Wednesday, February 24, 2010

My FirSt tiME dalaM bAs LihaT....


Salam kepada semua bloggers..


Sudah sekian lama xupdate, hari ni saya diberi peluang utk membuat satu entry mengenai pengalaman saya dalam bas semasa balik ke johor semasa cuti hari raya china..bedasarkan tajuk entry, baru ku sedar ni bukan nak citer mengenai lagu or ape..tapi mengenai pengalaman naik bas…bukan kali pertama saya naik bas, tapi dah banyak sangat..tapi pengalaman ni adalah pengalaman pertama saya lihat ketika naik bas…


Sebelum ni, kalau naik bas, perkara yang biasa org buat dalam bas kebanyakkan tido…betul tak?tapi, ada jugak yang baca buku…biasanya,saya kalau dalam bas pon buat seperti pekara2 di atas Cuma kadang2 tu ada juga buka laptop untuk tulis entry…hehehe..

Tapi pada malam on the way balik ke johor, pertama kali saya lihat pekara yang belum pernah saya lihat..ok, saya ceritakan step by step…pada mulanya, seorang saudara mebuka laptopnya..pada opandangan saya, mamat nie nak tulis entry blog ke???xpon nak buat assignment???ye la..masa saya balik tu.esoknya dah start kelas…kot la,mamat nie tak siap lagi assignment…tapi tidak…semua itu salah..


Selepas saya tgk dia xbuat ape2, saya pon sambung tido..tiba2, mata saya diganggu oleh cahaya hijau berkelip2..ingatkan ambulans ke, ape ke..tapi lampu ambulance or bomba warna merah..ni hijau…ape benda???so.,tanpa berlengah lagi saya lihat mamat tadi…tanpa diduga, wau!! dia main tenet la…guna broadband…for my first time saya tgk org main tenet dalam bas guna broadband..hatiku sungguh terguris rasa jeles tgk dia main FB…hehehe..


Cerita ini adalah pengalaman pertamaku…kalau yang dah tahu boleh main tenet dlm bas guna broadband tu, xpe la…jgn la menyindirkan saya plak..just nak kongsi je dgn semua rakan2 sakalian..input dari entry kali ni adalah, broadband boleh guna ketika dalam bas..secara tak langsung, dalam kereta pon boleh…bagi sesiapa yang addict internet, wajarlah anda untuk beli broadband..kalau tak salah, TM juga ada broadband..siap FREE laptop lagi…tapi xsure..try la pergi Tanya tgk sbb kawan saya punya abg dah daftar..


Terima kasih.

p/s: picture from google

Monday, February 22, 2010

[WANTED]:GilerA ruNNer Sp180

--> masa form5..kaki pon xsampai..depan masjid shah alam


salam semua...

tepat jam 8.45 pagi tadi, saya dah sampai di johor..
so masa untuk berblogging akan jadi kurang la sikit..huhuh
ok, entry kali ni nak cerita mengenai moto abg yang hilang..
walaupun agak lama, tapi datang je utm terus tak leh lupa..
sebabnya abg saya pon utm gak dulu...
moto pon hilan kat utm..
hilang tahun 09/2005.

kat sini nak tulis discripsi tentang moto tersebut,

jenis: Gilera runner Sp180( 2-Strooke)
plat number: BGT3441
warna: semasa hilang masih bewarna hijau seperti gambar.

so kat sini nak minta jasa baik semua bloggers kat malaysia ni yang ternampak or tahu ada kawan2 yang pakai moto nie, boleh la PM message saya by email or call..
nabil_1017@yahoo.com/0137319039

p/s: gambar 5 tahun lepas...masih kanak2..huhuh..kakak pon xkawin lagi...hehehe

Saturday, February 20, 2010

kejAdian d StarHiLL!!

Tak tahu sebenarnya nak update entry ape..nak tulis pon agak malas…so, entry ni xbanyak tulis sgt….dah tak reti nak tulis…heheheh..ok, ni saya nak cerita sikit pengalaman ke starhill….wah, starhill tue…tapi starhill ni bukan starhill yang semua korang maksudkan..tapi, starhill ni adalah di johor..starhill golf and country club..huhu..buat pe kami ke situ???main golf ke???heheh…tak la…kami xmain golf pon..tapi kami p mandi kat situ..kat situ jugak ada taman tema air..kecik ja..xde la macam sunway lagoon or bukit merah.bayaran masuk dia rm10.50…


Tapi,kejadian yang tak dapat saya lupakan adalah tertinggal beg..cuba bayangkan nak pergi mandi, tapi xbawa baju dan seluar???pelikkan dengar????macam mana nak mandi???hahaha….tapi setelah dipikirkan secara detail, saya tanpa segan silu turun dengan memakai seluar khakis..org mandi pkai tracksuit je…tapi saya seluar khakis..slumber sudah…huhuhu,…


Tapi,kenapa boleh tertinggal beg plak???ok,untuk pengetahuan, kami p sana dengan 6 biji kereta..untuk program kali ni, saya yang kena handle..tapi kawan2 pon ada gak bantu..so, masa nak pergi tu, saya org first yang turun ke tempat berkumpul..so, turun2 je terus tengok checklist..lepas sms and call org, semua kereta dh ada..so,akibat sebok sgt nak pastikan semua org dah datang,naik kereta dan sebagainya, beg saya tak ingat langsung..sampai je kat starhill, baru piker, eh mane beg ak letak ek?????????pastu baru ingat..beg terlupa…aduh…sungguh rasa kecewa..tapi xpa,mungkin ada hikmah..so, saya banyak2 la bersabar.
.alhamdulillah,program tu success dan kami selamat sampai ke kolej pukul 7.00malam.


--> aksi2 pelik...berjalan atas angin..

--> kami semua..semangat betul budak depan skali tu..

--> masih tak puas untuk mandi...

--> akibat beg tertinggal,slumber la pakai kain..sape la mamat tu..mmm

--> time solat dan tazkirah

--> proses buat bangunan...

--> org ke 3 dari depan...tapi xmasuk camera.. :(

-->bermain bola dalam air..best sgt...

--> passing la bola tu...aduih..!!heheh

Thursday, February 18, 2010

ini adAlah reAliti bukan konspirasi...


Salam kepada semua bloggers…


peeh, tajuk memang agak xde kaitan dengan entry...hehehe...Sebelum tu, apa itu tv??mengikut daripada Wikipedia, Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom ("hitam putih") mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi…


Apa plak internet? Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.


Apa yang sebenarnya nak cerita kat sini??ok, sebenarnya nak citer mengenai tv dan internet..pada dulunya, kepentingan tv mengatasi segala2nya…betul tak??kebanyakan masa dulu dihabiskan di TV.kalau umah yang tak da TV, rasa macam something wrong je..kiranya nak kata kat sini, tv la satu2nya hiuran yang ada pada masa dulu..


Pernah diceritakan dulu, pada tahun 1970 an semasa tv masih kurang, kalau nak tgk tv pon kena bayar..cuba banyangkan???pentingnya tv dan mahalnya harga sebuah tv tu..kan2???tapi kini, tv semudah ABC kita boleh tgk..beli je nset buatan china yang tv phone tu, then dah dapat tgk tv..tv tidak lagi penting buat masa sekarang. Untuk makluman semua,saya juga mempunyai kawan yang rumahnya tak da tv.bukan sebab tak mampu, tapi ada la sebab2 lain yang xdapat dinyatakan. Realitinya kini, berlaku pada saya sendiri. Biasa la,kalau dekat kolej xde tv, so dah biasa kalau tak tgk tv..balik umah ja, boleh bilang brapa kali tgk tv berbanding tgk computer..hehehe..kadang2 tu xtgk langsung beberapa hari…bunyi macam pelik..tapi itulah reality kini..


Internet kini menjadi segala-galanya..kepentingan tv kini diambil alih oleh kepentingan internet..betul tak??sedarkah kamu semua??brapa kali kita main internet berbanding tengok tv??cuba bayangkan kalau xde internet selama seminggu???tapi saya bukan sekadar bayangkan,tapi pernah alaminya..seminggu tanpa internet connection umpama sebulan..huhuh..kenapa internet menguasai segala2nya??ok, sebabnya dengan adanya internet,macam2 boleh buat..nak tgk tv ka, dengar radio ke, ape2 je la…betul tak??


So, conclusionya pentingkan benda yang lebih penting kerana benda yang penting lebih penting daripada benda yang lebih penting.hheheeh…macama xde kaitan je..huhu

Tuesday, February 16, 2010

Sentosa Island Part 3

--> salah satu part kat song of the sea

-->naik benda apa ntah nie..ok gak.. :)

--> pengangkutan yang disediakan kat pulau ni..free ja..

--> oleh kerana tempat ni besar, sign board amat diperlukan..

--> siloso beach resort

--> mandi manda dekat pantai apa ntah..xingat..huhu

--> keadaan di sekita pantai xtahu..

--> main ni best sgt..boleh racing o0o0o

--> dari kanan nabil(johan),raja(no4),iqbal(n03),akmal(no5),org amik gambar(no2)

Salam kepada semua rakan2 bloggers…


Lama xdapat nak update blog…ok, entry kali ni adalah sambungan daripada trip to Singapore part 1, dan part 2…so, ni last tempat kami di singapore iaitu di pulau sentosa..


Dekat pulau sentosa ni ada macam2 jugak…rancangan masa depan untuk pulau sentosa ni nak jadikan pulau yang seakan2 genting highland yang ada tempat main2 seperti roller coaster dan macam2 lagi..masa yang saya pergi, roller coaster masih dalam peringkat 90% siap..cumanya masih x dibuka utk org ramai…


Apa yang best kat sentosa island?ok,pada pandangan saya, hiburan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat adalah song of the sea..song of the sea ni adalah satu pertunjukan air dan pancaran laser..ok gak la..bayaran masuk dia $10 dalam Rm24.20.tayangan ni lebih kurang 30 minit ja..biasanya dia ada 2 kali sehari..pukul 7pm dan 8pm.


Pantai kat pulau sentosa ok tak?pada pandangan saya, pantai dia xbest sgt nak compare dengan pantai kat Malaysia..pantai dia dekat dengan pelabuhan kapal2 besor..so kalau duduk kat pantai tu, Nampak la kapal2 besar…ombak macam xde je..huhuhu..utuk makluman semua, keadaan pantai kat situ lebih kurang pantai kat oversea..macam dekat Hawaii..saya maksudkan orang2 yang berada kat situ..paham kan???hihihi…agak xsesuai la dengan jiwa rakyat Malaysia yang beragama islam..


So,habis ja song of the sea, kami terus bertolak balik ke Malaysia..sampai ja di utm lebihkurang pukul 11.45malam..sekian sahaja pengalaman di Singapore..


bye

Monday, February 15, 2010

checK nuffNanG!!


assalamualaikum w.b.t.
aduh...sunggguh busy semenjak kebelakangan ni...
org raya, kita pon nak raya...
tapi xpa, dapat jugak ang pow..
ang pow paling best raya ni ang pow dari cik nuff..
hehehe..
tima kasih cik nuffnang...
tq

Saturday, February 13, 2010

seMinGgu ibarAt setaHun...


Assalamualaikum w.b.t kepada semua bloggers…


Apa khabar semua???ok…sudah lama saya tak update entry baru…al maklum la, sejak kebelankangan ni amat sebok skali…sebok dgn assignment, presentation, pastu plak tgh cuti sekarang ni…


Ok, entry kali ni saya na cerita mengenai apabila tak da internet selama semingggu…haaa….tu dia…internet sekarang ni boleh dikatakan amat penting…kalau dulu, kalau xde tv, satu benda yang amat2 boring…tapi sekarang ni, kalau xda tv pon xkesah..tapi kena ada internet…betul tak??


Saya rasa semua org mungkin dapat rasa dan mungkin tak nak rasa cmtu…ya la, sehari ibarat sebulan, seminggu ibarat setahun…hahaha…ye ke???


Sebelum tu nak cakap sikit mengenai sambungan internet di kolej saya..kami sambung internet melalui LAN..wireless xdapat di kolej saya..satu2nya kolej di utm skudai yang dapat sambungan internet free tu…so memang akan dapat interenet tiap2 hari 24 jam..ni kalau connection ok la..kalau connection tak ok,biasanya paling lama pon 2,3 hari…so kami semua masih lagi dapat bersabar…cool ja semua..


Nak dijadikan cerita,seminggu sebelum cuti raya china, sambungan internet kat kolej saya terputus..bukan takat limited connection, tapi xda langsung connection..diorang tutup server..katanya nak test apa benda ntah…so, sebab itu la agak lama saya xupdate blog…hehehe..kat sini saya nak senaraikan beberapa jenis perangai orang dan keadaan yang saya dapat lihat apabila tak da internet..


Lokasi: surau

Semasa xda internet: semakin ramai yang turun berjamaah..yang tak pernah tgk pon ada..Alhamdulillah..xperlu susah2 geng tabliqh buat ziaraah bilik ke bilik..hehehe
Selepas ada internet: semakin menurun orang yang turun jamaah..


Lokasai: sekitar kolej di petang hari

Semasa xda internet: gelanggang futsall dipenuhi dengan ramai org..termasuk la org yang tgh tulis ni..hehehe….ramai juga student yang baru paham erti kesihatan..huhu..tapi xlama..
Selepas ada internet: nak main futsall kena ajak orang…dulu xpayah nak ajak2 org…bila ajak bermain, xlarat la, apa la..tapi sebenarnya time ni la nak update blog,nak main FB dan lain2..


Lokasi: bilik

Semasa xda internet: kebanyakkan laptop tak buka..tertutup rapi…desktop pon tutup jugakk… tu yang hairan tu…biasanya kat kolej saya, desktop memang 24jam on..laptop pon cmtu…masa banyak dihabiskan dengan sembang or keluar jalan2..study tak jugak..huhu
Selepas ada internet: kembali kepada biasa..masuk bilik semestinya mengadap depan laptop..orang masuk bilik tak dihiraukan..lantak korang la…huhuhu..

So ada lagi beberapa keadaan yang tak dapat nak cerita kat sini…apa2 pon, sungguh terseksa dah teruji tahap kesabaran kami..nak study pon xda mood..nak download note pon xle..ye ke??hehehe…


p/s: xda kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah meniggal dunia..

Wednesday, February 10, 2010

Berhati-hatikah anda dengan kalkulator anda??


Salam kepada semua sahabat2 blogers..


Kalkulator dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai calculator.. seperti yang kita tahu, penggunaan kalkulator adalah amat signifikasi buat masa sekarang terutama bagi golongan yang terlibat mahupun secara langsung dan tidak langsung dgn sesuatu pengiraan yang besar..pada dahulunya, ketika di sekolah rendah, kita sama sekali tidak dibenarkan membawa dan menggunakan kalkulator..sebabnya, kalau boleh bawa, mungkin ramai murid tahun 1 dapat 100% dalam subjek matematik…heheheh


Kenapa la skema sangat intro ni…aduh…ok, back to the main topic, kenapa kita perlu berhati-hati dengan kalkulator?agak2 kenapa la ek??kalkulator boleh membunuh ke??a.a.mungkin jugak…lagi2, kalkulator boleh meyebabkan otak kita malas berfikir ke??a.a.mungkin jugak…tapi apa yang saya nak cuba kongsikan kat sini adalah berhati2 dengan bateri kalkulator anda..hehehe..


Sekarang saya berada di tahun 3.since mula membeli kalkulator saitifik saya yang ke 3 pada tahun 2004 maksudnya form 4, saya xpernah terfikir untuk tukar batt..ye la, nak tukar buat ape bnda ok lagi kan??? Daripada tahun 2004 hinggga sekarang, jumlah tahun saya menggunakan kalkulator adalah selama +-6 tahun…anda dah berapa tahun guna???


Ok,bedasarkan pengalaman saya, pada tahun ni, dah ramai kawan2 saya telah kehabisan batt…kes ni juga terjadi kepada saya…pada suatu petang yang indah, ketika hendak menggunakan kalkulator, tiba2….kalkulator xboleh nak ON..fuhh…Alhamdulillah saya piker dalam hati…tapi kenapa ek????


Ye la,pada esokkan harinya, saya ada test..cuba bayangkan kalau batt anda habis ketika buat test??tambah2 test statistic,numerical method…..haaaaaa…..tak gelabah ke???? Sebelum nasi menjadi bubur, sediakan payung sebelum hujan…hahahaha


So,nasihat saya kepada pengguna tegar calculator, sila bersedia dengan batt spare or pinjam kalkulator kawan anda untuk ke dewan peperikssaan..jasa saya kpd kawa saya ketika finale tahun lepaas, saya bawa spare 1 kalkulator.nak dijadikan cerita, kawan saya ni, kehabisan battery..so, dengan hati terbuka, saya bagi dia pinjam…huhuhu…


So,berhati2lah dan sentiasa megawasi kalkulator anda…


Wasalam…

Saturday, February 6, 2010

Kereta auto ke manual yang lagi best?


Salam ukhuwah dan salam 1 malaysia kepada semua blogger…


Antara kereta auto dgn manual, yang mana lagi best???haaa…ni topic perbincangan kita utk kali ni…seperti yang kita tahu, kedua-dua jenis kereta ini masing2 mempunyai pro and contra…betul tak???tapi disebalik baik buruk sesuatu kereta tu, kadang2 tu bnda ni semua tidak di ambil kira…as long as, manual atau auto…ade tak korang terpikir cmtu??mesti ada kan??


Disini saya nak senaraikan beberapa perbezaan antara kereta manual dan auto..pertama sekali adalah harganya..dari segi harga ni, kereta jenis auto lebih mahal sedikit berbanding auto..tapi xde la mahal sgt2..biasa2 je..hehehe…


Perbezaan yang ke2 yang kita boleh lihat dari segi penggunaan minyak..biasa la, kalau kereta auto ni nak lebih je pada semua org, so minyak untuk kereta auto ni agak kuat la..kuat di sini bermaksud cepat habis..tapi tak semua kereta cmtu kan???


Perbezaan lain hanyalah perbezaan kecik2 je..tapi yang penting, bentuk kereta tetap sama..hehehe…yang xbestnya bawa manual ni, kalau bila berhadapan dgn jalan jem or jem ketika naik bukit..haaaaaa….gelabah weh…kalau bagi yang pro, ni mungkin satu cabaran…bagi yang xbiasa, ini satu dugaan…huhuhu….pastu kalau jalan jem,asyik2 kena main cluth…bak kata org kedah, lengoh jugak kaki dok tekan paddle clutch tu…hahaha


Kalau kereta auto,relax banyak..letak je dkt gear D, then main brake n minyak ja…guna sebelah kaki ja…satu kaki lagi nak besila pon boleh…huhuh…tapi xleh cakap gak auto ni best..sesetengah org, dia mahukan kepuasan dan cabaran ketika bawa kete..betul tak??kalau bagi yang lelaki muda skrung ni, kerete nak bunyi sedap kena tukar ekzos..bile ekzos dah baik, so nak dgr la bunyi..nak dgr bunyi, tekan minyak kuat2 then change gear…baru bunyi sedap..kalau auto xle nak buat cmtu…bunyi constant je..hehehe..


Bedasarkan pemerhatian saya, kebanyakkan kereta mewah seperti Bmw ka, Mercedes ke, banyaknya auto..manual mungkin ada…tapi tak banyak kot..so, apa yang saya boleh katakana kat sini, saya lebih prefer kerete bertransmisi automatic..hehehe…anda pula bagaimana?????


p/s: jikalau terdapat salah fakta disini, harap dimaafkan dan tolong betulkan..

Wednesday, February 3, 2010

bagaiMana nak dapaT mooD stuDy??




Salam kepada semua rakan bloggers…

Seperti yang semua org tahu, kalau student ni mesti berhadapan dgn study…study3…hehehe…nak exam je lagi kuat kena study…itu satu hal la..tapi yang masalahnya, nak study kena ikut mood..kalau xde mood, memang susah untuk study..betul tak???


So kat sini, saya nak buat satu perbincangan dan juga sedikit perkongsian mengenai cmna nak dapat mood study…sapa yang ada idea untuk bagi ada mood utk study boleh la kongsi2 dgn org lain…kat sini, saya nak listkan beberapa kaedah untuk mendapatkan mood study…perhatian, tips ini base on pengalaman, pemerhatian,dan juga sedikit bacaan..kalau rasa berguna, boleh la apply.


Sebelum tu, tips ni hanya melibatkan keadaan atau bi’ah asrama or kolej.untuk yang tinggal dirumah, mungkin next time punya entry la…hehehe..ok, back to the fist tips, adalah pergi melawat bilik kawan yang ulat buku..ok, kita mempunyai ramai kawan..antara ramai2 tu, ada ja yang kaki study kan???so utuk mendapatkan mood study, biasanya saya akan ke bilik kawan yang kaki study…bila kita tgk org study, hati mula la tak duduk diam..so, sedikit mood nak study mungkin akan dapat..betul tak?


Yang ke 2 buat air..buat air kat sini bermaksud sediakan air di atas meja..biasanya air panas je kalau kat asrama..mana nak dapat peti ais kat sini..so,sesetengah org, dgn buat iai ja mood utk study tu datang…tak kira la air milo ke,oligococo ke,Nescafe ke..apa2 air je la…yang penting air…hihihi..


Yang ke3, ada juga kawan2 saya bila nak dapat mood study kena dgr lagu…so bila earphone sudah melekat dkt telinga tu, haaaa baru ada aura nak study..heheh..tapi itu bukan saya punya style la…base on subjek jugak..kalau subjek matematik boleh buat cmtu..kalau subjek pemahaman, xboleh bising..


Yang ke 4, pergi study kat library..ni hanya dilakukan beberapa golongan je..bila dah mula ke library, hati manyak tenang..so, mood utk study mula la membuak2…hehehe…yo ke?sedikit soalan tambhan, berapa kali ampa p library dalam 1 sem?>hehehe


Yang ke 5, tips ni bagi yang mempunyai room mate..mood study akan datang bila tgk room mate study..betul tak??? so tips no 5 ni, pilih room mate yang sederhana ulat buku…hahaha..ada plak cmtu ek ..maksud dia xde la kaki buku sgt..nanti kita tension plak tgk asyik study je…huhuhu


Yang ke 6 adalah menelefon org yang tersayang..tak kisah la ibu bapa ka, atuk ka,kawan2 karib ka, sapa2 je la…tapi paling penting ibu bapa la..jgn sampai ibu or bapa kita yang telefon kita.sbgai anak,kita perlu ada tanggungjawab utk telefon bertanya khabar tentang ibu bapa..


Dan yang terakhir ni, kita sebagai umat islam hanya ada Dia utk kita meminta something.so, ringan2kan tangan untuk berdoa kpdNya..insyAllah doa kita akan dimakbulkan..


p/s: minta maaf kalau tips ini xmembantu..ini semua hanya perkongsian daripada penulis bedasarkan pengalaman,pemerhatian dan sedikit pembacaan.

p/s: tips ni mungkin hanya untuk budak2 engin ja. tak tahu plak style budak2 medic study cmna…huhuhu..cmna ek?

Tuesday, February 2, 2010

MinggU yanG seBok...


Salam semua...
akhirnya dapat juga utk uodate blog setelah sekian lama xdapat berbuat demikian...
seminggu lepas merupakan hari sebok saya...so memang xsempat nak update blog or blog walking...hasilnya, nuff earning pon menurun...trafic lagi2 la menurun...ni nak citer sikit knpa seminggu ni xsempat nak update blog...kisah bermula..

Rabu(27/1/10)

-format laptop daripada vista ke window 7..
-sepatutunya amik masa kejab je, tapi tinba2 software nvidia graphic card corrupt plak..
-so kena download baru...memandangkan internet di kolej ni amatlah laju,so siap format hari khamis..
-hari rabu dah start tak main ternet..

Khamis(28/01/10)

-kelas start pkul 9..samapai pukul 1...
-lepas mkn, mandi, solat terus gerak ke sri putri utk menaiki bas pukul 3..
-naik bas trans ke KL...
-atas bas sempat buat entry utk pilihan raya kampus..
-sampai KL pkul 8mlm..
-lepak wangsa maju..

Jumaat(29/01/10)
-aktiviti1
-tempat aktiviti xde tenet walaupun ada laptop

Sabtu( 30/01/10)
-aktiviti 2
-xde tenet lagi..

Ahad(31/01/10)
-bertolak balik ke JB..
-sampai JB pkul 6.00 ptg.
-oleh sbb selasa ada test, blog jadi tak penting..hehehe

Isnin(01/02/10)
-kelas seperti biasa..
-asyik study je...
-xsempat main tenet..

Selasa(02/02/10)
-kelas dari pukul 9 sampai 4..
-test bermula pkul 4 sampai 5..
-habis test, solat..
-update blog ni..
-tgh menulis...huhuh.
-merdeka .hehehe

p/s: gambar anak sedara..Dania Nur Arissa.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...