Bajet 2011- Rumah Baru

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.

15 Oktober 2010 yg lepas, YAB Dato Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan budget Negara bagi tahun 2011. Rata-rata menyifatkan budget tersebut adalah budget mesra rakyat dan sedikit berhemah. Kena la dengan slogan yg sentiasa dilaung-laungkan tu, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Tahniah kepada mereka2 yg terlibat, berhempas pulas dalam menyipakan laporan, penyata, perancangan dan seangkatan dengannya bg budget 2011 ni. 

Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan amanah dan jujur. Sungguh merugikan sekiranya perancangan ini dihancurkan dengan gejala rasuah, penyalah gunaan kuasa dan sikap sambil lewa.. maklumlah, duit “kerajaan”. Bukan dia sendiri pn kan.. perlu diingat, duit kerajaan adalah duit rakyat yg diurus tadbir oleh suatu badan yg diberi kepercayaan dan amanah yakni kerajaan.. Kita member amanah kepada kerajaan, maka kerajaan juga perlu amanah dalam mengawal selia tanggungjawab yg diberikan.. huhu

Ok. Entry kali ni nak menyentuh skit pasal budget 2011. Bukan apa, ada kaitan dengan orang2 yg baru nk memulakan hidup mcm saya ni dan ramai lg pembaca blog ni. Lebih tepat lagi, iainya berkaitan dengan pemilikan rumah.. Hihi. Ini yg saya maksudkan..

Introduction of "Skim Rumah Pertamaku" which will provide a guarantee on down payment of 10 percent for houses below RM220,000 for first-time house buyers.

(Ini bemaksud, bg golongan muda yang baru bekerja dengan gaji sebulan tidak melebihi Rm3,000, layak untuk membuat pinjaman sehingga 100% tanpa wang deposit sebanyak 10% seperti sedia ada. Dengan syarat rumah tersebut adalah rumah pertama dan tidak melebihi harga Rm220,000. Ini sikit sebanyak meringankan beban owang2 baru keje mcm kita ni kan.. maklumlah, bila keja nak kumpul duit utk kawin lah, beli kete lagi..pastu nak beli rumah plak.. tu blom tgk lagi kalau yg tegila2 elektronik gadget lg.. nak beli I-phone la, PSP la, DSLR, Lens, dll.. kalau yg ada rezeki lebih tu, bapak tokey ikan emas ke, tokey itik betelur emas ke takpon ada tanam pokok daun emas ke takda masalah..hehe)

Raising the maximum loan eligibility to RM450,000 compared with RM360,000 currently, effective January 1, 2011 

(bagi penjawat awam pulak, kadarlayak pinjaman perumahan pula dinaikkan daripada Rm360 k kepada Rm450k. Maklumlah, kalau yg bekeja kat bandar2 besar tu, mana ada brang murah.. semua pn mahal.. rumah yg sekangkang kera pn mahal.. dengan penambahan layak pinjaman ni, skit sebanyak dapat membantu mereka2 yg layak mendapat penginapan yg selesa especially bg yg bekeluarga besar..) 

Tp, tahu ke kita mcamana nk beli rumah ni? Mcm beli kereta? Mcm beli laptop? Apa jenis pinjaman yg ditawarkan?? Apa pulak syaratnya?? Huhu.. ini mungkin sy akan buat satu lg entry mengenai tips persediaan sebelum, semasa dan selepas mendapat pinjaman perumaha.. nntkan nya yer..

Bagaimana pulak cara2 kita nak pilih sesebuah rumah? Tgk yg murah mcm beli seluar or baju time raya?? Or tgk yg tercantik tanpa pikir status kewangan? Or tgk lokasi? Dekat ngn masjid, skolah opis?? Or nak jauh daripada orang??? Hisssh.. bnyk nak kena pikir ni. Mungkin bleh buat satu lg entry.. kalau sapa2 ada something utk dishare, jom kita share ramai2.. mungkin ramai yg ada pengalaman dengan “first house” kan.. Sbb perlu diingat, beli kereta pakai tak lama.. beli rumah silap2 haribulan, mandi mayat kita pon kt rumah tu (mean tinggal sampai mati).. huhu..

Kat sini ada satu video mengenai tips pemilihan rumah.. sikit sebnyak dapat membantu. Tp kalau yg berpengalaman tu nak share, tersangat dialu-alukan.. sekian dahulu.. tunggu next entry plak.. wassalam


3 comments:

Unknown said...

tengah cari rumah ke dua..

khairul farhan said...

bro, flexibility pinjaman rumah bukan lah masalahnya. Masalah yang perlu kerajaan tackle sekarang ialah gaji yang terlalu sikit. Aku bukan dok sebelah kerajaan nor pembangkang. Tapi aku still nak cakap benda ni. Kalau bagi pinjaman pun, tapi gaji kecik, macam mana kau nak bayar balik pinjaman tu. So, ini bukan masalahnya. Masalah yang perlu kerajaa tackle ialah gaji. kalau orang keluar universiti standard gaji rm2500. Kau bagi la pinjaman macam mana banyak sekalipun, macam mana budak tu nak bayar? Rumah sekarang average harga 300-350 ribu untuk terse dua tingkat. Mana nak cekau duit? persoalan yang utama untuk kita anak muda bangkitkan ialah gaji kita. Walaupun aku baru budak a-level, tapi kita kena tengok semua ni. Harga rumah kian meningkat, tak pernah turun. Tapi gaji dok mcam tu gak. Macam mana nak kerjar taraf hidup tinggi yang kerajaan cakap?

Peace

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Ok..sebelum tu, aku bukan di mana2 pihak ye.. discussion yg aku nk ckp ni stand on my own. Soal gaji ni memang susah nk di bincangkan kerana ia berkaitan dgn kadar inflasi kita skrang dan nilai matawang kita. kalau kerajaan bg gaji minimum bg freshie rm10,000 sekali pon tp nilai yg dihasilkan cuma sekitar seribu ringgit, tak bebaloi jugak.. salah satu yg mengawal kadar inflasi adalah KITA sendiri sebgai pengguna.. jadi kita yg akan mengubahnya (walaupon sebahagian, bak kata pepatah..skit2 lama2 jadi bukit kan).. jadi lah pengguna yg BIJAK, jimat, kenal pasti yg mana KEMAHUAN dan yg mana KEPERLUAN. Yg memang betul, kalau kadar pinjaman dilonggarkan sampai sejuta sekali pn, kita tak mampu nk pinjam pn sbb gaji kecik.. tp "ukur la baju di badan sendiri kan".. besar poket, besar la periuk.. kalau kita tak mampu, tak perlu la nk bergolak gadai pinjam or living in expense. Dan disebut jugak skim ni utk rumah pertama.. takkan la rumah pertama dah nk beli rumah yg 300-400k yg dah sma mcm owang keje 10tahun.. kita kan freshie.. kena la belajar bersabar.. diowang dulu yg beli umah 300-400k tu dulu pn kumpul duit slow2 kan.. ada saja rumah yg below RM220k yg selesa.. kena pandai cari. kalau tak mampu teres dua tingkat, cari yg setingkat.. kena tgk la, KEMAHUAN atau KEPERLUAN.. kalau kemahuan, semua owang nak umah besar, cantik, hi class. tp keperluan, cukup dgn RUMAH SENDIRI yg selesa, aman dan harmoni.. bantuan yg diberikan kerajaan dgn menghapuskan 10% downpayment ni pn dah kira syukur dah.. let say nak bli rumah Rm200k, kena standby 20k utk downpayment.. berapa lama nak simpan duit sampai cukup bnyk tu kalau gaji RM2500?? Kalau yg tak kawin, nak simpan duit utk kawin lg.. sekadar pendapat.. mungkin saudara punyai jua pendapat.. thanks