Friday, December 31, 2010

Info Jumaat 25 | Musibah : Mesej Daripada Ilahi

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada kali ini setelah sekian lama bercuti..

InsyAllah infojumaat ke 25 akan diteruskan dengan tajuk musibah..Tajuk musibah dipilih adalah kerana semasa saya di Indonesia,
saya telah melawat ke gunung Merapi yang mana semua orang tahu tentang kejadian yang menimpa penduduk tempatan.

Selain itu, kita juga di samping kebahagiaan hidup, mesti kita akan diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai musibah dan ujian seperti banjir,
sakit, kemalangan, tsunami, kebakaran dan pelbagai lagi musibah..

Tapi kena ingat, Allah buka sengaja nak turunkan musibah kepada hambanya..Mesti ada sebab kenapa Musibah kena pada kita.

Sebuah negara yang menguji kekuatan pasukan tenteranya  dan kehebatan senjata miliknya, sebenarnya sedang menyampaikan mesej kepada negara
jirannya bahawa mereka kuat. Begitu juga dengan musibah yang menimpa penghuni alam ini, ia mengandungi mesej2 yang tertentu yang erlu kita
renungi.

Berikut adalah beberapa sebab renugilah hikmah disebalik musibah:

1- Melatih diri agar bersabar
2- Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela
3- Menguatkan iman seorang Mukmin.
4- Agar Manusia lebih dekat dengan Allah.
5- Supaya darjat umat dapat ditingkatkan.
6- Musibah juga ditimpa manusia kerana  manusia memutuskan hubungan dengan Allah. Supaya manusia mengambil pengajaran daripada musibah tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud,: " dan sesungguhnya Kami telah menghukum ( firaun dan ) kaumnya dengan ( mendtangkan)  musim kemarau yang
panjang dan kekurangan buah-buahan supaya mereka mengambil pengajaran." ( Surah al-'Araf : 130)

7- Menunjukkan Allah maha Perkasa manakala manusia itu hamba yang sangat lemah.
8- Memabangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian dengan nikmat dunia
9- Musibah juga menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat. Dunia hanya jambatan ke syurga atau neraka.

10- Sesungguhnya pilhan Allah adalah pilian yang terbaik  berbbanding pilihan seseorang hamba. Begitu juga musibah, ia adalah pilihan Allah buat hamba-Nya.
Renung-renungkan dan selamat beramal.Wasalam.

Wednesday, December 29, 2010

Pengalaman Di Gunung Merapi,Jogyakarta Indonesia

Pada zon 20km.
Assalamualaikum w.b.t

Saya yakin dan pasti, kalau disebutnya tentang Gunung Merapi, ramai yang tahu tentang kejadian yang menimpa Negeri Jogyakarta pada baru2 ini bukan?

Taklimat ringkas dari sukarelawan merapi
Bersiap sedia ke Merapi..Diharuskan memakai Mask
Alhamdulilllah, semasa seminggu di Indonesia, saya berkesempatan untuk melawat Gunung Merapi serta perkampungan yang terjejas disebabkan Gunung Merapi ini..

Laluan lahar melalui sungai..
Cerita ini adalah dari apa yang saya peroleh daripada orang-orang di sana yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan keganasan Merapi ini..
Menuggun utuk check in..Upah dikenakan..
Jambatan patah akibat lahar dan kami mesti lalui utk keseberang..

Untuk makluman, Merapi meletus secara 2 kali iaitu pada sekitar 26 Oktober 2010 dengan letupan yang kecil manakala pada 4 November, sekali lagi Merapi meletus dengan dahsyatnya menyebabkan seluruh kawasam Yokyakarta ditutupi debu bak salji di negara eropah.
Keadaan masih panas di sini..
Pokok kelapa yang musnah terbakar akibat debu merapi..

Di gambarkan juga, debu dari Gunung Merapi ini adalah terbang sejauh lebih 50KM. Kawsan yang 10Km berhampiran Merapi adalah kawasan yang paling terjejas teruk dimana perkampungan di situ lesap ditelan debu merapi.
Gunung merapi dilitupi awan..10km dari merapi..
my friend from Malaysia..
Kini kawasanb tersebut hanya kelihatan seperti kawasan lapang dengan tanah2 hitam yang masih bersap panas.

asalanya kampung kini hanya sebuah padang yang luas..
Bau asap disekitar itu menyebabkan saya hampir untuk muntah kerana bau yang tidak dapat digambarkan. Ini adalah kerana bau sulfur+ bangkai haiwan+ kayu+ pelbagai lagi bau yang telah disatukan menebabkan bau yang amat teruk.
Walaupun sudah 1 bulan berlalu, tapi saya dapati asap panas masih lagi keluar dari sekitar tanah2 yang kami pijak.
keadaan rumah yang disisi kawasan yang tertimbus..

Tahukah anda, ada suatu sungai berhampiran kawasan tersebut pada dulunya adalah mencecah kedalaman 45 meter tetapi kini sungai itu hanya mempunyai kedalam 5 meter dan tidak mempunyai sebrang air. Hanya orang di sekitar tersebnut yang tahu itu adalah sungai.
kelihatan asap masih jelas walaupun setelah 1 bulan dan bau yang tidak boleh diceritakan..

Kawsan tersebut bukanlah diletan oleh Lava/lahar, tetapi hanya ditelan oleh debu panas yang mencecah 500 degree celcius..Boleh korang bayangkan tak debu panas 500 darjah selsius? Debu panas itu mengobarkan berpuluh nyawa termasuk binatang ternakan seperti sapi, lembu dan macam2 lagi.Semasa kami ke tempat kejadian, masih kelihatan bangkai2 sapi yang telah keras.
Sungai yang dahulunya 45m dalam kini hanya 5 meter..

Debu panas juga telah menyebabkan rumah di situ runtuh dan pohon2 semua habis terbakar. SubhanAllah, amat terkejut dan tergamam melihat kuasa Allah. Tetapi kenapa kita masih tidak mengerti?

Mas Hanif ( Deg In Sastera Japan) aka penunjuk arah..
Dari segi laharnya pula, kebanyakkanya mengalir melaui sungai menyebabkanair sungai menjadi panas dan menyebakan juga beberapa jambatan terputus disebabkan panas lahar. 

Kawsan tersebut dijaga oleh penduduk tempatan dan kami dikenakan sedikit upah untuk memasuki kawasan itu. Banyak gambar yang kami dapt dari penduduk sana
di saat ketika merapi meletus.
keadaan kelas dipenuhi tanah..

Sebelum meletusnya merapai pada jam 12 malam, kedengaran satu suara yang amat kuat dan menggerunkan seluruh bandar jogyakarta. Suara kuat tersebut boleh di dengar sehingga 50km dari gunung merapi.

' kami amat takut sekali apabila mendegar suara kuat yang dikeluarkan dari merapai dan kebanyakkan orang di sini tidak bisa tidor pada malam tersebut' kata seorang mahasiswa dari Universitas di jogyakarta.
kelas yang dipenuhi dengan tanah dan seolah-olah baru lepas kebakaran

Kami temui seorang pak cik yang masih datang untuk mnejengok rumahnya walaupun secara fizikalnya menamang teruk. Tapi dengan semangatnya yang tak hilang, pak cik tersebut datang semata2 untuk pasttikan rumahnya tidak ada apa2 berlaku. Sedih melihat keadaan penduduk disana. 
keadaan bilik darjah yang penuh dengan debu

Diceritakan kepada kami, ada satu batu yang sangat besar turun daripada Gunung Merapi dan digambarkan batu besar tersebut adalah boleh diukur lilitnya dengan pelukan 17 orang dewasa.
SubhanAllah..

Jambatan yang akan kami lalui..(sangat bahaya)
Penjaga Gunung Merapi juga terkorban.Mbah Marijan nama diberi dilaporkan mati dalam keadaan bersujud. Tapi apa yang diceritakan penduduk tempatan kepada kami, beliau mati bersujud kearah Gungun Merapi, bukan kearah kiblat. Mbah Marijan juga dikatankan tidak mahu melarikan diri daripada rumahnya. 

Adiknya terselamat kerana sempat untuk menyelamatkan diri. Sebelum kejadian,
Mbah Marijan telah mkengadakan satu upacara ritual untuk memberi makanan kepada merapi supaya tidak meletus. Upacara ritual tersebut sempat saya tengok di dalam video 1 jam yang ditontokan kepada kami.
keadaan di atas jambatan..air dari merapi dan batu batan masih turun dari atas bukit.

Fakta menarik tentang penjaga Gunung Merapi ini adalah beliau dipilih oleh kerajaan. BUkannya disebakan beliau adalah penduduk tempatan. Satu selection akan diadakan untuk memilih penjaga merapi ini. 

Bergambar sebelum pulang..
Kiranya( nah), penjaga merapi ini adalah orang yang agak benting dengan kerajaan. Beliau dapat mengagak apa yang berlaku kepada merapi dengan melihat petunjuk seperti keadaan burung berterbangan dan juga petanda2 alam lain dan beliau akan memberitahu direct kepada kerajaan.
Ini adalah apa yang telah diceritakan kepada kami oleh penduduk di sana.
Kami bersama orang tempatan..
Sebarang persoalan boleh ditinggalakan diruang comment dibawah..
Nantikan bvanyak lagi kisah menarik di Indonesia..Apa ada di pesantren darul tauhid?

Wasalam

Full version gambar perjalanan ke Gunung Merapi boleh lawati di www.nabilpotter.com. gambar selebihnya di flickr.http://www.flickr.com/photos/44669264@N08

Sunday, December 26, 2010

Keputusan Terkini Perlawanan Bola Sepak Final Piala Suzuki 2010 | Malaysia Vs Indonesia

Asalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada skuad negara kerana berjaya ke perlawanan Akhir Keputusan Terkini Perlawanan Bola Sepak Final Piala Suzuki 2010.

Keputusan terkini adalah 3-0. Malaysia 3, Indonesia 0. Perlawanan pada kali ini di tengok agak seimbang.Walaubagaimanapun, saya berharap perlawanan pada malam ini akan memihak kepada pasukan Malaysia. Saya yakin Malaysia akan menang.Tapi tak pasti berapa yang akan kita bawa bekal untuk Final ke 2 di Indonesia.Agak2 anda berapa akan kita menang? 

Bagi yang tak berkesempatan untuk utengok tv atau yang berada di asrama tu, anda boleh tonton perlawanan secara LIVE di sini..InsyAllah, kita sam doakan supaya skuad negara kita membawa bekal yang secukupnya untuk di bawa ke Indonesia.

Majulah Sukan Untuk NEgara.

Malaysia Boleh!!!!

Wednesday, December 22, 2010

Come Back Entry

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah setelah seminggu berada di Negara jiran Indonesia, akhirnya semalam telah berjaya tiba di tanah air Malaysia. Besrsyukur sangat2 sebab semuanya berada dalam keadaan baik..

Minta maaf sebab lama tak update blog. Bukan setakat blog aje tak update, email pon masih beratus2 tak sempat nak baca lagi..InsyAllah, entry ni merupakan entrty pemangkin untuk entry akan datang..

Banyak sangat pengalaman manis dan best untuk diceritakan semasa di Indonesia seperti saat di Gunung Merapi dan macam2 lagi la.

Hampir 8GB gambar berjaya di snap semasa di Indonesia..Gambar2nya insyAllah akan diupdate secepat yang mungkin di laman rasmi web gambar nabil pottter di www.nabilpotter.com.
Harini merupakan hari pertama di NEgara MAlaysia setelah seminggu berada di INdonesia..Mulanya ingat nak update entry harini, tetapi baru teringat bahawa ada Job petang tadi..Petang tadi ada job amik gambar akad nikah di Changloon Jitra..

InsyAllah segala gambar akan diupdate dari masa ke semasa..

Nak sambung baca email jab...huhu..

Wasalam..

Tuesday, December 14, 2010

Tips Melancong | Road to Bandung And Jogyakarta

Salam ukhuwah fillah dan salam sayang buat semua pembaca.. Sebelum memulakan bicara, lebih baik saya bahagikan entry ini dibawah tajuk personal yakni peribadi..Sudah sekianlama juga saya tidak diberi kesempatan untuk update entry mengenai diri sendiri..Kalau sebelum ni entry semua mengenai new thing dan juga tips2 yhang boleh diambil petunjuk dan manfaat daripadanya..

InsyAllah, entry ini bukan entry yang semata-mata hendak menceritakan tentang perjalanan ke Indonesia, tetapi lebih kepada bagaimana persediaan dan tips untuk kita melancong di negara luar daripada Malaysia. Sebelum tu, izinkan saya untuk memberitahu esok jam 1.40pm saya akan berangkat ke negara jiran kita iaitu Indonesia menaiki pesawat Air Asia.

Serius ini adalah pertama kali menaiki pesawat Air Asia dan agak gementar dan takut juga sebenarnya. Dah banyak cerita mengenai pesawat tambang murah Air Asia iaitu mengenai tempat duduknya yang kurang selesa dan sempit dan ada digambarkan pula bahawa tiada number tempat duduk..Saya tak pasti sama ada perkara ini betul atau tidak.InsyAllah sekembalinya saya di Tanah Air pada 20hb ni, saya akan cerita kembali Travelog seorang Mahasiswa ke Bandung..Hahahaa..

Ini bukan kali pertama saya ke negara luar..Oleh sebab itu, saya mempunyai secebis pengalaman mengenai tips2 membeli..Seperti biasa, kalau kita pergi ke tempat orang, mesti kita akan beli sesuatu untuk dijadikan kenangan. Baju adalah benda yang kebiasaanya orang akan beli..Tapi masalahnya adalah dari segi saiznya..Mengenai saiz ni, mengikut teori saya, lebih baik kita beli yang sedikit besar saiznya berbanding dengan saiz kecik. Kenapa pulak kan? Ok, kalau saiz baju itu besar, kita hanya perlu pergi ke kedai baju dan alter baju tersebut.InsyAllah tak sampai 10 ringgit upah untuk kecikkan saiz..

Tapi, kalau saiz baju itu kecil daripada tuannya, maka 2 option yang boleh kita lakukan sama ada bagi kepada orang lain, atau simpan baju tu dalam almari buat kenangan..Haa...Saya dah tertipu semasa beli di Singapore dulu.. saiz M bagi kita di sini tak sama dengan saiz M di sana..Tapi perlu ingat, itu semua adalah subjektif...Langkah yang terbaik adalah seperti yang saya cakapkan di atas tadi.Ok..Itu adalah Tips melancong yang pertama..

Tips melancong yang ke 2 adalah dengan menyediakan senarai tukaran wang. Ataupun money converter antara negara yang kita nak pergi dengan negara kita..Ini dilakukan supaya untuk mengelakkan kita tertipu dan urusan jual beli berlaku dengan adil. Berikut adalah contoh yang saya telah buat untuk ke Indonesia esok..Kalau tak buat macam ni, mungkin proses melakukan penawaran mahupun jual beli sedikit terganggu..Huhuh.. 

1000 rup = 0.34340
2000 rup = 0.68680
3000 rup = 1.03020
4000 rup = 1.37360
5000 rup = 1.71700
6000 rup = 2.06040
7000 rup = 2.40381
8000 rup = 2.74721
9000 rup = 3.09061

Dan Tips terakhir adalah beli ketika di saat terakhir sebelum bergerak pulang. Ok..Kalau korang pernah pergi melancong, kita akan diberi masa untuk berlegar-legar dikawasan itu contohnya 1 jam. Pada permulaan kita turun dari bas, para peniaga ini kebanyakkan akan menetapkan harga yang tinggi sebabnya mengetahui bahawa kita baru turun dari bas. Untuk mengelakkan daripada ditipu, saya meencadangkan jalan dulu di sekitar kawasan tersebut dan 10 minit sebelum naik bas tu, kita mula membeli.. Dengan keadaan kelam kabut sedikit, insyAllah peniaga akan mengikuti apa saja harga yang kita mahu..Tapi kalau tips ni tak berkesan, saya mintak maaf la.hehehe..

Tips ini hanyalah tips.Mungkin boleh diambil contoh dan gambaran daripada tips ini..Minta maaf kalau tips ini tidak berjaya untuk anda..Selamat Bercuti2 Malaysia..

p/s: doakan perjalan saya dan kawan2 selamat pergi dan selamat balik ke Malaysia..Terima Kasih.


Monday, December 13, 2010

Tv Al-Hijrah | Segalanya Bermula Disini

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bermula 7hb Disember bersamaan 1 Muharram 1432H, Tv Al-Hijrah berjaya dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Abul Razak.

Tidak dinafikan, stesten Tv Al-hijrah ni memang masih baru dan didalam proses penambahbaikkan. So, kalau ada salah dan silap daripada tv al-hijrah harap dimaafkan. Tapi untuk permulaanya, tv al-hijrah akan beroperasi di beberapa tempat terpilih antaranya lembah klang, Terengganu, Johor, Sabah, Kuantan dan Sarawak. Kalau sebelum ni, tv bercorakkan islamic hanya ada di astro di saluran 106 iaitu Astro OAsis. Selain itu, pendekatan media prima dengan mempamerkan tv9 sebagai satu lagi tv bercorakkan islamic amat mendapat pujian ramai pihak.

Alhamdulillah, tidak cukup dengan 2 saluran itu dan atas ramai permintaan dari Masyarakat kita yang ratanya beragama islam, tv al-Hijrah pon tertubuh. Alhamdulillah satu penghijrahan yang baik ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dengan perlaksanaan ini.

Berikut adalah Frekuensi yang anda boleh serch untuk mendapat tv al-Hijrah. Oleh kerana ingin mendapatkan kualiti yang terbaik, tv al-Hijrah telah disetkan dibawah digital frekuensi iaitu boleh dicari dibawah UHF ( Ultra High Frekuensi).Kepada Negeri yang belum menerima tv al-Hijrah lagi, harap bersabar.InsyAllah tahun depan kita boleh tengok tv al-hijrah.





Saya personally rasa amat gembira dengan lahirnya satu lagi saluran tv bercorakkan islamic. Bukan apa, kebanyakkan kita sekrang ni menghabiskan masa depan tv dengan tidak memberi sedikit bekalan untuk dibawa bersama-sama di akhirat sana..Tapi dengan adanya tv al-hijrah, sambil menonoton, sambil mendengar, kita juga akan mendapat pahala daripadanya..Senang saja untuk nak tambah pahala kan?..Buka ja Tv al-hijrah  dah boleh dapat pahala as long as niat kita adalah betul dan kerana Allah taala.

Wasalam.

Saturday, December 11, 2010

Stress: Punca-punca dan cara mengatasi

Assalamualaikum.. Bertemu kita sekali lagi. Di kesempatan ruangan masa yg tak seberapa ini hanya sedikit info mengenai stress diceritakan. Semoga kita sama-sama bertambah ilmu.

Punca-punca stress bagi kita warga Malaysia adalah seperti berikut:


* Masalah kewangan
* Menunggu lama
* Konflik rumahtangga (kita berada di dalam keluarga tersebut)
* Kena buli
* Rasa rendah diri yang melampau
* Beban kerja
* Penyakit fizikal (mungkin cacat, kudis2 yg kita khuatir org nampak)
* Kesesakan lalulintas
* Tragedi @ trauma

Gejala stress dikenalpasti seperti berikut:

- Rasa gelisah
- Risau keterlaluan
- Gangguan tidur (ramai yg mengalami benda ni..mlm2 pn bizi check facebook lagi =p)
- Kurang tumpuan ketika bekerja
- Cepat marah (emosi tak stabil nih)


Amalan 10B yg dapat mengurangkan stress (kalau pegi bengkel ke kursus stress management, ini jugak tips2 yg diceritakan, cuma huraiannya lebih panjang..):

i. Beribadat (muhasabah diri dan kembalilah ke jalan yg lurus dan mohonlah pertolongan Allah, Insyallah kita akan dibantu)

ii. Bertenang (berfikir seketika sebelum bertindak)
iii. Bernafas dengan dalam (untuk mengurangkan tekanan darah dari meningkat mendadak)
iv. Berkata: "sabarrrrrr" (sabar itu sebahagian dari iman)
v. Bercakap dengan seseorang (pastikan anda tahu batasan anda, kalau suami orang, jgn guna alasan ini nk memadu kasih dengan isteri orang dan sebaliknya bg anda yg bergelar isteri)
vi. Berehat dan mendengar alunan zikir, bacaan kalam-kalam Allah dan mendengar muzik-muzik semulajadi seperti bunyi ungas2 di hutan, bunyi ombak membelah pantai dll)

vii. Bersenam (bersukan bukan sahaja baik utk fizikal malah utk perkembangan mental)
viii. Beriadah (bersiar-siar waktu petang kalau malas nak bersenam..hehe)
ix. Berfikiran positif (sentiasa berprasangka baik)
x. Berurut (ni tak tahu logiknya kat mana.. kang semua owang kena cekup kat rumah2 urut tu guna alasan "saya datang nak hilangkan stress, tak lebih dari tu"...)

sumber diadaptasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia

**merokok dan mengambil dadah bukan satu cara menangani stress bg manusia normal melainkan anda seorang yg paranormal..

Fatwa: "Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan" Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke 37, 1993 

Kalau dulu tak tahu, bleh la merokok.. skrang dah tahu.. nak teruskan jugak ker??

bacaan lanjut boleh didapati di laman ini: http://www.stress.org/topic-effects.htm (American Institute of Stress)

Thursday, December 9, 2010

utmbloggers.com

utmbloggers button
Salam. utmbloggers.com telah agak lama ditubuhkan iaitu tidak sampai 2 bulan.Hehehe..lama ke? Tapi,kalau korang pernah pergi ke main site utmbloggers.com, saya pasti anda tidak rasa yang blog ini hanya baru berusia tidak sampai 2 bulan. Tahniah buat admin utmbloggers.com.Tahniah jugak kepada semua pelajar UTM khasnya kerana anda mempunyai 1 platform baru untuk bersama2 berkongsi cita rasa bersama bloggers yang lain tidak mengenal mantan, senior, junior, masters, Phd mahupun Prof. Kita semua adalah keluaran daripada UTM.1 UTM 1 Malaysia. Hahaha. Tapi perlu ingat, tidak semestinya anda adalah pelajar UTM baru dapat join blog ini. Tetapi, blog ini dibuka untuk semua bloggers di seluruh dunia.

Apa yang bestnya utmbloggers ni?

Antara benda yang saya rasa best adalah seperti menambahkan trafik dan visitor anda,anda dapat tengok tv secara online, radio secara online, download, emi( entry minggu ini) , peluang business, beli ticket online dan macam2 lagi..

Kepada yang suka mendownload, Utmbloggers.com menyediakan ruang untuk anda mendownload sebanyak mungkin yang akan diupdate dari masa ke semasa. Dari segi download pulak, pihak utmbloggers.com telah membahagikan kepada movies, majalah, e-book dan juga software.Memang menarik la..Rugi kalau nama je kaki download tapi tak singgah sini..

Bagaimana utmbloggers.com dapat menambahkan pengunjung dan trafik ke blog anda?

Senang saja..untuk makluman anda, utmbloggers.com ini menyediakan 1 segmen iaitu emi( entri minggu ini). EMi akan dipilih sendiri oleh admin bedasarkan beberapa kriteria antaraya entry tersebut mestilah menarik dan berinformasi. EMI hanya dipilih dikalangan mereka yang telah mempunyai tempat di utmbloggers bloglist. EMI juga akan copy paste enrty anda dan sambungan cerita akan disalurkan terus kepada blog anda untuk bacaan seterusnya.

Kenapa semangat sangat saya promote utmbloggers.com ni?

Pertama sekali sebab saya adalah warga utm..hehehe..yang ke 2 nya, saya telah diberi kepercayaan daripada admin utmbloggers.com untuk mempromosikan utmbloggers.com kepada seluruh Malaysia..Kalau adana merupaka UTM student, mahupun mana2 student, dan berminat unutk kongsikan maklumat ini kepada rakan anda, anda dibenarkan untuk copy paste enty ini..

Sebarang update dari pihak utmbloggers boleh layari laman sesawang nya, fan page facebook dan juga twitter.

Pihak utm bloggers ini dalam proses menambah baikkan blognya kepada satu tahap yang boleh dibanggakan.InsyAllah..saya mendoakan supaya utmbloggers.com mencapai misi dan visinya yang tersendiri.

Makluman terkini dari admin utmbloggers:

1- Ruang iklan percuma masih dibuka. Terhad kepada blog individu. Blog business digalakkan untuk menempah ruang percuma. sebarang masalah hubungi utmbloggers@gmail.com

2- Pelancarann secara rasmi akan berlangsung dalam masa terdekat.

3- Baju utmbloggers edisi pertama akan mula untuk mengambil tempahan pada pertengahan bulan ini.

4- utmbloggers button telah disediakan dan boleh diletakkan di blog anda mengikut saiz yang anda mahukan.

5- Cadangan Gathering pertama gengbloggers.com telah berjaya sampai ke pihak admin dan didalam proses peringkat terakhir.

6- sebarang aduan/cadangan boleh email terus kepada utmbloggers@gmail.com

Sekian..

Tuesday, December 7, 2010

Persoalan Hijrah | Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum w.b.t dan salam maal hijrah 1432 H. Alhamdulillah setelah seminggu saya tidak menjenggok blog ini, akhirnya saya tampil untuk menulis suatu entry ringkas yang akan membawa anda 1 persoalan yang mungkin anda tidak pernah terfikir.

Apa itu Hijrah? Semua org akan jawab perpindahan dari suatu benda yang kurang baik kepada yang lebih baik. Betul tak? memang betul pon jawapan tu..Tapi hari ini saya nak bawa anda semua berfikir tentang Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah. Kenapa perlu Nabi berhijrah? Selain daripada perintah Allah, banyak lagi faktor yang menyebabkan perpindahan Nabi kita..

Semenjak dakwah Nabi secara terang-terangan, Nabi mengajak semua masyarakat di Mekah untuk berkumpul di depan suatu bukit berdekatan dengan Kaabah. Nabi bertanya kepada semua yang hadir disitu, percayakah kamu kalau ak kata belakang bukit ini ada musuh? ( saya tak berapa pasti pernyataan ni). Lepas tu diorang pon cakap, mesti kami percaya sebab kamu tidak pernah menipu.

Lepas tu Nabi cakap, " aku ingatkan kamu bahawa di hadapan kamu ada azab yang pedih" Dengan ungkapan LaillahaillAllah, Nabi mengajak semua orang quraisy illah kepada Allah yakni menyerah diri kepada Allah secara menyeluruh. Ramai org Quraisy yang marah dengan perbuatan Nabi dengan mengajak menyerah diri kepada Allah. Tapi, kenapa orag Quraisy terlalu marah? Sedangkan, bukan Nabi ajak untuk menunaikan solat, mahupun meniggalkan Arak lagi pada masa itu? Sebabnya, quraisy faham dengan kalimah syahadah yang amat mendalam maknanya.

Hijrah Nabi dihalang oleh org Quraisy? Kenapa ini berlaku? Kalau diorang dah tidak suka kepada Nabi, kenapa diorang tak biarkan je Nabi Beerhijrah? kenapa perlu dihalang pulak? pernah tak kamu terfikir kenapa mereka halang Nabi? Kalau dah tidak suka kepada Nabi, sepatutnya diorang lepaskan nabi berhijarah cmtu je..Ni nak kena halang kenapa kan? Jawapannya: Kerana diorang faham dengan message Nabi tadi dan kalau NAbi pergi ke Madinah, nescaya Nabi akan lebih berjaya di sana dan membawa ramai pengikut di sana.

Kenapa Nabi tak buat Masjid di Mekah? Sedangkan pada ketika itu, ada ja org islam di Mekah? Jawapannya: Memang betul ramai orang islam di Mekah. Tapi masyarakat Islam di Mekah masih tidak ada. Sebab itu agak susah untuk Rasulullah berdakwah di Mekah dan terpaksa Hijrah ke Madinah memandangkan di sana kurangnya penentangan. Semasa dalam perjalan ke Madinah, Nabi telah mendapat perintah untuk dirikan solat. Dan masjid yang pertama telah dibuat iaitu Masjid Quba. Sebelum sampai di Madinah, Rasulullah s.a.w berjaya membina satu masjid sedangkan di mekah baginda tidak mampu untuk lakukan demikian.

InsyAllah sedikti cerita ringkas untuk anda semua supaya anda tahu kenapa Nabi berhijrah selain daripada perintah Allah. Semoga Tahun baru memberi azam baru dan semangat baru untuk anda semua..

Salam Maal Hijrah Dari SAya.

-Nabil-


Sunday, December 5, 2010

Wajarkah menghabiskan duit kerana hobi?

Salam.boleh tak saya nak tukar ayat tu kepada habiskan duit untuk memenuhi keperluan nafsu? takpon tak sama?  keperluan nafsu boleh disamakan dengan hobi...Sebabnya, hobi adalah benda yang kita suka buat..Benda yang kita suka buat biasanya membawa kepada nafsu kita pon turut suka..Mustahil  la kalau suka sesuatu tanpa melibatkan nafsu..Nafsu la yang menyebabkan kita suka sesuatu. Betul tak?

Berhabis Duit kerana hobi diambil daripada petikan akhbar Kosmo yang saya rasa agak menarik untuk saya kupaskan dan bawa kepada perbincangan yang bersifat terbuka dengan semua pembaca..Kamu semua boleh baca dekat link yang saya bagi tu..Menggambarkan sifat lelaki yang amat gila bershopping.Agak normal bagi perempuan yang gila shopping..Disebabkan artikel tersebut adalah lelaki suka bershopping, so saya berminat untuk kupas disebakan saya juga lelaki yang mempunyai nafsu untuk shopping macam org lain.

Dalam artikel tu diceritakan mengenai seorang yang suka mengumpul beg berjenama yang berharga ribuan ringgit setiap satu..Kalau saya memang pikir 10 kali, buat solat istiqarah, baru boleh decide..Tapi golongan ni dengan mudah mengeluarkan RM4000 untuk membeli beg kegemaran mereka..Tak salah untuk membeli..Tapi jangan sampai membazir..Jangan sampai nafsu yang mengawal kita..Apabila nafsu control diri kita, maka syaitan bertopeng manusia la jadinya..Hmmm..

"Luah graduan fesyen dari Pusat Latihan Fesyen Antarabangsa (IFTC), Kuala Lumpur itu, golongan jejaka tidak perlu malu untuk berbelanja. Apatah lagi tidak pernah termaktub tabiat membeli-belah hak mutlak wanita." petikan dari artikel..Katanya, jejaka tidak perlu malu untuk berbelanja..Ada ka org malu nak berbelanja? Rasanya 1 dalam 10000 ade la kot..Istilah malu tu mungkin boleh dijadikan pelbagai maksud yang setara dengannya iaitu,

Malu disebabkan:

1- tiada wang yang cukup
2- ukur baju dengan badan sendiri
3- tidak membazir
4- berjimat

Kalau malau disebabkan perasaan malu yang kita faham, rasanya memang tak ade..Kalau saya ditawarkan untuk membeli beg berjenama RM4000? Memang saya malu untuk beli sebab saya tak ada duit..Tapi lain pulak ceritanya bagi orang yang mampu..

Rm4000 ibarat 4 ringgit..Ingatlah, antara ujian yang paling besar adalah ujian kesenangan dimana dengan kesenangan, agama pon kita boleh lupa.Bagi saya Rm4000 boleh buat belanja untuk 1 sem termasuk yuran pengajian RM1500 persem..InsyAllah dengan RM4000 saya mampu survive..

PErsoalan yang nak dibincangkan, salah ka diorang nak beli? Dah diorang mampu, so ikut suka la kan? mungkin ada benarnya, mungkin tidak..

Kenapa Nabi Muhammad s.a.w tidak kaya? Baginda hanya hidup sederhana sahaja..Kenapa Baginda tak nak kaya? Amat senang untuk seorang Nabi untuk beroleh harta yang turun dari pada langit..Tapi bukan itu semua yang diperlukan..Sahabat baginda seperti Abdul Rahman seorang hartawan mendermakan hampir semua hartanya kepada jalan Allah..Itulah contoh yang terbaiknya bagi orang yang kaya raya..Bukan habiskan duit dengan beli brang berjenama yang berharga ribu2dan berasa bangga sebab mampu beli..Hmmm
video

Mungkin korang boleh cakap, ko jeles ar tu tak mampu beli? Alhamdulillah, jujur saya cakap saya tak jeles.Cukup la sekadar hidup sederhana..Takut kalau senang nanti mudah lupa kepadaNya..

Soal muammalat di dalam Islam ni agak besar skopnya..Mungkin 1 entry panjang pun masih tak habis dibincangkan..So dekat sini saya nak mencadangkan la beberapa kaedah ataupun cara supaya hobi kita itu adalah menjadi daripada satu ibadah yang mendapat keredhaan daripadaNya:

1- Business dan kerjaya
Fotographer adalah satu daripada hobi yang mewah..So, kita gunakan hobi itu kepada satu kerjaya yang mana boleh membawa kerjaya buat kita..Dengan itu, disamping kita berhobi, kita juga berkerjaya..Hasil daripada duit kerja kitu tu, kita boleh dermakan sebahagian kepada yang memerlukan..Paham tak?

2- Menderma dan berjimat

Apabila duit dah banyak sangat, saya mencadangkan supaya sekurang2nya mendermakan 1% daripada duit anda kepada org yang memerlukan.InsyAllah sumbangan anda itu mendapat barakah daripadaNya. Selain itu, sebelum membeli, pikir dulu..Ada ramai lagi org kat dunia ni yang tak dapat minum dan makan..So, kadang2 tu berjimat la yew..Berjimat untuk masa depan..

3- Keperluan,Kemahuan dan Kemampuan

Dalam ingin membeli sesuatu, 3 aspek ni perlu di ambil kira.Contoh, kalau nak beli beg Rm5000.. Keperluandia adalah untuk ape? Kalau itu bukan keperluan, maka ia adalah kemahuan? Apabila kemahuan mengatasi keperluan, maka terminate lah niat anda walaupun anda mempunyai kemampuan untuk membeli kerana tidak bermanfaat bagi anda kalau membeli..paham?

Petikan daripada antara TOp 20 orang terkaya dekat Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.Beliau hanya menggunakan proton perdana untuk kemana2..Pastu orang tanya, kenapa tak beli kereta Mahal sikit? Dia cakap, mercedes adalah kemahuan..Keperluannya adalah kereta..Bukan saya tak mampu..Helikopter pon saya mampu beli..tapi buat pa saya beli kalau ia adalah satu yang tidak bermanfaat? Itulah antara beberapa petikan yang saya ingat daripada Tokoh Hijrah Negara 2 tahun lepas kalau tak salah..

Kalau ada salah kat mana2, harap betulkan saya..Saya juga manusia biasa yang ingin mengajak kepada kebaikan..

Apa kata anda? Hehehe... Senyum =)

p/s: jgn lupa tengok video tu okey.


Wednesday, December 1, 2010

Menara Warisan Tidak Diperlukan Lagi


Salam..Alhamdulillah selamat sudah berjuang ke paper terakhir..Kepada yang belum habis tu, selamat berjuang.Chayok!!..Menara Warisan? Pernah dengar tak mengenai Menara Warisan? Kalau search dekat google gambar menara warisan, macam2 design ada..Ada yang menggambarkan menara ni juga menara berkembar..Ana yang menggambarkan menara warisan adalah tidak mempunyai kembarnya..Pelbagai spekulasi yang ditumbulkan..

Ada geng yang setuju, ada jugak yang tak setuju..Dengan hujah masing2, diorang boleh tentukan sendiri menara ini sepatutnya diteruskan atau tidak..Siapa tak kenal Tun Dr Mahathir? Pak angkat saya tu..Hehehe..Semenjak isu ini heboh, ramai jugak orang nak dengar apa komen Tun..Ye la , mengikut pengalaman beliau yang agak lama menerajui negara ni, pendapat beliau amatlah tidak ternilai harganya..So, berikut adalah kenyataan akhbar megenai kes ini:

********

Tuesday November 30, 2010
We don’t need Warisan Merdeka yet, says Dr M

KUALA LUMPUR: Malaysia has no need for the 100-storey Warisan Merdeka as yet, says former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

“I see signs everywhere saying ‘for sale’ or ‘for rent’ in quite a number of places,” he said. “This means we have a surplus of office space,” he added when addressing a full house lecture titled “Revisiting Vision 2020” yesterday.

“I must admit I am biased. And I would like to retain it (the Petronas Twin Tower) as the tallest building in Malaysia,” he said in reference to the landmark which was built when he was in office.
Future forward: Dr M showing off a poster he signed after delivering a lecture titled "Revisiting Vision 2020' in Kuala Lumpur Monday.

“We should build it (Warisan Merdeka) a little later,” said Mahathir. “Maybe when I’m not around,” he added in jest.

He also said Malaysia could reach a property glut from overzealous development and cautioned against following in the footsteps of Dubai, Hong Kong and Japan, which suffered from a credit crisis due to overbuilding.

He said construction should be thought out properly because most buyers now were speculators, hoping to make a profit from rising property prices.

“There will come a stage when they cannot sell or pay back the bank. I’m not sure whether we are going to reach that level yet or not, but maybe we are quite near there.”

 **********

Saya setuju dengan Tun..Kita masih tmempunyai banyak bangun yang belum dipenuhi..Apa kata kita penuhi dulu bangunan tu..Pada pendapat saya pulak, apa kata PM Najib sambung projek jambatan bengkok yang tertangguh tu? Kan lebih banyak manfaatnya unutk negara..Saya yakin, kalau Najib sambung balik projek jambatan bengkok, Pilihan raya umum akan datang tak perlu risau..InsyAllah rakyat akan undi dia..Tapi kalau menara Warisan yang dipilihnya, saya rasa agak sukar untuk Najib menang dengan majoriti yang besar..

Saya bersependapat dengan Tun Mahathir..Anda pulak bagaimanana?

p/s: Please PM Najib, teruskan la projek Jambatan Bengkok..PLEASE!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...