Info Jumaat 16 : Diam Bukan Beerti Kalah

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam Info Jumaat ynag mana saya akan berkongsikan maklumat2 yang sangat bermanfaat yang dapat diaplikasikan di dalam kehidupan kita.Kerana Mulut badan binasa..Kalau terajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata buruk padahnya..Ini antara kata-kata yang sering digunakan untuk menggambarkan teruknya kesan apabila seseorang itu tersalah cakap.
Dalam kes ini, saya cuma nak aplikasikan kes diam bukan beerti kalah di dalam mind set kanak mahupon adik2 dan juga cucu2 yang masih kecil.Kita cuba set kan pemikiran mereka dengan diam bukan beerti kalah..Tapi kenapa pulak kan?Ok..Biasanya kanak2 ni kalau tak gaduh memang tak sah la..Kalau tak di rumah, di sekolah, di tadika atau dimana saja. Islam menyukai seseorang itu mengambil langkah berdiam dari situasi ini. Diam bukan ertinya kalah. MEgalah atau mengelak terjadinya pergaduhan itu lebih baik ,walaupun kita dalam keadaan benar.

Fahamkan anak-anak bahawa Allah s.w.t melarang jika kita menggunakan kata-kata berunsur menghina atau mengejek kepada orang lain. Misalnya, "pengecut", atau "bodoh". Istilah sedemikian boleh membangkitkan kemarahan orang lain. Rasulullah s.a.w pernah yang bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah Taala ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah".

Banyak lagi perkarayang anak-anak perlu tahu tentang soal menjaga lidah ini. Menurut Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor adalah:

-Berkata yang tidak berfaedah
-Berlebihlebihan ketika bercakap
-Suka bercakap yang batil
-Banyak memaki hamun
-Suka bertengkar/bertikam lidah
-Mencari-cari kesalahan org lain
-Suka mengumpat
-Bergurau secara lebihan
-Suka mengejek atau menghina org lain,membuka aib org
-Bersumpah palsu
-Memuji bukan pada tempatnya atau mengampu

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya." ( Riwayat al-Tarmizi)

Oleh sebab itu, menjaga lidah akan mempamerkan peribadi dan maruah diri. Peribadi seseorang boleh dilihat daripada kata-katanya. Jika baik butir percakapan, maka baiklah budi pekertinya. Jika kasar lata-katanya, maka kasarlah keperibadiannya.

p/s: biar lah org nak benci kita, jgn Allah yg benci kita.

4 comments:

themalin said...

sgt setuju :)
bukn kanak2 je.. tp org dewasa pon ada :)
thx nabil :D sgt suka sbb ada kaitan! hehe

Unknown said...

betul tu..
dari kanak2 lagi kena set kan dalam minda mereka..
kalau tak sampai besor
kerja nak begaduh denagn orang je..

Nur Hawa Mohd Zin said...

lebih baik diam daripada berkata-kata lebih2 lagi kalu tengah marah...macam2 perkataan tak baik kuar

cimöt said...

apa yang paling tajam di dunia??
LIDAH
terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata???pikirlah sendiri..