Sunday, October 3, 2010

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang.

Tadi sambil2 tengah update blog, tengok dekat utusan ada tajuk ni..Terkejut jugak la pada mula2..Tun sakit ke ape ke? Ye..Memang Tun sakit..Tapi, sakit biasa..InsyAllah kami semua mendoakan semoga Tun cepat sembuh..jangan lupa makan ubat..Hehehe..Berita lanjut bleh baca kat bawah..


MELBOURNE 2 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan batuk dan selesema.
Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth. 

Dalam jawapan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr. Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan). - Bernama

p/s: sumber utusan

14 comments:

shark said...

Doakan kesihatan Dr.M
semoga beliau cepat sembuh

Nasrina said...

salam..hrp2 negarawan ksygn sy ni cptlah sembuh....

Nasrina said...

salam..hrp2 negarawan ksygn sy ni cptlah sembuh....

cacing said...

mmmmm.... walaupun dia ni kekadang baut orang sakit ati... tapi cacing tetap nak doakan kesejahteraan dia ;-)

ProfHariz said...

Semoga Tun Cepat Sembuh Dan Sihat Seperti Sediakala.. Amin

Nur Hawa Mohd Zin said...

dengar kat berita tadi..semoga beliau cepat sembuh..

arayualan said...

tun berpandangan jauh...sbb tu ade kale pandangan die di slah tafsir...apepun semoga tun cepat sembuh.........

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Semoga beliau cepat sembuh dan diberikan hidayah utk terus bersama2 kita menjadi umat yg cemerlang (tak perlu letak gemilang dan terbilang.. hahaha)

ayin~weeweet said...

semoga tun sihat sentiasa amiin

nasha said...

semoga tun sembuh dan sentiasa dilindungi dari-Nya..

Cik Ct Fadzil | Mytheora Grataful™ said...

salam.. hrap bliau cpat2 smbuh..
bliau kbanggaan ct..
p/s : mr nabil.., xusah pggil bloggers.. pggil ct je..
xusah nk forml2 sgt..
ehheheek just joke taw! ;)
peace no war! ((^__^))
wassalam..

Nabiel said...

smgo Tun cpt smbuh..
dh 85 rupenya dia kn?huhuhu

Zaer!! said...

Harap tun dapat sembuh dengan keadaan yang sihat sejahtera.;-)

N U R U L said...

yeke?? isshhh, terkejut!! huhuhu..semoga beliau cepat sembuh..aminnn.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...