Nuffnang | Hukum Menyertainya.

Salam.Satu persoalan telah diajukan mengenai konsep advertisment di dalam blog. Nuffnang adalah salah satu daripadanya selain Google Adsense dan lain2.Tapi, timbul syakwasangka sama ada boleh ke tak digunakan kita apply cara ini kedalam blog kita.Kita sebagai orang islam. matlamat tak menghalalkan cara.So, kita perlu rujukan dengan ustaz dan pakar tentang ilmu2 macam ni.

Soalan ini telah dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abd rahman.Beliau amat pakar dalam bidang muamalat ni.Berikut adalah jawapan beliau:

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nuffnang mahupun Google Adsense , justeru sukar untuk saya berikan jawapan yang tepat dan spesifik kepada soalan tersebut.Oleh itu saya hanya akan menberi jawapan umum dan juga panduan ringkas untuk menyemak status hukum hal sebegitu.

Isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog yang digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak Nuffnang dan juga Google Adsense. hasil daripada kemudahan yang diberikan itu, kedua-dua pihak tadi akan memberi upah tertentu mengikut cara-caa tertentu.

Dari sudut akad atau kontrak, substance atau inti utama kotrak sebegini jatuh dalam kategori akas "menjadi wakil dengan upah tertentu" atau wakalah bil ujr. dalam konteks ini, kita selaku pemilik blog dikira menjadi wakil bagi pihak Nuffnang untuk menyebarluaskan iklan mereka. sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan bedasarkan formula tertentu sama ada bedasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya,bagi menentukan hukum di dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:

1. Autoriti:

Autoriti pihak yang menyediakan tawaran dalam konteks ini ialah Nuffnang dan juga Google adsense. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kreadibility untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah LULUS. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2. Upah dan Cara Kiraan:

Jumlah upah dan cara pengiraanya mestilah diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan(kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, taatkala itu LULUS peringkat kedua semakan syariah.

3. kandungan Iklan :

Kandungan iklan yang dipaparkan , jika sekiranya kandungan iklan yang terbit di ruang iklan yang disediakan untuk Google dan juga Nuffnang itu memaparkan iklan yang tidak halal, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba, pinjaman riba atau apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram  sebgaiamana kandungan iklan tersebut. Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi yang haram, maka setiap upah atas promosi tersebut juga haram. dalilnya terlalu banyak, antaranya adalah laknat Nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

4. Cara pembayaran:

Hal ini perlu disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan / gharar. Jika keempat-empat peringkat itu semuanya LULUS dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita peroleh juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

nota: jangan klik pada  iklan tobacco atau arak dalam ruang survey.
p/s: kalau ada iklan haram, jangan klik.

23 comments:

lady-D said...

nabil, bagus info ni..skang ni dh x ragu2 dah

zirconia said...

thanks bagi info nie nabil. sy memang tak click iklan tobacco ngan alcohol related tu.

masmurni said...

thanks nabil,mmg ada sikit2 rasa ragu sblm nih...tp nmpknye cm dah jelas...

Jejaka Terhangat said...

"3. kandungan Iklan :

Kandungan iklan yang dipaparkan , jika sekiranya kandungan iklan yang terbit di ruang iklan yang disediakan untuk Google dan juga Nuffnang itu memaparkan iklan yang tidak halal, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba, pinjaman riba atau apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebgaiamana kandungan iklan tersebut. Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi yang haram, maka setiap upah atas promosi tersebut juga haram. dalilnya terlalu banyak, antaranya adalah laknat Nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan."

camne ni..=p

Jejaka Terhangat said...

owh..lupa..utk tmbahan bleh pg sini..

http://berita-harian-online.com/hukum-letak-iklan-di-blog-seperti-adsense-dan-sewaktu-dengannya/

fairus said...

Thank 4 the info..

Anis izyan Abd Rahman said...

ooo i c~

feyus said...

Fahami lah kita, jgn cuba2 klik yg tobacco dan arak. itu lg jelas dah haram.thanks info berguna nih.
Cara nak letak iklan nuff di bawah post

[sutera kasih] said...

thanks for the info..sgt membantu..
if still was2, lebih baik jgn guna duit tu..huhu

blogging utk kepuasan dan bukan utk meraih keuntungan semata2..ianya sebagai bonus mgkin huhu

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Bukan saja jgn klik iklan arak n tobacco, yg penting jgn minum arak dan jangan hisap rokok.. nk tunggu nazak baru nak berenti isap rokok ker?? Umat Islam takkan maju selagi minda dikuasai anasir luar. salah satunya adalah rokok!

Unknown said...

great info...thanks..

2R said...

tq sharing..info sgt berguna =)

suffer8zine said...

bnyk kali juga baca entri pasal ni, yuppp masing2 kene ambil peranan la, biase la bila dah nama 1 malaysia kalau boleh semua agama nk disatukan, tapi tu la, masing2 kene ambil peranan la ye, nice info bro!

Terkini : Katak makan tikus

Artzlizan said...

tengkiu bro....sangat berguna...

Mohd Hazwan said...

thanks for sharing bro

BENA said...

ohooo. macam tu upenye . so jgn klik iklan haram konklusion seperti anda kate. heeee~

paan said...

dan janganlah menggalakkan visitor anda buat fraud click ye . :) semoga segala klik yg datang adalah yg original .

Entri terbaru->Giveaway Domain From Melromeo.com

bro di tag dalam contest ni . Jom join . :)

Kalamhati said...

alhamdulillah..jelas dah..tq nabil!..=)

Bro Framestone said...

terbaik

kena tambah lagi fakta..

haram juga jika menjana pendaptan dengan memaksa org klik iklan or wat froud klik menggunakan komp yang berbeza..

cara terbaik.. biarkan aje iklan tue.. nnt just tgk income sahaja

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Rina Rossoneri said...

bagi kita nuffnang ni baguslah sebab memahami,sebab tu dia letak kat survey sama ada nak letak iklan arak/rokok atau tak..

Unknown said...

terima kasih..
sangat penting untuk tahu hal2 begini..kan??

darkbatman said...

bgs info ne bro.. mane ko dpt?hehee

unGu said...

ooo.... xbace pom,.. haha