Tuesday, July 27, 2010

Biasiswa Politeknik JPA 2010

Assalamualaikum kepada semua readers dan sahabat bloggers..

Alhamdulillah, demam saya dah semakin sembuh..So, dapat la untuk update 1 entry untuk anda semua..Baru2 ni saya ada postkan pasal biasiswa Jpa kan?So hari ini adalah biasiswa politeknik jpa 2010.kepada yane mempunyai, adik2, kakak2, atau pun jiran2, boleh la sebarkan tentang iklan ni..tak rugi pun kalau kita bagi org tahu pasal biasiswa ni..

Saya tak nak perkara yang sama jadi kat saya.Kalau dulu, ada ja biasiswa ape2 pun, semuanya diam tak nak bagi tau kawan..Bila dah tau pun, esok adalah tarikh tutup..kadang2 tu agak tertekan jugak..Tapi tak pe, dah diorang jenis cmtu nak buat cmna kan..dah faham dan buat2 paham je la..So, berikut adalah detail pasal biasiswa ni :
***************************************
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2010 mulai 27 Julai ini. Para pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2010/2011 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.
Bidang Tajaan
Semua bidang diperingkat diploma yang ditawarkan di politeknik bagi sesi 2010/2011.
Syarat Permohonan
Calon yang layak memohon adalah;
1. Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2009/2010 atau pada bulan Julai sesi 2010/2011
5. Pelajar SPM lepasan 2008
* Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
* Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain
6. Pelajar SPM lepasan 2009
* Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
* Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:

1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;
1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
2. Elaun buku RM400 setahun
3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
4. Elaun kertas projek RM150 setahun
5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.
Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.
Kontrak
Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.
Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.
Permohonan
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA Sesi 2010/2011 mulai 27 Julai 2010.
2. Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
3. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
4. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
5. Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”.
6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 2 Ogos 2010.
Pertanyaan

1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552 atau e-mail kepada esila@jpa.gov.my.
2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi Syarat-syarat Permohonan Program Biasiswa Politeknik 2010 dan di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

********************************

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...