2 Alam | Igaun Ngeri Bermula!


Siapa yang dah tengok cerita 2 Alam Datuk Dr Che Rozmey sila angkat tangan! Kongsi la skit cerita tu kat sini. Dengar-dengar, kalau nak tengok cerita tu tak boleh pegi sorang diri. Bukan apa, dikhuatiri nanti pengsan dan lesu dek penangan cerita tu, takda siapa nak usung kita balik nanti. Huhu.. So bagi yang berhajat nak tenguk tu, di harap tidak pegi seoarang diri. Dan kalau boleh, sila maklumkan kepada keluarga, rakan dan taulan terdekat dulu sebelum pegi tengok cerita ni (kalau ada harta nak diwasiatkan, elok la diwasiatkan sebelum pegi tengok cerita ni yer). =)


Dr Rozmey begitu optimis dengan mensasarkan kutipan RM40 Juta bagi filem BOXOFFICE dia ini. Besar ni 40 juta. Mengikut perkiraan, kalau nak mendapat kutipan 40 juta ni, kutipan hari pertama perlu mencecah angka Rm2juta (mengatasi kutipan hari pertama filem Avatar) dan kutipan bagi minggu pertama perlu sehingga Rm25juta. Rasionalnya adalah kerana jumlah kutipan akan menurut dari hari ke hari dan dari minggu ke minggu. Kalau first week dapat Rm25juta, sudah pasti second week takkan lebih dari first week. Ni base on filem-filem yang telah ditayangkan sehingga harini tapi tak tahu la kalau filem Dr Rozmey ni akan memberi kejutan kepada kita semua.. Tungguuuuuu.....


Kutipan sebenar pada hari pertama filem 2 Alam ini hanyalah sekitar Rm80,000 (Sumber: NST) di mana jauh sangat dengan 2 juta ni. Kalau convert ke rupiah maybe dah berjaya mencapai sasaran..hehe

Dr Rozmey juga mendakwa jualan tiket untuk sepanjang hari pertama pelancaran file mini (pagi dan petang sehinggalah tayangan tengah malam) di Kedah penuh. Siap begaduh la kiranya untuk dapatkan tiket-tiket ni. Tapi sungguh mendukacitakan kerana dakwaan tersebut disangkal oleh peruntukan enakmen negeri Kedah yang hanya membenarkan tanyangan terakhir malam Jumaat adalah pukul 5 petang. Tapi tak tahu la kalau ada wayang pacak kat mana-mana kawasan kampong yang tayang cerita ni.. uhuks..

p/s: Hati2 ketika menonton filem ini..Pastikan number telefon hospital berdekatan di dalam phone book handphone anda.!!

19 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

hua3..sian dia..

tak laku. bek dia buat cite sal rambut die.. hehehe..

ramai nk tau die wat caner rmbut die :P

Anonymous said...

stuju dgn puteri iqa...heheh

Fiffy Hazirah said...

hahaha tayangan seminggu just dapat 0.23 juta je hokeyyy. memandai je org tua tu. dlu aku ada buat review pasal dia. bukan rview 2 alam. wakaka

Rina Rossoneri said...

aik, dah tengok ke?hahah

Mieya said...

salam..
kowunk de tgk ke cter ne??
xpnh ambik taw pon sal cter ne..
hehee..

http://akumia19.blogpsot.com

hans said...

haahahah
xsanggup nak tgok

P/S Undian Peringkat Pertama Blog Pilihan Malaysia 2010 Sudah Dibuka Sekarang

P/S : Fakta Menarik Mengenai Bruce Lee Yang Perlu Peminat Bruce Lee Tahu

BENA said...

rasenye pasal poster die tu pon . poster tiruan kan ? sebab die de ciplak de movie org putih kan kan ? tol x? heeee

SweetyMui2 said...

belum tengok lagi citer ni.banyak review negative je..hhmmm

A.I said...

saiko laa dr rozmey nihh.. haihh kesian!

nak pi tolong cecahkan 40 juta, citer seram, takot pulakk! wakakaka.

Belalang hijau Perisik said...

dia cuba buat sesuatu yg dia sendiri x berupaya utk lakukan...
heh...

Anonymous said...

hahaha
malu sgt2 menipu kantoi!
ahaks!

suffer8zine said...

adoiii x leh blah!

Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular

musafir said...

Pointless entry.
Im sorry.
Enta pun tak ketinggalan memberi komen sinis kepada filem ni rupanya.

J said...

haha..DDR konfident sgt.....haha

Entri Terbaru [kot?] : Paranormal Activity 2 lagi menakutkan?

:)

Zaman Razak said...

ait,aku da tengOk,
midnite lagi.
seb baek free,
orang banje.
huhu..pecah punggong lelame kat panggung

Useriez said...

aku tengok dah cita ni.. jalan cita memang dah ok.. tapi semua babak adalah terlalu slow dan tak digarap dgn baik.. starting pun dah boring.. rasa macam tgk slide show pun ada.. apa2 pun supportlah industri perfileman tanahair..

Aliesha Kirana said...

dr rozmey tu kuat gebang je..hahaah~

Anonymous said...

convert duit ke rupiah tu terbaik!!!!!!!!!!!! hahahahha

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Tak dinafikan cerita yg cuba dibuat dan disampaikan kepada umum ni mempunyai hikmah dan motif tersendiri yang sy rasakan berkesan. Cuma apa yg menyebabkan org ramai jadi meluat nak tgk cerita ni adalah sebb provokasi yg melampau dari producer dia sendiri.. kalau dia maintain cool, rasanya akan lebih dari apa yg dia dapat harini. tu la, dia sangkakan org malaysia harini lebih terpengaruh dengaN provokasi2 media mcm dulu2..huhu. tapi memang kenyataan pn, ramai yg akan bergolok gadai 'termakan' provokasi dari IKLAN seperti YES (YEar End Sale), banner2 jualan murah (yg sebenarnya tak murah pn seperti Jusco Member Day.. aku ada bukti) dll..