[Hot]: Beware Girl !!!

Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polisi datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik".

kata polisi itu lagi sebelum berlalu. "Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik
penjenayah!!

Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Tolong sebarkan kepada yang
tersayang

22 comments:

Hana Soffelia said...

Owh.. takutnya.. berjanji mau kuarkan benda alah kiut miut dlm kete mari nih gak. Tqvm for the info. ^_^

cik panadol said...

sblm dapat kete dl aku tak pernah plan nk bg 'jantina' untuk untuk kete aku sbb aku tau kes2 cmni selalu jd...kalo irg tgk kete aku pon mesti mcm xcaya tu kete perempuan sebab sebijik tongkang pecah!!!haha

Rina Rossoneri said...

yup yup mmg betul pun...kakak sy siap letak banner Ac Milan dalam kete hahaha...xada maknanya patung2 nih..

bahaya duk dalam kete sorang2 kat tmpt parking

::FAIZ:: said...

haha, aku prasan gak kete pmpn byk bnda alah mcm patung... hehe

RashAtie said...

thanks for the info....risau gak, kdg2 drive sendiri je....

dlm keta takde pape rasanya..keta family type....

pasni nak shopping kena la berteman...

Unknown said...

betul3..
ade jugak kete lelaki yg letak hiasan2 camtu..
tggu aku ade kete nnt,
aku nak modified kete bg tak nampak cam kete pempuan..
muahahaha..

Anne said...

oo..betul-betul. sekarang kena lebih berhati-hati.

rahmanismail said...

emmm..,perodua myvi pon ade yg ladies edition kan..,lagi merbahaye...,

Ken Wooi said...

ya.. mesti berjaga-jaga :)

Belalang hijau Perisik said...

betul jugak kan...
senang sgt org jahat nak tau tue kereta org pompuan...

bagus story nih.next time klu nak hias kereta,jgn letak teddy pooh ape suma.tp letak kayu baseball, rantai besi pa suma...sure org jahat x kacau...huhuhu

(jgn marah,buat lawak je tue)...

Ummi Nisrina Adni said...

kete bkn rumah nk dihias bunga bagai..huhu sy tak kenan hias2 dlm keta sbb nmpak bserabut jd akhirnya keta sy kosong je dlmnye..huhu adela flip flop satu..

Unknown said...

ooh...
hiasan dlm keta pon bleh mgundg bhaya..

Teratak pena said...

banyak kes membuatkan kita lebih berhati-hati... tanamkan rasa was-was setiap masa saat kita keluar dari rumah

suffer8zine said...

dimana je kene berhati2 :P

Terkini : Maut berebut remote TV

darkbatman said...

btol jugak 2 bro..
kdg2 peragut cr mangsa pompuan.. nk senang keje tgu kat lot parking..hee

PutraRocker said...

jgn aym dow

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

bagusla polis tu.... betul jugak apa yang dia cakap tu...

Unknown said...

saye dengan suami rimas bile letak banyak sanagt hiasan dalam kereta..
orang pompuan ni kalau boleh meja solek pun nak letak dalam kereta..
heheh

Izan Ishak said...

nasib baik kereta kitorg takde jantina. langsung takde hiasan..

thanks for the info ye~

abigemok said...

bahaya nih. keta ank patung dlm keta pun blh ndang bhya? adesss...

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

semua owang dah tak ingat pasal pepper spray tu.. dulu semua kecoh nk beli menatang tu kan.. huuh

Sophie Al-Yahya said...

nasib baik I tak suka letak anak2 patung segala..