Friday, October 29, 2010

Gunung Merapi | Fakta Menarik dan Kronologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yg sedang membaca artikel ini. Di sini, sedikit ilmu yg sy nk kongsikan dengan pembaca2 budiman sekalian. Mungkin last sekali kita dengar perkataan Gunung Merapi ni masa belajar Geographi tingkatan 3 dulu kan.. yg mana letusan nya yg cukup hebat telah meruntuhkan gunung tersebut dan dikatakan menggegarkan kepulauan melayu pada ketika itu.

Gunung Merapi terletak di persempadanan antara Jawa Tengah dan Yongyakarta, Indonesia setinggi 9738 kaki (lebih tinggi dari Gunung Tahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia). Gunung ini dikatakan sentiasa mengeluarkan asap (wap) dari atas puncaknya dan telah meletus beberapa kali dan mengakibatkan ratusan malahan ribuan nyawa tekorban.. Subhanallah. Letusan kecil sentiasa berlaku 2-3 tahun sekali dan letusan besar pula berlaku dalam 10-15 tahun sekali. Mengikut rekod ahli geographi, letusan kuat direkodkan pada sekitar 1786, 1822, 1872 dan 1930 (1930 ni la yg menggegarkan tanah melayu masa tu, menenggelamkan belasan buah kampong dengan LAVA). 

Ada jugak yg mengatakan letusan merapi pada 1006 telah memusnah Empire Kerajaan Medang. Tp dalam buku sejarah Indonesia ckp, Kerajaan Medang ni jatuh sbb perang ngn Srivijaya.. ingat lagi Srivijaya?? Huhu..sejarah Form1.. 

Kronologi Gunung Merapi:

1930: Letupan kuat terakhir di catatkan yg mengorbankan ratusan nyawa. Gegaran dirasai hingga ke Tanah Melayu.

Tahun2 lain: terdapat letusan2 kecil yg mehembuskan debu dan gas di catatkan.. 

2006: Debu berterbangan sehingga 400 meter di udara. Tiada letusan lava di catatkan.

2010: Dijangkan letupan adalah sekuat pada 1930 berdasarkan bacaan pada alat EDM (alat ni amek bacaan kadar percikan lava di puncak kalo tak silap, tak sure sgt alat ni mcmana). Telah mengorbankan beberapa nyawa temasuk Mbah Maridjan (dikenali sbg penjaga kunci Gunung Merapi) yg ditemui dalam keadaan sujud mengadap kiblat. Mungkinkah beliau mengetahui sesuatu??

Fakta menarik:

• Terdapat lebih 129 gunung berapi AKTIF di serata Indonesia yg terletak di atas Lingkaran Api Pasifik (kat Malaysia ada pecahan lingkaran ni. Tak pecaya?? Mana nak datang telaga air panas or kolam air panas kat Malaysia kalau tak dari situ..Wallahualam.)

• Keadaan siesmik gunung merapi ni di pantau sejak tahun 1924 lg (mesti bahaya kan sampai kena pantau lama2).. 

• Terdapat “kolam simpanan magma” di bawah gunung Merapi sedalam lebih 1.5km dari puncaknya.. (besar mane eh kolam ni??)


P/S: Bertaubatlah, kembalilah ke jalan Allah selagi ada peluang. Jangan tunggu last minute, sebab kita tidak tahu apa yg sedang menanti kita.

10 comments:

chuu said...

seb bek mlaysia xde gunung berapi==''

Anonymous said...

pengkritik bebas:

tapi perlu ingat, laluan lingkaran api pasifik mungkin melalui Malaysia.. kalau tak, manakan ada kolam air panas or telaga air panas yg sekian lama muncul kat Tanah Melayu kan.. just my 2 cent..

chuu said...

oo., cmtu ke, sedap je layan kolam air panas kan., o.O

darkbatman said...

gunung ne menakutkn.. nasibla aku duk malaysia.. kesian la kat mangsa2 gunung merapi.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hoho.

gerun huhuhu!

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Tak kira mana pn kita duduk, insyallah tak terlepas dari azab dan ujian Allah

rossoneri said...

huuuuu...thanx bg info nih..

Miss Anisah said...

nice info!! thanks nabil..

Cik Aien said...

info menarik nie. En nabil mmg buat research habis-habisan nie :)

juMa said...

nice info!dlu blkg umah ader gunung sgt cntik...tp bkn gnung berapi lar.huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...