Monday, October 18, 2010

Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2010 Kedah VS Kelantan.Siapa akan menang?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang buat semua yang sudi menjengokkan diri ke blog ini..Sebelum tu, eloklah saya wish terima kasih teraamat sangat buat semua yang wish happy birthday kat saya semalam di entry yang agak sengal..huhuh..

Separuh Akhir Piala Malasyia 2010 diantara Kedah dan Kelantan..Agak2 siapa yang akan layak ke Final Piala Malaysia 2010? Kalau tanya geng,abe2, gewe2, pokcik2 mesti la sokong kelate..Tapi kalau tanya belah kedah pulak mesti sokong kedah..Hahaha..Tapi ini bagi negeri yang terlibat dengan separuh akhir..Tapi, bagaimanapula dengan negeri yang kecundang di suka akhir? Adakah ingin memberi sokongan pada negeri lain? atau buat tak tahu je? Terpulang la pada masing-masing yew..

ok.Perlawanan pertama Separuh Akhir Piala MAlaysia 2010 akan berlangsung Rabu ni di Stadium Kedah Darul Aman..Kalau saya ada di kedah, kemungkinan besor akan ke stadium..Tapi disebabkan jauh, saya hanya support dari belakang je la..hehehe..Bedasarkan rekod pertmuan kedah dan kelantan, kedah la paling banyak menang dengan kelantan..Tapi itu semua atas kertas..

Kelantan ada akmal rizal yang juga bekas pemain kedah..Akmal Rizal kalau main di kedah, mesti akan kena Booooooooooooo....Hahaha..Kesian kau akmal Rizal..Tu la, masa main kedah dulu asik2 injured je..huhuhu..Ape2 pon, team kedah perlu berhati2 dengan corak permainan akmal rizal yang agak bijak mengawal bola di hadapan gol..Bahaya jugak akmal ni..

Kalau kedah pulak dengan pemain2 stock muda mudi seperti Khyril Muhaimin, Badrul Bakhtiar dan ramai lagi..Korang ni muda, takkan sanggup kalah dengan org2 tua kot?hahaha..Tak tahu la cmna nak bagi semangat lagi untuk team kedah ni..Hampa main la baik2..Hampa menang, semua bloggers kedah akan seronok..Hampa kalah, kami tak seronok..Tu je la yang kami dapat..

Ape2 pon, kami rakyat2 kedah sentiasa berdoa supaya negeri Kelahiran kami menang ketika berhadapan dengan Kelantan..KAmi tidak mahu sebarang insiden berlaku seperti kematian dan ape2 lagi..Main elok2 okey..Penonton kedah, behave ur self..Jangan sampai ada jemputan khas dari penonton kelantan sudah..Hahahaha..

Walaupun kita satu kerajaan negeeri, tapi atas padang kita adalah musuh..hehehe..musuh ketika di atas padang je la..Semua nak menang..tak ada orang main untuk kalah..

 LAGU KERAMAT PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

[DOWNLOAD LAGU KEDAH PANTANG KALAH]

15 comments:

kobEj0rdan~ said...

sorry la bil, klate kompem mng!!hahah

saya_arief said...

gomo kelate gomo..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

geng muda mudi yg men bola tu sekolah skali dulu hehe..

khairil muhaimeen my senior..

memang depa ni terror men bola masa sekolah dulu

d_LA said...

glory2 red warriors ! heee~~~

lagenda said...

Salam

Kedah Tetap Menang Pulun Kedah Pulun

suzie rahman said...

red warrior yg psti nya,,,hihihi

NuR 'aQiLaH said...

yeayyyyyyyyy!!
kedah pantang kalah.
bangga ic o2 ekekek :D

zool said...

ntahlah dah lama tak ikut perkembangan

shakirah samsudin said...

sokong n9 lah kt stadium sabtu ni lawan johor. hehe

acap said...

haruslah kedah mng. hehe.
pulun kedah pulun

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

dah2 la tu kedah.. takyah nk bg chance lagi.. selama ni main dok kesian kat orang ja.. kali ni cuba kita buang plak kesian tu.. amek balik piala tu boh dalam showcase staidum darulaman..

kay said...

Jom pkat kta p final. pulun kedah pulun

Misz Nuriz said...

yeah,
hidup RED WARRIORS!!
gomo kelate gomo...

shera haifa said...

kelate mst menang..sory..hehe

belalang hijau said...

perh...
banyak yer komen dari penyokong kelantan...

apa2pun kedah akan buat yg terbaik dan kedah mmg yang terbaik...

Yeah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...