Monday, October 4, 2010

[Gambar]: Upacara Pembukaan Temasya Sukan Komanwel XIX New Delhi

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi buat semua kawan2 diluar sana sama ada yang tengah bekerja mahupun yang tengah belajar..

Kalau yang student tu, mungkin tak tahu sangat perkembangan terkini mengenai sukan komanwel yang baru semalam dirasmikan secara rasmi dengan gahnya..Kalau sebelum ini, New Delhi dikutuk dan juga dikecam hebat oleh pelbagai negara kerana menyediakan fasiliti yang serba tidak lengkap dan juga kotor..Ada juga negara yang terpaksa menarik diri daripada kejohanan ini disebabkan takut keselamatan atlet2 mereka disana tidak dikawal dengan baik.

New Delhi sebenarnya nyaris2 di boikot oleh banyak negara..Tetapi dengan langkah2 terakhir yang diambil baru2 ni menyebabkan sukan kali ini masih boleh diterima..Banyak sangat masalah yang kalau baca dalam news paper pon ada cakap pasal stadium, perkampungan sukan dan banyak lagi..Yang lebih ketara adalah kebersihan..

 Dilapurkan, kebersihan di India adalah amat terok..Sebelum ni juga, heboh dengan gambar2 vanue di sekitar India yang memang dalam keadaan tidak bersih langsung..Pastu sehingga kini, xda dengar masalah apa sangat..Harap2 tak da lagi masalah yang besar membabitkan fasiliti dan kemudahan0kemudahan lain..Saya doakan supaya tlet Malaysia selamat pergi dan pulang dan membawa pingat Emas yang terbanyak mungkin..

Saya pun sebenarnya kurang sangat mengikuti perkembangan terkini Sukan Komanwel ni..So, kepada yang minat sangat bersukan ni, kalau tak ada tv, anda jgn risau..Saya sediakan TV1 online percuma untuk anda..Boleh klik dekat sini yew..


Anda rasa berapa pingat emas yang akan dibawa balik oleh kontijen Malaysia? Saya rasa mungkin ada pertambahan..Azizul Hasni Awang mungkin akan dapat 3 atau lebih pingat emas..Tidak ketinggalan skuad badminton, skuad tenpin bowling, skuad memanah, skuad boling padang yang mana mereka ni telah menyumbang emas untuk komanwel tahun 98 di Kuala Lumpur..Tidak lupa juga kepada skuad Gymnastik Negara yang juga antara penyumbang pingat Emas buat Negara kita..

Apa2 pon, saya mengharapkan kejutan berlaku di India..Kejutan dengan kutipan pingat emas paling banyak buat semua rakyat Malaysia..SATU................MAlaysia...Hehehehe..

Majulah sukan untuk Negara..Jgn lupa tonton TV1 yew...Wasalam...

9 comments:

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

ada ancaman denggi di sekitar penginapan atlit di Komanwel games ni.. semoga atlet2 Malaysia dapat beraksi tanpa halangan.. takut pula isu ini dijadikan alasan di atas kekalahan yg di alami. uhuks..

apa pon diharap atlit2 negara setidak tidaknya dapat menempa nama di sana. tak menang pingat pn takpa tp mampu memberi saingan yg diluar jangkaan.. semoga berjaya.. !

sweetsal said...

semoga malaysia beroleh kejayaan di sukan komanwel ni...MALAYSIA BOLEH!!

kema said...

ble tgk majlis pmbukaan semalam bru sedar..byk lg negara kt dunia neh yg xpernah di dgr nama nye...pelik2 pon ade

zirconia said...

adehh, boleh pula lupa nak tengok opening malam tadi..isk3

aizul marcello said...

aizul marcello akan bawak 30keping pingat emas dlm acara renang berirama nnt!

*cimOt* said...

hebat dorang nyer opening..aq da lme tak tengok tv..xtaw pon..

skycatcherz said...

walaupun banyak dikecam, tp opening berjalan lancar..harap2 atlet kita menang

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Apa perkembangan kes tanah di tapak bekas masjid yg dirobohkan kat India tu? Penduduk Islam ke penduduk Hindu yg dapat hak atas tanah bekas masjid tu??

kalau ada info, bleh buat satu tread.. hihi
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-india-putuskan-tapak-masjid-di-ayodhya-dibahagi-tiga/

ada cerita best jugak pasal ni..bukak new tread astu delete comment ni

saperakue said...

yg paling bez akoo baca atlet india nak bawak lembu diowank sdiri..alasan senag nak dpt bekal susu segar~~ wah2.. byang je la dlm perkampungan atlet lembu masuk main aci kejar, x payah terus buat acara 100m ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...