Saturday, February 12, 2011

Info Jumaat 30 | Di Sebalik Tabir Valentine Day

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa dan diberi kesempatan untuk melakukan ibadah. Makanya, jangan sia-siakan peluang dan masa yang ada dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhmmad S.A.W, buat keluarga baginda, para sahabat baginda yang telah bersusah payah menyebarkan ISlam.

ok. Kalau dulu masa sekolah, memang saya ni seorang yang agak jahil dengan agama ni..Biasanya pada masa sekolah dulu, bila tiba ja 14hb February, maka ramai la kawan-kawan saya yang bercouple ni membeli hadiah atau ajak keluar pasangan haram masing2 untuk celebrate valentine day..

Kalau dulu mungkin ya sebab tak tahu apa2 pun mengenai valentine ni..Kalau valentino rossi mungkin orang kenal..Tapi valentine ni orang tak kenal lagi..hHUhu..KAlau tak kenal, meh saya nak perkenalkan sikit..

Rakaman sejarah dalam http://wikipedia.org/wiki/valentines_Day membuktikan bahawa perayaan Valentine Day ini langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah, ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah s.w.t. Rasulullah melarang umat islam meniru budaya orang bukan Islam kerana bimbang akan tergolong dalam golongan tersebut. Sabda baginda bermaksud:

" Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka"( Riwayat Abu Daud)

Hukum menyambut Valentine Days?

Seorang ulama Arab Sheikh al-'Utsaimin berkata " Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar".

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan:

" Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalanya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam".

Ok.Jelas..Oleh itu, kepada remaja-emaja diluar sana khasnya, menyeru supaya tidak ada sedikit pun perayaan yang melibatkan valentine ni termsukklah pembelian baju couple sempena valentine dan lain2 lagi..

Kalau duit dah banyak tak tahu nak buat pa, meh bagi saya sikit..hihi..main2 je..Pergi la sedekah kepada orang yang memerlukan..InsyAllah akan dikira sebgai amal disisinya..

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakkan".
( surah Al-Isra' 32)

wasalam

11 comments:

.::ellynawambeck::. said...

bagus nyaaa post nih ,
thanks for the info big bro :)

Ayuni said...

x guna sambut pun...

sweet strawbery said...

xpenah celebrate pon...bagus x?hee =)

::FAIZ FARISH:: said...

x penah sambut pun... Alhamdulilah...

f_aRa_aINa989 said...

x pernah sambut...

With Julia said...

bgus2x...saya pun tidak terkecuali dari TIDAK menyambutnya. Sayang Allah setiap hari no speacial date for date kan nabil. Sayang sesama manusia adalah setiap hari dan memaafkan sesama insan juga setiap hari. Semoga remaja masa kini lebih menyedari akan dosa menyambutnya...thx..gud info :)

ipa faiza~ said...

ipa pun dulu2 teringin nk sambut. naseb bek ustaz kt skolah dh sound awal2.

alhamdulillah maseh dilindungi~

:)

mye said...

bgus entry nie..
smoga kte sma2 mghindarkn dri dr valentime day!..
sdarlah wahai anak mlayu..
huhu

Zaleha said...

Really like this p0st!~

APAN said...

seb baik xde awek...
kalo x bole terjerumus gak ngan gejala valentine day ni...
huhu...

ramai2 katakan tidak...
:)

muhammad akmal said...

ada yg mengatakan kes pembuangan bayi yg memuncak sekitar august, september dan oktober 2010 yg lepas merupakan kesinambungan daripada maksiat yg dilakukan pada hari kekasih tahun 2010..

masa bercinta memang manis, janji itu janji ini, bila dah beranak, anak tu pulak dicaci dikeji.. akai ada ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...