Biasiswa MARA 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar dan dalam negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat juga digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai cara permohonan boleh diperoleh dengan melayari

Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 
03-2693 6666,
03-2694 6622 dan 
03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau 

emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum

a) Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2010; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Tarikh tutup 30 MAC 2011

5 comments:

suffer8zine said...

huhu den loan mara

Terkini : Panas!!!

Anonymous said...

good share.. thanks

Unknown said...

budak 2007 bley lagi x???
kekeringan ni kakaka

Unknown said...

Perlu sumber rujukan boleh lihat di sini :

http://iluvurl.com/biasiswamara

Unknown said...

Nama saya Leon dari Lincoln University College, saudara boleh melanjutkan pelajaran di Lincoln University College.Saudara boleh pilih kursus-kursus Diploma yang saudara minati. Pendaftaran hanya RM500 dan boleh masuk kelas belajar. Kami boleh menolong saudara dapatkan pinjaman dari PTPTN loan nanti. Kolej alamat kita ialah:- Lincoln University College No.2 Jln Stadium SS7/15, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya. Sila hubungi saya Leon 012-6575693 untuk mendapatkan informasi kursus-kursus yang di tawarkan di college Lincoln.