Stesen Kereta Api JB ditutup

Gambar lama stesen keretapi JB.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang baut semua pengunjung setia blog ini.

Kenapa stesen keretapi JB ditutup? Ada masalah ape ek? Sebebnarnya tak da masalah apa pon..Stesen keretapi JB berpindah dari stesen yang lama ke tempat yang baru..Tempat yang baru nyata lebih selesa untuk pengguna khususnya rakyat Malaysia..Stesen keretapi JB baru adalah di Stesen JB Sentral.

Stesen ni ada jugak nostalgia saya bersamanya..Kalau dulu nak pos moto untuk balik ke kedah, kena pergi stesen ni la..tapi saya pon tak pasti boleh lagi ke tak post moto kat stesen lama..Xpon semua dah pindah ke stesen baru? KAlau ada sapa2 tahu, boleh la bagi tahu saya..tahun depan kalau dah tamat pengajian, mesti nak pos moto balik rumah..hehehe..

stesen baru.Johor Bahru Sentral
Nak tahu berita lanjut, boleh baca kata bawah ni..Dipetik dari kosmo..

**************

JOHOR BAHRU – Tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara bandar berlepas buat kali terakhir dari Stesen Kereta Api Johor Bahru di sini malam tadi menandakan berakhirnya perkhidmatan stesen tersebut.

Tren lapan gerabak yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Singapura itu berlepas pukul 11 malam dan membawa kira-kira 300 penumpang.

Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 6 pagi hari ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd. Fazil Ismail berkata, berikutan penutupan stesen yang dibuka sejak 1 September 1932 itu, semua tren kereta api antara bandar akan beroperasi di Stesen JB Sentral yang baru mulai hari ini.

“Pemindahan lokasi ke Stesen JB Sentral dijangka memberi banyak kelebihan kepada KTMB dan pengguna kerana stesen itu menawarkan ruang lebih luas dan selesa serta dilengkapi fasiliti lebih moden.
“Stesen JB Sentral juga mampu menampung sehingga 2,500 penumpang setiap hari berbanding 500 penumpang di Stesen Kereta Api Johor Bahru,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bangunan itu katanya, sedang dipertimbangkan untuk dibangunkan sebagai Muzium Mini KTMB Wilayah Selatan.

Stesen JB Sentral yang berharga RM2 bilion mula dibina pada tahun 2008 telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semasa Majlis Kembara Mahkota Johor 2010 Fasa Satu Kembara Kereta Api pada 26 Jun lalu.
Cantiknya..Kalau la jambatan bengkok diteruskan lagi cantik..

Selain KTMB, premis lain yang turut beroperasi di bangunan itu ialah Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Ia turut menempatkan Jabatan Kesihatan Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

*****************
p/s: dalam setahun, dua lagi, mungkin stesen kereta api kedah pulak pindah..Pindah atau pun dinaiktarah..Kedah maju 2020..hehehe

10 comments:

farah si monster said...

harap2 sangat stesen ketapi kedah tu dinaiktaraf.. sadi gila tgk.

sobs sobs -_-"

Unknown said...

stesen keretapi ni dulu banyak kenangan untuk saye..
hantar kawan2 nak balik kampung..
'hantar ex2 boipren. ..
hehehe..

Unknown said...

eh!stesen keretapi kedah teruk ke???
tak pernah pi tengok pun lagi..

♥ 미스 kiera ♥ said...

wah...da cyap!
lamenye xbalik jb!
rinduuu!!!...

BENA said...

dah makin maju JB. sejak pindah dr JB ke ktn. dah lame x g JB. huhuhuhU~

Ummu~Ishak said...

cantik~

farah hairuddin said...

jauh x stesen lama n baru??huhu...bnyk kngn kt stesen lame..huhu..=(

Unknown said...

uishh dh 2thn xnaik keteapi dr jb ke kb.sbb xnaik masa sngt pnjg tuk smpai kb..

Hasrol Nizam said...

aku baru je lalu kat depan stesen lama tu ari sabtu lepas.. pernah jugak naik dari situ balik kampung sekali.. :D

Pendapat anda?
Apa khabar wahai pelakon-pelakon dunia..macam mana dengan skrip kehidupan hari ini?

zikeryhassan said...

teringin jalan jauh naek keretapi. tapi masih belom berpeluang