Tuesday, August 31, 2010

TV1, TV2 and TV3 Online For Free



TV3 Live Streaming

*Sila tunggu dalam 10 - 30 saat.Kerana Live Streaming sedang loading.
*Sila tekan F5 jika live tidak muncul.

[Gambar]: Perjalan ke Restaurant Paling Bahaya di Dunia

nak naik ni pon macam takut je..
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Besok kita merdeka kan? Sepatutunya hari ni kena la tulis entry merdeka..Betul tak? tak pun tak betul? Heheh..sebebnarnya tak de idea lagi nak tulis entry pasal merdeka..So nak kongsikan gambar untuk tatapan anda semua..Kalau saya la, rasanya mungkin tak akkan pergi ke restaurant cmtu..Cuba bayangkan kalau jatuh? 90% mesti mati..Pastu kalau tiba2 rasa sakit perut dalam perjalanan tu? Confirm tak sempat ke tandas..Grrrr...Siapa yang berminat ke situ mesti di dia seorang yang brutal dan adventure la..Huhu..Ape2 pon, layan je la..

Anda nak pergi tak? Tapi kalau amik gambar, memang cantik..huhuh :)





dekat bawah tu pon ada org..




selamat datang ke restaurant atas bukit..

Sunday, August 29, 2010

Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda

Salam kepada semua sahabat pembaca dan followers sekalian..

Harini benar2 saya tak de idea..So bila di tengok balik email-email yang lama, terjumpa satu article yang bersesuai dengan bulan sekarang ni..Bulan ni ramai jugak yang masih meggunakan sampul surat untuk menghantar kad raya..betul tak? kebiasaanya yang rajin menghantar kad raya ni perempuan la..Laki malas sikit nak hanatr kad-kad raya ni..

Nak cerita pasal kad raya, time zaman sekolah rendah dulu, kalau bulan puasa je mesti pikir kad raya..Kalau posmen datang je, xsabar nak tengok mane la nak tau dapat kad raya..Tapi hampeh je..Kad raya kakak je yang banyak..huhuh..So, bila nak hantar kad raya tu, jagan la dok jilat gam dia..sebab ape tak leh nak Menjilat pelekat sampul surat? Meh baca sini..Kalau yang dah tahu tu, sekadar peringatan..Kita ni kena saling ingat memperingati bukan..huhuh...

********

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya

Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.

Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.
tak geli pon...Grrrrrr....

Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."

"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki
pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

********

p/s: sekadar peringatan buat anda semua..

Saturday, August 28, 2010

[Download] : Mastika Ogos 2010

Salam kepada rakan pembaca, rakan bloggers dan semua sahabt2 maya..Selamat pagi semua..huhuhu....Mesti ramai lagi yang madih tak bangun tido kan?ye la...hujung minggu..biasa la tu.....

Mmmm...pagi ni sebebnarnya tak de ape sangat nak dikongsikan..memandangkan dengan kesuntukan masa, so kat sini sekadar perkongsian majalah yang suatu masa dulu agak meletop..Sekarang saya tak pasti plak..layan je la...

Download kat sini--> DOWNLOAD

p/s:Banyak lagi majalah akan diupload selepas ini...tunggu..Ade request?

Friday, August 27, 2010

Info Jumaat 12 : Tawakal

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

InsyAllah, info jumaat kita pada minggu ini akan diteruskan lagi dengan tajuk tawakal...Isu tawakal ni sebbenarnya banyak disebut2 kebanyakkannya apabila menjelang exam..Betul tak? huhuh..kalau tanya member2, ang dah study ke? pastu dia pon jawab tawakal ke ja...huhu..Tawakal sebenarnya bagus..Tapi tawakal yang macam mana yang betul2 dinamakan tawakal.

Apa itu tawakal? tawakal bererti nebyerah diri kepada Allah s.w.t dalam melaksanakan sesuatu perancangan besandarkan pada kekuatan-Nyadalam menjayakan satu pekerjaan atau beserlah diri dibawah lindugan-Nya pada saat menghadapi kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud,: " Dan (ingatlah) , sesiapa beserlah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkanya)." (surah a;-Thalaq 65: 3)

Jangan keliru dengan dengan memisahkan antara usaha dengan tawakal. Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Ya Rasulullah, adakah unta ini perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian saya tawakal"?Rasulullah s.a.w pun menjawab, maksudnya: " tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah." (Riwayat a;-Tarmizi)

Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w juga turut digelar al-Mutawakkil ( orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan al-Amin.Tawakal juga dapat membentuk kesan positif seperti berikut :

1- Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kekafiran.
2- Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala larangannya.
3- Sumber kekuatan 
4- membentuk sifat optimis tentang segala-galanya
5- Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah.
6- Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.

17 Panduan Mengajar Anak Solat

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Entry kali ni kit berbicara tenttang panduan mengajar anak solat..bagaimana nak melatih anak? rata-ratanya bloggers yang saya kenal masih muda dal belum berjahwin..Tapi kamu semua jgn ingat kalau dah ada anak baru nak baca entry ni..Kalau yang belum ada anak, ini merupakan panduan kepada anda apabila mempunyai anak kelak..Ok..harap andalah yang dapat mencorakkan kain putih sebaik2 mungkin..Kalau anda tidak pandai mencorakkan kain puith, nescaya kain itu akan rosak.Betul? kain putih yang dianologikan adalah anak.

Kamu semua nak jadikan anak-anak sebagai ape? Artis? ustaz/ustazah? pemain badminton? cameraman? pendakwah? doktor? atau apa saja yang anda inginkan, anda mampu melaksanakan..Kalau anda nak jadikan anak anda seorang pendakwah, anda juga mesti berdakwah dan tunjukkan diri anda sebagai seorang pendakwah.Susah untuk digambarkan bila anda mahu menjadikkan anak anda seorang ustaz, tapi anda tidak pernah bawa dia ke masjid..Anda pun ke masjiid sebulan 4 kali untuk solat jumaat..Keluar rumah masih berseluar pendek, tidak bertudung, tapi ada angan2 nak jadikan anak seorang ustazah..Boleh ke impian dilaksanakan cmtu?? boleh memang boleh..tapi agak sukar la..

Satu contoh yang popular saya ingin sampaikan kat sini, anda mahu anak anda berhenti merokok.Tapi anda hisap rokok..Cmna tu?? agak2 boleh ke anak anda nak dengar cakap anda? sama2 kita fikirkan..

Berikut saya kongsikan 17 panduan mengajar anak Solat,

1- Ajarkan anak kalimah tauhid terlebih sebelum mengajarnya solat.

2- Ajarkan juga tentang rukun Islam, Iman dan Ihsan.

3- Berikan input-input yang memberangsangkan tentang solat seperti kenapa kita disuruh solat, sejarah pensyariatan solat, cara solat san sebagainya.

4- Bila boleh mengajar anak solat? Jwpn: Apabila anak sudah mula dapat meniru tingkah laku ibu bapanya.

5- Latih anak mengikut setiap gerakan dalam solat terlebih dahulu walaupun tanpa bacaan.

6- Ajar bacaan dalam solat bermula dari bacaan pendek dan senang.

7- Anak-anak boleh mula disuruh solat seawal usia 7 tahun. Oleh sebab itu, anak-anak mesti diajar solat sebelum 7 tahun.

8- Ajarkan anak cara berwuduk terlebih dahulu

9- Lakukan bersama. Jangan sekadar menyuruh dan memerhatikan dari jauh, sebaliknya ambillah wuduk dan solat bersama mereka.

10- Hapuskan segala gangguan ketika anak sedang solat yang boleh mengalih perhatiannya daripada solat.

11- Bawa anak solat di Masjid.

12- Ingat anak-anak ketika waktu solat telah masuk. Sediakan takwim waktu solat, pasang radio atau sebagainya jika masjid jauh dari rumah.

13- Bersabar dalam mengajar anak solat dan menunaikan solat. 21:132

14- Targhib dan Tarhib ( reward and punishment). Reward tidak semestinya dengan material.

15- Anak-anak boleh dipukul sekiranya berumur 10 tahun tetapi tidak solat.

16- Ibu bapa juga perlu solat lima waktu sehari semalam tanpa ada yang luput.

17- Sentiasa berdoa agar anak-anak diberi hidayah dan jadikan insan yang ringan tulang untuk solat.

p/s: bayangkan apa yang terjadi kalau ibu bapa pun tak pernah buat dan paham kesemua benda ni? bolehkah dia nak mengajar anaknya?

Thursday, August 26, 2010

Header Merdeka Edition !

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua buat rakan2 pembaca, pengunjung blog ini dan semua yang masih support blog ini..

Tanggal 31 ogos setiap tahun adalah hari kemerdekaan negara kita..Oleh itu, untuk menunjukkan semangat patriotisme di dalam diri dan juga masyarakat, pelbagai inisiatif telah dibuat..Antaranya pasang bendera pada kenderaan, pada bangunan dan macam2 lagi..

Para bloggers juga tidak melepaskan peluang untuk memasang bendera pada blog mereka menunjukkan tanda cinta pada tanah air...So, saya jugak tak lepas peluang untuk membuat header khas yang ditempah pada Faiz..dia lah yang buat dan decorate header saya..Nak tahu siapa dia? jom tengok entry lepas kat sini....Anda juga boleh tempah header dengan dia...huhuh..jangan lupa reference nama nabil ok..huhuh

Entry ni bukan pasal merdeka sangat, tapi lebih kepada menunjukkan bahawa blog ini akan diupdate mengikut tema semasa..Pada bulan ini, tema kemerdekaan..Pada 2 minggu lagi, tema hari raya..Ape2 pon, selamat menyambut kemerdekaan..Sekarang ni kemerdekaan yang ke berape ek??hahaaaaa...kalau tak tau, cepat google..huhuh..

p/s: kami bangga menjadi rakyat Malaysia..

Wednesday, August 25, 2010

Bonus Nuffnang kali ke 2 dan Tips bufferes earning (be)

xnampak?klik utk besarkan..
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

boleh buat i-phone raya..hahah
Minta maaf entry kali ni syok sendiri..hehehe..Btw, thanks to nuffnang sebab bagi lagu buffered earning..Mungkin  kalau duit nffnnag haritu boleh buat beli seluar raya, duit buffered kali ni target tak tinggi sangat la..Mungkin lepas je kot nak beli i-phone..Hmmmm...

Mesti korang nak tau tips2nya kan?tak sampai sebulan dah dapat lagi buffered earning..Baik hati sungguh la nuffnang nie..hehehe..tips yang pertama haritu boleh tujuk dekat sini..Untuk tips yang ke 2, para nuffnanggers mesti menjawab survey dengan betul supaya mudah untuk agent2 pengiklanan ni nak pilih blog anda..Pemilihan adalah bedasarkan kreteria iklan tersebut..Paham tak?? kiranya isi survey tu baik2..jgn tipu2..kalau udate seminggu sekali, tulis je seminggu sekali..jagan melebih2 pulak..k..ingat, jawab survey dan update survey adalah tips yang ke 2 untuk hari ini...Selamat beramal...

p/s: selamat berbuka :)

Tuesday, August 24, 2010

Muslim T-2010 is Now Available

Assalamualaikum w.b.t.dan selamat petang kepada anda semua yang tak jemu-jemu datang blog ini..

Kepada anda diluar sana yang berminat dengan baju-baju berdesignkan dan mermesejkan islamic, keluaran terkini syarikat brotherhoodart.com kini telah pun dilancarkan..sekarang ini hanya dibuka untuk pre order..Tak tahu bile agaknya boleh dapat..Ape2 pun saya sebagai agent sah kawasan johor dan alor setar akan sentiasa update jikalau dah boleh order..

antar baju yang mesti beli :)
cool :)
Untuk pengetahuan, design kali ni agak versetail dan memang menarik..Rata-rata berminat dengan desgin baru ni..Ape2 pun, saya tunjuk 2 daripada 6 design kesemuanya..

Nak tegnok lagi 4, klik sini...



p/s: pre order ni boleh tempah terus di laman web dia..kalau dah buka untuk order, direct dengan saya pun boleh..tq

[Hot]: Surau disimbah cat, dilempar botol arak

Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan kepada pembaca blog ini.InsyAllah saya akan sediakan bahan yang terbaik untuk dikongsikan bersama anda semua..

Korang ada baca tak paper hari ini?Kalau baca paper hari ini, ade 2 tajuk besar yang agak difokuskan.Yang pertamanya adalah mengenai kedutaan malaysia dilontar dengan najis di Indonesia, dan yang keduanya surau didimbah cat..Bagun sahur tadi baca paper je terus nak rasa marah kan..marah sebabnya seolah2 mereka ni telah menghina Islam..Siapa la yang buat2 benda macam ni? kalau baca utusan, dia ade tulis, Umat islam dibinta bertenang..

InsyAllah semua umat islam masih lagi boleh mengawal diri..Di samping apa yang berlaku ni, saya berharap ramai umat islam berhusnuzon iaitu bersangka baik kepada apa yang berlaku..Mungkin ada hikmah..Hikmah mungkin unutk lebih menyatukan kita sesama umat islam di dalam satu ukhuwah yang lebih mantap unutk kes2 macam ini.Kita tak tahu apa yang akan diuji oleh Allah..So, so far, harap semua orang terutama di Negeri Sembilan bawa bersabar..ok.Sesungguhnya kita sedang berpuasa...berita lanjut boleh baca kat bawah,

Ape pandangan korang kalau jadi kes2 yang macam ni? Siapa perlu dipersalahkan ???

*****************

SEREMBAN 23 Ogos - Sekumpulan ahli kariah yang hendak menunaikan solat subuh di Surau Taman Seri Pulai, Temiang dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati bangunan surau itu disimbah cat merah.

Lebih mengejutkan, surau berkenaan yang baru sahaja beroperasi beberapa bulan lalu turut dilempar botol minuman keras oleh individu tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan antara pukul 1 dan 5 pagi dan ia disedari penduduk kawasan berkenaan yang ingin menunaikan solat subuh.

"Berdasarkan siasatan polis, kita menjumpai kesan cat dipercayai dibaling ke pintu surau berkenaan.

"Malah, pihak polis turut menemui kesan bekas serpihan kaca botol minuman keras di sekitar longkang, namun tiada sebarang kerosakan surau dilaporkan," katanya ditemui di tempat kejadian.

Mohd. Zaki turut memberitahu, berdasarkan siasatan awal pihaknya yakin kejadian itu mungkin dilakukan oleh beberapa orang suspek berdasarkan kepada kesan yang dialami oleh surau berkenaan.


Namun, katanya, sehingga kini pihaknya masih menyiasat motif serangan selain sedang mengenal pasti punca kejadian.

Sehubungan itu, Mohd. Zaki meminta penduduk Islam di kawasan terbabit bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan melulu.

Jelasnya, siasatan secara profesional akan dilakukan oleh pihaknya bagi menjejaki suspek yang terlibat.

"Biar pihak polis jalankan siasatan dan kita minta penduduk tidak bertindak sesuka hati atau mengikut perasaan. Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan," katanya.

***********

p/s: sumber utusan/kosmo

Tonton Jejak Rasul 16 Secara Online

Assalamualaikum kepada semua sahabat pembaca, bloggers dan followers sekalian..Insyallah sekarang ni dah masuk ke dalam pertengahan bulan ramadhan.So, far cmna amal2 harian kita? bertambah mahupun berkurang?kalau berkurang, segera tambahkan..Aggaplah ini ramadhan yang terakhir buat kita..

Sehubungan dengan itu, pelbagai sajian rohani dibuat khas untuk mengisi masa dalam bulan berpuasa dengan perkara2 yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua..Antara perkara yang popular ialah Jejak Rasul terbitan TV3.Untuk pengetahuan, Jejak Rasul telah bersiaran selama 16 tahun sejak 1995. Kali ni, Jejak Rasul 16 mengetegahkan 3 tajuk yang berbeza antaranya srikanadi untuk 1-10 ramadhan, bani israil 11-20 ramadhan dan Jihad 21-30 ramadhan.

Antara negara-negara yang telah mereka lawati dan membuat siaran untuk Jejak rasul ke 16  ini adalah Syria, Mesir, Palestine dan Israel.Untuk makluman juga, apa yang best Jejak Rasul kali ni, ia turui ditayangkan secara serentak di Indonesia dan Brunei.

So, jangan lupa untuk menonton rancangan yang telah mendapat rating tertinggi hingga 1.5 juta ni..Kini anda tidak perlu membeli tv..Bukan alasan lagi untuk tidak tengok Jejak Rasul untuk musim ini..Berikut adalah beberapa link yang saya boleh beri untuk anda untuk tengok JEjak Rasul 16 yang bermula 1 Ramadhan ini.

Antara linknya adalah:

LINK 1
LINK 2 


Selamat menonton :)









Kalau nak tengok TV1, Tv2, boleh klik sini--> SINI

p/s: jgn tgk Tv sampai lupa g semayang pulak sudah la..huhu
p/s: jgn lupa kongsika dekat FB anda :)
p/s: Radio Online--> COMING SOON

Monday, August 23, 2010

[Gambar]: Cacing Terbesar Di Dunia

cacing besar nie...
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

buat2 macam berani...
Anda kenal cacing? anda geli pada cacing? hehehe..ok, kalau sebelum ni kita tengok cacing, mungkin kita buat tak tau je..Sesetengah tu amik cacing buat umpan pancing..Tapi itu cacing kecil..Tapi bagaimanapula kalau cacing besor?? Cacing terbesar di dunia tu....besor mane kah dia? besor ular ke? sanggupkah anda nak buat umpan? hahaha..nak pengang pon takut, ni kan nak buat umpan..Pikir2kan la yew...layan je la gambar ni....:)

panjang benor :)
Digambarkan bahawa cacing ini dijumpai di Ecuador..kebanyakkanya di hutan ecuador..Kalau nak tengok, jemput2 la datang di Ecuador yew..heheh

macam ular da...huhuh
kalau jumpa confirm lari dulu...


p/s: kalau cacing kecik saya tak geli, tapi kalau besor ni, macam geli jugak la..huhuh

[Hot]: Jawatan Kosong Terkini

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Ok, sebebnarnya nak update tentang jawatan kosong terkini yang ada di Malaysia..Sebenarnya banyak sgt..Tapi yang saya tunjuk ni hanyalah sebahagian daripadanya..Amatlah rugi kalau siapa yang tidak mengambil peluang dengan apa yang ada..Kalau dah baca article ni, cepat2 la amik peluang isi..jangan memilih pekerjaan..so, kalau ada jiran2 yang belum ada kerja, suwuh diorang tengok kat sini..mane la nak tahu..rezeki masing-masing. Jom tengok jawatan kosong ape lagi yang ada:


A.Indah Water Konsortium Sdn. Bhd :
1. OPERATIONS & MAINTENANCE DEPARTMENT (17 Positions)
2. PLANNING & ENGINEERING DEPARTMENT (3 Positions)
3. COMMUNICATIONS DEPARTMENT (1 Positions)
4. INFORMATION TECHNOLOGY & CORPORATE PLANNING DEPARTMENT (4 Positions)
5. HUMAN RESOURCE & ADMIN DEPARTMENT (3 Positions)
6. FINANCE DEPARTMENT (2 Position)
7. CAPITAL WORKS & REFURBISHMENT DEPARTMENT (3 Positions)
Tarikh tutup : 4/9/2010

B. Majlis Amanah Rakyat (MARA) :
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
Tarikh tutup : 19/9/2010

C. Lembaga Lada Malaysia :
1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E27)
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)(N17)
3. PEKERJA AWAM KHAS (R3)
4. PEMANDU KENDERAAN (R3)
Tarikh tutup : 13/9/2010

D) UiTM Document Services :
1. PEMBANTU AKAUN (Tetap)
Tarikh tutup : 30/8/2010

E ) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) :
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) (DG41)
Tarikh tutup : 18/10/2010

F) Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) :
1. Ketua Pegawai Eksekutif
2. Ketua Unit Program
3. Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan
Tarikh tutup : 4/9/2010

G) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor :
1. SETIAUSAHA KHAS GRED 41
Tarikh tutup : 30/8/2010

H) Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) :
1. PENOLONG AKAUNTAN W27
2. SETIAUSAHA PEJABAT N27, PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
3. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
4. JURUTEKNIK J17
5. PEMBANTU AM PEJABAT N1
6. PEMANDU KENDERAAN R3
Tarikh tutup : 3/9/2010

I) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) :
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) (DG41)
Tarikh tutup : 12/10/2010


Untuk keterangan lanjut layari : http://www.index.com.my

Sunday, August 22, 2010

[Gambar]: Taxi Di Jepun

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog ini yang tidak jemu untuk mengunjung blog ini.InsyAllah saya akan cuba yang terbaik untuk mengupdate blog ini walaupun dalam keadaan yang agak sebok.

Pada hari ini saya cuma nak berkongsikan gambar untuk tatapan semua..Apa yang difahamkan, gambar taxi jepun ni dah lama didedahkan.Tapi dalam ramai2 orang kat dunia ni, tak semua yang dah tengok apa yang kita tengok..Betul tak?Sama2 kita layan....






eh, macam kete juara je tu...

Saturday, August 21, 2010

GREEN Soya Bean drink from YEO's dan FANTA APPLE Tidak HALAL?

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Seperti biasa, bulan puasa ni kebayakkan orang nafsu dia untuk membeli adalah amat tinggi..Kalau pergi ke pasaraya tu, semua benda yang tengok, semua nak beli..Tapi bila tiba time berbuka, ape benda pon tak mkan..biasa la nafsu..huhuhu...Ok...Siapa kat sini penggemar Soya? haaa...ramai jugak kan..Untuk pengetahuan, saya memang tak minum soya..Sebab bau dia tak leh nak tahan..huhu..kepada penggemar soya, entry ni untuk anda..Terima kasih pada pengkritik bebas atas bahan ini..Tanpa banyak tulis, elok layan je la...Zasss...

***********


Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........


Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

*************

p/s: entry ni merupakan bahan email perkongsian daripada En akmal aka pengkritik bebas..Anda mempunyai bahan untuk dikongsikan? Emel saja di nabilpotter@gmail.com
p/s: sekadar perkongsian kepada semua.

Info Jumaat 11 : 21 Ogos Hari Memperingati Al-Aqsa

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Seperti biasa info jumaat menemui anda lagi..Saya mohon maaf atas kelewatan untuk update info Jumaat yang ramai ternanti-nanti..Heheh..Pada kali ini saya akan berkongsikan tentang tarikh 21 Ogos? Tahu tak tarikh ape tu? Bukan tarikh lahir saya yang pastinya..huhuh..So, dengan masa yang tak mengizinkan saya menaip sendiri article ni, saya amik inisiatif untuk amik article sahabat saya 'Asim.


**********

Tanggal 21 Ogos 1969, masjid Al-Aqsa telah mengalami satu insiden yang dahsyat di mana seorang pelampau yahudi telah menceroboh dan membakar masjid Al-Aqsa.

Akibat daripapda kebakaran tersebut, pihak masjid mengalami kerugian yang cukup banyak. Malahan, harta peninggalan ummat Islam terdahulu turut musnah dalam kebaran tersebut.

Antaranya adalah mimbar masjid yang telah digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi, pembuka Baitul Maqdis.

Kita mengetahui sekali pun tindakan ini adalah satu konspirasi oleh puak zionis yang telah lama merancang dengan rapi bagaimana nak runtuhkan masjidil Aqsa. Kenapa?

Kerana ketika kebakaran berlaku, pihak pentadbiran Israel langsung tidak menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran tersebut. Penduduk setempat terpaksa meminta pertolongan daripada perkhidmatan bomba jordan.

Hari ini, usaha-usaha untuk merobohkan masjidil Aqsa terus dilakukan. Puak-puak pelampau zionis ini takkan berhenti daripada merobohkan masjidil aqsa. Kerana mereka berhajat untuk membina "Haikal Sulaiman (kuil Sulaiman)" di atas runtuhan Masjidil Aqsa.

Sempena dengan peristiwa hitam tersebut, tanggal 21 Ogos setiap di abadikan sebagai Hari Al-Quds Sedunia atau Rememberance of al-Quds (ROQ).

**************

p/s: Semoga dapat memberi Info kepada Anda..Kepada yang baru tahu, kongsikan kepada sahabt-sahabt yang lain..Ringankan tangan, hulurkan bantuan. Bukan hanya bersimpati :)

Friday, August 20, 2010

Dapat Bonus Raya Dari Nuffnang

klik utk tumbesaran...
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam ramdhan buat semua sahabt bloggers..

Sebenarnya sem ni tak berapa sesuai untuk berblogging..tapi disebabkan dah ketagih blogging ni, sehari tak update dah rasa macam seminggu tak buka blog..Oleh sebab itulah muncullah entry-entry yang ntah ape2..Minta maaf entry ni mungkin tak memberi sebarang input untuk anda..Btw, raya semakin hari semkakin menghampiri kita.

So, dikesempatan ni nak wish thanks la to Nuffnang sebab bagi bonus untuk raya nie..Hehehe..Walaupun dulu agak tak puah hati jugak, tapi sekrang dah kurang la sikit..Lain kali kasi banyak2 lagi ek Nuffnang..thanks untuk Buffered Earning..Nak tahu tips dia? 1 st sekali, traffic perlu la maintain..Kalau tak mampu 1000 unique visitor sehari, try maintainkan 100 dulu..Then naik la pelan2..jgn tak naik plak okey..Next tips di lain article..Wasalam..

p/s: bukan untuk menunjuk, tapi sebagai pemangkin kepada bloggers lain untuk terus berusaha :)

Thursday, August 19, 2010

[Review] : Website Paling Best

Asslamualaikum w.b.t kepada semua sahabat pembaca, dahabat bloggers dan sahabat followers..

Alhamdulillah, walaupun amat sebok sekarang ni, saya masih lagi dapat masa untuk kongsikan something untuk anda semua..Saya pasti, dalam bulan puasa ni semua orang sebok sangat,,Sebok berpesta Ibadah..betul ke tidak?huhu..Disamping anda sebok berpesta ibadah, saya nak tambahkan lagi satu lagi bahan yang mana insyAllah dapat membantu anda supaya tidak sesat sampai bila-bila..

contoh paparan dia..
Ok..laman web yang saya maksudkan adalah http://tanzil.info . Laman web ni dikongsikan oleh Pengkritik bebas aka my bro. So far saya tak pernah lagi jumpa web yang macam ni..Biasanya kalau jumpa pun, hanya ada bacaan dia saja..Tapi kali ni siap ada terjemahan dan dia fokus kepada ayat yang kita nak baca..PAstu pulak, kita boleh pilih suara sapa yang kita nak..Menarik bukan? 


terjemahan surah..

Laman web yang saya maksudkan ini tanzil.info adalah weeb untuk baca quran. insyAllah kita dapat improve bacaan kita dengan wen tanzil.info ni..Saya ulang, tanzil.info..Website yang paling menarik bagi saya buat masa sekarang.Saya yakin, sesuai sangat untuk semua golongan masyarakat..Kalau ade internet kat umah tu, tunjuk la kat family anda..InsyAllah Free of charge..Tak perlu beli CD lagi..Hanya perlu internet connection..So, selamat mengunjungi web ni..Benda yang baik kena kongsi-kongsikan..Kalau nak copy article ni, jgn lupa krediktkan okey..

Wasalam.

Wednesday, August 18, 2010

[Hot] : Lagu Waliband Cari Jodoh sebenarnya lagu siapa ???

Salam kepada semua sahabat pembaca yang sudi singgah di blog ini..

Tadi semasa baru balik dari tarawikh, kawan saya Syamsul ada beri 2 video yang agak menarik la..Btw saya tak pernah tahu pun tentang kewujudan video tu..Mungkin anda dah pernah tengok..Tapi ni kali pertama saya tengok..So seperti biasa, kalau ade je benda baru, terus saya kongsi kat sini..Sharing is caring kata omputeh..

Semua org tahu lagu Waliband cari jodoh kan? Lagu yang agak femes la pada awal-awal kemunculannya..Semua kalau boleh nak buat ringtone lagu tu..kalau pergi kenduri pun, semua nak pasang lagu tu..Kadang2 best jugak bila dengar..Tapi dengar citer, lagu Waliband cari jodoh di tiru lagu org puteh? Betul ke? Ade wakil Waliband boleh jawabkan tak?Huhuhu..Saya tak pasti bila video clip lagu waliband cari jodoh versi org puteh ni dikeluarkan..tapi kalau ditengokkan mengenai gambar dan cara video clipnya, rasanya macam dah lama dah..Mungkin sekitar 80-an..Ape2 pun ,korang dengar dan tengok dulu..Jgn terkejut okey...LAyannn....

video
p/s: kalau yang dah tahu tu, bagus la...buat2 tak tahu je la.. :)

Tuesday, August 17, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Assalamualaikum w.b.t dah Salam Ramadhan kepada semua sahabat pembaca..

Entry kali ini adalah tentang Adolf Hitler..Saya percaya, ramai jugak yang telah terbaca entry yang sedemikian di blog-blog lain..Tapi pendekatan saya untuk republish entry adalah disebabkan saya pasti diantara berjuta2 penduduk di Malaysia ni, tak semua yang sudah tahu hal ni..Walaupun beribu-ribu dah tahu, ia masih dianggap minoriti..Saya rasa tak salah kalau kita sampaikan benda baik..Kalau yang dah tahu ni, buat ini sebagai tazkirah(peringatan) dan yang belum tahu aggap la sebagai ilmu yang baru..Okey?

Selamat membaca..

*******************
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


***********

p/s: terima kasih pada Anonymous : Pengkritik Bebab atas bahan ini.
p/s: anda ada bahan untuk dipublishkan disini?email di: nabilpotter@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...