..Satu fakta menarik adalah, makkah merupakan pusat bumi yang sebenarnya walaupun kini barat mendakwa bahawa garisa Meridian merupakan pusat bumi.

Itu saja untuk minggu ni..Kalau ada tersalah info, boleh tinggalkan diruang comment..Salam..

6 comments:

Amir Izzat said...

salam,

info yang menarik...bertambah juga ilmu semasa cuti nie.haa..makkah pusat bumi? wah..baru tau laa....tq.

fika79 said...

likeee sangat!!

Yorke Kun said...

satu saja aku tak suka pasal tempat ni..terlalu sangat peminta sedekah yang menipu..tmpat macam ni pn msih ada yg brani buat dosa..adeh!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

terhingin sgt nak p mekah :)))

Liyana said...

setuju dgn yorke kun.


+ dan ada jgak yang brani curi barang jemaah haji..

sujairi.s said...

wah.. kalau lah macam ni semakin mudahlah saudara mara seislam menunaikan haji dan umrah.. baguslah.. x membebankan orang2 yg sudah berumur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...