Ujian memandu guna transmisi auto. Apa kata anda?

Selamat pagi semua..Semakain hari semakin maju kehidupan kita..Kalau dulu kita guna beca sebagai pengangkutan harian tapi kini kereta sebagai yang utama...Kalau dulu kita guna lilin sebagai lampu untuk terangi rumah di waktu malam, tapi kini kita mempunyai lampu dan elektrik..

Begitulah kehidupan kita yang semakin hari semakin maju dan advance..Kalau kamu baca paper berita harian hari ini, aada kebarangkalian lepas ni semua ujian memandu kereta boleh menggunakan transmisi auto..Senangkan? tapi ada logiknya jugak la..



Biasanya perempuan suka guna kereta auto..Tak kurang juga lelaki yang kini memilih transmisi auto supaya mudah untuk dikendalikan..Memang agak kurang berkesan kalau ujian didalam trannsmisi manual tetapi bila dah dapat lesen kereta auto yang dibelinya..Alangkah lebih baik kalau diberi pilihan untuk kita memilih sama ada mahu transmisi auto mahupun manual..

Tindakkan kerajaan meluluskan kaedah pemilihan transmisi ini wajar diberi pujian dan agak memudahkan rakyat malaysia khasnya terutamanya kaum hawa..Tapi ada juga keburukkan dia iaitu org yang belajar auto, kemungkinan besar tak boleh bawa kereta transmisi manual..Tapi, kalau kereta manual yang kita belajar, kemungkinan besar dia boleh membawa kereta manual dan juga auto..Tapi mungkin lain kot pendapat anda semua..Aa pendapat anda mengenai hal ni?

So, konklusinya, setiap sesuatu tu mempunyai kebaikan dan keburukkan..Ye,Memang, tiada yang akan sempurna dalam hidup kita kan? Selamat memilih transmisi ana yang akan anda pilih untuk amik lesen nanti..Ok..

Wasalam

p/s: sumber berita harian

Biasiswa MARA 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar dan dalam negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat juga digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai cara permohonan boleh diperoleh dengan melayari

Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 
03-2693 6666,
03-2694 6622 dan 
03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau 

emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum

a) Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2010; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Tarikh tutup 30 MAC 2011

Lepas SPM nak kemana? Matrikulasi?Diploma?STPM?Politeknik?

Selamat pagi buat semua pembaca setia dan yang tak setia di blog ini..Tahniah buat semua adik2 SPM yang baru sahaja amik result dan berjaya diperingkat SPM..Tahniah sekali lagi..

Bukan ingin menakut-nakutkan adik2 semua..SPM tu sebenarnya kurang mencerminkan masa depan semua..Yup..memang benar..Sesetengah orang cakap SPM adalah segala-galanya..Kalau SPM teruk, gelap la masa depan..Pada saya tidak..Tapi tidak bermaksud adik2 tidak perlu berusaha untuk buat yang terbaik pada SPM..Usaha beserta doa dan tawakallah..

Ok..Dah..Yang lepas tu jangan diingatkan kembali..Kalau yang straight A's tu, pilihannya mesti menjurus untu fly ke oversea sama ada melalui JPA, MARA attau pun duit sendiri..Tapi ingat, tak semua yang dapat straight A's dapat fly..Kalau yang tak fly tu, memang bersepah2 la dekat matrikulasi..huhu..

Kalau yang result sederhana, cuba untuk minta matrikulasi..Ini cadangan saya..Adik2 memerlukan sekurang2nya 1 tahun sahaja di matrik..Pastu boleh sambung degree ikut kursus masing..Kalau STPM, adik2 memerlukan 2 tahun dan lepas itu boleh sambung degree dan kalau diploma, memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun then sambung degree..Ikut la rezeki kita dapat yang mana..Semua ada kelebihan masing2..

Fobia nak masuk matrik? Rrrrr... Mesti adik2 pernah dengar cerita daripada org luar yang mengatakan matrik ni susah giler kan? Memang gila2 la kena study? betul tak? Memang tak dinafikan, ada saja student yang kena tendang dari matrik apabila mendapat result 2.0 kebawah kalau tak silap..Tapi my oppinion, kalau adik pergi kelas, ikhlaskan niat belajar, ingat pesan mak ayah, letakkan satu 'GOLD' yang jelas dalam diri kita, insyAllah, PNGK 3.0 tu memang senang2 je la..insyAllah, percaya dengan diri sendiri..



Diploma..ramai nak buat diploma katanya lebih mudah dan santai..Betul ke? saya tak pasti sebab saya tak ada dalam golongan ni..Tapi, 3 tahu tu agak lama jugak..Then nak sambung lagi 4 tahun..Agak2 mesti rasa nak termuntah jugak la study..betul tak? huhuh..Tapi kalau sanggup, xda masalah..teruskan..

Kalau yang tak ada kesempatan untuk masuk matrik, mahupun diploma, jgn berputus asa..Banyak lagi peluang dan tempat utk anda..Politeknik ada, Kolej komuniti, Institut Perguruan pon boleh mintak, SPA pon boleh, IKBN dan banyak lagi..Kalau yang ada duit, nak minta kolej swasta pon boleh aje..tapi ingat, PTPTN tu kena bayar..Bukan biasiswa tau..

Oklah..nAk cakap lebih pon macam tak layak je..Saya ni egree pon tak setel2 lagi..Kalau ada apa2 persoalan, boleh je tinggal komen kat sini..insyAllah, ada ja org yang akan bantu anda jawab soalan tu..Ihlaskan niat..Jagan putus harapan, dan teruskan berdoa..

wasalam..

Info Jumaat 34 | Tsunami dan Tanda Awal Kiamat

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini yang masih tidak putus2 lagi untuk jengok walaupun tidak baca..InsyAllah, info jumaat masih lagi diteruskan..Rasa rugi sangat kalau kita tahu something yang bagus tapi kita tidak menyampaikan kepada orang lain..So, untuk tidak merasa rugi, semalam saya telah dibentagkan dengan tafsir surah at-takwir.

Ok..Korang semua boleh buka al-quran masing dan baca terjemahan dia..Surah ini adalah surah makkiyah dan mengandungi 29 ayat..Secara genralnya, boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama ayat 1-14 dan bahagian ke 2 dari 15-29.

Mengikut buku Tafsir Al-Wadih tulisan Dr Muhammad Mahmud Hijazi, surah ini membincangkan mengenai kebangkitan dengan menyebut mukahimah kiamat dan peristiwa ketika berlaku kiamat..SubhanAllah, bila sahabat saya present semalam, tiba2 saya rasa amat takut dengan gambaran2 yang dikhabarkan..Berikut adalah apa yang telah diceritakan dari ayat 1-14.

1-Apabila matahari digulung
2-Dan apabila bintang berjatuhan
3-Dan apabila gunung ganang dihancurkan
4-Dan apabila unta yang bunting ditinggalkan
5-Dan apabila binatang liar dikumpulkan
6-Dan apablia lautan meluap-luap bercampur baur
7-Dan apabila roh disatukan 
8-Dan apabila bayi perempuan ditanam hidup2 ditanya 
9-Disebabkan dosa apakah mereka dibunuh
10-Dan apabila catatan dibentangkan
11- Dan apabila langit dikupas
12- Dan apabila neraka Jahim dinyalakan
13- Dan apabila syurga didekatkan
14- Maka tiap2 jiwa mengetahui apa yang telah dikerjakan.

SubhanAllah..Takut saya apabila membaca terjemahan bagi ayat 1 -14 ni..Apa yang nak digambarkan disini adalah awalan kiamat dimana Malaikat Israfil menuip pada kali pertama..Cuba bayangkan apabila matahari digulung..Makanya kita tidak ada cahaya langsung walaupun siang mahupun malam..Kita juga boleh bayangkan pada masa itu semua akan menjadi huru hara..Ibarat kita berada di dalam bilik gelap..

Apabila bintang dijatuhkan? Cuba bayangkan, bintang adalah lebih besar daripada matahari..Di lanet kita bukan ada 1 je bintang..Malah berbillion2 bintang..Cuba bayangkan kalau bintang jatuh kepada kita..Kalau kapal terbang jatuh pon dah cuak, apakah ini bintang..SubhanAllah..




insyAllah, saya tak nak cerita detail sangat..Tapi just nak membawa kepada kita semua supaya mengambil iktibar dari Tsunami yang berlaku barru2 ini..Ini baru sebhagian..Baru kombinasi antara laut dan gempa bumi...Cuba bayangkan kalau dengan masa yang sama berlaku juga benda2 yang lain? Allahuakbar..

Takut sangat mendengar gambaran2 yang memang pasti akan berlaku..Ini bukan main2 yew..Ini adalah the real story..Al-Quran tidak pernah tipu..Kalau kita tengok video di Jepun tu, agak seram kan? So, takkan hanya seram menjadi perbualan kita?

InsyAllah, kita sama2 pertambahkan iman kita..Banyak menolong orang dan kurang2kanlah membuat maksiat..Ingat, kita tak tahu biila kita nak mati..Jangan tunggu nak tua baru nak insaf..Saya cakap ni ibarat cakap di cermin..Semua ni adalah untuk saya dan untuk semua pembaca..



Minta maaf, saya bukan seorang ustaz..Tapi seorang bakal ENgineer yang bercakap mengenai agama..Kalau ada salah mohon ditegur degan berhemah..

Wasalam..

Graduation Outdoor Photo is now open!

Pada tanggal 23/3/11 Pest KOnvokesyen ke 46 utm telah bermula dengan baik sekali..Semalam telah diadakan satu forum khas iaitu The Untold Story dimana mengisahkan mengenai Palestine..Alhamdulillah, sambutan memang amat menggalakkan..Tahniah buat semua yang terlibat..

Ok..bila ada pesta konvo, mesti akan ada yang nak konvo bukan? So, ingatlah kawan2, konvo hanya sekali..Tak de nak boleh buat 2 kali melainkan nak sambung master pastu PHD..Biasanya detik2 manis ni memang ramai orang yang akan terkenang kembali kan?

Dengan cara apa kita boleh buat kenangan dengan hari yang dikatakan agak bersejarah ni? dekat sini saya nak offer 1 tawaran hebat dari kami..RM50 per jam..Dalam 1 jam tu dalam 500 keping gambar tu rasanya senang2 je dapat..Kalau tak cukup dengan tu, perkhidmatan cuci pon boleh..

Kalau anda rasa jemu utk berposing, kami sediakan peralatan untuk anda seperti guitar, payung, balloon dan banyak lagi..Inilah masa anda..Anda berhak memilih lokasi yang anda berminat..Senang cakap, memang rugi sapa yang tak amik peluang ni..Kalau nak tempah untuk sem depan pon boleh..huhu...

Kenapa kalau masa kawin boleh bayar beribu2 hanya untuk gambar? Konvokesyen kami charge tak mahal pon..Rm50 je..Tapi kalau nak bagi lebih pon xpa je..hehe..Ok..Tempahan boleh dibuat sekarang..Hanya terbuka untuk warga UTM Skudai..Hubungi no yang telah dipamerkan diposter ok..

Cepat..cepat..Jgn lupa bagi tahu rakan2 lain...

p/s: 0137319039

Luahan hati seorang pemandu bas...

Pada beberapa hari lepas, saya telah naik satu bas ekspress daripada alor setar ke johor..secara normalnya, bas mengambil masa lebihkurang 11 jam untuk tiba ke destinasi..Kalau laju, cepat la sampai.. kalau lambat, boleh mencececah 13 jam perjalanan..Kalau musim perayaan, 16 jama pon boleh....huhu..

Destinasi hentian yang pertama adalah stesen bas Batu Pahat Johor..So, bila dah sampai tu, siapa rasa nak turun dekat situ, turun la..Kalau tak nak turun, makanya turun dekat Larkin la..Ok..

Bila semua org dah turun, seorang penumpang tanya, pakcik boleh tak turunkan dekat UTHM? Mmm..minta maaf..Pak cik tak boleh berhent situ..Kalau nak turun, dekat sini je..Pastu budak tu tanya lagi, tak boleh ke pak cik? depan tu ja? tak boleh..So, budak tu dengan emonya turun dari bas..

so,bas pon teruskan perjalanan..Disini bermulanya luahan hati pak cik bas tu..



Pak ck tu cakap, kamu tengok tadi..Dalama ramai2 yang turun, 2 orang ja yang terima kasih..tu pon dua, dua orang tu chinese..Kamu tengok yang melayu, sorang pon tak ucap terim kasih..Tambah pak cik tu lagi, nama ja pelajar universiti, terima kasih pon tak reti nak bagi..Awat, dah rasa bangga sangat ka duduk universiti? Semua dalam bas tu diam je dengar pak cik tu bagi ceramah..

Pak cik tu tambah lagi, orang melayu kita ni, dulu terkenal dengan budi bahasa..Sekrang ni semuanya dah tak da..Semua org lain dah amik dah budaya kita dulu..Tolong la, kalau ya pun hormat la kami sebgai orang tua..Jangan la sombong sangat..( sambil geleng-gelengkan kepalanya)...

FUhh..menusuk jugak saya dengar pak cik tu cermaha..Dalam hati, hah, ada point ni utk buat entry...Hehehe..Tapi insyAllah, semenjak tahun 1 lagi, saya memang naik bas dan akan ucap terima kasih dekat
driver bas..Bukannya rugi pon nak kata cmtu..Malah diorang rasa lebih dihargai..Please ek kawan2, yang mana naik bas ke, teksi ke, bagi la ucapan terima kasih..Kalau yang naik flight tu, bagi juga terima kasih dekat pramugari kalau tak boleh bagi dekat pilot..huhu..

Budi bahasa budaya kita..Jadikan la budi bahasa satu amalan yang patut kita ada dalam setiap hati kita..Ok..Tak rugi pon berbudi bahasa..

p/s: pengajaran buat semua termasuk saya..

Journey To Palestine | The Untold Stories

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah selamat balik ke rumah dan selamat sampai balik ke johor..Cuaca tidak banyak berubah even di Kedah mahupun Johor..Hujan dialaporkan pada siang dan malam tapi cuaca panas di kawasan utara..Macam baca berita cuaca la pulak,..huhu..

Ok..Minta maaf tak sempat nak update..Sebok sangat minggu ni..InsyAllah, saya ada perkongsian menarik nak diceritakan mengenai luahan hati seorang driver bus..Tapi bukan utk entry kali ni..Tunggu entry akan datang..

Ok..Bersempena dengan Majlis KOnvokesyen UTM yang ke 46, Islamic Intellectual Club ( IIC ) KRP dan AQSA SYARIF Bhd tlah ,enganjurkan satu forum yang diberi tajuk " The Untold Stories". Penceramah ni memang tidak asing lagi iaitu Wira Negara Ustaz Hasanuddin yang merupakan activies yang berada di atas kapal mavimarmara waktu ditawan tentera Israel. Penceramah ke 2 tidak kurang hebatnya, PM Dr Zin merupakan seorang activies jugak dan pernah menjejak kaki ke Gaza pada satu misi bantuan kepada Gaza melalui jalan darat..

InsyAllah. semua rakyat Malaysia di jemput hadir untuk sama2 mendengan cerita dan perkongsian daripada penceramah kita..InsyAllah, sama2 kita menolong saudarra kita di Palestin dan negara2 yang lain..ok.. Nak tahu deail semuanya ada di poster tu..

Wasalam..

Info Jumaat 33 | Kisah Penggali Kubur

"Saya ada satu kisah....." Ustaz Zaini membetulkan tempat duduknya sebelum memulakan kisah benarnya. Hadirin yang sudah mencecah lebih dari 50 orang tertunggu-tunggu. Makanan di belakang tidak lagi dihiraukan. Keadaan tempat ceramah yang ala kadar itu tidak menjadi masalah untuk hadirin menumpukan perhatian.

Ustaz Zaini menyambungkan lagi kisahnya, "Sambil-sambil duduk, saya tanya si penggali kubur tu, ada apa-apa kisah yang boleh dikongsi dengan kami...."

"Ada satu kisah ..... ini kisah cukup menakjubkan. Ada satu hari saya menggali kubur. Entah mengapa hari itu, hati rasa tenteram dan tenang. Lagi dalam kami gali, lagi mudah jadinya. Biasanya lagi dalam lagi susah sebab tanahnya makin liat... tapi kali ini macam berpasir pula. Kami tak rasa letih. Saya pun tertunggu-tunggu - siapa gerangan tuan punya kubur ini .... teringin nak tahu."




Para hadirin ketika itu sudah mula tertanya-tanya penghujung ceritanya.
"Akhirnya van jenazah sampai ..." sambung si penggali kubur itu. "Kami hanya bertiga mengangkat jenazah tersebut. Masya Allah besar juga jenazah itu .... tapi Allah sahaja yang tahu ... kami bertiga menguruskannya dengan mudah sekali masa kami angkat tu macam kapas.....masya ALlah" Airmata ini hampir meleleh ... tapi nak tahu apakah rahsianya itu.

Kami sudah berdebar ... apa gerangan akhir ceritanya. Si Penggali kubur itu tidak puas hati hendak tahu siapa gerangan suami kepada jenazah tersebut untuk mendapat penjelasan. Akhirnya berjumpa.
"Kata suaminya - isteri saya biasa aje ... sembahyang tak tinggal, taat pada suami ..... biasa aje... tapi ada satu akhlak dia yang saya rasa kalau mati hidup balik 10 kali takkan jumpa seorang isteri macam beliau. Beliau tidak pernah mengeluh ... terima apa yang ada"

Allah ..... Ya Allah .. mudah sekali amalannya tetapi susah hendak diamalkan. Ceramah Ustaz 80% adalah berkisar bagaimana kita hendak merasa redha tentang ketentuan Allah swt. Saya ada rakam ceramah beliau. Kalau sesiapa yang berhajat boleh emailkan pada saya ahisham2001@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Selepas ceramah apabila melihatkan muka-muka yang jernih di depan matanya dan apabila diterangkan keadaan masayarakat di situ, ustaz kata, "Insya Allah tiap-tiap bulan molek buat program macam ni ... Insya Allah boleh mohon Jabatan Agama Johor budget ni"

Alhamdulillah..... Ustaz Zaini telah diperkenalkan sebagai petugas Jabatan Agama Johor bahagian Dakwah dan merupakan ahli IKRAM seumur hidup.
Bagi sesiapa yang berminat hendak download kisah ini dari mulut Ustaz Zaini sendiri boleh klik di sini (9 Mbyte). Kalau teringin hendak muat turun keseluruhan ceramah beliau boleh klik di sini Tapi failnya agak besar dan memakan masa lama nak muat turun (90 MByte)


Dr Hishamuddin Alham
Pengerusi J/K Penerangan dan Media IKRAM Johor

Kaligrafi Arab dari seorang sahabat...

nabil fahmi bin azizan
Tiket dah beli..Resume dah hantar, so tunggu apa lagi, malam ni boleh balik alor setar..Hehehe..oK..Kaligrafi tu apekah? mengikut kamus wikipedia, Kaligrafi, dari bahasa Yunani; καλλι "keindahan" + γραφος "menulis" ) Bahasa Jepang Nihongo 日本語) adalah seni menulis dengan indah dengan pena sebagai hiasan. Tulisan dalam bentuk kaligrafi biasanya tidak untuk dibaca dengan konsentrasi tinggi dalam waktu lama, karena sifatnya yang membuat mata cepat lelah. Karena itulah sangat sulit menemukan contoh kaligrafi sebagai tipografi buku-buku masa kini.
akmar hisyam bin zulkifli
syamsul nazmi mohd saad

Meskipun kaligrafi dalam tulisan arab lebih dikenal, tetapi banyak pula penerapan aplikasi ke dalam tulisan latin.Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi. Biasanya isinya disadur ayat-ayat Al-Quran. Bentuknya bermacam-macam, tidak selalu pena diatas kertas, tetapi seringkali juga ditatahkan di atas logam atau kulit.
ahmad nor mupangat


Salah satu bentuk penerapan kaligrafi Islam sebagai seni hias adalah di Istana Al Hamra, Spanyol.

Paham sudah? Kalau tak faham boleh refer lagi google..OK..Entry ni mungkin tidak memberikan input buat anda..Tapi tak pe..Kalau suka, LIKE aje..tak suka xpayah baca..Special thanks to kawan saya Encik Hasrul Ariffin bin Mohd Badri yang sudi untuk mengahbiskan masa, memerah idea dan menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan seni tulisan khat ini..InsyAllah, kalau berminat, is dibuka untuk membuat tempahan..Tak mahal pon, buat masa sekarang 1 nama adalah *RM5 ringgit je..Kalau pergi dekat luar tu, mungkin mahal lagi la..
sarjana muda elektrik telekomunikasi

Kepada yang berminat boleh hubungi En. Abu: mohamadhasrul@gmail.com

dengan menghantarkan butir2 berikut:

1- nama yang telah dikonvertkan.
2- warna ackground dan tulisan.
3- bank in atau topup rm5 selepas siap.



p/s: konvert nama korang dari rumi ke jawi dulu di http://www.ejawi.net/converterV2.php
p/s/s: pilih background colur dan tulisan sendiri
* tertakluk pada terma dan syarat.

Kekasih baru...

Tajuk tu memang cannot go kan? Minta maaf la buat anda yang klik disebabkan tajuk..Jangan analisa sesuatu benda bedasarkan apa yang anda nampak pada luaran dia..kalau org putih cakap, dont judge  a book by look at is cover..

Konsep yang sama cuba untuk saya ceritakan pada kali ni..Jangan pandang tajuk sesuatu entry tu, tapi pandang isi entry tu..jangan pandang sesuatu camera tu buruk, tapi pandang la hasilnya..Ceewah...Bukan main lagi cakap..Huhuhu..Maaf la hati sedikit senang apabila test baru habis tadi walaupun susah giler..Open book pon macam tak membantu je pon..

Kekasih baru yang bermula dengan huruf N ni masih segar dalam ingatan ku..Kekasih dulu mula dengan huruf S..Tapi kekasih yang baru ni saya masih belum sentuh2, just pandang2 je dulu buat masa ni..Al maklum la final year student..banyak sangat komitmen kepada benda2 lain..Tak lupa juga komitmen kepada agama yang mana menjadi tanggungjawab kita untuk sebarkan islam ke serata dunia..kalau kita tak sebarkan, siapa lagi kan? Bagaimana nak sebar? Macam2 kaedah boleh guna..salah satunya adalah blog..Ok..Gunakan wadah yang tersedia di dipan anda dengan sebaiknya..

Huhu...Cukup untuk kali ini..Just nak perkenalkan kekasih baru saya..Nikon F601..hahaha..Masih baru lagi di skudai ni..Tapi umur dia kurang lebih umur saya..Menggunakan Filem sepenuhnya dan adalah camera SLR yang ke 2 kalau tak salah yang memperkenalkan AF. Dengan keupayaan FF( fullframe) , saya akan cuba untuk belajar dengan lebih baik menggunakan camera ni..Camera ni bukan jadi camera utama, tetapi adalah camera ke 2 yang digunakan mengikut kesesuain tempat atau majlis..

Special thanks to my beloved famliy mak n ayah sebab bagi kepercayaan kepada nabil untuk bawa camera ni ke UTM..Bukan senang ayah nak bagi anak dia bawa benda2 gini di tempat belajar..mungkin sebab saya dah final year kot..Apa2 pon, saya tidak lupa tanggungjawab sebgai seorang pelajar+islam+anak+cameraman+businessman+engineerman..Huhuh..Wasalam

Lihat gambar besor di sini--> http://nabilpotter.com/


Kejohanan All England 2011 | Chong Wei Vs Lin Dan

Fuhh...Habis sudah Kejohanan All ENgland 2011 semalam dimana kita memperolehi 1 lagi kejuraan yang dikatakan besar jugak didalam cicuit badminton selain sukan olimpik..Walaubagaimanapun, adatt permainan la ada kalah ada menang..


Kekalahan buat pasukan beregu negara sama sekali tidak memberi kesan buat Datuk badmninton kita..Tahniah juga buat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kerana menunjukkan semangat yang tinggi..Tahniah sekali lagi.."Hilang fokus akibat keinginan membuak-buak untuk menamatkan kemarau setahun tanpa gelaran antarabangsa mendorong kepada kekalahan 21-15, 18-21, 18-21 kepada Boe-Mogensen dalam masa 1 jam, 8 minit, biarpun Kien Keat-Boon Heong memulakan aksi dengan amat meyakinkan pada kejohanan badminton tertua di dunia itu."(utusan)



Agak rugi jugak tak dapat tengok pertembungan 2 jaguh dunia smalam..Walaubagaimanapun, dengan adanya youtube, saya dapat tengok semula apa yang dimainkan semlam..Agak berpuas hati bila Lin Dan kalah..Lin Dan yang agak ego tu kalah straigh set kepada Chong Wei dengan 21-17, 21-17. Tahniah buat Datuk Lee..Mesti penuh court badmiinton petang ni..Huhu..

Lin Dan yang kalah..

Tidak lupa juga buat rakyat Malaysia di sana yang memang terbaik la..memang semangat sangat diorang bagi semangat kepada Datuk Lee..Mungkin antara faktor kita menang semalam pon disebabkan semangat yang ditunjukkan penonton kita kepada Datuk Lee. Tahniah juga buat penonton semalam..

Kepada yang tak sempat tengok tv semalam, berikut saya sediakan sebahagian link yang boleh tengok..Kualiti terrbaik..

Part2
Part3
Part4
Part5
Part6
Part7
Part8

Tsunami di Jepun 8.9 sekala richter | Gambar dan video


Assalamualaikum w.b.t.

Semoga kita dalam keadaan bersedia dari segi segala aspek..Banyak2kan berdoa supaya Malaysia terselamat daripada gelombang Tsunami..Buat masa sekrang, dikhabarkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh di jepun dan kini Tsunami melanda Hawaii.



Amaran Tsunami telah dikeluarkan kepada negara berikut seperti new Zealand, Indonesia, Philipina dan Negara2 lain.



Info Jumaat 32 | Aduhai Wanita..

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bertemu lagi kita semua buat kali yang ke 32 dalam segemen info jumaat..Semalam kita semua telah didedahkan dengan perkara2 syubhat dan bagaimana kesan2 kalau kita terlibat dangan perkara2 syubhat..

Minggu ini saya tidak menulis tetapi ingin berkongsi satu artikel daripada Kelab Iqra' UTM yang mana salah satu kelab yang agak terkenal di UTM ni dengan menjalankan pelbagai program kearah pembentukan ruhi mahasiswa kepada islam..InsyAllah, kalau kita bersama2 menjalankan kerja Allah, kita akan dapat juga sebhagian amal2 kebaikan. InsyAllah, kita boleh sama2 beri sokongan kepada Kelab Iqra' UTM supaya lebih dikenali diseluruh kampus khasnya dan juga diseluruh Negara Amnya..Jom LIKE fan page kelab Iqra'...Hehehe..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Aku menjenguk dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.
( Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5198


Jika diteliti beberapa perkara yang berkaitan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah di antara masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita di azab oleh Allah di dalam neraka, tetapi yang peliknya masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh kaum wanita!


persoalannya..

Adakah islam menggariskan panduan berpakaian kepada kaum wanitanya kerana ingin menyusahkan mereka?

Renungilah firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 ini..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Hakikatnya, hikmah menutup aurat itu kerana mahu melindungi diri kalian wahai muslimah. Itulah cara islam meninggikan darjat kaum wanita agar tidak sama seperti kaum wanita agama lain. Adakah kalian berasa bangga diganggu lelaki-lelaki yang tidak dikenali dijalanan? Adakah kalian merasa gembira menjadi tumpuan mata para lelaki yang rosak hatinya di luar sana?

Sayangilah dirimu wahai muslimah..

Jangan rendahkan dirimu ke tahap yang terendah semata-mata kerana ingin memenuhi kehendak nafsu duniawi..ayuh kita cermin pakaian diri!

Teruskan membaca...

Aku menyesal kawin...

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...



Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..


Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..



Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..


Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..


Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!



(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

Jom rramai2 LIKE! dekat sini.
Kredit to my friend: Bakheet :)

Imej menarik dari satellite

Memandangkan minggu ni masa amat tidak mengizinkan untuk mengupdate blog, apa kata saya kongsikan sahaja gambar daripada satu sumber yang bertajuk imej dari satellite..Gambar ni diambil daripada beberapa lokasi dan juga situasi yang berbeza..Sebagai seorang penganut agama Islam, kita bukan sahaja melihat sesuatu dengan mata kasar, tapi kita seharusnya melihat sesuatu dan memikirkan tentang kehebatan Allah pencipta alam ini..Semoga dengan memikirkan itu akan menambahkan lagi iman kita dan akan menguatkan lagi ibadah kita kepadaNya..Jom tengok..

Niagara Falls

The image shows the Niagara River that connects Lake Erie to Lake Ontario, snaking around Goat Island, in the lower left of the full image. Most of the river's water plummets over the Canadian/Horseshoe Falls, but some diverted water spills over American Falls and Bridal Veil Falls downstream. Every second, more than two million liters of water plunges over the Horsehoe Falls segment of Niagara Falls creating one of the world's largest waterfalls as well as eating away as much as two meters of rock per year. The image was acquired August 2, 2004




Tsunami strikes the coast of Sri Lanka


This is a natural color, 60-centimeter (2-foot) high-resolution QuickBird satellite image featuring the southwestern coast of Sri Lanka. Imagery was collected on December 26, 2004 at 10:20 a.m. Local time, slightly less than four hours after the 6:28 a.m. (local Sri Lanka time) earthquake and shortly after the moment of tsunami impact.

Ground Zero, New York City


This one-meter resolution satellite image of Manhattan, New York was collected at 11:43 a.m.. EDT on Sept. 12, 2001 by Space Imaging's IKONOS satellite. The image shows an area of white and gray-colored dust and smoke at the location where the 1,350-foot towers of the World Trade Center once stood. Since all airplanes were grounded over the U.S. After the attack, IKONOS ! Was the only commercial high-resolution camera that could take an overhead image at the time.

Grand Canyon


Northern Arizona and the Grand Canyon are captured in this pair of Multi-angle Imaging Spectroradiometer (MISR) images from December 31, 2000. The above image is a true color view from the nadir (vertical) camera. In addition to the Grand Canyon itself, which is visible in the western (lower) half of the images, other landmarks include Lake Powell, on the left, and Humphreys Peak and Sunset Crater National Monument on the right. Meteor Crater appears as a small dark depression with a brighter rim, and is just visible along the upper right-hand edge.


Malosmadulu Atolls, Maldives


North and South Malosmadulu Atolls are in the Maldives, an island republic in the northern Indian Ocean, southwest of India. The Maldives are made up of a chain! Of 1,192 small coral islands, which are grouped into clusters of atolls.. It has a total area of 298 square kilometers and a population of about 330,000. The capital and largest city is Male, with a population of about 80,000. Arguably the lowest-lying country in the world, the average elevation is just 1 meter above sea level. The natural-color ASTER image of the Malosmadulu Atolls was acquired on December 22, 2002, and is centered near 5.3 degrees North latitude, 73.9 degrees West longitude.


Ayers Rock (Uluru), Australia


This IKONOS satellite image of Ayers Rock was collected Jan. 17, 2004. Ayers Rock is located in Kata Tjuta National Park, 280 miles (450km) southwest of Alice Springs, Australia. It is the world's largest monolith, an Aboriginal sacred site and Australia's most famous natural landmark.

Noah's Ark Site?


Is it or isn't it? Satellite images of Mt. Ararat, Turkey have pointed to a possible sighting of Noah's Ark. Decide for yourself! Compare this image taken by Digital Globe on September 10, 2003 with Shamrock -- The Trinity Corporation' s image (enlarge). Also, note their image is flipped.

The Nile River


This image of the northern portion of the Nile River was captured by the Multi-angle Imaging Spectroradiometer' s (MISR's) nadir camera on January 30, 2001. Against the barren desert of northeastern Africa, the fertile valley of the Nile River runs northward through Egypt. The city of Cairo can be seen as a gray smudge right where the river widens into its broad fan-shaped delta. Other cities are dotted across the green landscape, giving it a speckled appearance. Where the Nile empties into the Mediterranean Sea (top) the waters are swirling with color, likely a mixture of sediment, organic matter, and possibly marine plant life. Farther west! , the bright blue color of the water is likely less-organically rich sediment, perhaps sand.

Earth's City Lights


This image of Earth's city lights, captured on October 19, 2000, was created with data from the Defense Meteorological Satellite Program (DMSP) Operational Linescan System (OLS). The brightest areas of the Earth are the most urbanized, but not necessarily the most populated. Cities tend to grow along coastlines and transportation networks. The United States interstate highway system appears as a lattice connecting the brighter dots of city centers. In Russia, the Trans-Siberian railroad is a thin line stretching from Moscow through the center of Asia to Vladivostok. The Nile River, from the Aswan Dam to the Mediterranean Sea, is another bright thread through an otherwise dark region.

Mount St. Helens, Washington


On a Space Station expedition, astronauts observed and captured this detailed image of the volcano's summit caldera. In the center of the crater sits a lava dome that is 876 feet above the crater floor and is about 3,500 feet in diameter. The dome began to form after the May 18, 1980 eruption of Mount Saint Helens. After the eruption, there was not any dome building eruptions for more than a decade. Afternoon lighting accents the flow features in the volcanic and debris flows and the steep valleys eroded into the loosely consolidated material near the summit. This picture was taken on October 25, 2002

The Great Pyramid, Giza, Egypt

Marinata cookies | cookies buatan tempatan

Cookies memang sedap dimakan..Nak lagi sedap apabila orang bagi free cookies tu dekat kita..Heheh..Bukan ape, seperti cookies2 diluar sana, harga dia memang agak sedikit mahal..Tapi itu bukan satu persoalan sebabnya disamping harga yang mahal, ada rahsia disebaliknya..Huhu..





Ok..marinata cookies adalah cookies buatan anak temptan..Tokey marinata cookies ni juga meupakan seorang bloggers jugak..Kalau tak salah umurnya baru 20an dan meunutu di UKM..Dengan menyahut seruan kerajaan supaya golongan mudia menyertai bidang business ni, makanya dia mengambil kesempatan untuk membuat cookies ni..Alhamdulillah semakin hari semakin ada peningkatan di dalam business beliau..


Apa salahnya kita bantu rakan2 kita kan? InsyAllah cookies di dijamin 100% halal..Kalau nak tahu detail pasal marinata cookies ni, korang boleh lawati blognya iaitu http://marinatacookies.blogspot.com/ . Difahamkan juga, marinata cookies ni kini telah berdot com..Ini adalah URL yang berdotcom http://www.marinatacookies.com/ .


ok..Anyone yang nak saya promotekan business anda, boleh direct email saya di nabilpotter@gmail.com.. Bergantung kepada terma dan syarat..

Keputusan Terkini Piala FA 2011 | 4 Mac 2011


Negeri Sembilan 0 Vs Kuala Lumpur 0

PKNS FC 1 Vs Pahang 3

Perak 3 Vs Sime Darby 0

Selangor 2 Vs Harimau Muda B 1

Johor FC 0 Vs Kelantan 1

Felda United 1 Vs Kedah 0

Info Jumaat 31 | Syubhat

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera..Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan bernyawa dan beribadah kepadaNya..

Bersyukur juga kita kerana masih lagi diberi 2 nikmat yang besar iaitu Iman dan islam..Pertama sekali kita sama2 sedekah baccan Al- Fatihah untuk ayah kepada sahabat saya Bazli yang kembali kerahmatullah pada malam semalam semoga bersama dengan orang2 yang beriman..Al-fatihah..

ok..semalam saya diberi kesempatan untuk present tajuk hadis ketika halaqah semalam..So, saya membawa salah satu hadis daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi dah diterjemah san syarahnya oleh Mustafa 'Abdul Rahman. Hadis yang akan saya tulis ini adalah hadis ke 6 daripada hadis 40.

Hadis ni merupakan hadis yang agak panjang.Ia boleh dibahagikan kepada 4 subtopik iaitu suatu yang halal dan haram, perkara-perkara syubhat, kawasan larangan dan kedudukan hati..Tapi insyAllah saya akan mengulas point yang ke 2 iaitu perkara2 syubhat aau kesamaran.

Apa yang dikatakan perkara2 syubhat ini? Ok, perkara syubhat ini adalah perkara yang antara halal dan haram yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakkan manusia tentang halal haramnya,Senang citer, perkara yang tidak dapat dipastikan adakah hala atau haram..Kiranya macam kita ragui.

Contoh perkara yang syubhat. Semasa kita nak membeli sesuatu makanan, kita dapati benda makanan tu tidak mempunyai logo halal..Tetapi, disebabkan kita selalu membeli makanan tu, maka kita pon ambil jugak tanpa mengira hukum halal dan haram..So, perkara sebeginilah yang dikatakan syubhat dan seelok-eloknya kita tidak membeli jikalau kita meragui status hala haramnya.

Di dalam buku halal dan Haram tulisan Yusuf al-qardawi, kata beliau, setiap perkara tu pada awalnya adalah halal..Maka, selagi perkara itu tidak dinyatakan tentang haramnya, perkara tersebut adalah halal. Huraian tentang halal haram ni memang agak lebor penjelasannya..Mungkin boleh rujuk ustaz2 atau buku untuk makluman lanjut..

Berbalik kepada syubhat, di dalam hadis ni, Rasulullah s.a.w bersabda, barangsiapa yang memelihara daripada perkara2 syubhat ini, maka ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya.

Kemudian Rasulullah s.a.w menerangkan dalam hadis tersebut barangsiapa yang jatuh ke dalam syubhat, jatuhlah ia kedalam yang haram. Melalui pengertian ini, Imam Nawawi bahawa ada 2 kemunkinan. Pertama: orang yang mengejarkannya dengan sangkaan tidak haram. Kedua: org yang mengejarkannya beerti akan jatuh ke dalam yang haram.

Secara ringkasnya, orang yang ingin memelihara kehormatan agama dan peribadinya, selalu berusaha mengelak diri daripada supaya lebih selamat dan lebih mententeramkan jiwnnya. Dengan demikian , tidak lagi dibimbangkan akan melakukan sesuatu yang haram secara yang tidak disedari.

p/s: kalau ada salah harap tolong betulkan..Saya hanya sekadar lelaki biasa..


Aku Masih Dara

Assalamualaikum.. tadi ketika nak ambik cerita hantu mak limah dari pendrive seorang rakan di pejabat, aku ternampak sebuah lagi cerita melayu yang aku rasa baru (sbb tak pernah dengar tajuk pn sebelum ni). Tajuk cerita tu ialah “Aku Masih Dara”. Aku pn pasang la sekejap tadi sementara nak tunggu waktu asar. Tgk mcmtu2 ja, drag laju..12min dah habes tgk semua.. hahaha

Aku terdetik sekejap. Kenapa perlu dibuat cerita “aku masih dara” ni? Adakah susah nak jumpa anak gadis yg belum berkahwin tetapi masih dara pada harini?? Adakah ini realiti ataupn fiksyen semata2? Kalau lah ini semua reality, aku mohon perlindungan Allah daripada azab siksaanNya yg amat pedih.



Tiba-tiba aku teringat balik kata-kata seorang pegawai Majlis Agama Islam Johor pada kursus pra-perkahwinan minggu lalu, beliau menceritakan mengenai suatu kajian yg dijalankan oleh UKM pada tahun 2009. Kajian ini bertujuan nak mendapatkan beberapa fakta mengenai belia-belia Islam yg belum pernah berkahwin yg mana rata-rata mereka merupakan mahasiswa2 bijakpandai. Maklumat hasil kajian tu sungguh mengejutkan kami.

Menurut pegawai tersebut, hasil kajian telah menunjukkan seramai 800 daripada 870 responden (belia Islam yg masih belum pernah berkahwin) mengaku pernah melakukan seks (ZINA) sebelum alam perkahwinan. Terkejut tak?..800 daripada 870 iaitu hampir 92%. Ini bermakna, setiap 9 daripada 10 orang antara kita adalah PENZINA!! Nauzubillah.

Sangat dasyat angka ini. Aku ingat lagi ceramah Ustaz Ismail Kamus tentang tanda-tanda kiamat, salah satunya adalah “akan hampirinya kiamat apabila berleluasanya zina, sehigga berlakunya zina di jalan-jalan”.

Dah jadi ke tidak menda ni skrang ni?? Kalau kat sekitar JB ni, time weekend ja mesti bnyk kereta yg ‘rosak’ kat sekitar pantai Lido sana tu. Dan ada yg pernah ditangkap tak sempat nak pakai baju pn.. hermm..

Aku memohon perlindungan mu ya Allah, lindungilah kehormatan aku dan peliharalah iman ku, keluarga aku, sanak saudaraku dan jiran tetanggaku daripada menjadi sebahagian daripada statistik yg mengerikan ini dan semoga dijauhi daripada azab Mu yg Allah.

Sekadar nasihat menasihati. Semoga kita bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut..

Firman Allah dalam surah Al-israa' ayat 32

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "

Dari segi ayat tu kita dapat tafsir secara ringkasnya bahawa zina itu bukan sahaja dilarang tetapi even mendekati zina pon Allh melarang kita...So, sama2 kita renungkan dan selamat beramal.. :)


i-Pad 2 | Video + Picture

Akhirnya setelah lama ditunggu2, ipad2 kini telah keluar menemui peminatna di seluruh dunia..Tapi, biasa la benda baru..so tak ramai algi yang tahu selok belok apa yang terdapat di dalam i-pad 2 ni sehingga digambarkan seperti gadget of the year.

Dekat sini saya cuba untuk kongsikan satu video yang sedikit sebanyak menerangkan apa yang terdapat di dalam ipad 2 ni..i-pad 2 ni dikeluarkan dengan lebih nipis sedikit..Selain itu, dengan keupayaannya mempunyai camera, i-pad 2 langkah setapak kehadan berbanding i-pad yang lepas..Sebenarnya banyak lagi application yang baru..Korang boleh tengok video then boleh la buat conlusion sendiri..


So, adakah i-pad 2 menjadi sasaran penggemar gadget ? .Kalau tak salah, ipad2 masih belum masuk pasaran Malaysia..Kalau nak beli, kena tunggu lagi la yew..Just my 1 sen..




special cover yang bermagnet..
Wasalam.

p/s: Nak I-pad2 Free? Click contest ni..