Sunday, January 31, 2010

droP yoUr reSUme


salam semua..
sory minggu ni sgt sebok sbb xde kat johor...
skrung ada kat KL atas urusan peribadi...
so amat masalah utk dapatkan tenet..hehehe..
ok, ni nak kongsi sedikit iklan career fair...
so, kpd pelajar tahun akhir, atau sesiapa saja yang tgh mencari kerja, boleh la datang ke UTM skudai utk interview..ade jugak walk in interview..
jgn lupa print resume banyak2 dan bagi je kat company2 yang ada kat situ yew..
sapa dtg nanti, roger2 la ye...
bye

Thursday, January 28, 2010

pilihan RAya oh piliHan raYA...


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Apa khabar semua?dah lama rasanya xupdat blog ni…hehehe..ok, utk pengetahuan lokasi sy menulis artikel ni adalah di atas bas dalam perjalanan ke kL…heheh…dah tak tahu nak buat pe,so tulis je la artikel..

Ok,harini 28/1/10 merupakan hari pilihanraya kampus di utm skudai..utm kl xpasti plak sekali ke tak.. so,pada pukul 11pagi tadi saya dan rakan2 telah melaksanakan tanggungjawab kami sebagai pengundi..yang bestnya undi ni, tak cukup umur pon boleh gak..hehehe…kalau nak undi pilihanraya negara kena umur 21 kan???tapi kalau PRK xperlu umur 21 pon..yang penting student…tapi saya undi siape ek???ha….itu rahsia la…hehehe…

Utk pengetahuan, dkt utm ni tapi xtahu plak kat universiti lain cmna, terdapat 2 parti…tapi actuallly diorang xde declare pon as parti..satunya evolusi xpon aspirasi dan satu lagi pro atau pmi..pmi ni kalau nama lain dia, diorang panggil geng oren..mungkin sbb warna trademark pmi kot…huhuhu..geng2 oren ni, di universiti di anggap sbgai parti pembangkang..


Kalau di peringkat negara, jenis undi ni terbahagi kpd 2, iaitu peringkat parlimen dan juga zon kalau xsalah..zon ni mcam daerah..kalau PRK plak, terbahagi kepada 2 jugak iaitu fakulti dan juga umum..fakulti ni base on fakulti masing2 la…kalau macam saya, fakulti elektrik la…ok, utk calon fakulti, hanya 6 orang calon..manakala utk calon umum 25 orang..daripada maklumat yang diterima, utk calon fakulti kejuruteraan elektrik, 3 orang merupakan geng oren dan 3 lagi aspirasi..utk peringkat umum, dimaklumkan sebnayak 16 org aspirasi dan 9 org geng oren..


Seriously cakap,pada tahun satu dulu, kalau nak mengundi ni just tgk muka ja…mana la nak kenal sape yang bertanding..kebanyakkan yang bertanding student tahun 2, dan 3..so sapa yang muka comey n nsem tu advantages la..hehehe..memang kami kebanyakkan pilih ikut muka ja…hehehehe…pastu utk nak galakkan pergi mengundi, ada cabutan bertuah la, macam lagi la..air kotak dgn biskut tiger dah macam syarat wajib dapat lagi.hehehe..setiap org mesti dapat..


Ok, berbalik kepada pendirian saya, utuk mengundi kali ni memang terasa beratnya sbbnya 5 org kawan saya masuk bertanding..ada yang oren, ada yang aspirasi..so,ada berbagai bangsa…so agak sukar utk memilh..pendirian saya utk mengundi bukan base on manifesto yang diorang bawa..manifesto tu Cuma point je…cakap je lebat,…buat xpon..ni diakui oleh beberapa MPP lepas yang saya kenal…huhuhu..so, manifesto utk kedua-dua team ni semua bukan menjadi pengukur utk memancing undi..


Pada saya, saya akan pilih bangsa saya sendiri…xkira baik mana seseorang tu, yang penting bangsa dan agama..prinsip dan theory saya xkan ada bangsa lain akan berkorban menaikkan bangsa org lain..betul tak????kalau ada,provekan utk saya..then baru saya boleh claim that theory saya salah…so,saya ada sedikit perkongsian:


Firman Allah:
28. Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali[192] dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).
[192]. Wali jamaknya auliyaa: berarti teman yang akrab, juga berarti pemimpin, pelindung atau penolong.
(Surah Al-imran ayat 28),3:28



Firman allah juga;
51. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Surah Al Maa'idah, ayat 51),5:51




Saya ada terbaca paper 2 hari lepas, saya dapat tahun UIAM telah dimenangi oleh aspirasi dan saya dengar juga UMT dimenangi oleh PMI..so kepada yang belum mengundi, pilihlah dengan bijak..gunakan akal utk memilih..ok.wah, first time entry mencecah lantai bak kata cik Epal…hehehe..

salam

Tuesday, January 26, 2010

KuncI bukAn sebarAng kunci..








salam semua...

walaupun dalam mood malas sgt nak update blog, tapi xpe la...update je la walaupun xseberapa...lagi pon nak update xde idea...hehehe...actually minggu ni amat sebok la..tadi baru ja habis test micro p...aduh..lega rasanaya...so, mood mlm ni utk tido awal je sebenarnya...tapi sebelum tido nak share gambar kunci...


ala, gambar kuci je??baik xpayah...semua org ada kunci...hehehe...ok, kunci ni agak special...specialnya kunci ni,harganya mencecah jutaan ringgit...haaaaaaa....cemaskan dgr...hahaha...


ok.seneranya kunci yamg di maksudkan adalah kunci kereta2 mewah...tgk kunci pon dah ble tahu kete cmna...mesti mahal mampus...kunci dia pon dah gempak habis la...ok.ini je utk perkongsian hari ni...bye2..


p/s: kredit to isu hangat/belalang



Sunday, January 24, 2010

trIp to SingapORE [part 2]

-->tempat biase amik gambar kalau g singapore...

--> macam2 kanak2 terbiar je...huhuhu

--> pemandangan esplanade(mcm durian/nenas)

--> pemandangan yang sama tapi tambahan eye on singapore

-->dgn geng2 sekalian...

--> akibat terlalu penat dan panas..ini hasilnya..ntah ape2..

--> anak singa..comey je...

--> sekitar Arab street...

-->satu2nya masjid yang kami jumpa..

--> gambar hiasan(teropong masjid)
salam semua...

ok last aritu saya citer sampai dkt china stown...utk pengetahuan, kalau nak shopping, kat situ la terbaik...seterusnya kami bergerak ke arab street utk makan n solat..kami tak beli kat sana sbb susah nak cari restoran melayu,,so kami tapau dari johor lagi...jimat kan???hehhee...

ok, kat arab street ni, tempat dia biase je...kat situ di panggil arab street sebab ada masjid...itu satu2nya masjid yang ada kat tgh bandar singapore...isk3..kalau kat malaysia merata2 masjid...Alhamdulillah..untung kita tinggal kat Malaysia...

kalau sapa yang tak sempat shopping kat china town, boleh la beli kat sini sbb ade jugak jual2...tapi, for me choice dia kurang sikit compare to china town...

ok,seterusnya kami bergerak ke esplanade dan juga tempat singa pancut air tue..hehehe..nama dia ape ntah...xingat plak dah..heheh...mellion kot...
kalau g singapore tak sah kalau xg amik gambar kat situ..tempatnya bukan ade apa sgt..just singa tu je...pastu ade la kedai mkn sikit...

next, kami terus bergerak ke pulau sentosa...ok, t saya sambung part 3 plak yew...bye...

Saturday, January 23, 2010

Antara kualiti, braNd dan hArga, maNa peNting?


Salam semua..apa khabor??semua sehat??

Ok..actually saya baru balik dari test microwave pagi ni…time buat test tiba2 terpikir nak tulis satu entry baru…isk3…teruk2..sambil buat test pon dapat ilham idea nak tulis kat blog…bahaya tu…hahaha

Ok, entry kali ni just nak bincang and Tanya pendapat semua bloggers, antara brand,kualiti dan harga, mane korang pentingkan??dgn kata lain, korang akan judge dulu…contohnya ketika nak membeli baju or seluar…nak tengok jenama ke, kualiti ke,harga?? For me, tengok harga dulu…then tgk brand…kualiti tak tengok sgt…

Knpa kualiti tak tengok sgt??ok, sbbnya kalau brand dah terkenal, of course dia punya kualiti tak perlu dirisaukan..betul tak???ok, tapi itu kes yang ada brand…so saya akan tgk harga dulu..tapi lain org, lain dia punya style…korang plak cmne???

Ok, kes ke 2, kalau xde brand…kes ni berlaku bila kita nak beli pakaian or ape2 kat pasar malama or kat mana tempat selain supermarket? Contohnya saya g Singapore aritu, nak beli t-shirt, so apa yang nak perlu kita tengok dulu?ok, pada pendapat saya, pada masa ni, saya lebih pentingkan kualiti..pastu baru tgk harga..kalau yang jual kat situ, harga t-shirt serendah $4 pon dah ble dapat..tapi kualiti sesuai la dgn harga…kualiti ni termasuk jenis kain dan kualiti printing dia…

ok,so at last sy amik t-shit harga $12.kalau dalam rm lebih kurang rm28..tapi for me, yang penting kualiti..walaupun mahal sikit, tapi bnde tahan lama lagi bagus pada bnda murah, tapi pakai kejab dah rosak..tapi,ada juga bnda murah dan tahan lama...betul???

Betu tak kawan2 semua???????hehehe…ok, ni semua pada pendapat saya la…tapi pendapat kamu semua mesti lain dari saya kan???so, selamat berkongsi idea..bye2..

-------------------------------------------------------------------------------------

Islam pon tidak melarang kita memakai pakian yang berjenama(mahal)..as long as jangan dok menunjuk2 dan bangga diri.…pernah dgr satu ceramah by Dr asri, dia cakap, kalau ada jubah levis skali pon,kalau nak beli beli je la…xsalah pon..heheheh..

p/s: kpd ustaz/ah, ikhwah,akhawat, pelajar mesir,dan sesiapa saja, kalau ada salah hal agama tolong betulkan..

p/s: gambar xde kaitan..heehe

Friday, January 22, 2010

Ada JUgak anAk mAcam ni...!!!

salam...
entry dibawah ni dicopy dari utusan malaysia..
tujuan saya paparkan entry ni sbb saya rasa perlu sangat berkongsi cerita yang agak menyedihkan..so, saya berharap semua rakan2 ku bukan jenis spesis yang macam nie..
selamat membaca..


Si Tanggang moden dari Sarawak?


Tumi Wongsoruju ketika berada di Balai Polis Seri Kembangan, Serdang, Selangor, semalam.


SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.

Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.

Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.

Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.

Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.

Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.

Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.

Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.

Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.

"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.

Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.

"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.


p/s: creditu tu utusan malaysia...

sedikit perkonsian utuk kita hayati..wasalam..

entry lain di blog [shazwanie]

k..



Thursday, January 21, 2010

eGo vs RXZ??


SALAm kepada semua bloggers…semua sehat??hmmm..

Tajuk entry kali ni agak pelik tapi benar…apa yang peliknya?? Pelik ke??mcam tak jew..hehehe..ok.back to the main topic..topic kali ni mengenai egos gemar memotong rxz dan 125z…dari segi pembuatan, ke tiga2 jenis moto ini adalah moto buatan Yamaha..

Yang berlainanya, firstly dari segi cc dia..kalau ego 110 je..kalau 125z, cc dia agak laju iaitu 125cc dgn 5 gear..mantop kan…rxz tak sure plak..135 kot..xpasti plak…kalau dilihat dari segi fizikalnya, kita tahu, ego ni kecik n cute..125z ni agak berani dan rxz ni ganas..ahahah..mat2 rempit suka moto rxz dan juga 125..

Of course bila cc dah lain, bentuk and nama dah lain, harga pon lain la…kalau ego dalam rm5k dah boleh dapat..kalau moto lain mesti mahal dari rm5k…apa sebenarnya nak citer ni???dari tadi membebebl ntah ape2…aduh…heheheh….

Ok..utk pengetahun, sy hanya guna moto skuter egos..huhuh…tapi, apa yang dikaitkan dgn tajuk, ego sentiasa gemar memotong 125 dan rxz…ini tidak dinafikan..terutamanya saya la…apabila bawa moto je, jumpa dgn 2 jenis moto dan ada lagi moto2 seangkatan dgnnya, saya mesti memotong dgn lajunya…..grrrr….heheheh…kalau xdapat potong,bawa sepelahan yang mungkin…

Dalam hati sy, eh, ak ni tak buta cc ke???diorang dah la laju…tapi pikir2 kan balik, ikutla…masing2 la kan…huhuh…ini utk kesihatan…tapi mesti semua nak tahu???knpa dan bagaimana dan apakah sbb ego gemar memotong rxz dan 125??kerana jeles dgn harganya ke, kerana bentuk fizikalnya ke??????????


Hahaha…..semua salah….satu je sbb utamanya adalah ASAP…bkn as soon as possible..tapi, asap motonya…kalau bawa moto kat blakang rxz n 125z, xlarat nak sedut asap..xbaik ukt kesihatan..pastu, baju plak berbau asap..amat tidak suka..so, sy ulang, jawapanya adalah asap moto..heheh…ntah ape2 punya entry…

p/s: maaf entry ni tidak mempunyai input..

Tuesday, January 19, 2010

Ada apa pada AJL 24?

salam semua...
insyAllah entry kali ni bukan saya buat..memang 100% amik dari tuannye dgn meminta kebenaran..tujuan amik entry ni sbb rasanay saya perlu berkongsi apa yang saya tahu kpada semua org..kalau yang dah tahu tu, xpe la..ni blog asal penulis article ni(http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com)..selamat membaca...
Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengajamenampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.



di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orangguitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Monday, January 18, 2010

trIp to SingapORE [part 1]












salam...
Alhamdulillah kami semua dapat sampai dan balik ke tempat yang dituju..
tempay yang dituju adalah Singapore..entry kali ni nak citer pengalaman ke negara jiran bersama rakan2 ku...

ok..kali start berkumpul pukul 6.30pagi hari sabtu..sy antara org yang lambat sampai kat bas..ingatkn dah lambat..tapi ada lagi 2 org junior yang lagi lambat..tension kami semua..tunggu diorang je dah 20min melayang..so,dari 6.30,kami bertolak pukul 7.15..dalam 45 min perjalanan, kami berhenti di rnr ape ntah..xingat plak..huhuh..time tu sempat gak g cari air mineral sebotol kat stesen mminyak...pastu perjalanan diteruskan..sampai je di imegresen malaysia, sy kena make sure semua org beratur mengikut urutan..sbbnye kami ni buat passport group..kebetulan, sy plak jadi ketua..pastu g imegresen singapore yang agak straight..procedure yang sama juga...

sampai je kat singapore, first place pergi japan and chinese park..kat situ sesuai utk amik gambar..ok jugak la tempat dia...next kami g china town...haaa...kat sini tempat unutk membeli survenior...macam2 ada....harga t-shit serendah 4 dollar to 20 dollar sehelai..kualiti base on harga dia...k..itu je utk kali ni...

to be continue.....

Sunday, January 17, 2010

ketika ciNta berTasbiH vs Ayat2 ciNta!!!


Salam semua…

Dulu sy dah pernah buat entry pasal ni…ingat tak?ni link dia…so ramai yang bagi pendapat masing2 kata kcb ni best, dan ada juga kata aac best lagi pada kcb..tadi baru je habis tgk kcb 2…bila dah tgk tue, ingat nak citer entry pasal g Singapore semalam, tapi xjadi sbb tgk citer kcb 2 best sgt..

Citer ni bg saya meamng banyak sgt input yang berguna..berbeza dgn yang kcb 1, kcb 2 ni semua citer pasal saudara azam dkt Indonesia..diorang dah tak pergi cairo lagi dah…huhuh…jodoh di tangan Tuhan.. :)

Sebenarnya tak tahu nak describe tentang citer ni sbb bagi saya memang boleh dapat 5 star movie…jalan citer dia amat2 menarik..kalau tak, xdapat la best seller novel dia..nak tgk novel dia, ble pergi dkt entry yang dulu…so kat sini sy nak ajak semua, tgk la citer kcb1 dan 2 ni…tgk dgn mata hati insyAllah lebih terasa..nak suggest jugak, tgk sowang2 lebih baik..bkn ape, xperlu utk cover kalau nangis..hahahah…confirm nangis punya…sedih weh…tapi best…tgk la dulu…then baru tau..better tgk yang first dulu ok…

Ak boleh bagi 5star..korang plak???

p/s: nak download lagu dia boleh tgk Kat entry lama jugak …klik sini

Selamat tgk…tgk jgn tak tgk…

Bye2.

p/s:nak download citer dia, boleh g link sini...

Friday, January 15, 2010

Braces itu best ke??



Salam semua…ape khabar??sehat ke…Alhamduliilah sy semakin sembuh skrung nie..sbb tu sempat menulis lagi nie..esok dah xsempat sbb nak g Singapore…huhuhu…

Entry kali ni mengenai braces…best ke pakai braces???tahukan braces tu ape??senang citer braces tu adalah yang pakai besi kat gigi utk bagi gigi sama…tapi sebelum tu, braces ni utk tu je ke??

Ok, utk pengetahuan, sy juga pakai braces..baru 7 bulan..awalnya meamang xnak pakai sbb gigi pon xde la teruk sgt…biase jew…tapi bila dah g check, dr kata boleh buat braces..tapi tujuan braces utk ape??utk pengetahuan semua, kalau gigi kita xdapat tutup semua, means gigi atas n bawah tak rapat sama2, maksudnya akan ada lubang kan?so, t bila tido, kemungkinan besar mulut akan terbuka..bila mulut dah terbuka,angin akan masuk..so bila angin masuk, Dr cakap, lama2 boleh menyebabkan barah..barah ape??haa…itu xpasti plak..sape dr kat sini boleh jawab kot barah ape.. besides, pakai braces ni utk bg nampak gigi sama..

Ni nak citer pengalaman buat braces..firstly kita kena g check dulu samada gigi kita ni sesuai tak utk pakai braces..lepas semua ok, kita kena jalani process utk dapat bentuk gigi dgn memasukkan sejenis semen kot(xpasti bnde ape) dan tekapkan dkt gigi atas dan bawah..time ni amat2 terseksa nafas sbb mulut penuh dgn bnda yang macam semen tu..seyes paling menyeksa..nak cabut plak satu hal kalau lambat, t semen tu keras..o0o0o0 meamang takut giler..pas dah dapat semua minggu seterusnya dia akan tunjuk bentuk gigi kita dgn siap diwarnakan…heheh..tujuan dia, nak bagi mudah tgk gigi mana nak cabut dan sebagainya..pastu, masa yang paling tak best time nak cabut gigi…argh…takutnya..xpernah cabut gigi sebelum ni..semua patah sendiri..hehehe..

Kalau nak tahu, kalau kena cabut 1 batang xde hal la..ni sampai 4 batang…memang demam dibuatnya…hahaha...sakit o00o0o..seminggu satu batang..kalau power sehari 2 batang..pilih la takat mana yang mampu..heheh…bila semua selesai, baru buat appointment pasang braces..nak pasang besi tu je lebih dari 1 jam..lama sgt dlam bilik tue…itu baru atas je..t bawah plak lagi sejam…lepas pakai tu, mula2 agak xbiasa..then bila dah lama2 tu, ok jew..pastu, setiap sebulan kena jumpa Dr utk ketatkan besi dan tukar warna getah..huhuh..tukar warna yang palin best…ada catalog warna lagi..cakap je nak warna ape..heheh..satu g, berus gigi dia pon special..ada 2 jenis lagi..hehe…ok..

Itu je kot utk kali ni…bye2…
p/s: gambar--> kesan apabila xpakai braces..huhuhu

Thursday, January 14, 2010

Demam--> Rehat + tiDo :(


salam semua...

isk3...demam pon sempat lagi nak update kat blog...

arini maybe cuti jab berblogging...

sbb ape?? xsehat + demam...

kpd yang nuff walking, esok maybe blog anda akan diterjah ok..

doa supaya sy cepat sembuh..

bye

Wednesday, January 13, 2010

adA apa Dgn beRus gIgI..


Salam semua…

Ha…ini memang betul2 xde idea nak tulis entry…tapi nak tulis gak..hahaha…topic kali ni nak bincang tentang berus gigi…ntah ape2 punya topic da..hehehe..

Ok, for me, sy guna berus gigi 3 bulan 1 kali baru tukar….lebih kurang cmtu la…but, ade org guna berus gigi, xsampai sebulan dah tukar…dahsyat kan?dahsyat ke??normal la tue..hehehe.. Sebab tu tokey berus gigi boleh jadi kaya…huhuhu…so, korang plak cmna?setahun satu kali ke tukar????

Tapi, knpa yang cepat sgt nak tukar berus gigi??mengikut observation dan pertanyaan kepada beberapa org, rata2 tukar berus gg sbb berus dah rosak …hehehe mestila …xkan sebab lain kot..knpa berus boleh rosak cepat??for my opinion, berus rosak cepat sbb cara berus gigi tu menyebabkan berus rosak..setengah org apabila berus gigi kena gosok macam gosok lantai..hehe..sbbnya?? soal kepuasan bila nak gosok gg…




Tapi, kalau mengikut doktor2 gigi, diorang suwuh gosok pelan2 jew..tapi xpuas la kan kalau gosok pelan2..kalau gosok kuat2 plak boleh bahaya kepada gusi…t boleh ade penyakit plak…so cmne ek??gosok kuat, tapi bahaya,gosok pelan2, tapi xpuas…mana okey lagi????

p/s: kpd doktor2 gigi, betulkan kalau ade salah..k
p/s: gambar macam xde kaitan jew..heheh

Tuesday, January 12, 2010

StrawBearu vOl:2 top 7









berikut adalah design yang mendapat sambutan yang menggalakkan di utm skudai...lokasi lain xpasti plak..kena tanya measter runner setiap lokasi la..heheh

important date to all my runner:

Group A
close date: 17 Jan
Delivery: 22-26 Feb

Group B
close date: 31 Jan
Delivery: 1-5 March

Group c
close date: 12 Feb
Delivery: 15-20 March

nak tgk design penuh, klik SINI.....

Saturday, January 9, 2010

beTul ka cUsTomer alWaYs riGht??


Salam ukhuwah dan salam 1 malaysia…hmmm…
Kalau di ikutkan dgn kebisaan yang org dok sebut, customer always right.. tapi sy tak berapa nak setuju la dgn slogan yang di uar-uarkan tu… maksudnya disini, bkn 100% tak setuju, tapi kurang bersetuju..jgn salah paham plak..huhuh…blogers lain setuju ke dgn slogan tue???tapi knpa tiba2 kuang bersetuju plak kan???

Sebenarnya bknya terlintas pon nak tulis tentang tajuk ni…tapi setelah mengimbau kenangan lampau, tiba2 terfikir, betul ke customer always right dlm bahasa melayunya pelanggan sentiasa betul… mmm…so mungkin ini just pengalaman sy yang tak seberapa..citer dia bermula cmni, masa lepas matrik dulu2 tue, ada la buat kerja part time jadi pump attendand dan juga casher di sebuah stesen minyak di alor setar…

Jeng2…xsuspen pon..huhuh…ok, berbalik kpd topic, kejadian ni berlaku time sy jadi casher. Biasanya, org akan beratur utk bayar kan…tapi ada sebahagian rakyat Malaysia sy rasa warga non bumi ni memang tak reti(tahu) nak beratur..ok,fine dia tak pandai nak beratur..dah la xpandai beratur, pastu potong la 2,3 org yang sopan tgh beratur…ok, fine..yang tensionya, sampai je depan counter, terus dilemparkan kredit kadnya dan cakap ‘kasi penuh’…wou!! !sungguh beradap..Terkejut den..main baling2 tue..ingat hebat sgt kot ada kat kredit..semua org tgk je dia tue..pastu sy dgn beraninya, buat tak tau je kat dia..first come first serve la weh..so, mengamuk la si dia tu dgn cakap, ‘lu ingat stesen minyak ni bagus sgt ke, I boleh isi dkt lain ar’..jawap ku dalam hati, pergi ar..bkn ak nak rugi pon..hahahaha…

Pastu, org2 yang ramai dalam tu cakap, ‘adik, sabar je la..org cmtu meamang kurang ajar sikit..ingat bagus sgt kot’..tapi utk pengetahuan, bnda ni bkn sekali jadi..sepanjang saya kerja, lebih 10 kali kot jadi..tapi, bukan org kita..paham2 la kan..so,cmna nak kata customer always right kalau datang tu macam nak makan org?? sy tak setuju..

Pengalaman ke 2: pengalaman menjual baju sekarang dah 5 tahun..macam2 baju sy jual..nak tahu tgk sini..sempat lagi promote..huhu..ok..cmna sy nak setuju kalau kata customer always right? Sebagai penjual baju, meamang lumrah dikutuk dan macam2 lagi..tapi sebagai seorang runner biasa, nak mencari duit lebih terpaksa la sabor..kejadian ni jadi time bila baju dah sampai..so, masa utk ditstribute..so, masa ni sebenarnya takut gak..bkn pa, kalau bju ada hal, memang kena serang lah..hahaah…ok,sorang customer ni tak puas hati, so dia cakap, weh pe hal dgn baju ni???knpe plak sy tanya?bla,bla,bla…ok.moralnya, sy rasa customer juga perlu berhemah dgn berhadapan dgn penjual..jgn diikutkan hati kita ja..org yang menjual pon ada juga hati..masalahnya,runner ni just jual baju..mana la nak tahu baju tu dating dalam keadaan cmna..kami(runner) just menjual je..harap semua customer2 sy paham la ek..tapi jgn wisau, bnda ni bias diatur..so, berlemah lembutlah anda..hehehe..so, sama2 la menjaga keamanan sekeliling kita..hahaha..ntah ape2 punya entry…

bye

p/s: gambar xde kaitan pon..huhuh

Thursday, January 7, 2010

Knpa tokey polisterin boleh bankcrupt dkt utm?




Salam…hehehe…tgk tajuk macam gempaq je…tapi entry kali nix dela meletop sgt..saje je nak menarik perhatian..hehehe

Tentang polisterin ni, ramai org dah tahu dia punya side effect dia..bahaya o0o0 kalau kita menggunakan polisterin.. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’ . VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah…o0o0o..barah itu kan bahaya…

Oleh itu, pendekatan tahun baru ni utm(university teknologi Malaysia) mengharamkan penggunaan polisterin di semua cafeteria…tapi sy dimaklumkan, dah banyak ipta/ipts yang dah laksanakan bnda ni…tapi xpasti plak ipta/ipts mana…tahu tak??? bagi tau je la...

So kali ni kalau pergi café, dah ramai org makan kat kafe..dah kurang org bungkus makanan..tapi, makcik2 café ni ada juga guna bekas plastic..tapi bukan polisterin la..ok la juga..dia charge rm0.40 lebih sbb bekas dia tu..kalau xnak charge,guna kertas jew…heheheh..kaitan dgn tajuknya, knpa tokey polisterin boleh bankrupt adalah sbb ni la..huhuhu…dah lama xtgk polisterin..rindu la plak..hmmm…ntah ape2…

p/g: gambar dari en.google..

Wasalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...