Friday, March 25, 2011

Info Jumaat 34 | Tsunami dan Tanda Awal Kiamat

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog ini yang masih tidak putus2 lagi untuk jengok walaupun tidak baca..InsyAllah, info jumaat masih lagi diteruskan..Rasa rugi sangat kalau kita tahu something yang bagus tapi kita tidak menyampaikan kepada orang lain..So, untuk tidak merasa rugi, semalam saya telah dibentagkan dengan tafsir surah at-takwir.

Ok..Korang semua boleh buka al-quran masing dan baca terjemahan dia..Surah ini adalah surah makkiyah dan mengandungi 29 ayat..Secara genralnya, boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama ayat 1-14 dan bahagian ke 2 dari 15-29.

Mengikut buku Tafsir Al-Wadih tulisan Dr Muhammad Mahmud Hijazi, surah ini membincangkan mengenai kebangkitan dengan menyebut mukahimah kiamat dan peristiwa ketika berlaku kiamat..SubhanAllah, bila sahabat saya present semalam, tiba2 saya rasa amat takut dengan gambaran2 yang dikhabarkan..Berikut adalah apa yang telah diceritakan dari ayat 1-14.

1-Apabila matahari digulung
2-Dan apabila bintang berjatuhan
3-Dan apabila gunung ganang dihancurkan
4-Dan apabila unta yang bunting ditinggalkan
5-Dan apabila binatang liar dikumpulkan
6-Dan apablia lautan meluap-luap bercampur baur
7-Dan apabila roh disatukan 
8-Dan apabila bayi perempuan ditanam hidup2 ditanya 
9-Disebabkan dosa apakah mereka dibunuh
10-Dan apabila catatan dibentangkan
11- Dan apabila langit dikupas
12- Dan apabila neraka Jahim dinyalakan
13- Dan apabila syurga didekatkan
14- Maka tiap2 jiwa mengetahui apa yang telah dikerjakan.

SubhanAllah..Takut saya apabila membaca terjemahan bagi ayat 1 -14 ni..Apa yang nak digambarkan disini adalah awalan kiamat dimana Malaikat Israfil menuip pada kali pertama..Cuba bayangkan apabila matahari digulung..Makanya kita tidak ada cahaya langsung walaupun siang mahupun malam..Kita juga boleh bayangkan pada masa itu semua akan menjadi huru hara..Ibarat kita berada di dalam bilik gelap..

Apabila bintang dijatuhkan? Cuba bayangkan, bintang adalah lebih besar daripada matahari..Di lanet kita bukan ada 1 je bintang..Malah berbillion2 bintang..Cuba bayangkan kalau bintang jatuh kepada kita..Kalau kapal terbang jatuh pon dah cuak, apakah ini bintang..SubhanAllah..




insyAllah, saya tak nak cerita detail sangat..Tapi just nak membawa kepada kita semua supaya mengambil iktibar dari Tsunami yang berlaku barru2 ini..Ini baru sebhagian..Baru kombinasi antara laut dan gempa bumi...Cuba bayangkan kalau dengan masa yang sama berlaku juga benda2 yang lain? Allahuakbar..

Takut sangat mendengar gambaran2 yang memang pasti akan berlaku..Ini bukan main2 yew..Ini adalah the real story..Al-Quran tidak pernah tipu..Kalau kita tengok video di Jepun tu, agak seram kan? So, takkan hanya seram menjadi perbualan kita?

InsyAllah, kita sama2 pertambahkan iman kita..Banyak menolong orang dan kurang2kanlah membuat maksiat..Ingat, kita tak tahu biila kita nak mati..Jangan tunggu nak tua baru nak insaf..Saya cakap ni ibarat cakap di cermin..Semua ni adalah untuk saya dan untuk semua pembaca..



Minta maaf, saya bukan seorang ustaz..Tapi seorang bakal ENgineer yang bercakap mengenai agama..Kalau ada salah mohon ditegur degan berhemah..

Wasalam..

8 comments:

Kazaztan Team said...

Salam,

islam tdk pernah melarang bakal engineer bercerita pasai agama...

Anonymous said...

huikk.. apa kaitan bakal engineer cerita psal agama dgn tajuk tanda2 kiamat ni.. huhu

muhammad akmal said...

negara kita digemparkan lg dengan fitnah2 orang politik, A tuduh B, B tuduh A yg mana kita tidak tahu siapa pihak yg difitnah dan siapa pula yg memfitnah. Maka lebih baik kita berdiam. Amerika dan Yahudi terus membunuh umat Islam di Libya..dengan memfitnah LIbya (Muarmar Gadaffi) dengan pelbagai fitnah yg tak pernah wujud. DUlu laknatullah ni telah memfitnah pemerintahan arwah Saddam Hussin memiliki senjata kimia dan biologi dan menghalalkan pembunhan umat Islam, tetapi fitnah tetap tinggal fitnah.. dan tidak ada apa yg dibuat oleh kita sebgai orang Islam selain terus menyokong Yahudi (beli produk2 yg sah2 menjadi tulang belakang yahudi ie. McD, anda lebih tahu)..

apa yg nak diketengahkan ada kaitan dgn tajuk ini iaitu semakin dekat belakunya kiamat apabila fitnah berleluasa..

TAKUTkan.. itulah kenyataan dan ketentuan Allah. marilah kita sama2 bertaubat dan kembali ke jalan ALlah sebelum pintu taubat tertutup selamanya2...

muhammad akmal said...

kalau fitnah mcmni pn dah terkantol, mcmana pula nk berdepan dengan fitnah Dajjal?? marilah kita memohon pada Allah utk diberi perlindungan dari fitnah Dajjal.. amin..

mye said...

subbanaallah..
takutnya..smoga kte smpat brtaubat sblum trlmbat dan berusaha r untuk mlkukan ibadat kpd Allah dan mnta dibrikan taufik dan hdayah...
huhu

Asyikin Azizan said...

Subahanallah...
Allah sedang memberi peringatan kepada umatnya...

semoga saya tergolong didalam golongan yang terpelihara..

akmal said...

thailand pn dah kena gempa bumi..

eila's roy said...

Subhanallah... Allah sedang memberi peringatan kepada semua umatnya... Allahuakbar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...