Pungutan Pingat Terkini Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 - Day 7

Salam.Hari ke 6 semalam menyaksikan Malaysia tidak berjaya merangkul sebrang pingat.Oleh sebab itu, tiada entry untuk laporan hari ke 6. Hari ke 7 hari ini 19/11/10 menyaksikan kebangkitan semula atlet negara setelah hampa pada permulaannya.

Antara pasukan yang berjaya pada hari ini termasuklah skuad skuash, badminton, takraw, boling dan juga hoki. Skuash seperti diramalkan, mudah untuk melangkah ke peigkat separuh akhir. Ratu skuah negara yang juga merupakan pemain no 1 dunia dengan mudah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. InsyAllah, Datuk Nicole akan berjaya menambah koleksi pingat emas negara pada esok hari.Turut mengiringini Datuk Nicole adalah Ong Beng Hee and Mohd Azlan Iskandar.


Juga perlu diberi perhatian adalah skuad sepak takraw lelaki berkumpulan apabila layak untuk ke final bertemu dengan pasukan Thailand esok. Pasukan negara bertungkus lumus memerah keringat menumpaskan pasukan korea sebelum berjaya ke peringakt final.

Pasukan hoki lelaki negara hari ini berjaya menundukkan pasukan daripada Oman dengan jaringan 12 berbalas 2. Pasukan hoki lelaki negara kini merupakan pendahulu bagi kumpulan A bersama dengan China, Korea Selatan dan Oman. Skuad hoki perempuan juga pertama kali menang selepas 5 kali perlawanan apabila menewaskan khazastan dengan 2-0.

Pasukan Boling trio negara hari ini menamatkan pusingan pertama di kedudkan no 4 dan akan meneruskan perjuangan pada esok hari.

Juga perlu diberi perhatian, Datuk Lee Chong Wei hari ini berjaya menebus kekecewaannya apabila berjaya menumpaskan pemain ternama Thailand Boonsak Ponsana dengan straight set untuk mara ke peringkat separuh akhir bertemu Cheng jin dari China. Esok Datuk Lee akan bersaing untuk menetukan slot perlawanan di Final perseorangan individu. Seperti diduga, skuad badminton lelaki negara Khoo Ken Kiat dan Tan Bon Heong esok akan turun beraksi di peringkat Final.

Berikut adalah pungutan pingat terkini jam 12.00 malam 20.11.10 hari ke 7.

p/s: Gambar dari sumber utusan online.

9 comments:

zool said...

harap2 datuk lee chong wei mampu pungut emas..
dan lagi best kalau hoki dapat emas untuk tebus kekecewaan di Komanwel ari tu

Nur said...

kkk n tbh masuk final..yeah...hehe...

saya_arief said...

suke tengok takraw..
haha..
psikoooo owang tu yang besh..

Kak Mahh said...

Tahnia kepada semua WAKIL NEGARA.

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

kita kena beri semangat pada pasukan negara....

Oong-ong said...

suke tgk badminton..lately suke gak tgk takraw

hans said...

minta2 la Malaysia dapat capai kutipan pingat emas tu

P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton

SweetyMui2 said...

wohh malaysia tempat ke-10 ek..boleh tahan..hikhik

::FAIZ:: said...

stuju ngan zmah