[Gambar]: Melawat Kilang Kuaci Buatan

Salam..Makan tak kuaci? Biasanya org makan kuaci apabila sedang dalam keadaan relax dan tengah menonton..Biasanya macam tu la..Salah satu contohnya apabila tengah tengok bola..Mata tengok dpan sambil tangan dan mulut beroperasi..Hehehe..Tapi kena ingat, tak semua pandai untuk makan kuaci ye..Secara jujurnya, saya salah seorang yang tak pandai untuk makan kuaci..Sebab itu tak pernah rasa nak beli kuaci walaupun kadang2 pikir macam menarik jugak unutk makan kuaci ni..Macam relax je..


















Tapi, disamping kita makan tu, tahu tak kuaci ni diperbuat macam mana? Dari mana datangnya kuaci ni? Dekat Malaysia ada ke kilang kuaci? Pernah tak terfikir semua tu? tak pon hannya tahu makan je? Ok la..Jawapan tu korang boleh cari sendiri dekat google..cuma dekat sini saya nak kongsikan gambar di kilan kuaci..

p/s: 2 paper to go..Chayok3! untuk diri sendiri.. :)

[Gambar] : Superb Water Drops By Corrie White

 Salam. Salah satu daripada yang saya idamkan adalah untuk amik gambar water drops. Pernah juga terbca mengenai bagaimana nak amik gambar waterdrops ni? Dekat sini saya cuba kongsikan apa yang pernah saya baca dulu untuk anda semua..Antara alat yang perlu ada untuk mengambil gambar water drops ini adalah seperti tripod/ gorillapod?, pastu cahaya yang paling cukup, remote control (kalau perlu sgt), air dan bekas. Rasanya ini saja..Pastu pandai2 main shutter speed selaju mungkin...Cakap memang senang..Korang cuba buat dulu..Kalau boleh, environment tu kasi gelap sikit..Tapi depends la..Ok..Selamat mencuba..

Tengok la koleksi dari abg corrie..


















i Like :)







p/s: ccantik bukan? so, cuba la buat.. :)

2 Alam | Igaun Ngeri Bermula!


Siapa yang dah tengok cerita 2 Alam Datuk Dr Che Rozmey sila angkat tangan! Kongsi la skit cerita tu kat sini. Dengar-dengar, kalau nak tengok cerita tu tak boleh pegi sorang diri. Bukan apa, dikhuatiri nanti pengsan dan lesu dek penangan cerita tu, takda siapa nak usung kita balik nanti. Huhu.. So bagi yang berhajat nak tenguk tu, di harap tidak pegi seoarang diri. Dan kalau boleh, sila maklumkan kepada keluarga, rakan dan taulan terdekat dulu sebelum pegi tengok cerita ni (kalau ada harta nak diwasiatkan, elok la diwasiatkan sebelum pegi tengok cerita ni yer). =)


Dr Rozmey begitu optimis dengan mensasarkan kutipan RM40 Juta bagi filem BOXOFFICE dia ini. Besar ni 40 juta. Mengikut perkiraan, kalau nak mendapat kutipan 40 juta ni, kutipan hari pertama perlu mencecah angka Rm2juta (mengatasi kutipan hari pertama filem Avatar) dan kutipan bagi minggu pertama perlu sehingga Rm25juta. Rasionalnya adalah kerana jumlah kutipan akan menurut dari hari ke hari dan dari minggu ke minggu. Kalau first week dapat Rm25juta, sudah pasti second week takkan lebih dari first week. Ni base on filem-filem yang telah ditayangkan sehingga harini tapi tak tahu la kalau filem Dr Rozmey ni akan memberi kejutan kepada kita semua.. Tungguuuuuu.....


Kutipan sebenar pada hari pertama filem 2 Alam ini hanyalah sekitar Rm80,000 (Sumber: NST) di mana jauh sangat dengan 2 juta ni. Kalau convert ke rupiah maybe dah berjaya mencapai sasaran..hehe

Dr Rozmey juga mendakwa jualan tiket untuk sepanjang hari pertama pelancaran file mini (pagi dan petang sehinggalah tayangan tengah malam) di Kedah penuh. Siap begaduh la kiranya untuk dapatkan tiket-tiket ni. Tapi sungguh mendukacitakan kerana dakwaan tersebut disangkal oleh peruntukan enakmen negeri Kedah yang hanya membenarkan tanyangan terakhir malam Jumaat adalah pukul 5 petang. Tapi tak tahu la kalau ada wayang pacak kat mana-mana kawasan kampong yang tayang cerita ni.. uhuks..

p/s: Hati2 ketika menonton filem ini..Pastikan number telefon hospital berdekatan di dalam phone book handphone anda.!!

Info Jumaat 24 | Tiada Yang Terkecuali

Salam.InsyAllah, info jumaat edisi minggu ke 24 bertemu lagi pada hari ini.Info hari ini mengisahkan tentang satu kisah pada zaman dahulu mengenai musibah..Musibah ni pelbagai la, mungkin banjir, sakit, dan lain2 lagi. Musibah yang kena pada org lain mungkin tak sama musibah yang kena pada kita. Berikut adalah satu kisah yang boleh dijadikan pedoman:

Abu al-Faraj bin al-Jawzi telah menyebu di dalam sebuah sanad hadis daripada Abdullah bin Ziyad berkata:

" Seseorang yang pernah membaca kitab telah bercerita kepadaku bahawa Raja Zulqarnain, setelah pulang dari menjelajah dari timur dan barat, dan sebaik sahaja sampai di negeri Babil beliau sembuh daripada sakit, beliau mengirim surat kepada ibunya."

Kandugan surat tersebut ialah: 

" Wahai ibu, buatlah makanan dan undanglah beberapa orang , tetapi jangan sampai orang yang pernah tertimpa musibah menikmati hidangan itu. Ketahuilah, adakah ibu pernah menjumpai sesuatu benda yang kekal dan tetap selamanya? Dan saya ttelah mengetahui dengan yakin, bahawa Zat yang saya akan kembali pada-Nya adalah lebih baik dari tempat kami."

Seterusnya Abdullah bin Ziyad berkata: " Apabila surat itu sampai kepada ibunya, ia pun segera menyediakan makanan dan mengundang ramai orang. Ibunya lalu berkata :'" Dilarang memakan hidangan ini kepada sesiapa yang pernah menimpa musibah." Maka tiada seorang pun yang memakan makanan yang disediakan.

Jadi, ingatlah bukan kita seorang sahaja yang ditimpa musibah. Sesungguhnya tiada seorang pun yang terlepas daripada musibah.

Setelah si ibu itu menyedari bahawa setiap orang termasuk dia dan anak tidak terlepas ditimpa musibah, dia redha kepada ketentuan Allah.

Jamuan akhirnya dimakan juga untuk mengelak pemabaziran.

Wasalam..

Pungutan Pingat Terkini Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 - Day 12

Salam.Hari ke 11 sukan Asia Guangzhou adalah hari terindah buat skuad karate negara apabila memulakan pertandingan dengan merangkul 2 pingat emas. Pingat emas itu adalah hasil daripada Ku Jin Keat (men's Kata) and R. Puvaneswaran from the men's Under-55kg Kumite. Tahniah buat mereka berdua.


Skuad penerjun negara juga tidak menghapakan dengan berjaya merangkul 2 pingat gangsa untuk hari ke 11 hasil daripada Cheong Jun Hoong (women's 1m Springboard) and Yeoh Ken Nee from the men's 1m Springboard. ! lagi pingat gangsa semalam diperoleh daripada Lim Lee Lee from women's Kata.


Turut menyumbang pingat untuk negara semalam adalah daripada skuad sepak takraw dengan berjaya membawa pulang 1 pingat perak kalah kepada Thailand..Bila la nak dapat menang dengan Thailand ni? HUhu..lepas ni skuad sepak takraw kena banyak berguru dengan Thailand.


Berikut adalah kedudkan pingat terkini sehingga jam 1247pm 25/11/10.

Pada hari ini, kemungkinan besar kita akan berjaya mencapai target 9 pingat emas dimana 2 acara final beregu lelaki dan perempuan berjaya ke final..Pada masa kini, skuad perempuan negara tengah beraksi menentang Hong Kong dengan kedudukan 1 Malaysia dan 0 Hong Kong. Datuk Nicole sekrang tengah beraksi untuk game yang ke 2.

Keputusan terkini, kita sudah peroleh 9 pingat emas..Tahniah.!!

 Turut akan menyumbang pingat emas hari ini daripada skuad Hoki Lelaki negara apabila turun bertemu Pakistan. Bedasarkan prestasi pemain hoki negara, saya yakin kita mampu untuk menang dengan Pakistan.

Teruskan Berusaha. Chayok3!!

Sumai Suite Hotel | Terengganu

Salam buat semua. Sekarang ni adalah musim cuti sekolah bukan? Bila cuti sekolah je, maka banyaklah kenduri kahwin di sana sini..Tidak lupa juga kenduri berkhatan..Hehe.Selain itu, mesti ramai jugak yang tengah merancang untuk bercuti..Betul tak? Ada yang nak pergi pantai, ada yang nak mandi kolam, dan macam2 lagi lah..Kalau pergi Langkawi time ni, harga kereta sewa mesti mahal giler..Kalau pergi genting pulak, mesti pack giler dengan org..Nak main apa pon tak best sebab masa banyak terbuang untuk menunggu..Mmmm..So nak p mana?

Ok..apa kata pergi bercuti ke Terengganu? kat situ ada ja pantai dan tempat2 yang menarik..Kalau pergi Terengganu, kat sini saya nak suggestkan pergi Sumai Suite Hotel. Hotel ni adalah milik penuh bumiputera..Bumiputera ni maksudnya melayu la owner dia..Tapi, kenapa Sumai Suite Hotel? Kenapa bukan hotel lain ek?
Salah satu dari kelebihan Hotel ni adalah mempunyai WiFi yang percuma.FREE. Kalau hotel2 lain ada jugak..Tapi itu kena bayar la..Tapi dekta Hotel ni, WiFi dia free je..Kalau setakat nak update blog, rasanya tak ade masalah kot..hehehe..

Selain tu, tempat ini jugak sesuai untuk seminar, atau apa2 majlis yang lain..Seminar pulak ada untuk package student, government dan banyak lagi..Senang cerita, tengok la sendiri dekat web dia..Saya pon tak pernah pergi, tapi org cakap best la Hotel ni..Lokasi dia dekat dengan Sultanah Zahirah Hospital – Universiti Darul Iman Malaysia Kampus Kota – Batu Burok Beach – Dataran Shahbandar – Astaka Shopping Complex – Batu Burok Recreation Park – Kedai Payang.

Haa...Menarik bukan? Tunggu apa lagi? pergi la hotel tu..hehehe.. 

Untuk maklumat lanjut:

Sumai Suite Hotel
Lot 4479 Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Email: sales@sumaisuite.com / reservation@sumaisuite.com
Tel: 09-631 0099
Fax: 09-626 2099

Rancanglah percutian anda dengan bijak :)