Monday, March 29, 2010

UTM AutoShow 2010

Salam kepada semua rakan2 bloggers...

Ahad (28/3/10), bertempat ni UTM skudai telah berlangsungnya Auto show dan juga Motor mania..Majlis ni adalah bersempena dengan Majlis konvokesyen yang ke 44.Oleh itu, saya buat kali pertamanya pergi untuk tgk Auto Show..Tapi kali ni pergi bebekalkan senjata,....hahaha..So, selamat menjamah gambar sebahagian daripada beratus2 keping gambar..

mercedes putih side view..
waja exzos berapi jugak..
kenari berbadan kayu..
engine mercedes putih
kancil transformer.
meter yang banyak sgt..huhu
2 biji wira pintu sayap..

wira pintu macam sayap..huhu

mercedes make up..
wAu!!berapi tue..Senang je kalau nak bakar ayam..hehe

speaker banyak tue..gegar habis!!
1 daripada beberapa buah viva yang bertanding..

kenari berapi..
P/s: Motor Mania esok2 baru update..
P/s: gambar kurang kualiti sebab kecilkan saiz .harap paham.

Sunday, March 28, 2010

RehLAh di PanTai TanJung Sepang

 Salam kepada semua rakan2 ku..huhuh...Final akan menjelang tiba, so blog juga akan kurang diupdate..heheh..minta maaf kepada yang tunggu saya update blog...hmmm

doa dulu sebelum pergi...amin..

sesi perbincangan tentang task yang diberi...
Entry kali ni nak citer mengenai mengalaman pergi mandi-manda dengan kawan2...Waaa...best kan...ok.lokasi kali ini bukan di taman tema, tapi sebaliknya di pantai...memang best la...As, PIC utk program ni, saya dapat kumpulkan seramai 29 org yang dapat join...Lokasi awal adalah Desaru...Tapi setelah di pikirkan, pantainya yang agak bahaya, kami tukar destinasi ke Tanjung Sepang..Lokasi dia tidak jauh sangat dari desaru..lebih kurang 4,5km je kot..

sambil bakar,sambil makan..patut makan ntak cukup..heheh

ombak kat sini memang best giler la..besar kot..
Nak citer sikit la tentang perjalan kami..Aktiviti kami bermula pada mlm jumaat iaitu dengan qiamunlai dekat masjid..Lepas je solat subuh, kami bersiap2 untuk bertolak..Macam biasa, sebelum bertolak kena la baca doa dulu supaya perjalanan diberkati Allah dan minta supaya tak ada perkara2 buruk berlaku..Keadaaan hari tu hujan sepanjang perjalanan..Tapi xpe..Xde masalah la...

reff tengah bagi warning!!uhuh

kumpulan 1 yang tewas..hahaha..
Setibanya sampai disana, adik2 junior di beri talk sikit tentang task yang telah kami berikan sepanjang perjalan..So, slot tu diambil oleh seorang PIC lain..Saya dan beberapa orang yang lain sediakan sarapan pagi iaitu nasi goreng...yum..yum...huhuhu,,,cuba bayangkan,makan di tepi pantai dengan keadaan hujan dan perut yang lapar dituiup dengan angin yang tak tau nak cakap....best kan?heheheh

ini mungkin ruqby kot..
Lepas dah mkan semua, baru kami mandi2 plak..Time ni macam jenis kami main..Rugbi pon ada,futsall la..Pastu yang menariknya ada sukaneka sikit..heheh..Saya dikecualikan sebab bertugas sebagai reff..Sambil2 main,sambil2 bakar ayam dan sosej...

aktiviti biasa...lompat jgn tak lompat!!macam2 style la..
Selepas selesai main, kami solat jamak dan qasar dulu kat tepi pantai..lepas solat ada la tazkirah sikit..pastu sapa yang nak main lagi, terus la bermain...ada juga yang xnak main dah..Lepas dah mandi semua, bersiap la utk balik..sebelum balik,makan dulu ayam bakar dengan sosej di tepi pantai..memang sedap la weh...Perut tengah lapor time tu...yum..yum...pas dah mkn semua, ada bagi talk sikit...Pastu kami bagi cenderahati..Then bertolak balik ke UTM..Dalam perjalanan nak balik,singgah jab tepi jalan untuk amik gambar dekat landmark desaru..hehehe..
berhenti amik gambar kat tepi jalan...
solat dimana saja..

Itu saja utk kali ini..bubye

Friday, March 26, 2010

KerEta baru Datuk Lee Chong Wei

Salam kepada semua bloggers...
Maaf minggu yang amat sebok menyebabkan tak dapat update blog sekerap yang mungkin...tapi xpe, di kesempatan ni, saya nak update benda yang mungkin dah lama.Tapi jgn ingat bnda yang lama org semua dah tahu..ada ja bnda yang lama org tak tahu lagi..

so, kepada yang tak tahu lagi, boleh la tgk2 entry nie..kalau yang dah tahu, klik2 la nuff kat sini...heheh.Entry kali ni nak bagi tau semua tentang kereta baru wira kita..sapa tak kenal dengan jaguh badminton dunia??untuk pengetahuan, Datuk dah beli kereta baru..Keta lama tak pasti plak jenis ape..yang pasti, kereta baru ni adalah kereta kegemaran remaja2 yang kaya zaman sekarang iaitu Nissan GTR tuned up car by M7 japan.wa...mantap ma...harga kalau tak salah Rm500ribu ke atas..huuh...Ada juga yang saya dengar2 kata, patut la Datuk main semangat giler time All England..rupa2nya nak bayar duit kereta..heheh..tapi itu lawak je..jgn marah ye datuk...nanti tak pasal2 kena tangkap..ok..itu je utk kali ni..Enjoy the picture by Mutiara Motors Sdn Bhd..

Tunjuk ajar dari wakil Mutiara motor..




Selamat jalan semua..vroOm,,..
Nak balik dah nie..hmm

Wednesday, March 24, 2010

AwArd Ape Ni?



Salam semua rakan2 bloggers...
Lama jugak saya rasa tak mengupdate blog...huhuh..bz katakan..esok petang ada test digital communication..study ntah ke mna lagi..pasrah je la esok..huhuh...

ok, entry kali ni nak cakap pasal award??award ape benda plak kan?Anugerah bintang paling popular ke???xde la..sebebnarnya saya dapat anugerah BEAUTIFUL BLOGGER yang sama dari 2 orang bloggers yang berbeza...wah...untuk makluman, anugerah ni diorang bagi dah lama..tapi disebabkan masa, terpaksa la tangguh dulu untuk menerima..So sekarang dengan tangan terbuka saya menerima anugerah ini...Cewahhhh...perasan popular la plak dah Mr Potter nie..huhuh...Owang yang pertama bagi award ni adalah cik bena dan orang ke2 adalah cik izryn..huhuhu..

Nak dapat award ni ada syarat la plak...syarat dia adalah kena bagi tahu 7 bnda tentang diri saya...so, 7 benda tentang Mr potter adalah,
  1. tak minum air soya
  2. tak makan makanan yang pedas
  3. pendiam(ye kew)
  4. budak baru belajar main blog
  5. kuat tido kot
  6. suka main bowling walaupon tak pernah strike..hehehe
  7. ape2 je la..heheh
Pastu nak pass award ni dekat kawan2 lain plak..tapi ada yang dah dapat award seperti CikTi, Nabiel, dan lain2..tapi xpe la..bagi dekat yang tak dapat lagi...so, dengan ini ak nak hadiahkan award ni kepada owang nie plak,

  • kak pah
  • effy
  • aizuddin
  • dayah
Syarat dia macam biasa le ek...bagi tahu 7 perkara tentang diri masing..itu jew..bubye...

Tuesday, March 23, 2010

Konsert LIFELINE 4 GAZA


KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege


DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 21 MAC 2010

Tarikh:
26 Mac 2010

Lokasi:
Dewan Serba Guna
Masjid WP Kuala Lumpur
Jalan Duta
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

Masa:
7.00mlm hingga 11.30mlm

Special Appearances:

Introducing:
Kumpulan Daie

Harga Tiket:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)

Anjuran:
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia

Tentatif
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat

Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Sdr Anaqi Ahmad Salleh: 0135900750

Sunday, March 21, 2010

New branding : Mr potter

My new template..
Salam kepada semua rakan2 bloggers..
minta maaf minggu ni adalah minggu yang agak busy...
kepada yang masih tak terima kunjungan balas dari Mr potter,harap tunggguuuu...hehehe..

ok,kat sini Mr potter nak minta padangan tentang new template blog nie..ok ke tak??too simple ke??or apa2 je la...Kerjasama anda semua amatlah dihargai..

Sekian saja untuk first entry template baru...huhuhu

Thursday, March 18, 2010

Cukup ka HanYa bErSimpAti ???






Salam kepada rakan2 bloggers dan selamat sejahtera kepada rakan2 alam maya ku…semoga dalam keadaan sehat yew..huhuhuh


Tajuk hari terus menerus diambil daripada sebuah lagu kumpulan alarmme – Semua anak kita..sebelum saya mengupas lebih lanjut tentang isi2 disebalik tajuk, elok la kalau saya cerita sedikit bagaimana saya boleh tersentuh dengan lirik lagu ni.Lagu ini saya dapat apabila sedang menonton satu video mengenai tragedy tsunami yang melanda Malaysia yang mana lebih tepat lagi iaitu di daerah kuala muda kedah..Sambil menonton rakaman klip video itu, terselit juga lagu ni..so, pikir2kan balik, memang betul…ramai orang sekarang ni hanya bersimpati…semua nak simpati…tapi hanya simpati..takde bagi bantuan atau apa2 yang boleh dibantu..


Cuba sama2 kita lihat balik, adakah kita ni termasuk di dalam golongan diatas?? Hanya anda dan Dia yang tahu..tapi, simpati tu ok la pada yang tak simpati?betul…memang betul..tapi kita kalau nak lebih baik, kita bukan haya perlu bersimpati tapi perlulah menghulurkan sedikit bantuan..itu kalau nak lebih baik..tapi saya pasti, sapa yang tak nak baik kan?betul tak?


Ok, kat sini saya nak bagi sedikit analogi bagaimana yang dikatakan golongan yang hanya bersimpati.Seperti yang kita tahu, isu palestin dah lama disiarkan di media2 massa, media elektronik dan sebgainya…so, apabila diadakan roadshow tentang kesedaran palestin, ada la tayangan video dan gambar kanak2 yang tak bersalah dibunuh dengan kejam...tapi, ramai sangat orang akan cakap, ‘isk..isk..isk…kesian dekat budak tu..kecik2 dah kena tembak..yahudi kejam betul la’..statement ini adalah statement simpati.tapi kita hanya bersimpati diatas nasib yang menimpa sahabat2 kita di sana..cuba renungkan, apa yang kita dah buat untuk bantu mereka??dah pernah derma ke?dah pernah berdoa ke untuk mereka?tak pon hanya bersimpati?? Tepuk dada Tanya iman masing2..


So dikesempatan ini, saya nak ajak rakan2 saya dan juga saya sendiri supaya jagan termasuk didalam golongan yang hanya bersimpati…tetapi, kita mesti lebih daripada itu..Tanggungjawab kita terhadap sahabat2 kita akan dikira dan dinilai oleh Allah s.w.t..

p/s: disini saya sertakan lagu Alarmme-Semua anak kita dan juga link2 yang boleh kita tahu mengenai info2 tentang palestin.

[download lagu alrmme-Semua anak kita]

beberapa link yang boleh dilawati:

1.http://alaqsapalestin.blogspot.com/
2.http://palestinkini.info/

Wasalam..

Tuesday, March 16, 2010

“I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair”




Salam kepada semua rakan2 bloggers…

Selesai sudah test micro processor yang amat mencabar…heheheh..eh, ape plak tiba2 teringat pasal test..ok, back to the main topic…ok, sedikit intro ye..Pada hari ini, saya ada test yang habis pukul 6.50 petang..ble jawab ke? favourite question org akan tanya..heheh..so bila dah habis test, mahu la balik ke kolej..tiba2, ade road block ka rusuhan ke ape ntah....dalam hati, apekah ini??aduh..serabut..dah la xleh jawab tadi..(opss kantoi sudah)..hehehe…nak kata road block bukan, ramai ja org kat bawah..rupa2nya, semua orang diarah kosongkan block sebab Kementerian kesihatan Malaysia nak berfogging…

Dengan keadaan tension,saya menunggu di bawah sampai la maghrib..so, tanpa naik ke bilik, terus solat..then kawan ajak, weh jom g mkn luar?ok..beres..terus g mkn..balik mkn, solat isya plak kat surau..pastu ada message dari customer, ada mane en. Nabil?sy pon cakap la, ada kat surau..so dia tunggu la di depan bilik sehingga saya habis solat..pastu, soal business bermula..sembang2..selesai la semuanya..pastu baru dapat check email, tengok2 dapat email dari nuffnang, anda terpilih…dot…dot…dot…bnde apekah ini???Jawapanya adalah di perenggan yang bawah..ini hanya intro….hahaha..

Ok..sebenarnya, saya terpilih unutk satu projek dibawah nuffnang..projek ni diberi nama Projek 400…400 ni kalau tak salah hanya 400 bloggers sahaja yang dipilih..Projek ni bile???ok, projek ni berlangsung pada 17 April 2010(sabtu), bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.Dengan kata lain, projek 400 ni adalah anjuran Gatsby Deodorant yang disambut secara besar-besaran. kesemua peserta Projek 400 akan menghadiri ‘Street Fair’ ini bersama. Terdapat juga pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’..

Itu je ke?apa yang bestnya, street fair ini adalah hadiahnya..hadiah untuk lucky draw gempaq la..harap2 saya dapat cabutan lucky draw nie..heheh..nak tahu hadiah dia? Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!..wau!! mantop kan..hehehe…



Kepada yang jarang turun KL atau warga filipina or Singapore yang tak pernah datang KL, mesti Tanya bagaimana cara untuk ke ‘Street Fair’??? Salah satu cara, boleh naik mana2 stesen monorail dan berhenti di stesen imbi..ingat tau, stesen IMBI…then, berjalan kaki beberapa langkah dah masuk ke dalam times square…mudah kan??kalau agak2 sesat juga, tengok la GPS or google map..hhehehe..


Kepada orang2 awam yang berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi tentang ‘street Fair’ ini,boleh la jengok2 kat sini… www.gatsby.com.my/streetfair..

kEpada yang terpilih, kita jumpa di sana

Monday, March 15, 2010

terima kasIh nuffNang





Salam kepad semua bloggers...

Saya rasa minggu ni adalah minggu buffered kot...banyak je entry yang tulis pasal buffered earning..so, di kesempatan ni, tadi time buka account nuffnang tiba2 tengok ada buffered earning..waa.a...tekejut jugak sikit sebab kali pertama dapat nie..nak tahu apa itu buffered earning??try search la kat google..hehehe

Terima ksih nuffnang sebab masih sayang kat saya setelah prestasi yang teruk bulan lepas..Awal2 tu memang dah pasang niat nak gugurkan status glitter..Saya dalam proses untuk apply innity plak..tapi disebabkan masih sayang dekat nuffnang, saya stay dulu la hajat nak gugurkan status glitter..

p/s: maaf entry kali ni pendek dan tak memberikan sebarang input untuk anda..hehe

Sunday, March 14, 2010

Apa salah saya???


Salam kepada semua rakan2 bloggers ku yang disayangi...

Entry kali ni saya nak minta jasa baik semua rakan2 ku diluar sana, tolong saya jab...pernah tak terjadi kes dimana tak boleh nak post dekat shoutbox shoutmix?dia tulis cmni,

' There are some problems with your current message. One or more website addresses you are using have been banned from the shoutbox for the reason of spamming.

If you have entered website addresses, please remove them to post again.'

Sapa2 boleh tolong???

Ada cadangan tak nak buat cmne??

last skali minta maaf sebab tak dapat nak tinggalkan link bila blogwalking..so kalau tengok nama nabil dekat shoutbox anda, ini la link dia... http://nabil-potter.blogspot.com/ ....

p/s: kalau sape yang nak exchange link, sila tinggalkan link anda..anda klik saya,saya klik kamu..(muka tengah tension+sedih).. :(

Saturday, March 13, 2010

hebAtnya Student menJelang FinaLe Exam


">

Salam kepada semua rakan bloggers sekalain..

Seawal 7 tahun, kita semua dah diajar atau dihidangkan dengan exam, ujian, kuiz dan sebagainya..dari dulu sampai la sekarang di alam Universiti..tak dapat lari dengan exam,test dan sebagainya..tapi, kita tak boleh nak salahkan cikgu atau lecturer sebabnya ini semua adalah system yang kita gunakan untuk pendidikan di Negara kita..mahu tak mahu, kita kena amik exam.Alhamdulillah, semalam keputusan SPM dah keluar..tahniah kepada yang berjaya..yang tak Berjaya, jangan kecewa..anda dah berusaha sebaik2nya..kita usaha,berdoa akhirnya tawakal..berserah seluruhnya kepada NYa..apa sekali pon yang tercatat dalam slip peperiiksaan, itulah keputusan kita..semua ini dah ditentukan..kita merancang..tapi kena ingat, Allah sebaik2 perancang..mungkin ada hikmah disebalik keputusan kita..kita tak tahu, tapi Dia tahu..



Wah, intro yang cukup mantop…eh,perasan sendiri plak..heheh..apa yang nak cerita ni? Tajuk entry kali ni adalah, hebatnya student menjelang peperiksaan…hebat kat mana plak student ni???haa….sebelum tu,..cerita ini adalah bedasarkan pengalaman penulis sendiri…di mana hebatnya student bila exam??? Ok.saya analogikan dengan satu contoh..student university..satu sem 6 bulan camtu..exam finale 2jam 30 min…hebatnya student ni, dalam masa 2, 3 hari, subjek yang 5 bulan belajar, dikhatamkanya dalam masa beberapa hari…wau!!!..pernah terpikir tak???penulis2 yang nak buat buku pon amik masa bertahun nak siapkan satu buku..tapi, student hanya amik masa 2,3 hari ja untuk habiskan satu buku..kadang2 tu, semalam ja boleh habiskan satu buku…pernahkah kamu terpikir???



Itulah yang saya nak cakap kat sini..kepada student2 diluar sana…kita sebenarnya hebat…sedarlah kamu semua..hehehe…bukan itu saja, bila menjelang Finale exam, insyAllah kebanyakkanya student turun berjamaah disurau..yang dulu tak rajin nak turun surau, sekarang dah rajin…masa ni juga kita dapat dengar, ramai yang sudah merapatkan diri dengan Al-quran…Qiammunlai seminggu 2,3 kali…sedarkah kamu wahai rakan2 ku???takkan hanya finale kita boleh berubah sekelip mata menjadi baik?? Sama2 kita renungkan…apa tujuan kita solat??kerana finale exam ke???tepuk dada, tanya iman...



So, saya hendak ambik peluang kat sini untuk megucapakan,(macam nak raya plak dah)heheh…saya nak mengucapkan selamat berjaya di dalam finale exam yang akan menjelang tiba.. teruskan ibadatmu walaupun finale exam dah habis…

wasalam..

Wednesday, March 10, 2010

11 September satu konSpirasi BArat ?



Salam semua...
actually benda ni dah lama ada dalam laptop saya..
so, arini teringin plak nak kongsikan benda ni...
mungkinkah satu kebetulan,ataupun suatu rancangan yahudi..
selamat beramal.. :)

Cuba buat & lihat...

1. Bukak Microsoft Office Word.
2 tukar saiz font kepada saiz 48
3. Taipkan dalam huruf besar, “Q33 NY” . (Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WTC,11September)
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings Apa yang korang nampak?

Allahuakbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ... Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar) .. kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ....SUBHANALLAH....

Monday, March 8, 2010

kiSah pEnTingnYa kaPaL tErbangG


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahter kepada rakan2 bloggers tak kira dimana kamu berada…semoga kamu semua berada dalam keadaan sehat hendaknya…


Tajuk entry kali ni sebenarnya susah sangat nak bagi sebab saya tak tahu apa tajuk yang paling sesuai untuk entry kali ni…setelah dipikirkan, tajuk entry ni saya pilih bedasarkan main objektif atas apa saya menulis entry ni..so, tajuk diberi adalah pentingnya kapal terbang..seriusly cakap, tajuk Nampak macam simple je..pentingnya kapal terbang dalam konteks entry saya kali ni adalah bukan sebab boleh pergi jauh2 ke Negara org..tetapi, saya membincangkan tentang konsep masa…heheh..agak skema entry kali ini..


Seperti yang kita tahu, tambang untuk tiket kapal terbang memang mahal.betul?tetapi, mengikut preibahasa melayu, masa itu emas…emas itu berharga..berharga itu mahal.so. masa=mahal.maksud mahal disini adalah masa itu digambarkan dengan sesuatu yang amat bernilai..ada juga org kata,masa tidak boleh dibeli…tapi saya kata, masa boleh dibeli untuk beberapa ketika..haaa….nabil ni bawa ajaran sesat ke ha???hehehe..


Ok,bagaimana yang saya maksudkan masa boleh dibeli?dekat sini saya cuba beri 1 anologi bagaimana masa boleh dibeli.analogi pertama, seorang student menunggu bas untuk ke kelas..bas tersebut adalah bas yang disediakan pihak university.maksudnya FREE..disebabkan bas yang sepatutunya datang awal, tiba2 datang lambat, pelajar ni terlewat selama 1jam..cuba bayangkan, kalau pelajar ini meggunakan konsep membeli masa?bagaimana?caranya dengan menaiki teksi.walaupun dikenakan bayaran, tapi dia sampai awal 15min dari waktu kelas.tidakkah dia dianggap membeli masa?konsep ini boleh dibuat sebelum masa itu terlepas..kalau dah terlepas,beli masa pon xde guna la..ada juga pepatah yang saya dengar, biar cepat sejam, jangan lewat seminit..sampai sekarang saya apply kata2 tersebut dalam diri saya..kalau dah terlewat seminit,jangan harap nak dapat balik masa yang terlewat itu walaupun hanya seminit.


Minta maaf, entry kali ni memang adalah entry yang paling panjang..intro saja dah beberapa paragraph.huhu….berbalik kepada tajuk, kenapa pentingnya kapal terbang?jawapanya ada setelah kamu semua membaca satu kisah sahabat saya…

****************************************

oktober 27,2009-hari presentation matlab aku dalam final week.dari malam sebelum tu sampai ke pagi hari...sahabat semua dah mula nampak busy dengan tentetan kerja masing-masing[susah].

sekitar 11pagi...semua sahabat satu kumpulan lelapkan mata sebentar...untuk segarkan badan bila sambung kerja yang masih bersepah nanti...yang tinggal cuma aku dan fais.tapi entah...kemana pulak dia waktu tu...

tepat 11.25 pagi...telefonku berbunyi.ah..siapa pula pagi-pagi ni telefon.paparan..."akak"...oh...tanya kabar pikiranku yang masih serabut dengan presentation
untuk petang tu...

"adik...balikk sekarang dik...balik cepat!!abah dah tak da dah..."
berderau jantung aku...!!kaku.diam.ah...terus mandi.siap-siap tuk balik.
ntah apa yang aku capai...mata mampu melihat...hati dah hilang.

"ko nak gi mana ni?siap-siap semua?"..fais mula tanya

"aku nak balik penang...ayah aku dah tak da..."ah..air panas mengalir...

dengan masalah transport.dengan kepala serabut.hati mula geram.sabar...

siap...perjalanan bas yang kena tipu sebab aku perlu direct ke penang.tapi...masuk ke KL.ntah pukul brapa pulak nak bertolak dari KL pulak...ambik orang..tuggu orang.tambah-tambah bila tak dak orang.jadi 2,3 jam.ah

taxi jadi pilihan aku.KL-Penang.

"bang...bawak laju sikit ye...urgent ni..."

bila jam 6...mentari pun mula jatuh...kian gelap...dengan hujan-hujan yang berganti,tapi mesej...

"dik...lambat lagi ke nak sampai?diorang nak kebumi dah,diorang tak nak tunggu lama-lama...nanti seksa abah.tak pa ke kalau ang tak sempat tengok?"

ah...aku tak mampu lagi...hanya berserah...air panas mula mengalir laju.sebab itu yang mereka mahukan,yang pergi perlu pergi...tapi aku?raya adalah minggu last aku tatap...aku cium sebelum kesini...

bila sampai..ya...lewat sejam.aku masih mampu bertahan bila dipeluk saudaraku yang lain,kakak dan abang-abang...tapi...bila aku terlihat wajah ibu..ah...aku tak mampu bertahan...mahu jer aku jerit...

"dik..abah dah pergi...doakan dia dik.mak tak nak tunggu lama-lama...mak tak nak abah terseksa...sebab tu mak nak tanam cepat-cepat..banyak buat baik dik...sedekah banyak-banyak tuk dia..."

Ya Allah...kalau itu jalan terbaik buat kami...aku redha...
dan jika itu jugalah jalan terbaik buatnya...Kau ampunilah dia
Kau tempatkanlah dia kalangan orang-orang beriman.kerna ku tahu hanya Engkau tempat dikembalikan serta Maha Pengampun lagi Maha Pengasih...

aku redha ya Tuhan sekalian alam...

***********************

so, saya rasa semua dah baca bukan?bedasarkan kisah ini, saya paham sahabat saya ketika kejadian amatlah panic..tanpa memikan apa2,jalan yang terbaik time tu adalah bas..unutk pengetahuan, kami belajar di johor..rumah di utara..masa yang diambil untuk sampai ke utara lebih kurang 11jam..


Conclusionya, sebelum nasi menjadi bubur, sama2lah kita sediakan payung sebelm hujan..jika kawan saya ditakdirkan menaiki kapal terbang, tak sampai 2 jam dia dah boleh sampai ke rumah..masa boleh dibeli..tapi masa yang lalu tetap berlalu..untuk itu, kat sini saya sediakan jadual penerbangan untuk AIR ASIA dan MAS AIRLINES untuk rujukan semua..


Sama2 sedekahkan AL-FATIHAH untuk ayah sahabat saya.

[download timetable here]

Saturday, March 6, 2010

teRima KasiH geNG bloGGer(GB)


Salam kepada semua rakan2 bloggers..


Aduh…selesai sudah menjawab test microwave tadi…sekarang ni baru ada masa sikit nak update blog…tapi assignment masih bertimbun…biasa la student,last2 minit baru nak buat…hehehe…apa yang ko merepek ni nabil??ntah la…


Ok..abaikan intro tadi…bukan senang tau hendak buat intro untuk sesuatu entry..back to the topic,terima kasih Gb..kena plak tiba2 nak terima kasih??buang tabiat ke En nabil??hehehe…sebenarnya xde la nak buag tabiat sgt…tapi sikit2 ada la…hehehe..


Tadi pagi selepas subuh seperti biasa buka laptop…pastu terus ke bookmark button click GB dan my blog..nyata terkejut apabila NABIL_POTTER ada dalam list Paling Glamour Bulan ni…paham ke tak???hehehe….nak paham kena masuk blog ni..klik SINI..ye la,mana tak tekejut beruk, saya ni dah la budak baru…kata orang, udak hingusan lagi…pastu plak berada dengan senarai orang2 power…tekejut gak la…tapi saya tahu, mungkin tak lama kat situ..untuk harini je kot…hehehe.



Oleh sebab yang demikian, saya buat satu entry khas kepada GB kerana sudi memilih blog saya yang buruk ni…terima kasih admin GB…so dengan adanya entry ni, saya nak promote kepada blogger2 lain supaya jom heboh…eh silap…jom join GB…tidak dinafikan, selain traffic anda naik, ramai jugak kawan2 baru yang kita boleh jumpa…jom ramai2 kita join GB….

p/S: kepada otai blogger,saya budak baru.. :)

Friday, March 5, 2010

A550 menandingi D90?? benarkah ??




Salam kepada semua rakan2 ku..


Dah lama sebenarnya tak update blog nie..minggu ni sebok sangat dengan testnya, kuiz lagi, assignment lagi, macam2 lagi la..tapi petang ni sempat lagi nak update satu entry..heheh
Ok..dulu kalau korang ingat, dah pernah ada entry yang tulis antara sony,Nikon ,canon mana best?so macam2 la org komen kat situ..tapi apa plak kene mengena antara D90 dengan A550 plak??hehehe






Ok,actually A550 ni bukan pesawat airbus…tapi adalah sony alfa a550..huhuh..betul ke a550 ni lebih power dari Nikon D90? Yup…betul..tapi bukan 100% power.maksudnya, ada la kelemahan2 lain..



Tapi kat sini saya nak senaraikan beberapa kelebihan a550 buatan sony ni berbanding Nikon d90:

Pertama sekali tentang ISO..untuk pengetahuan, maximum ISO untuk a550 ni adalah 12000..tapi kalau D90 kalau xsalah 3200 je..pastu plak, a550 ni ada auto HDR function. So tak payah edit photoshop..masuk mode HDR..snap....transfer dalam pc...upload je..mmg real HDR..huhuh..








Antara sebab lain kenapa a550 lebih hebat adalah sebab dia buatan baru..so menggunakan teknologi baru..kalau tak salah Nikon D90 adalah buatan tahun 2008.dari segi berat plak, a550 lebih ringan daripada d90..tapi, kalau masuk battery grip,beratnya mungkin dah jadi sama la kot..tapi berat rasanya tak perlu untuk buat comparison..hehehe…kalau dari segi harga plak, a550 ni lebih mahal sedikit dari d90..harganya kalau ikutkan sebuah kedai di plaza pudu, a550 rm4080, dan d90 rm4050..tapi mungkin boleh adjust sikit kot harga tu..rasanya takat ni je la kot...dah tak tahu nak tulis ape..


Kepada pakar photographer kat luar tu, kalau ada saya salah,tolong betulkan yew..saya budak baru belajar..so, conclusion daripada entry ni, awalnya saya minat d90..tapi setelah di terang begitu jelas oleh tokey tu, a550 akhirnya jatuh ditangan saya…heheh…perasan jew..huhuh.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...