Wednesday, October 27, 2010

Akan Datang | Harry Potter 7 and the Deathly Hallows

Rasanya agak mustahil jugak kalau remaja kita tak pernah dengar nama Harry Potter..Kalau tak baca atau tonton pun, sekurang-kurangnya pernah dengar nama HArry Potter..Betul tak? tak pun hanya pernah dengar nama nabil potter?hehehe..Siapa harry potter ni? Harry Potter ni merupakan nama watak utama yang dijadikan sebagai Nama tajuk buku ciptaan J.K Rowling.

Bagaimana J.K Rowling mendapat idea menulis Harry Potter?
Idea Harry Potter tercetus di fikiran J. K. Rowling atau nama sebenar beliau, Joanne Kathleen Rowling ketika menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Pada waktu itu, beliau baru putus cinta dengan bekas suaminya dan mengambil inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. Beliau telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya plot yang lengkap untuk ceritanya itu.

Sebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk meneruskan penulisannya. Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan bermacam-macam alasan. Akhirnya, syarikat Bloomsbury memberi peluang kepadanya lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan terpengaruh di dunia.
Kini, siri Harry Potter merupakan telah menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa.Mesti menyesalkan siapa yang tolak untuk publishkan novel J.K Rowling ni..huhuh..

Secara ringkasnya mengenai cerita ini. adalah mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang mengetahui bahawa orang tuanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11. Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley.

Dari situ, kehidupannya sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun. Hingga kini sudah ada enam buku yang diterbitkan. Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince diterbitkan pada 16 Julai 2005. Dijadualkan kisah Harry akan berakhir pada jilid ke-7. Siri ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, 5 buku pertama telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam. Baru2 ini jugak, J.K Rowling berkata, beliau tak nak berhenti menulis Harry Potter.Maksudnya kat sini, masih ada Harry Potter ke 8 dan seterusnya..Boleh baca dekat entry Harry Potter Bersambung.

Sekrang ni Harry Potter 7 akan keluar..Kalau belum tengok trailer dia, kat bawah di saya attachkan Trailer Harry Potter 7 yang HD version.

p/s: poster gambar Harry Potter 7 dari google

17 comments:

akubiomed said...

Dah besar budak-budak didalam Harry Potter bermakna budak-budak yang menononton cerita Harry Potter turut remaja.

FareedSairi said...

Hang pun minat gak ke? aku kenal buku dia masa aku sekolah menengah dulu. pastu sampai kat u aku ngumpul.hehehe

suffer8zine said...

bile pulak nk kua cite Nabil Potter? :P

Panas! : <a href='http://goo.gl/TOwP>ENTER</a>

ciknamr said...

menanti2 saat harry potter 7 nk kluar kat panggung! yeayy! heee

ELYANA YAZMIN =) said...

haaha..nabil..bila nak kuar cite nabil potter.. keh3..
dah ade due orang dah tanye ni..ki3x..

one of the film yang mmg duk asyik intai2.

jackieKOH said...

huhu..x sabar nak tgok HP..

entri terbaru: http://tsubasa826.blogspot.com/2010/10/esq-utp-angkatan-ke-4-di-toronto.html

nabil_potter said...

cerita nabil potter? haha..xde dalam perancangan lagi..
tengok la tahun2 kehadapan..hehehe

Cik Aien said...

xsabar!! giler la, aien peminat habis dgn potter nie!!

rossoneri said...

xpenah miss tgk harry potter kat wayang..

echasuzrin said...

hye!
rasenye harry potter 7 ni nk kuar 3d kan????

darkbatman said...

aku xsbr nk tgk cite ne.. filem yg dinanti2 utk taun ne..

akula said...

nabil jom study datakom...hehehe

nana said...

x sabar nak tgk yag ni!!

hans said...

jom tgok sekali dekat kedah nanti
ok x?

P/S : Mahu Menonton Filem Crayon

aliesha kirana said...

saya gila harry potter! hehe

KiN said...

best2!xsaba nk tggu...hehe

Nabila 179 said...

july ni kuar.. jom tgk =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...