Friday, April 30, 2010

Info Jumaat 2: Bagaimana Menjadikan Tidur Sebagai Ibadah


Salam alaik kepada semua rakan2 bloggers...

Seperti yang diberitahu pada Info jumaat lepas, saya cuba untuk menjadikan hari jumaat ini dengan satu slot khas yang diberi Info Jumaat. So, hari ini merupakan Jumaat ke 2 setelah slot ini dihidupkan..Sama2 kita renungkan kandungan Info Jumaat pada kali ini yang bertajuk Bagaimana Menjadikan Tidur Sebagai Ibadah.

Tidur merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh manusia..Kalau tak tidur selama seminggu, itu bukan manusia normal saya rasa..Untuk makluman, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari.. Tapi, cukupkah kita untuk tidur 6 jam sehari?sama2 kita renungkan..Jangan samapai kelas atau tempat kerja menjadi tempat untuk kita sambung tidur kita yang tak cukup tu..

Hal ini menunjukkan, 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur..Jika dibuat pengiraan, jika umur kita 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur..mmm...10 tahun tu lama kan?daripada 40 tahun, berapa lama plak kita peruntukan sehari untuk baca al-quran? 1 jam?2 jam? xpon al-quran hanya dijadikan hiasan di dalam almari? tepuk dada tanya iman...

Untuk menjadikan tidur sebagai ibadah, berikut adalah beberapa cara yang perlu kita lakukan.Antaranya adalah:

Niat: Niatkan tidur kita untuk berehat dan untuk mendapatkan kembali tenaga supaya kita bangun esok boleh buat melakukan ibadah dengan baik dan khushuk..

Subjek: tidur adalah harus. Allah berfirman yang bermaksud, " Dan kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian ( yang melindungi)."( Surah al-Naba' 78:10)

Perlaksanaan: Perlaksanaanya mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu atau semasa mendengar khutubah.

Optimum: Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab2 tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w juga perlu dipatuhi. Tidurlah dengan mengiring ke sebelah kanan.

Tidak meninggalkan Ibadah yang asas: Jangan tidur sehingga tertinggal waktu solat.

Natijah: Tenaga dan kesegaran yang didapati dari tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebaliknya, melakukan kemaksiatan.

Oleh yang demikian, secara konklusinya, adat kebiasaan bernilai ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka kita sama2 aplikasikan dalam setiap perbuatan harian kita seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian,memasak dan sebgaianya supaya setiap perbuatan kita dianggap sebagai ibadah di sisiNya..

p/s: gambar dari En.google

My First Day Internship Training

Salam kepada semua rakan2 ku...

Entri kali ni saya nak cerita mengenai pengalaman pertama menjalani latihan idustri...Ayat sungguh skema di situ...hehehe..ok, untuk pengetahuan, pada mulanya saya memilih sapura untuk buat Li, tapi diorang tak nak sebab tempoh Li kami 10minggu ja..Diorang kalau boleh nak student Li yang buat praktikal 6 bulan.So, bila dah tak dapat, saya pon minta la buat dekat RTM kedah...
RTM kedah ni jarak dari rumah saya sangat la jauh...menyesal plak pilih situ..nak tahu tak brapa minit perjalanan naik moto? haa...ni cek nak habaq, perjalanan naik moto ke RTM adalah lebih kurang 3minit ja...hehehe...dekat ja pon...Masuk kerja pukul 8..Pukul 7.55 baru kuar umah..huhuhu..

Hari pertama berjumpa dengan Pn Salasiah aka pembantu jurutera kat situ..Lepas di terang peraturan semua, kami dibiarkan bebas seperti burung..Ha, time ni rasa sungguh bosan yang teramat..Dalam fikiran ku, kalau macam ni la buat Li, seyes menyesal habis...huhuh..Meja untuk kami pon xde..So, merempat la di mana saja..Orang pon xlayan kami..So, dah boring sangat, pergi lepak sambil makan pagi..Lama jugak la kat situ..Message kawan2 tanya khabar hari pertama li, diorang pon lebihkurang la...xde kerja..Biasa la hari pertama...Kami juga diperkenalkan dengan adik2 senior yang dah lama buat Li kat situ...diorang i sporting habis ar...best gak la kawan dengan budak2 tu..

Oleh sebab terlalu boring, time rehat saya bergegas tapi bawa motor pelan ja, dan amik laptop..So, petang tu masa Li diisi dengan belajar cara2 mengakses internet...hehehe...Dalam log book boleh tulis cmtu..hehehe..So, hari2 berikutnya memang best la...Ramai Dj2 kedah fm yang sporting...Hari sabtu ni ada hari bersama sahabat kedah Fm..lebih kurang macam perjumpaan geng blogger yang aritu la..heheh...tapi ni gengn sahabat kedah fm..Kami diarahkan untuk pergi bersama...So, nantikan entry terbaru hari ahad ni yew...

serba ringkas dari saya...Salam

Wednesday, April 28, 2010

Top 10 Kereta Terlaris 2009

Salam kepada semua rakan2 bloggers...

Semakin hari, semakin malas untuk update.. Maklum la, bila dah kerja (praktikal) , balik je umah dah mula rasa penat..So, malas sgt nak buka lappy..Rasa tido itu jalan yang terbaik daripada tidor..huhuh..

Ok, utk entry kali ni, ak nak cerita sikit mengenai carta 20 kereta jualan terlaris 2009..

1. Perodua Myvi: 90,595

2. Proton Saga: 71,688

3. Perodua Viva: 67,977


4. Proton Persona: 42,984

5. Toyota Vios: 29,387

6. Honda City: 19,722

7. Proton Exora: 18,451


8. Toyota Hilux: 14,572


9. Nissan Graand Livina: 12, 287


10. Toyota Avanza: 11,468

Tuesday, April 27, 2010

Universiti Antarabangsa Albukhary




Salam kepada semua rakan2 bloggers..

Minta maaf sejak kebalakangan ni sebok sikit..maklum la baru mula praktikal...lepas entry ni insyAllah akan ada entry mengenai tempat praktikal saya sekarang ni...Macam2 cerita menarik yang akan saya kongsikan..huhuhu...



Ok, dah tahu belum tentang Universiti Antarabangsa Albukhary?ok, untuk pengetahuan anda semua, universiti ini bertempat di Alor Setar kedah. Yang menariknya, Universiti ini ditubuhkan untuk membantu pelajar2 pintar yang kurang bernasib baik terutamanya di sekitar Asia dan Afrika.


Pihak Yayasan Albukhari berkata, kesemua pelajar yang menerima masuk ke Universiti Antarabangsa Albukhary akan diberikan sepenuhnya bantuan..Buat masa sekarang ni, pelajar2 kemungkinan ditempatkan di IPTA awam berdekatan sementara kampus induknya siap sepenuhnya..

Buat permulaan, kursus yang ditawarkan adalah ijazah dalam bidang teknologi maklumat, kajian perniagaan dan sains sosial. Untuk makluman lanjut, sila layari lawan web AIU. http://www2.aiu.edu.my/index.html


p/s: sumber kosmo

Monday, April 26, 2010

Alor Setar Tower International B.A.S.E Accuracy Jump Challenge 2010



Salam kepada semua rakan2 bloggers..

Hari ini bersamaan 24/4/10 telah diadakan pertandingan terjun dari menara Alor setar peringkat international. Pertandingan ini disertai oleh pelbagai negara termasuklah Filipinaa, England, New Zealand dan juga Malaysia. Dalam pertandingan kali ini, pemenang dikira bedasarkan ketepatanya ketika landing. Kawasan untuk mendarat telah ditandakan dan dibentangkan dengan tilam yang tebal. So, dia seolah2 macam main dart la...Setiap jejari base landing pad tu dah tertulis point2 yang boleh dikira. Kalau terjun tepat ke base landing pad tu, banyak la point dapat...



kawasan utk landing...



Untuk pengetahuan , menara Alor setar ni takda la tinggi sangat. Oleh sebab itu, sebaik je diorang terjun, dalam beberapa second terus kena keluarkan payung terjun. Kelewatan berbuat demikian mungkin menyebabkan daging2 bertaburan di lantai menara...heheheh... Apa yang boleh digambarkan, pertandingan ni agak bahaya la...takut o0o0o...tak sanggup nak tengok kejadian2 pelik.. Tapi semasa saya ngn family tengok tadi, Alhamdulillah semua selamat landing dengan jayanya..huhuhu...


pelbagai aksi2 penerjun.



So, itu je kot nak story untuk hari ini...bubye...


Sunday, April 25, 2010

Keputusan Penuh PRK P.94 Hulu Selangor



Salam kepada semua...


Keputusan penuh PRK p.94 Hulu Selangor


1. Zahid Ibrahim ( PKR) : 22 986 undi


2. P. Kamalanathan ( BN) : 24 669 undi


TAHNIAH BN !!

Sumber: TV3 / Utusan

Saturday, April 24, 2010

Kempen Menanam 26 Juta Pokok Peringkat Negeri Kedah

pokok yang belum ditanam..
Salam kepada semua rakan2 ku..

Pada 22/4/10 iaitu hari khamis merupakan hari kempen menanam 26 juta pokok di seluruh negara. Setiap negeri melakukan kempen ini dengan menanam pelbagai jenis pokok bersesuain dengan tempat yang hendak ditanam. Bagi negeri kedah, Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah sendiri iaitu Ustaz Azizan. Tema kali ini adalah, menghijaukan bumi ,satu warga satu pokok...

pokok2 yang siapsedia utk ditanam.
kehadiran MB Kedah.

MB Kedah.

Kenapa tiba2 boleh terjebak dengan program ni?hehehe.. sebenarnya my father yang ajak untuk terlibat dengan program ni..So saya bersama2 dengan wartawan2 lain menerjah apa saja gambar2 yang boleh diambil.Tapi saya tak rekod pon apa yang di cakap oleh Ustaz Azizan. Saya banyak terlibat untuk amik gambar jew..
upacara menanam pokok bermula...
gemik pelancaran...

So, selamat melihat gambar2 di sekitar kempen menanam 26 juta pokok di alor setar kedah..Meanwhile, lepas ni sama2 la kita menghijaukan kawasan rumah anda yew..Seamat bercucuk tanam juga..hehehe

Friday, April 23, 2010

Info Jumaat: Sejarah Azan


Assalamualaikum w.b.t kepada semua rakan2 bloggers..Apa khabar semua?

InsyAllah, untuk meningkatkan lagi kualiti blog ini, saya cuba untuk menyelitkan beberapa slot dimana slot ini akan thabat(konsisten) sepanjang minggu dan berterusan.. Salah satu slot adalah info jumaat dimana article2 islami akan di post pada hari jumaat. Pada masa yang sama, saya juga bercadang menabah satu lagi slot iaitu khutubah hari ini dimana entry ini juga akan di post pada hari jumaat diambil bedasarkan khutubah yang didengar. Walaubagaimanapun, saya hanya merancang dan Allah adalah sebaik2 perancang.

Berbalik kepada tajuk hari ini adalah sejarah azan. Kita dulu semasa zaman persekolahan kita belajar pasal sejarah. Tapi sejarah tanah air, sejarah merdeka dan macam2 lagi..Tapi tak pasti sama ada sirah tentang sejarah azan telah belajar belum. Kepada yang dah tahu, anggap la sebagai satu tazkirah. Di dalam surah Az-zariyat ayat 55, 'Dan tetaplah memberi peringatan , kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin'.

Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan di Madinah pada tahun pertama hijrah. Ini bedsasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan muslim daripada Abdullah bin Umar r.a yang bermaksud,

"Semasa orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkira waktu azan dan pada masa tu xda orang yang nak menyeru sembahyang.Pada suatu hari, mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka:' ambillah naqush(loceng) seperti naqush orang2 Nasrani(kristian)."

Berkata sebahagian yang lain pula: "(Ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.' Lalu umar berkata, ' Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang."

Hasil perbincangan itu terdapat beberapa cadangan seperti mebunyikan loceng, meniup trompert , mengebarkan bendera dan menyalakan api di atas bukit.
Semua usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat2 lafaz" telah datang waktu solat". Cadangan Umar ini diterima oleh Rasulullah tetapi dengan sedikit perubahan.Lafaz 'telah datang waktu solat ditukar kepada 'assalatul jami'ah' yang bermaksud marilah solat berjamaah.

Dalam hadis lain telah diceritakan tentang mimpi Zaid r.a yang berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng...Perbualan Zaid dengan seorang lelaki itu telah membawa satu solusion kepada cara utk azan.Keesokkan paginya, Zaid menceritakan tentang mimpinya itu kepada Rasulullah. kemudian Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya mimpi mu itu benar'.

Walaupun azan disyariatkan oleh mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia.Sebaliknya diperkuatkan lagi dengan wahyu. Saya rasa itu je utuk kali ini..

wasalam...

References: Solusi/Bacaan

Shisha boleh membunuh?

Salam kepada semua rakan2 bloggers..

Entry kali ni adalah mengenai shisha..korang tahu tak bnde apekah yang dipanggil shisha? ok, shisha seperti di gambar dibawah adalah sejenis alat yang dibuat khas seperti rokok tetapi boleh ditukar perasa mengikut citarasa anda..ada perasa anggur, strawberi dan lain2 lagi..biasanya penggemar shisha ni adalah kaki rokok...bukan hanya  bangku je ada kaki, rokok pon ada kaki...hehehe..(buat lawak sikit)..

Dengan ayat yang lain, shisha adalah kegiatan meyedut aroma buah-buahan dan tembakau yang dibakar lalu asapnya dilalukan melalui paip.Paip ni bukan paip besi tu..tapi ade la paip yang dibuat khas...huhuh.. Asalnya benda shisha ni adalah di sebelah arab sana..Tujuanya adalah untuk menenangkan fikiran dan juga menyenangkan...apekah itu?huhuhu..

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Department of Health and The Centre of Tobacco Control, shisha ni adalah sama bahaya dengan menghisap rokok bahkan lebih teruk lagi..sebab ape? ok, sebabnya adalah shisha ni meningkatkan lebih bnayak lagi karbonmonoksida dalam badan.ha...tau takut...hehehe

Bahayanya karbonmonoksida di dalam badan yang banyak boleh menyebabkan otak rosak(bukanotak2 ek) dan tidak sedar..tidak sedar ni pengsan mungkin...tak pon mati..dua, dua pon boleh...hehehe..Dr Hilary Wareing berkata, bahayanya shisha berbanding rokok adalah sebanyak 400 ke 450 kali ganda...WAU....banyak tu....tau xpe...


Oleh yang demikian, kepada yang berhasrat dan gemar untuk menghisap shisha nie, anda di nasihatkan untuk berhentikan niat anda.Sebabnya, sayangilah nyawa anda daripada menyayangi shisha anda...nyawa tidak boleh dibeli..kalau dulu kita tak tahu, tapi sekarang selepas baca entry ni, so boleh la berhenti ye..bagi tahu rakan2 yang lain yang tak tau pasal nie..Mungkin anda tahu...tapi ingat, the more you know you know, the more you know you dont know...betul ke nie?hehehe..layan.....

Terima kasih..

Thursday, April 22, 2010

RevieW : Honda FREED







Salam 1 malaysia kepada semua rakan2 bloggers...

Entry kali ni nak cerita mengenai kereta honda Freed yang baru di lancarkan di Malaysia semalam..Untuk pengetahuan, kereta ini telah memasuki pasaran Indonesia, Thailand, Singapore, Brunei dan juga Jepun dan menadapat sambutan menggalakan. Direkodkan di jepun, honda berkata telah mencatatkan jualan sebanyak 155,134 buah berjaya dijual manakala di Indonesia jualan sebanyak 12,151 buah kenderaan.


Di malaysia ni tak tau la berapa dapat dijual..Tapi semalam ja honda merekodkan 150 buah yang ditempah. Ciri2 yang saya ketahui tentang kereta ini adalah menggunakan engine 1.5 i-VTEC. Lepas tu plak, Freed ini mempunyai 7 atau 8 seeter based on jenis2 dia la..So kat sini kita dapat konklusikan bahawa kereta jenis ni sesuai untuk buat family car. Tapi kalau nak kereta sport pon ok gak. Saya difahamkan, kereta ni saiz dia lebih kurang kereta avanza ja..so xde la besar sgt..


Harga kereta ni adalah serendah RM112,980 dan sehingga RM115,180. rasanya itu je kot utk review kereta nie..kalau nak tempah pon dah boleh.. pergi la lawat di pengedar honda berdekatan anda..hehehe..bubye..

Wednesday, April 21, 2010

Kenapa saya mahu Ben Ashaari datang blog saya?



Salam kepada semua rakan2 bloggers…
Entry kali ni khas saya tujukan kepada bloggers yang tak asing lagi iaitu Ben Ashaari… siapa ben ni? Dia nie seorang diantara bloggers2 otai yang ada di Malaysia ni..otainya ben ni, dalam masa sehari dia boleh mendapat beribu2 unique visitor….mantop kan? Walaupun sudah berumah tangga, kerjaya beliau sebagai part time bloggers adalah sangat berbaloi2…huhuh…Dalam sehari, saya rasa berpuluh2 entry dia update ..Semalam sempat jugak menuntut beberapa ilmu dari abg ben ni…
Bagus abg ben ni sebab dia tak kedekut ilmu..ape je yang dia tahu, semua dia jawab…tapi kena ada time la nak tanya…dia pon manusia jugak…ada ank bini lagi..kalau dia bz tu, mungkin dia tak dapat melayan kerenah anda…thanks a lot abg ben pasal2 tips2 yang menraik semlam yang kita borak2 dekat gengblogger..
Berbalik kepada tujuan asal, kenapa saya nak blog ini dijelajah oleh abg ben sebab jujur cakap dia nie bloggers yang berpengaruh…kehadiran dia kesini memang akan member impact kepada traffic blog..bukan itu je, unique visitor juga maybe akan bertambah..sebab lain adalah, saya ni merupakan blogger yang baru kenal apa erti duni blog nie..so dengan pendapat,coment dan tunjuk ajar abg ben tentang blog ni, mungkin dapat meningkatkan lagi kualiti blog saya..Saya tak mahu dikategorikan sebagai blog sampah je..
Sebab2 lain adalah saya mahu menuntut ilmu berblog nie..Abg ben ni pendapatan untuk blog je sebulan dah beribu2…so, Alhamdulillah saya juga mempunyai target dan misi yang sama…hehehe…sharing is caring…itu je kot…selamat datang abg ben….kedatangan anda dialu-alukan..

Tuesday, April 20, 2010

The Largest Bloggers Gathering with GATSBY

Salam semua kepada rakan2 bloggers..HArap semua dalam keadaan sehat yew...

ok, straight to the point, baru2 ni pada 17hbApril bertempat di Berjaya Times Square Kuala Lumpur telah diadakan satu program yang diberi nama The Largest Bloggest Gathering with GATSBY. Program ini juga adalah kerjasama antara syarikat pengiklanan terkemuka di asia pasifik iaitu Nuffnang.


ramaikan?tgh beratur utk daftar....

suasan ketika pendaftaran...
Seperti yang dijanjikan, Nuffnang akan memberikan RM50 kepada bloggest yang hadir. Setelah disemak di dalam account nuffnang sebentar tadi, rm50 telah dikreditkan..hehehe...ok, untuk pengetahuan semua, program ini telah mencatatkan satu record baru di dalam Malaysia book of Record kerana merupakan perhimpunan bloggest yang paling ramai..kalau tak salah, jumlah yang hadir lebihkurang 600 bloggers.

khas untk nuffnangers...phewit..
tidak jemu untuk beratur walaupun agak lama...heheh
Seperti biasa, pendaftaran peserta bermula pada pukul 10.00pagi. Peserta beratur mengikut abjad permulaan URL masing2..Semasa pendaftaran, bloggers dibekalkan dengan sebuah beg yang berisi sehelai t-shirt dan kipas.Semua bloggest dikehendaki memakai T-shirt merah yang diberi.Kalau tak pakai t-shirt tu, korang tak dibenarkan untuk main permainan yang ada kat situ..

Antara game yang ada...tak sempat nak main nie.. huhu
semua org sebok mengumpul kupon..heheh


Antara permainanya adalah seperti, main dart, bowling kelapa, golf, parking kereta, tukar tayar, kerbau, dan macam2 lagi..ok, setiap peserta yang berjaya melakukan task yang diberi akan dibekalkan dengan 1 kupon dimana 1 kupon bernilai 2point. So, main game banyak2, then dapat kupon banyak2 pastu boleh reedem dengan barang gatsby. Barang2 gatsby seoerti deadorant, gel rambut, spray pewangi dan lain2 lagi..so, kalau sapa banyak point tu, boleh borong sakan la..Saya hanya ada 18 point je..malas nak main sebab takde geng sgt..so lepas la nak tukar dengan 2 botol deadorant dan sebotol gel..cukup la tu...huhu



Opening ceremony...

time nak bergambar utk buat record...


Rasanya itu je kot..Haaa, satu lagi yang bestnya, dapat jumpa bloggers lain seperti Mel, ery fariha, kueh tart, cikti(tapi tak kenal pon), chaie, dan ramai lagi yang tak kenal..so itu je kot..bye

ramai juga press yang hadir...

teringin nak panjat tu...hmmm

p/s: masuk paper tu...huhuh..klik sini..

Monday, April 19, 2010

tOpup FREE..ini buKan coBaaN..heheeh


Salam semua..minggu ni sungguh ku beruntung..semlam dah cerita pasal dapat cheque dari nuffnang..hari ni,buka2 email dapat topup free plak dah..

cmna ble dapat? ok, sebenarnya dulu saya dapat email untuk menjawab survey tentang rakan muda. so, sebagai upah diorang bagi la topup rm5. topup plak kita ble pilih nak maxis ke,celcom ka, digi ka..tak kesah..so, that all..hehehe..

Sunday, April 18, 2010

cheQue NuffnAng laGi


Salam alaik kepada semua rakan2 bloggers...setelah 2,3 minggu tak updatae blog, so utk entry yang pertama setelah cuti ni nak update tentang cheque yang baru dapat..sampai je di rumah setelah cuti, tengok2 ada surat dari hsbc.. apa yang bestnya, jumlah kali ni Alhamdulillah lebih tinggi dari cheque dulu..so, ini je la utk kali ni..ringkas dan padat...hahaha..jgn jeles yew..huhu

p/s: cukup la untuk beli baju ngn seluar untuk pergi praktikal..hehehe
bye..

Saturday, April 3, 2010

[CONTEST]: Who Am i ?


Salam alaik kepada semua sahabat-sahabat bloggers sekalian…


Seperti yang diuar-uarkan pada entry lepas, saya bercadang untuk buat satu contest khas sempena 500 followers..hehehe..Kat sini saya nak describe secara ringkas dan padat mengenai contest yang amat mudah utk dapat hadiah. Contest ini adalah contest yang memerlukan saudara/ri untuk teka umur seorang kanak2 bedasarkan gambar-gambar yang diberi. Ingat, penyertaan adalah terbuka kepada semua bloggers yang mempunyai blog sahaja. Tiada bayaran dikenakan. Maksudnya FREE yew..Dah la free, dapat hadiah lagi..hehehe. Antara hadiahnya adalah barangan yang diimport khas dari Singapore dan ada lagi hadiah2 menarik.


Syarat-syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua bloggers.
  2. Mesti mempunyai blog.
  3. Satu penyertaan untuk satu blog. kalau ada 2 blog, boleh la teka 2 kali.
  4. Copy banner di atas serta linkkan kepada blog http://nabil-potter.blogspot.com.
  5. Syarat biasa iaitu mesti follow blog ini dan juga linkkan.
  6. Jika didapati syarat tidak dipenuhi, penyertaan anda dibatalkan.
  7. Keputusan juri adalah muktamat.
  8. Tarikh akhir adalah 30/4/2010
  9. Hint MUNGKIN akan diberikan. Sentiasa alert yew.
  10. Sila tinggalkan comment dan juga direct link untuk contest ini.
  11. Buat satu entry ringkas untuk contest ini.
  12. Jawapan anda tidak boleh ditukar ganti.
  13. Format jawapan, CTH: A(XX tahun), B(XX tahun), c (xx tahun)
Sebarang masalah boleh diajukan melalui e-mail atau ym.

p/s : [download banner di sini]

‘SELAMAt MENCUba’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...