Wednesday, March 2, 2011

Kepala masuk dalam longkang

Kepala dalam longkang? kalau ditengokkan pada tajuk tu, macam agak ngeri jugak la untuk membaca..Tapi, dengan niat nak tahu disebalik tajuk tu, saya pon sanggup click untuk membaca walaupun membayangkan ianya ngeri dan ada gambar2 kepala tercabut yang tertinggal di dalam longkang....

Tapi lain pula jadinya..Kisah yang diingatkan seram rupa2nya tak de la seram sangat..Cuma cerita pelik dan mungkin agak jarang2 la kita dengar..Kalau korang belum baca, boleh baca artikel ni dekat metro..ok..

************

MASJID TANAH: Suasana di hadapan sebuah kedai makanan di pekan ini, gempar seketika, apabila seorang lelaki berusia awal 30-an terjatuh dari motosikal secara tiba-tiba, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu turut disaksikan beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera di kedai itu dan terkejut melihat aksi lelaki terbabit merangkak di atas jalan raya selepas terjatuh dari motosikalnya.

Pelanggan kedai makan berkenaan, Mohd Shahril Salleh, 32, berkata, lelaki itu dipercayai mabuk berikutan motosikal ditunggangnya terhoyong-hayang dan tersembam ke atas jalan sebelum dia merangkak ke arah longkang berdekatan.

Menurutnya, dia perasan lelaki berkenaan datang dari lorong di belakang kedai makan berkenaan.

“Masa itu saya berdiri di tepi kedai tidak jauh dari tempat dia terjatuh dan mengesyaki dia mabuk kerana motosikal itu kelihatan terhoyong- hayang.

“Tak lama selepas itu saya perhatikan dia sudah tergolek atas jalan dan beberapa pelanggan yang berada di dalam menjerit melihat kepala lelaki berkenaan berdarah tapi apabila kami nak tolong dia tak mahu dibantu,” katanya.

Katanya, orang ramai yang berada di kaki lima cuba mengalihkan motosikal di atas jalan, tetapi dihalang lelaki terbabit serta mendakwa dia masih normal dan tidak mahu diganggu sesiapa.

“Saya dan pelanggan terpaksa berundur kerana bimbang dia mengamuk. Mulanya saya dan beberapa pelanggan hanya memerhatikan saja lelaki berkenaan berjalan ke motosikalnya. Saya sangkakan dia nak hidupkan enjin motosikal namun dia tidak berbuat demikian.

Teruskan membaca...

***********

6 comments:

Novelgurl said...

salam..erk..dh la mabuk sombong lak tu.ish..pdm muka

muhammad akmal said...

dah buang tebiak nak mampos agaknya ni

"Tiba-tiba lelaki berkenaan merangkak menuju ke bucu longkang yang agak dalam di tepi kedai makan dan menjunamkan kepala ke dalam longkang dengan kakinya ke atas"

::FAIZ FARISH:: said...

Penagih kot

mye said...

da jgk org bodoh smbong pd masa skunk nie..
huhu

SyahmiFikri said...

tuh telebih bodoh nama nya!!

biaq mati je org camtuh! senng!!

Anonymous said...

memang sengaLLL la org tu.huh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...