Info Jumaat 22 | Tips Sedekah Tanpa Wang

Assalamualaikum w.b.t. Sedekah adalah suatu amalan yang mulia.Namun disebalik amalan yang mulia ini, masih ramai yang sanggup untuk tidak menhulurkan sedekah mahupun yang wajib seperti zakat dan yang sunat seperti bersedekah.

Mungkin disebabkan kekangan wang, seseorang itu mungkin memberi alasan bahawa ak tak de duit nak bagi..Tapi islam ni lengkap dan perfect..Kalau tak ade duit, mugkin kita boleh sedekah dengan cara tidak menggunakan duit.So, dikesempatan ini, saya nak senaraikan Tips Sedekah Tanoa Wang.

1- Sedekah dengan Hati
  • Niat yang ikhlas dalam apa jua perkara yang dilakukan. Sabda Rasulullah bermaksud  " seseorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang tulus ia berkata: ' seandainya aku memiliki harta, nescaya ak akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan ( golongan yang diber harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut , maka pahala kedua-dua hamba ini sama." Riwayat al-Tarmizi

2- Sedekah dengan Lisan
  • Berzikir= seperti tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Setiap tasbih adalah sedekah , setia tahmid adalah sedekah, setiap tahlil juga sedejah dan riwayat takbir adalah sedekah..." ( Riwayat Muslim)
  • Ucapan yang baik = Seperti memberi salam, mengajak manusia kearah kebaikan, dan berlemah lembut sewaktu bercakap.

3- Sedekah dengan Perbuatan
  • Senyuman= Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya: " Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Muslim)
  • Solat = Solat adalah sedekah untuk diri sendiri. Berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.
  • Puasa Sunat
  • Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya adalah solat Duha dua rakaat setiap hari.
  • Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan.
  • Menanam apa jua pokok atau tanaman , kemudian dimakan oleh makhluk Allah.
  • Mengajarkan Ilmu
  • Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat serta membantu org buta.
  • Membersihkan masjid dan menjaga kebersihanya.

8 comments:

Artzlizan said...

terima kasih bro...

izyantyPersonalTaste said...

thank's for info...sekarang dah tau cara nak sedekah, walau pun xdak duit..

rockinsudu said...

senyum juga sedekah :)

mye said...

tq..sebab ari2 sy pelajari prkara yg baru..
huhuhu

iza said...

Salam....

:)

Nampak tak? aku tgh sedekah kat ko ni....
Moga ko sendiasa sihat dan dirahmati Allah selalu, Aminnn...

tsaicoutic tranmorphersys said...

bersedekah dgn care ..merempit ke blog mber2..up traffic...yihaaaaaa

Sakinah said...

dgn apa cara skalipon kita bersedekah, yg penting hati kene ikhlas, bukan tuk menunjuk-nunjuk...

Unknown said...

senyum pun sedekah..
nak kena lebih kerap senyum ni...