Info Jumaat 24 | Tiada Yang Terkecuali

Salam.InsyAllah, info jumaat edisi minggu ke 24 bertemu lagi pada hari ini.Info hari ini mengisahkan tentang satu kisah pada zaman dahulu mengenai musibah..Musibah ni pelbagai la, mungkin banjir, sakit, dan lain2 lagi. Musibah yang kena pada org lain mungkin tak sama musibah yang kena pada kita. Berikut adalah satu kisah yang boleh dijadikan pedoman:

Abu al-Faraj bin al-Jawzi telah menyebu di dalam sebuah sanad hadis daripada Abdullah bin Ziyad berkata:

" Seseorang yang pernah membaca kitab telah bercerita kepadaku bahawa Raja Zulqarnain, setelah pulang dari menjelajah dari timur dan barat, dan sebaik sahaja sampai di negeri Babil beliau sembuh daripada sakit, beliau mengirim surat kepada ibunya."

Kandugan surat tersebut ialah: 

" Wahai ibu, buatlah makanan dan undanglah beberapa orang , tetapi jangan sampai orang yang pernah tertimpa musibah menikmati hidangan itu. Ketahuilah, adakah ibu pernah menjumpai sesuatu benda yang kekal dan tetap selamanya? Dan saya ttelah mengetahui dengan yakin, bahawa Zat yang saya akan kembali pada-Nya adalah lebih baik dari tempat kami."

Seterusnya Abdullah bin Ziyad berkata: " Apabila surat itu sampai kepada ibunya, ia pun segera menyediakan makanan dan mengundang ramai orang. Ibunya lalu berkata :'" Dilarang memakan hidangan ini kepada sesiapa yang pernah menimpa musibah." Maka tiada seorang pun yang memakan makanan yang disediakan.

Jadi, ingatlah bukan kita seorang sahaja yang ditimpa musibah. Sesungguhnya tiada seorang pun yang terlepas daripada musibah.

Setelah si ibu itu menyedari bahawa setiap orang termasuk dia dan anak tidak terlepas ditimpa musibah, dia redha kepada ketentuan Allah.

Jamuan akhirnya dimakan juga untuk mengelak pemabaziran.

Wasalam..

3 comments:

hans said...

nice entry
aku xpernah baca lagi kisah nih
thanks kongsi

P/S : Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother

suffer8zine said...

nice bro!

Terkini : Burger Daging Ular

Shukree said...

Salam Nabil, how are you?

nice! musibah tetap akan menjenguh kita, sebagai cabaran, untuk menguatkan keimanan di dada..

-ShueQry-