Wajarkah menghabiskan duit kerana hobi?

Salam.boleh tak saya nak tukar ayat tu kepada habiskan duit untuk memenuhi keperluan nafsu? takpon tak sama?  keperluan nafsu boleh disamakan dengan hobi...Sebabnya, hobi adalah benda yang kita suka buat..Benda yang kita suka buat biasanya membawa kepada nafsu kita pon turut suka..Mustahil  la kalau suka sesuatu tanpa melibatkan nafsu..Nafsu la yang menyebabkan kita suka sesuatu. Betul tak?

Berhabis Duit kerana hobi diambil daripada petikan akhbar Kosmo yang saya rasa agak menarik untuk saya kupaskan dan bawa kepada perbincangan yang bersifat terbuka dengan semua pembaca..Kamu semua boleh baca dekat link yang saya bagi tu..Menggambarkan sifat lelaki yang amat gila bershopping.Agak normal bagi perempuan yang gila shopping..Disebabkan artikel tersebut adalah lelaki suka bershopping, so saya berminat untuk kupas disebakan saya juga lelaki yang mempunyai nafsu untuk shopping macam org lain.

Dalam artikel tu diceritakan mengenai seorang yang suka mengumpul beg berjenama yang berharga ribuan ringgit setiap satu..Kalau saya memang pikir 10 kali, buat solat istiqarah, baru boleh decide..Tapi golongan ni dengan mudah mengeluarkan RM4000 untuk membeli beg kegemaran mereka..Tak salah untuk membeli..Tapi jangan sampai membazir..Jangan sampai nafsu yang mengawal kita..Apabila nafsu control diri kita, maka syaitan bertopeng manusia la jadinya..Hmmm..

"Luah graduan fesyen dari Pusat Latihan Fesyen Antarabangsa (IFTC), Kuala Lumpur itu, golongan jejaka tidak perlu malu untuk berbelanja. Apatah lagi tidak pernah termaktub tabiat membeli-belah hak mutlak wanita." petikan dari artikel..Katanya, jejaka tidak perlu malu untuk berbelanja..Ada ka org malu nak berbelanja? Rasanya 1 dalam 10000 ade la kot..Istilah malu tu mungkin boleh dijadikan pelbagai maksud yang setara dengannya iaitu,

Malu disebabkan:

1- tiada wang yang cukup
2- ukur baju dengan badan sendiri
3- tidak membazir
4- berjimat

Kalau malau disebabkan perasaan malu yang kita faham, rasanya memang tak ade..Kalau saya ditawarkan untuk membeli beg berjenama RM4000? Memang saya malu untuk beli sebab saya tak ada duit..Tapi lain pulak ceritanya bagi orang yang mampu..

Rm4000 ibarat 4 ringgit..Ingatlah, antara ujian yang paling besar adalah ujian kesenangan dimana dengan kesenangan, agama pon kita boleh lupa.Bagi saya Rm4000 boleh buat belanja untuk 1 sem termasuk yuran pengajian RM1500 persem..InsyAllah dengan RM4000 saya mampu survive..

PErsoalan yang nak dibincangkan, salah ka diorang nak beli? Dah diorang mampu, so ikut suka la kan? mungkin ada benarnya, mungkin tidak..

Kenapa Nabi Muhammad s.a.w tidak kaya? Baginda hanya hidup sederhana sahaja..Kenapa Baginda tak nak kaya? Amat senang untuk seorang Nabi untuk beroleh harta yang turun dari pada langit..Tapi bukan itu semua yang diperlukan..Sahabat baginda seperti Abdul Rahman seorang hartawan mendermakan hampir semua hartanya kepada jalan Allah..Itulah contoh yang terbaiknya bagi orang yang kaya raya..Bukan habiskan duit dengan beli brang berjenama yang berharga ribu2dan berasa bangga sebab mampu beli..Hmmm

Mungkin korang boleh cakap, ko jeles ar tu tak mampu beli? Alhamdulillah, jujur saya cakap saya tak jeles.Cukup la sekadar hidup sederhana..Takut kalau senang nanti mudah lupa kepadaNya..

Soal muammalat di dalam Islam ni agak besar skopnya..Mungkin 1 entry panjang pun masih tak habis dibincangkan..So dekat sini saya nak mencadangkan la beberapa kaedah ataupun cara supaya hobi kita itu adalah menjadi daripada satu ibadah yang mendapat keredhaan daripadaNya:

1- Business dan kerjaya
Fotographer adalah satu daripada hobi yang mewah..So, kita gunakan hobi itu kepada satu kerjaya yang mana boleh membawa kerjaya buat kita..Dengan itu, disamping kita berhobi, kita juga berkerjaya..Hasil daripada duit kerja kitu tu, kita boleh dermakan sebahagian kepada yang memerlukan..Paham tak?

2- Menderma dan berjimat

Apabila duit dah banyak sangat, saya mencadangkan supaya sekurang2nya mendermakan 1% daripada duit anda kepada org yang memerlukan.InsyAllah sumbangan anda itu mendapat barakah daripadaNya. Selain itu, sebelum membeli, pikir dulu..Ada ramai lagi org kat dunia ni yang tak dapat minum dan makan..So, kadang2 tu berjimat la yew..Berjimat untuk masa depan..

3- Keperluan,Kemahuan dan Kemampuan

Dalam ingin membeli sesuatu, 3 aspek ni perlu di ambil kira.Contoh, kalau nak beli beg Rm5000.. Keperluandia adalah untuk ape? Kalau itu bukan keperluan, maka ia adalah kemahuan? Apabila kemahuan mengatasi keperluan, maka terminate lah niat anda walaupun anda mempunyai kemampuan untuk membeli kerana tidak bermanfaat bagi anda kalau membeli..paham?

Petikan daripada antara TOp 20 orang terkaya dekat Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.Beliau hanya menggunakan proton perdana untuk kemana2..Pastu orang tanya, kenapa tak beli kereta Mahal sikit? Dia cakap, mercedes adalah kemahuan..Keperluannya adalah kereta..Bukan saya tak mampu..Helikopter pon saya mampu beli..tapi buat pa saya beli kalau ia adalah satu yang tidak bermanfaat? Itulah antara beberapa petikan yang saya ingat daripada Tokoh Hijrah Negara 2 tahun lepas kalau tak salah..

Kalau ada salah kat mana2, harap betulkan saya..Saya juga manusia biasa yang ingin mengajak kepada kebaikan..

Apa kata anda? Hehehe... Senyum =)

p/s: jgn lupa tengok video tu okey.


44 comments:

SRenungan said...

dia seorng yg merndah diri..
semoga bertmbah hasil kekyaan dia..
amin..

Hazzy Ishak said...

rasanya dia dah sampai tahap lupa diri tu

Anonymous said...

Kalau hobi tu bermanafaat tak salah. Mcm contoh #1 Business dan kerjaya.

Anonymous said...

Kalau hobi tu bermanafaat tak salah. Mcm contoh #1 Business dan kerjaya.

hans said...

entah
bagi aku bila dah hobi tu so memang xsalah lah asalkan hobi dia tu bermanfaat

P/S : Kelab Bola Sepak Kalah 55 - 0.....Ini Main Bola Ker Apa? Hahahaha

MuJE said...

baru perasan top orang kaya-kaya tu sume laki..hehe terbukti orang laki mmg pandai berjimat!





- MunzirShafie [dot] Com

Qarl said...

sekotak tissue plz

sedih ptg2 ni pas tgk video tu

Anis izyan Abd Rahman said...

hurmm..
semua bergantung kepada individu termasuk lah tahap kemampuan dan tahap keimanan dan kekuatan menahan nafsu syaitan~

hans said...

ar ar
baca komen Muje baru aku perasan
ekekekeke

P/S : 5 Perkara Yang Menyebabkan Kita Takut Sewaktu Berada Di Asrama @ Hostel

CY said...

banyak duit bole la jadikan hobi.
tapi macam aku ni ha.. carik duit nak teruskan hidup...

.::: Princess MOMOY :::. said...

artikel menarik

mimi said...

nak shoping boleh.tp bpade-pade.
kaye bukan selamanya. :)

sarah mohamad said...

itu bukan keperluan tapi kemahuan . dan aku rasa dia beli cuma nak menunjuk je . kalau aku baik simpan , beli rumah .

amie said...

hobi?
erhhhh..
hobi dakni beli fon..
sampai kene marah dengan semua orang..
so skrg cube menukar selera walau susah..
hobi kepada kucen..
dan buat bisness kucen.. :)

SukaHatiAkulah said...

ya betol!!!kebanyakan orang pikir pasal kemahuan...bukan keperluan..walopon kete perdana...ckup la kan..janji kete 2 leh gerak...J.I.M.A.T...cerah mase depan..hik3..

suffer8zine said...

huhu den ni bajet x de nk soping2

Terkini : Sebab-Sebab Doa Ditolak

sud@is said...

hebat n3 ni
aku pun x suka shoping
sbb aku x cukup duit...

Lyla Ibrahim said...

I'm a shopaholic...
tp bkn pd clothes n bags ok...
I'm a book shopaholic...
ok larr tue kan???
huhu...

Cempakamelati said...

Berhabis tu tak boleh la...kena ada peruntukan.

darkbatman said...

klau hobi 2 x merugikan rs nye xsalah.. mcm blogging ne bile jd hobi leh dpt duit..hehee

whiteCempaka said...

sebab itulah kena sentiasa bersederhana dalam sesuatu..
Tuhan pun tak suka hambaNya yg berlebih-lebihan dalam sesuatu..

Nur said...

waaa...nice entry..
x slaah la plak kalo nak berbelanja..
tapi kalo da satu beg 40000 tuh cam melampuau plak..
saya suka berbelanja ke arah MAKANAN..yeah~!

Anonymous said...

setuju jewk!

touya said...

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari , walaupun dia kaya dia banyak membantu orang . Aku salah seorang yang mendapat tajaannya untuk kelas tuisyen SPM beberapa tahun lepas .

PjahFzah said...

hwaaaa...4000 utk beg? xsanggup!!!! baik kumpul buat beli kete lagi berbaloi kot **sbb sy blum de kete T___T


kisah transformers?? - http://hifaz-phat.blogspot.com/

hans said...

tan sri syed tu memang baik weih

P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi

Anonymous said...

tu la aku bc smlm kt paper.......

tgk je muke laki tu ....zappppppp

sure die gay....mmg la byk duit hahahhaha
jahat gile aku

chegu abbas said...

betoi haih nabil buang pa nk buang duit dengan benda yang x berfaedah kan...mengarut saja....baik meniaga dari duk habis duit dengan hobi...klau hobi tu leh buat untung teruskan la...klu bagi habis duit mnegarutja......apa pendapat nbil...

nunui Joe said...

baik simpan duit ntk masa dpn.. ntuk emergency.. Kita mana tau bia masa kita susah kan. hehe

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

eemmmm kalau dah hoby tu nak wat camnerrr .... tapi berbelanja kena ukur dibadan sendiri kelak merana diri.... apa pun kena simpan duit masa hadapan.... wajib buat tuuuu

Hanisah Safian said...

hobi pun kena tgk jugak.jgn sampai membazir!


membajir itu kan sahabat syaitonirrojimmmmm~

Cikbelog said...

bukan senang nak bejimat cermat..heeeeeee

SyahmiFikri said...

btol2 kadang2 hobi nie mghabeskan duet jerr

CERITA LEBAT said...

gua sokong!...kemahuan dan keperluan adalah berbeza

as said...

suka ayat yang dipetik petik tu.sanhat terujaa ; ))

miss lolly a.k.a luvfareda said...

banyak duet b0lehlaaaaaaaaa. teruskan !~

Izwan said...

aku tak ske shopping..baju beli setahun sekali tu pun sehelai..haha..tapi utk benda yg aku minat,aku tak kisah..yg penting diri sendiri puas hati..tapi hobi yg menjana pendapatan memg untung..2 in 1..

Mya Amyra said...

kalau hobi tu bermanfaat
y not kita melabur siketkaan

Sakinah said...

hobi2 jugak...manabung jgn lupa ya...wlupun kita sume dah tua...bukn bermkna xbleh menabung

Oong-ong said...

hobi2 gak..tp klw sampai berhutang keliling pinggang..xgune lah jugak

Oong-ong said...

hobi2 gak..tp klw sampai berhutang keliling pinggang..xgune lah jugak

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Tertarik dengan ayat Warren Buffett;

"the money you earn is not yours but the amount you save is absolutely yours."

Ieda_ishida said...

nk abis kan duit utk hobi xsalah.. tp biar kena pd gayanye.. lg 1 jgn la mbazir sgt bli mahal2..

J said...

byk duit le wat apa2~~ ahha

Entr Terbaru : Amazing race Asia. Team mana yang akan menang?

:)