Info Jumaat 31 | Kisah Muhammad Edwin Bin Michael

Kisah ni memang panjang..Tapi apa salahnya kalau korang habiskan baca cerita ni..MasyAllah memang hebat..

Seorang Christian Allican

Unimas atau UTM?

Aku mula berpisah dengan keluarga semasa aku menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan. Soalan tadi terjawab apabila aku memilih untuk ke UTM, ditempatkan di L20 KTHO. Bermulalah episod sebagai seorang pelajar universiti selama 4 tahun di Fakulti Kejuruteraan Awam.

Tahun pertama sem pertama di sana, senior-senior aktif mengajak orang baru seperti kami untuk ke Good Hope Church ketika hujung minggu. Allan Benley, salah seorang daripada mereka. Aku mengenali dia beserta no.telefonnya, tapi percayalah…aku tak pernah contact dia pun selama setahun. Ke gereja pun on/off.

Aku lebih pentingkan akademik. Cuti hujung tahun, cuti kan? Jadi, masa cuti itu aku gunakan untuk mempelajari Bible secara intensif. Ya, intensif! Aliran Allican yang lebih bersifat tradisional tidak membuatkan aku bersemangat sepeti sekarang selepas aliran Chrismatic yang lebih sesuai kepada sifat pemuda memasuki jiwa aku.

Selepas selesai beberapa modul tentang aliran baru bagiku ini, aku dan beberapa kawan lain dibaptis lagi di Stulang. Aku rasa bersemangat. Masuk tahun kedua, aku contact semula Allan. Dia datang ke bilik aku dan kami pun borak-borak biasa. Masa itu, Bible ada di atas meja study. Allan tiba-tiba bertanya.

“Adakah Edwin percaya yang Bible ini firman Tuhan?”
“Adakah Edwin percaya yang Tuhan bebas daripada kesilapan?”
Aku tersentak. Lebih tersentak apabila soalan diteruskan.

“Kalau Bible ada kesilapan, Edwin percaya lagi yang Bibe ini firman Tuhan?”

Peh. Walau camne pun, hati aku masih percayakan keyakinan sekarang! Aku takkan mengalah. Allan buka cerita yang Bible ini banyak percanggahan. Sangat banyak. Aku berdendam dalam hati, ”Kenapa dia tunjuk semua nih ha?? Ok! Kalau betul yang Bible ini salah, aku takkan percaya lagi!”

Rupa-rupanya, Allan baru 2 minggu revert to Islam. Aku sangat terkejut, sangat marah dan sangat tidak faham. Kenapa dia memilih jalan itu? Lebih menyesal, kenapa aku contact dia malam ni?? Aku tergamam tanpa diketahui. Selepas Allan balik, aku tutup pintu bilik kemudian aku berazam dengan lebih komited untuk belajar Bible lagi supaya aku dapat balas hujah-hujah Allan tadi.

Aku berkongsi juga dengan pihak gereja. Tapi aku dapat ayat begini, ”Mana dapat semua semua ni? Just have faith!”

Aku teringat kata-kata dendam aku. “Aku takkan percaya kalau Bible ini ada kesalahan”. Suatu malam, Allan membawa Al-Quran untuk diberi pada aku. Seriously, I just want to shut the door. I’m scared to touch it, reading the quran? No!. However, I can’t throw it away into any dustbin, because I was teached to respect any other religious books. Jadi, aku simpan saja dalam almari selama beberapa minggu.

Aku teringat lagi. “Aku takkan percaya kalau Bible ini ada kesalahan”

Entah bagaimana, aku rasa 'teringin' dengan Quran tadi. Aku buka, tapi sebelum itu aku kunci pintu. Aku buka buku itu daripada kiri ke kanan. Eh, macam silap. Aku buka semula daripada kanan ke kiri. Aku selak, sampai di satu muka surat. 
Aku terasa. Aku teruskan lagi bacaan di atas katil.

"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara."  (Surah An-Nisaa',4:171)

Meremang bulu roma. “Ah!. Kenapa tiba-tiba aku rasa nak masuk islam??”. Aku baca lagi, baca lagi, lagi dan lagi…sehingga aku tutup semula buku itu. Satu perasaan, yang tak dapat digambarkan. Tergamam.

Esoknya, aku jumpa Allan. “Aku tahu Islam itu benar, tapi aku tak mampu. Aku sayang keluarga aku.”

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, 2:286)

Kemudian…

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (Surah An-Nisaa',4:48)

Aku buat keputusan untuk mengucap syahadah,dalam masa yang sama aku teringat muka ayah dan ibu. Selepas itu, buat pertama kalinya aku masuk ke dalam MSI. Ungkapan pertama daripada mulut aku.

“Eh, luasnya. Tiada kerusi pun”

Lalu aku jumpa ustaz Nasir Masroom, dia inginkan aku mengucap syahadah untuk menyakinkan dia. Pertama kali juga, aku dapat buku agama sekotak! Banyaknya! Walau camne pun, aku mahu, berita keislaman aku dirahsiakan. Tapi, kerana mulut beberapa orang ia tersebar juga. Geram! Aku putuskan hubungan dengan kawan-kawan muslim yang lain sampai hujung tahun dua.

Tahun ketiga, sekejap sahaja masa berlalu. Aku dapat roommate baru, Chinese. Ketika itu, aku berkata pada diri sendiri, “Peluang untuk aku islam dah tiada”. Tapi, satu perkara susah dinafikan. Allan langsung tak pernah putus asa walaupun dia kena reject. Hati aku terbuka semula, tapi bersyarat. Aku mahukan bilik single, berseorangan. “Ok”. Memang dapat, tapi rupa-rupanya bilik single baru tu bertentangan dengan bilik Allan. Aduh.

Walaupun aku berpisah dengan kawan-kawan muslim lain, tapi aku masih sedar yang islam itu benar. Allan perkenalkan seorang muslim lain, berkopiah, senang cerita dia itu imam. Err. Habislah aku. Nama dia, Abg Muhajirin. Terima atau tidak, aku dapat rasakan yang Abg Muhaijirin ikhlas untuk berkawan dengan aku.

Suatu malam, dia tidur di bilik aku. Solat depan aku. Macam mana dia boleh buat macam tu depan aku? Kat bilik aku pulak tu? Selepas beberapa malam, Abg Muhajirin kejut aku bangun pagi-pagi. “SOlat subuh jom?”
Aku menuruti kata-kata dia. Tak pernah-pernah aku solat sejak aku mengucap syahadah tahun lepas. Ini kali pertama. Tapi, aku tak pandai baca surah tu..surah al-fatihah. “Ikut je ye?”.

Dan, dan…itulah kali pertama aku solat sebagai seorang islam. Itulah kali pertama, aku rasa suatu perasaan yang sangat tenang. Rukuk, sujud, walaupun tanpa baca apa-apa, umpama terapi yang sangat menenangkan jiwa. Sejak dari itu, aku tak pernah berpatah balik untuk masuk Christian semula.

Tiap-tiap minggu, Abg Muhajirin tu selalu bawa aku ke masjid Taman Universiti untuk solat jumaat. Umur aku yang meningkat sedikit demi sedikit, bagi kekuatan untuk aku. Aku bersyukur sangat. Alhamdulillah.


Aku Seorang Islam

Kini (2011), aku dah jadi seorang islam selama 3 tahun. Abang aku pernah cakap, “Aku akan buang kau daripada keluarga ni!”. Aku selalu berada dalam dilemma, dilemma untuk bercakap. Jadi, aku ikut berdakwah CRS ( comparative religious study) untuk berlatih bercakap. Iya, walaupun lidah aku ni pendek. Susah nak sebut ‘S’.

Aku, tak boleh simpan islam dalam diri, aku kena beritahu orang lain! Lagi-lagi keluarga aku, aku sayang mereka. Aku ada baca buku tentang perjalanan roh, takut sangat. Ikutkan, tahun lepas aku nak beritahu mereka, tapi masih belum kuat lagi, tak berupaya lagi. Alhamdulillah, bulan lepas (Jan 2011), aku dapat cakap kat mak. Mejadi kebiasaan aku, tiap 2 3 hari aku akan hubungi mak. Aku dengan mak memang rapat.

“Mommy, apa khabar?”
“Baik. Kamu?”
“Sihat juga mommy. Mommy, saya nak beritahu sesuatu. 3 tahun lepas, saya masuk islam”.

Aku menerangkan segala-galanya. Mommy, senyap membisu.

“Kalau mommy perasan, dalam masa 3 tahun tu, masa hari gawai saya tak sentuh pun makanan tak halal, arak pun”.

Akhirnya Mommy membuka mulut. “Nama ayah kamu ada lagi tak?”

“Ada mommy. Nama saya Muhammad Edwin bin Michael”
“Mommy minta sesuatu, jangan beritahu ayah lagi”.

Bulan depan (Mac 2011), aku akan balik ke Sarawak, aku akan beritahu Ayah. Kawan-kawan, adik-adik sekalian..aku minta..antum (kamu) semua doakan supaya urusan aku ni nanti, dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih, jazakallah khair. Moga Allah membalas amal baikmu ini.


Pencari dan Pemberi Islam

Cerita ini diharapkan, dapat memberi satu isi penting tentang apa yang ada dalam diri masing-masing, sekarang iaitu ‘islam’. Kebanyakan daripada kita, hanya simpan dan tidak memberikan ia kepada orang sekeliling. Mungkin terlalu berharga untuk dikongsi, tapi ingatlah.

Lebih banyak kita berkongsi, lebih ‘kaya’ kita. Ini kisah benar, hasil perkongsian Edwin di KTHO semasa talk 'Aku beriman, Maka Aku bertanya". Kawan2, jangan lupa doakan saudara kita ni. Anda mahu kata dia muallaf? Sudah tidak relevan rasanya, kerana maksud 'muallaf' adalah, orang2 yg perlu/ingin didekatkan hati pd Allah. Barangkali, kita pula adalah 'muallaf', walaupun dah lama menjadi seorang muslim. nasihat aku kpd kita semua, jadilah seorang islam yang benar-benar islam. jzkk khair, moga Allah membalas jasa baik anda dengan membaca kisah ini. terima kasih.

Terima kasih kerana habiskan pembacaan anda. :)

20 comments:

fiqkbe said...

touching nyer citer ni.. huhu..

NadiRah said...

alhamdulillah..bertambah lagi umat islam...

salehasafie said...

subhanallah...
semoga segaa urusannya berjalan lancar...

aisyah thaqif said...

Alhamdulillah . .
Harap keluarga dia dapat terima dia . .

Cikgu Jaja™ said...

sebak la pulak bc cerita nie.. syukur ruh islam utk edwin msh kuat walau tampak lemah luarannya.walau selalu dilihat ada ketidakpastian.hatinya yg benar sgt gigih.tegar. kagum sy

SyahmiFikri said...

subhanallah!!

syukur sgt2 ada org yg sudi tunjuk jalan kepada dia..

mari sama2 kita berdoa agar dia dterima keluarga!

❤ winter ツ said...

semoga hidayah tetap kekal dlm sanubarinya :) amin

cik jannah said...

insyaALLAH..ALLAH akan tolong hamba2NYA yang melakukan sesuatu keranaNYA>>

Qarl said...

:smile: Alhamdulillah

Primadona said...

Masha Allah..a very inspiring story.. :)

suffer8zine said...

tersentuh entri ni

Terkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia

Sarah and Faiz said...

InsyaAllah family dia dapat terima.

Anonymous said...

alhamdulillah.. makin ramai keluarga islam. semoga kita yg islam semenjak lahiriah ni dapat menunjukkan contoh yg baik kepada saudara baru kita. rajin2 mengimarahkan rumah Allah nescaya kita akan peroleh ketenangan. jgn sampai org bukan islam yg tergur kita atau kejut kita subuh dah la.. mcm yg pernah terjadi oleh rakan sy suatu ketika dulu apabila rakan kami seorang Hindu menegur dia.. "mat, ko tak pegi masjid ke? harini kan jumaat?"... dengan muka yg agak tebal 4 inci, membe aku ckp 'dah tak sempat'..

nabilpotter said...

terima kasih kepada semua yang memberi comment termasuk saudara/i anonymous..

zakwan said...

insya Allah...
lama2 lembut hati keluarga bro nabil di sarawak sana...
cerita bro lebih kurang mcm bro Jaysuman dan bro shah kirit masa diskusi iman di MSI...
ustaz muhajirih sekali..
by the way..
salam perkenalan..

- smart pic dgn prime lens 'bazooka'... hehehehe

nabilpotter said...

Rrrr..bila masa saya jadi org sarawakian? hihi..

ok..selamat berkenalan..

rasanya cerita yang sama masa di msi tu..

Anonymous said...

Moga Allah kuatkan hati saudara Edwin..:-)

Anonymous said...

semoga Allah bagi kekuatan pada Edwin untuk terus berjuang menegakkan agama Allah dan istiqamah dalam melaksanakan syiar Islam..amin

aK said...

Subhanallah. terharu bace. Alhamdulillah. sangat2 menyedarkan diri bila baca part "Barangkali, kita pula adalah 'muallaf', walaupun dah lama menjadi seorang muslim."

Semoga dengan ketibaan ramadhan kali ini, bertambah ketaqwaan diri, ahli keluarga dan kenalan terhadap Allah. InsyAllah. amin

Hyuuga NeJi said...

:) Semoga Dikuatkan Iman Kita