Friday, September 17, 2010

Info Jumaat 14 : Tips Membuat Keputusan

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Tajuk kali ni adalah tajuk yang saya rasa ramai yang pernah melalui perkara macam ni..Betul tak? Semenjak dari darjah 6 lagi kita akan mengalami benda ni..Contohnya, lepas darjah 6, mesti nak ke tingkatan 1 kan? pastu, tengok2 anda dapat 2 pilihan sekolah..Satu sekolah MRSM, satu lagi sekolah SBP.so mna satu pilihan anda? kedua2 sekolah ni sama hebat bukan? ok..Utuk menyelesaikan masalah semumpama dengan ini, kat sini saya akan bagi tips bagaimana untuk membuat pilihan..

Pertama: Solat Istikharah

Solat Istikharah sepatutnya menjadi prioriti seorang Muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang kita tidak suka membawa mudarat untuk kita. Hanya Allah S.W.T yang tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi didalam firma-Nya yang bermaksud: " Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk untuk kamu.Dan (ingatlah) , Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." ( Surah al-Baqarah 2: 216)

Kedua: Musyawarah

Musyawarah, syura bermesyuarat, atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan  sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman  hidup yang banyak . Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh , ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

Ketiga: Dengar Kata Hati

Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan . Tetapi perlu bersyarat . Bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. Hanya hati yang citakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat Taubat atau solat Istkiharah  serta ketika sedang berpuasa.

Tapi ingat tips yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi larangannya.

Semoga tips ni berguna untuk anda :)
p/s: sumber solusi

3 comments:

ciknamr said...

terima kasih nabil potter ^__^

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nak kawen pon kena wat istiqarah

ayin~weeweet said...

tima kaceh.duet ry :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...