Info Jumaat 17 : Perkara Yang Mewajibkan Wuduk

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Antara perkara yang mewajibkan kita berwuduk adalah seperti berikut:

1) Solat sama ada fardhu atau sunat

Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengejarkan sembahyang,(padahal kamu berhadas kecil), maka berwuduklah iaitu basuhlah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu sehingga siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu serta basuhlah kedua-dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali." ( surah al-Ma'idah 5:6)

2) Tawaf

Twaf disamakan dengan ibadah solat bedasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Tawaf mengelilingin kaabah diumpamakan seperti solat kecuali perbuatan bercakap-cakap pada waktunya.Maka sesiapa yang bercakap padanya, maka jaganlah bercakap-cakap kecuali perkara yang baik"

3)Memegang atau membawa al-Quran

Firman Allah yang bermaksud: " Tidak menyentuhnya (iaitu al-Quran) kecuali orang yang suci."
( surah al-Waqi'ah 56:79)

Berikut merupakan antara perkara yang disunatkan berwuduk:

  • Membaca al-Quran
  • Berzikir
  • Sebelum tidur
  • Orang yang berjunub jika ingin makan atau minum.
  • Sunat jika berwuduk sebelum mandi hadas besar.
Sekian saja info untuk hari ini.Doakan saya untuk petang ini..Wasalam

5 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

jom baca pasal tanda kematian di blog awe....nice sharing psal wudu' sebab org berwudu' semua anggota wudu'nye akan bercahaya di akhirat nanti..amin

Hana Soffelia said...

Tq for da info. sharing is caring rite?

ayin~weeweet said...

dah lambat ke nak wish good luck :)

ProfHariz said...

nICE One!

New Entry ProfHariz
Gambar Artis Jambu Di Malaysia

paan said...

thanks for info..