Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t

Agak puas rasanya bila dapat update sekurang-kurangnya 1 entry untuk sehari..Ingat senang ke nak jadi bloggers? Kalau full time bloggers mungkin tak ada masalah..Tapi kalau seorang mahasiswa tahun akhir kursus engineering agak susah untuk publish 1 entry yang berkualiti pada setiap hari..InsyAllah, di kesempatan yang ada ini, sempat juga untuk saya buat entry ini.

Sehat ye semua? Agak rindu juga pada semua bloggers yang sudi menjengah masuk ke blog ini sepanjang ketiadaan saya di Malaysia..Hehehe..InsyAllah kunjungan anda akan dibalas..

Setiap hujung tahun, mesti ada awal tahun. InsyAllah esok kita akan melangkah ke tahun 2011. Bila tahun baru je, banyak la azam2 baru yang akan kita lakukan. Kalau tak percaya, hampir kebanyakkan blog akan update pasal entry Happy New Year kalau dalam bahasa melayunya Selamat Tahun Baru.

Apa azam untuk tahun ini? InsyAllah, rata2nya mahukan supaya imannya dipertmbahkan, dimurahkan rezeki dah hidupnya lebih diberkati oleh Allah s.w.t.

Kalau tahun lepas ibadah kita kepada Allah hanya 50%, tahun depan kita gandakan kepada 80%. InsyAllah, niat mesti ada. Bila kita niat untuk lakukan benda yang baik, insyAllah kita akan dapat ganjarannya.

Kenapa tiba2 saya sentuh pasal ibadah? Bukan ape, semakin naik tahun, semakin naik juga usia kita..Semakin naik usia, semakin kita dekat pada kubur...Semakin dekat pada kubur, semakin banyak la ibadah kita kena buat..Semua orang takut untuk mati kan? Kita tak tahu bila kita akan dipanggil olehNya. Jangan ingat umur 20 masih belum lambat unutk dipanggilNya. Baru2 ni, kawan saya yang sama umur dengan saya telah dipanggil olehNya.  Sedekahkan al-fathah untuk arwah sahabat saya.Al-Fatihah...

InsyAllah, selain pada ibadah, kalau yang ada azam nak kawin tahun depan atau tahun ni, rasanya lebih baik mula kumpul duit mulai esok..InsyAllah sikit2 lama jadi bukit..Simpan di tempat yang sepatutunya..Hal muamalat ni boleh rujuk ustaz zaharuddin.net.Dia lebih arif bab muammalat ni..
Rasanya tak perlu kot utuk saya senaraikan berpuluh2 lagi azam bila menjelang tahun baru..Anda pon ada azam masing2kan..Semoga kita berjaya dan dapat mencapai KPI azam masing2 yew..

Selamat Tahun Baru Buat Semua Rakyat Malaysia khasnya and Happy New Year to All of You.

WELCOME 2011.



16 comments:

ch!natsu said...

happy new year~
sem0ga yg baik2 menanti dihadapan.. insyaAllah~

Anonymous said...

aman:

salam.. semoga kita meneruskan azam kita pada tahun baru hijrah baru2 ini dalam tahun masihi 2011 ini.

cimöt said...

selamat tahun baru juga nabil!!semoga terus berkarya terutamanya gamborrr!!!

Aida Azryn said...

Happy New Year!! ^^

saddam said...

Selamat tahun baru... marilah sama2 kita ingat mengingati satu sama lain ok.. :)

farah said...

selamat tahun baru ;)

Unknown said...

wishing u hpy new year,,

Jom Masak Channel said...

happy new year nabil. wah bergaya dengan camera tu...bila nk amek gmba aku? hehehe.


latest entry,
Selamat Datang 2011

chegu abbas said...

happy new year nabil....semoga nabil capai apa yang nabil azamkan yer...^_&

Unknown said...

happy new year nabil teruskan dgn entry2 yg best ok =)

hans said...

selamat tahun baru Nabil

P/S : Lepak Dengan Kawan - Kawanku Sempena Tahun Baru

Unknown said...

happy new year nabil..

saya_arief said...

selamat tahun baru.
:D

Anonymous said...

oh. kau engine. selamat!

fadhlina said...

lagi jem la nanti mrr2..huhu
Happy New Year!

Unknown said...

epy new year...