10 Faktor Menjadi Seorang Jutawan !

Assalamualaikum wbt dan asalam sejahtera buat semua pengunjung blog ni..

Kalau ditanyakan soalan, siapa nak jadi jutawan? semua akan menjawab mahu untuk menjadi jutawan..Saya pon termasuk la dikalangan org yang mahu menjadi jutawan..hehehe..tapi untuk menjadi seorang jutawan bukan semudah ABC..kalau mudah untuk menjadi jutawan, mesti ada yang pelik la disitu..

Menurut buku The Millionaire's Mind tulisan Dr.Thomas Stanley, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan.Berikut adalah faktor menjadi seorang Jutawan.Bukan Jutawan Power Root ni..ni betul-betul jutawan..hahaha..

1. Jujur dengan Semua
Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat yang terpuji ini biasanya disenangi dengan semua orang.Jujurlah dengan sesiapa saja pelanggan kita, jiran, kenalan dan orang ramai.Oleh sebab itu, jujur merupakan faktor utama untuk mencapai kejayaan seorang Jutawan.

2. Berdisplin
Selalunya kalau syarikat yang baru diteroka, kita lah akan menjadi Bos. Manjadi seorang bos sangat memerlukan disiplin..Kalau jadi bos, pergi kerja pon ikut suka, susah jugak la untuk berjaya.Bos biasanya menjadi contoh kepada orang-orang dibawah.Kalau bos tak da disiplin, jgn harap la bos nak boleh tegur anak buahnya dengan mudah..huhu

3. Mudah Mesra
84% daripada kejayaan seseoarang bergantung kepada mereka yang berada disekeliling. Untuk menjadi seorang jutawan, mempunyai personaliti yang mesra dengan orang lain merupakan satu keperluan yang dimestikan. Ini akan membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

4. Pasangan yang Memahami dan Menyokong
Pepatah mengatakan bahawa, " behind every successful man, there is a woman." Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting untuk mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 200%.

5. Bekerja Lebih keras berbanding dengan Orang Lain
Untuk menjadi seorang yang berjaya, sesorang perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain. Orang kebanyakkan menghabiskan masa kurang 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing.

6. Mencintai Karier dan Perniagaan
Mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. tidak kisah sama ada makan gaji atau keja sendiri, yang pasti minat.
7. Mempunyai Kualiti Kepimpinan yang Tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin .Golongan inilah sering kali berada teratas dalam industri masing-masing.

8. Mempunyai semangat Persaingan yang Tinggi.
Dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing sama ada dalam perniagaan atau dalam dunia koprat.Persaingan yang baik mampu menaikkan semangat ingin berjaya di dalam bidang yang diceburi.

9. Cekap dalam Pengurusan
Mencapai tahap jutawan bukanlah one man show. Sering kali memerlukan bantuan org lain. Seorang jutawan perlulah cekap untuk pengurusan diri dan juga bijak menguruskan syarikatnya.

10. Kemahiran Menjual Produk Idea Sendiri
Memang secara faktanya, kebanyakkan jutawan adalah dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan yang berkaliber, kebolehan seseorang itu menjual produk baru dan idea yang mantap mampu menjadikan seorang jutawan yang disegani.

p/s: dipetik dan diolah daripada Dr.Irfan khairi

10 comments:

cik FIFFY said...

saya suka 4 :: pasangan yg memahami dan menyokong! hehe...

J said...

haha..10 langkah..ada yang susah nak wat..huhu

Anonymous said...

semua ni memerlukan semangat yg kental..susah nak praktik..huhuu

Unknown said...

saya mau jadi jutawan tapi jutawan yang hidupnya bahagia...jika menjadi jutawan,hidup tak kan bahagia,rela tidak bergelar jutawan...tapi,saya tak berminat dalam perniagaan..macam mana nak jadi jutawan kan..

Unknown said...

tumpang lalu.
cita2 sy mmg nk jd jutawan.
sy sedang usaha ni~

Hasrol Nizam said...

no 5 dan 6 perlu kalau nak berjaya dalam apa2 karier.. :D

Pening bila waktu petang di bulan ramadhan

Hanisah Safian said...

saya setujuuuuuu!!! :D

faiz said...

Tambah lagi satu..
TIDAK LUPA MEMBAYAR ZAKAT..
huhu..

jom usha..
Kelajuan Internet Di Malaysia

hans said...

hahaha
betul cakap faiz tu
kena tambah lagi satu
Jangan lupa bayar zakat

P/S : Header Baru H.P.B Blog

Anonymous said...

pengkritik bebas:

bunyi macam senang.. haahaa