[HOT] : Lelaki memakai Short

Salam kepada semua rakan2 bloggers...

Pertama sekali untuk entry kali ni, saya nak minta maaf dulu dan minta maaf...Kenapa tiba2 nak minta maaf nie? hehehe...sebabnya mungkin entry nie agak hot kot...Ye ke hot? xde la hot sgt..biasa ja...huhuh...ok, sebelum tu, saya ni juga manusia biasa yang penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan tabah bi dihalangan duri onak dan cobaan dan seterusnya...hehehe....Sama juga seperti orang lain..Pendekatan yang saya amik ini bukan untuk menjatuhkan air muka seseorang tetapi entry ini dibuat khas sebabnya rasa kasih dan sayang saya kepada rakan2 seagama saya khasnya..

Entri ni agak panjang, harap dapat habis membaca!!

Short dalam entry ni dalam bahasa melayunya dipanggil seluar pendek..tau kan seluar pendek? seluar pendek yang saya maksudkan bukan seluar boxer atau seluar 3 suku, tapi seluar pendek yang panjangnya tidak melepasi paras lutut seperti gambar di bawah..
Ok..Pada awalnya saya mendapat ilham untuk buat entry ni bila pada suatu hari jalan2 disuatu taman terlihat rakan2? ku berseluar pendek sedang bermain2..Sedih didarab kecewa sebabnya, dalam hati mereka masih tak da rasa malu or rasa bersalah..tapi perasaan seperti super star lagi ada la..Kenapa jadi cmtu? Nak salahkan ibu bapa lagi ka? takkan pasal aurat pon tak tau sedangkan waktu di sekolah rendah pon belajar..tapi, tau la nak cakap..Dari pandangan saya bila melihat mereka ni, dalam hatiku berfikir, kesian kat diorang ni..Masih tidak diberi hidayah..ok, secara jujurnya, bila nak tegur orang, tak semestinya kita ni perfect..Saya nak tegur sebab saya kasih dan kesian kepada rakan2 seagama dengan saya..Pendekatan yang saya amik ni berlandaskan dengan satu hadis sahih yang berbunyi ' sampaikanlah walaupun satu ayat' --> baliqu'anni walau ayat..So, apa yang saya tau saya nak kongsi je..ok.

Kepada mereka2 yang gemar bersukan, sekarang ni telah ada dipasaran seluar 3 suku dalam bahasa inggerisnya dipanggil 3 quarter..Seluar ini kalau kita pakai insyAllah melebihi lutut.Apabila melebihi lutut, maka halal la untuk seseorang lelaki memakainya..Saya bukan ulama untuk memberi tahu pasal hukum halal haram.Pendekatan yang saya amik adalah pendekatan sebagai seorang muslim terhadap orang muslim lain..So boleh la dapatkan di pasaran..Minta maaf saya tak jual seluar ini..heheheh...kalau tak mampu nak beli seluar adidas 3 quarter yang berharga rm99 ringgit, beli kat pasar malam pon dah dapat rm 15. Kaedah lain yang saya boleh bagi cadangan kalau nak pakai seluar pendek, so pakailah seuar tight dekat dalam seperti gambar di bawah.

Seterusnya saya nak sentuh tentang budaya keluar dari rumah, tapi ini bukan bersukan yew..Keluar rumah kat sini maksudnya pergi jalan2, pergi hypermarket ka, mana2 je la yang pasti akan berjumpa dengan orang awam..Trend sekarang ni ramai yang suka berseluar pendek aka short..Paham tak maksud saya? tahu la kaki diorang di bersih, suci tanpa sebarang parut2..hehehe..Kalau ye pon, xperlu la nak tunjuk kaki itu kepada orang awam..STYLE SANGAT KE DRESSING DENGAN SELUAR PENDEK? ADA NAMPAK MACAM TRENDY SANGAT KE? tepuk dada, tanya iman masing2...Seyes cakap, kalau saya jumpa orang yang seluar pendek, saya tengok ja muka dia, terus geleng kepala...Sedih sangat sebab mereka ni tak berilmu...Especially ilmu agama..Yang paling menyedihkan bila orang tua aka dewasa aka orang yang dah berkahwin memakai seluar pendek...Malu....semalu malunya...namun apa daya....( lagu apa ntah)..
Tak dapat saya nak gambarkan ekspresi muka org yang berseluar pendek tapi mempamerkan muka yang ala-ala bangga gitu..ahaks..hihih...Kalau tak tegur, saudara seislam..Ingat, kalau kita tak tegur orang yang melakukan kesalahan, kita juga akan dapat dosa..Dosa atas perbuatan kita tak tegur bukan dosa atas kesalahan yang dia buat.( kepada imam-imam muda diluar sana, kalau salah tolong betulkan).. So, pendekatan yang kita boleh amik adalah mengikut sebuah hadi Rasulullah s.a.w, serendah-rendah iman adalah tegur dengan hati.

Sekali lagi saya nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa..tujuan saya adalah untuk menegur..Kalau nak tegur direct, agak susah..So, dengan adanya blog ini, saya gunakan untuk menegur sedara2 seagamakau diluar sana..Ingat, nak tegur pon ada cara..jangan pakai blasah je..Tengok surah An-Nahl ayat 125 kalau tak salah..Kat ayat tu ada bagi tahu cara2 nak tegur..So, saya ni juga manusia biasa yang bisa melkukan kesalahan..Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan..Semoga kita berjumpa lagi..Wassalam..



p/s: jgn sebab entry ni semua boikot untuk datang ke blog ini sudah..huhuh
p/s: gambar dari google


UPDATE RASMI : 2 orang syahid dan 30 cedera parah dalam serangan terkini rejim Zionis terhadap kapal konvoi LL4G !

Salam ziarah kepada semua rakan2 bloggers..

Tadi saya dapat sms dari rakan saya yang mengatakan seperti tajuk diatas..Pastu terus saya check dekat palestin kini..Tengok2 dah ada pasal artikel ni..

Berikut adalah apa yang dikatakan dalam palestin kini...

Maklumat terkini; 2 syahid & 30 cedera atas kapal penumpang utama Mavi Marmara. Tentera Israel sudah mula menaiki kapal. ayuh kita doakan mereka antara 2 kemenangan, SYAHID atau MENANG DAN SAMPAI KE TEMPAT TUJUAN!
1. Press conference oleh Crisis Management Team (CMT) berkenaan serangan terbaru ini di Hotel DePalma, Shah Alam (seksyen 19) 3.00pm. boleh hadir dan ramaikan!
2. BERSIAP SEDIA JIKA DIKERAH UNTUK DEMO ESOK ATAU DALAM WAKTU TERDEKAT INI!

Untuk makluman lanjut, lawat PALESTINKINI.COM

15 Gambar Terbaik National Geographic Photo

Adakah yang ini?heheh
Salam kepada rakan2 bloggers..

Perhatian, ini sebenarnya gambar yang saya amik...Percaya tak? Betul la...takkan nak tipu kot..gambar ni saya amik dari satu laman web..huhuh..So kira amik la jugak..hehehe..

Imipian sebagai beginner photographer macam saya adalah mendapat satu gambar yang betul2 terbaik..Tapi ingat, bak kata2 photographer otai, dalam 100 keping gambar, hanya 1 atau 2 keping saja yang betul2 cantik...Tapi masing2 la..penyataan ni mungkin bersifat subjektif..ok..So, kalau nak g photoshoot, amik la gambar banyak2 sikit..Tak rugi aih sebab sekrang ni dah tak guna filem..So, tembak je la...

Ok, tampa membuang masa lagi..Layan je la gambar terbaik dari national Geographic untuk tahun 2009.

















Info Jumaat 4 : Kisah Tiga Sahabat

Salam kepada semua rakan bliggers tak kira dimana kamu berada..

Alhamdulillah, seperti di minggu2 lepas, info jumaat  berjaya dilaksanakan kecuali pada minggu lepas diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan kerana blog saya under renovation..

Pada minggu ini, saya nak bawakan satu kisah tentang 3 orang sahabat yang mana tajuk panjangnya adalah ikhlas 3 sahabat.Seperti biasa,  hidup tanpa sahabat ibarat hidup tanpa dunia..Ye ke? heheh...Mungkin ya, mungkin tidak..Bukan apa, seperti zaman Rasulullah dulu, baginda memerlukan sahabat untuk menyebarkan dakwah..Tapi, pada masa kini, sahabat juga diperlukan..Ada yang menggunakan sahabat sebab untuk mendapatkan sesuatu kepentingan dan mungkin ada juga yang ikhlas bersahabat.

Rasulullah S.A.W mengkhabarkan kisah tentang 3 orang sahabat dari bani Israel. Mereka bertiga ini sedang dalam keadaan bermusafir bersama-sama. Di dalam perjalan mereka, tiba2 awan berubah menjadi gelap..Gelap yang digambarkan adalah seperti nak hujan lebat..Seperti biasa, kalau nak hujan tu, mesti la nak cari tempat teduh..Kalau org naik moto, kalau nak hujan , mesti berhenti tepi jalan untuk pakai baju hujan..kalau ada payung, dah bersedia untuk buka payung..Tapi 3 orang sahabat ni bukan naik moto ka ape, so diorang berhenti berteduh didalam sebua gua..Tak pasti plak gua apa..tapi yang pastinya bukan gua kelam la..hehehe..

Ketika mereka berada didalam gua tu, tiba2(muzik suspen)  batu yang sangat besar menutup pintu gua dan menyebabkan mereka tidak boleh keluar. Mereka dalam keadaan buntu dan pertolongan mereka hanyalah mengharapkan inayah daripada Allah.' apa kata kalau kita guna amalan kita yang ikhlas untuk membebaskan diri dari malapetaka ini' ujar seorang daripada mereka.Kawan2nya yang lain hanyalah bersetuju.

Lelaki pertama berkata, ' Ya tuhanku, engkau tahu ak cukup tetarik dengan sepupuku.Pada suatu hari aku melihat dia bersendirian.Oleh itu ak ingin melakukan perbuatan keji terhadapnya.sepupu aku berkata 'wahai sepupuku, takutlah Allah dan jangan cemari kesucianku'. Mendengar sepupuku berkata demikian, aku pun segera membatalakan keinginan jahatku.Ya tuhanku, andai itu amalan ku yang benar2 ikhlas dan dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaanMu, maka jauhilah kami dari kesusahan dan api neraka.'

Kemudian mereka menyaksikan batu besar itu mula bergerak sedikit dan ada sedikit cahaya yang masuk.

Lelaki kedua pula berkata, ' oh tuhanku, engkau tahu bahawa aku mempunyai ayah dan ibu yang terlalu tua, hinggakan badan mereka bongkok akibat usia mereka yang lanjut.Aku selalu menziarahi mereka. Pada suatu malam, aku datang untuk menziarahi meraka sambil membawa makanan.Sebaik memasuki bilik, aku dapati mereka sedang nyenyak tidur.Oleh kerana aku tidak mahu menganggu mereka, aku menghabiskan masa malamku dengan mereka dan makanan masih dalam tanganku. Tuhanku, andai itu dilakukan mengharap semata-mata mengharap redhaMu, maka keluarkan kami dari sinisan selamatkan kami'.

Sekali lagi mereka menyaksikan pintu gua mereka berkuak sedikit.

Manakala lelaki ketiga pula berkata, ' wahai yang maha mengetahui, engkau tahu bahawa ada seorang lelaki yang pernah berkerja denganku dulu. Apabila tamat pekerjaanya, aku membayar gajinya, namun dia tidak berpuas hati dengan bayaran tersebut dan berlalu pergi meniggalkan tanpa amik gajinya. Aku mengambil wang tersebut dan membeli seekor kambing. Aku memelihara kambing itu sehingga beranak-anak dan membentuk sekawan kambing. Selepas seketika, lelaki tersebut datang untuk menuntut gajinya balik dan ak menunjukkan sekawan kambing miliknya. Dia mengambil kambing tersebut dan berlalu pergi. Ya tuhanku, andai itu amalan ikhlas di sisi-Mu, keluarkanlah kami dari kebingugan ini.'

Kemudia batu itersebut beralih sepenuhnya dan mereka berjaya keluar dengan gembira.

Wasalam.

p/s: sekadar renungan dan pengajara.
p/s: references: solusi

40 Individu Terkaya di Malaysia.

Salam kepada semua rakan2 bloggers..

Seperti biasa, Tan Sri Robert Kuok iaitu raja gula merupakan pendahulu untuk senarai 40 individu terkaya di Malaysia.. Tokey gula ni mendahului dengan US$51 billion  berbanding dulu dengan US$36 billion.. Kaya giler la...Gula tiap2 hari orang makan...Kalau kita tak makan pon, ada ja orang lain yang guna gula..Kalau dikirakan jumlah orang kat malaysia ni menyumbangkan RM1.50 sekilo gula didarab dengan 1 juta, mesti dah banyak kan..RM 1.5 juta..Itu baru untuk 1 juta penduduk..Penduduk Malaysia bukanya 1 juta..Pastu, gula plak bukan saja di Malaysia guna..Kalau tak salah, gula dia tan Sri ni juga dieksport ke negara2 Asia Tenggara..Untuk pengetahuan, Tan Sri ini lebih fokus kepada industri kelapa sawit pulak..Sebahagian Aset syarikat gulanya telah dijual.tapi bukan semua la...Kebanyakkan masa beliau kini dihabiskan di Hong Kong..Isk2..Kaya giler la..Meh la skit Tan Sri duit tu...Nak buat melabur di ASB..huhuhuh..

Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di malaysia:

1. Robert Kuok
2.Ananda Krishnan (maxis)
3.Lee Shin Cheng (IOI group )
4.Lee Kim Hua ( Genting)
5.Quek Leng Chan ( Hong Leong Bank)
6.Teh Hong Piow ( Public Bank)
7. Yeoh Teong Lay ( YTL corp)
8. Syed Mokhtar Al-bukhary (MMC)
9.Vincent Tan ( Berjaya Group)
10.Tiong Hiew King ( Rimbunan Hijau)


Berikut adalah senarai bumiputera:


11. Azman Hashim
21. Kamarudin Meranun
23. Shahril & Shahriman Shamsuddin
26. Mokhzani Mahathir
27. Ahmayuddin bin  Ahmad
32. Nazir Razak
33. Eleena Azlan Shah
35. Rozali Ismail
39. Abdul Hamid Sepawi
40. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir

Sedih jugak yew..Sedarkah anda ekonomi Malaysia dikuasai oleh mereka yang bukan bumiputera..Sedarkah anda? Apabila dah sedar, apa yang harus dilakukan? Cuba bayangkan senarai ini dipenuhi dengan orang bumiputera seperti Syed mokhtar? Renung-renungkan dan selamat beramal..

Wasalam..

Harga Minyak Naik 15sen Seliter.


Salam kepada semua rakan bloggers..

Sebut pasal minyak, boleh kecoh satu Malaysia..Kalau kata esok minyak naik, mesti penuh punya stesen minyak..Confirm la...Betul ke harga minyak RON 95 nak naik 15 sen? kalau nak cakap sahih naik, saya tak boleh nak cakap cmtu sebab tugas itu diluar bidang kuasa saya..

Harga terkini, RON 95 adalah RM1.80. Tetapi bedasarkan pengkaji2 minyak, harga minyak dijangka naik RM0.20pada tahun 2011 dan juga dijangka naik Rm0.20 pada tahun 2012..Harga minyak dijangka turun pada tahun 2013- 2015.

Harga minyak terkini adalah US$70.80 per barrel dan dijangka naik pada tahun 2011 adalah sebanyak US$73.06 per barrel.. Kemungkinan besar harga minyak untuk naik adalah boleh dikatan tinggi sebabnya kerajaan tak mampu untuk menampung harga minyak yang semakin naik. Walaubagaimanapun, dengan harga subsidi kerajaan malaysia, kita masih lagi diberi harga yang agak rendah berbanding harga minyak ditempat lain.

Apa2 pun, kita tunggu saja pengumuman dari Kerajaan Malaysia.

p/s: kalau ada salah fakta, minta diperbetulkan..

Jom Datang Kedah International Hot Air Ballon Festival 2010

Salam kepada semua rakan2 bloggers..

Tidak lama lagi pada 28/5/2010 akan diadakan Kedah International Hot Air Ballon Festival 2010. Festival ini akan dilangsungkan di Taman Jubli Emas, suka menanti Kedah. Majlis pra pelancaran untuk program ini telah berlangsung semalam.

Bayaran yang dikenakan untuk menaiki ballon tersebut adalah sebanyak RM10..Antara peserta yang terlibat untuk festival ini adalah terdiri daripada negara New Zealand, Thailand dan juga dari Malaysia..Sebanyak 10 Hot Ballon dianggarkan untuk memeriahkan Festival ini.


Dipahamkan, setiap Ballon akan terapung pada ketinggian 10 ke 15 meter daripada tanah..Antara waktu2 yang dibuka untuk orang naik adalah pada pukul 6.30am to 9.00am..Pada sesi petang plak adalah pada pukul 5.30pm to 7.30 pm..

So, kepada negeri2 jiran kedah ni, jemput2 la mai negeri kedah nie..Kalau tak sempat nak pergi Putrajaya aritu, bleh la mai kedah plak...itu ja kot..bubye..

p/s: xsabar nak pergi shoot gambar kat situ.. :P
p/s: gambar dari google

10 Radio Paling Popular Tahun 2010

Salam kepada semua rakan bloggers...

Seperti tahun lepas, ramai orang tahu Hot fm merupakan radio yang paling popular mengikut kajian yang dijalankan oleh AC Niesel.Pada tahun lepas, Hot fm mendapat no1 diikuti era dan juga Sinar fm kalau tak salah...

Berikut merupakan ranking terkini suku pertama tahun 2010 carta radio paling popular di malaysia:

1. Sinar.Fm
2. Era.Fm
3. Hot.Fm
4. THR.Fm
5. MY.Fm
6. 988.Fm
7. Hitz.Fm
8. Suria.Fm
9. Klasik Nasional
10. Muzik.Fm

p/s: tahniah kepada Sinar fm..Muzik retro terbaik..huhu

20 tempat letak buku yang unik !

Salam kepada semua rakan2 bloggers..

Tadi masa jalan2 di funkydowntown.tiba2 nampak gambar2 yang cantik dan unik..So, kat sini ada la gambar2 yang dimaksudkan tu....Enjoy ye....

p/s: kredit to funkydowntown
ng

Pokok buku..
Rack serbaguna..
Menarik la..I like!!
macam rosak buku ja..
biasa ja..
smart gak nie..
Versatyle la..Cool:P
peta mana nie?

unik la...
Nice..
simple...
boleh jimat rruang..

:)
Cool :P
Pening kepala nak tengok...
Macam tak kukuh je tapak dia..
Grrr....
Cool :)

Rancangan Imam Muda Dah start, tapi Astro Oasis tak boleh buka lagi..Brapa lama mahu update da....


Salam kepada semua rakan bloggers tak kira dimana kamu berada..

Seperti abg ben, entry ni, InsyAllah merupakan entry penutup untuk malam ini...Apa yang nak story malam nie adalah mengenai satu program baru yang mendapat perhatian masyarakat kini..Hari sabtu lepas kalau tak salah dah berakhir satu program realiti Akademi fantasia yang dah kurang mendapat perhatian orang..Disamping banyaknya program realiti ni, Alhamdulillah timbul kesedaran pihak Astro untuk buat satu program kearah kerohanian..Tahniah untuk pihak Astro terutama Astro Oasis..

Sedikit perkongsian tentang program Imam muda ni..Ada sesetengah orang tidak tahu lagi ada program ini...Kita tak boleh nak salahkan sesiapa sebabnya bukan semua org kat malaysia ini ada astro..Betul???ok. Untuk pengetahuan kepada yang belum tahu, rancangan ini adalah terbitan Astro Oasis iaitu di saluran 106..Rancangan ini berlangsung selama 3 bulan dengan 34 episode.. Dengan bertemakan slogan ' Satu penemuan...sebuah perjalanan sejati' , program ini insyAllah tanpa undian sms seperti program realiti lain..

Program ini bermula pada petang ini dan esok pada pukul 6.30 petang di saluran 106. Program pengenalan dan bagaimana calon2 melakukan proses tapisan akan dilangsungkan di 4 saluran antaranya di saluran 104 dan juga 115 kalau tak salah saya la..Secara ringkasnya, apa yang saya tahu, audition telah diadakan di 4 buah negeri iaitu Kedah, Terengganu, KL dan JB...Jumlah kesemua yang datang tak da la ramai seperti Af..tapi alhamdulillah lebihkuran 1000 calon telah hadir untuk sesi temuduga...Saya tak sempat nak pergi aritu..(yo ke)heheh..

Rasanya itu saja untuk malam ini...Kalau ada tersalah fakta harap dimaafkan yew...Selamat malam...Zasss....

p/s: kpd pihak astro, saya dah promote ni...eheheh..
p/s: sedih sebab masih lagi tak leh buka chanel 106..why!!!!(lihat entry ini)

[ Review] : i- Pad


Salam kepada semua rakan2 bloggers..

Rasaya macam dah lama sangat tak update blog..So, untuk kali ni saya nak review tentang produk terbaru daripada Apple iaitu i-Pad..Produk terbaru ni sebenarnya bukan la baru sangat sebab pelancaran awalnya adalah pada 28 january 2010 di San Francisco, Amerik Syarikat..So, lebihkurang 4 bulan lepas la..Tapi saja la nak review pada hari ini...huhuh...

Berikut adalah beberapa spesifikasi i pad termasuklah 9.7 inchi screen..selain tu, i-pad juga di sediakan dengan kemudahan wi-Fi dan 3G..Berat i-pad ni tak de la berat sangat iaitu 0.7Kg..Tak la berat sgt kan?huhuh...Senang citer benda ni macam laptop la jugak..tapi dia lebih nipis dan ringan la...Macam2 boleh buat kalau guna i-pad ni termasuklah emel, video,dengar radio dan juga blog..boleh ka?huhuh

Setakat ini, i-pad dikeluarkan dengan 3 jenis versi iaitu 16,32 dan 64 GB. Harga di pasaran adalah dalam linkungan RM1700 ke RM 2800.

p/s: kalau salah boleh la bagi tahu yew.. :)