Wednesday, March 23, 2011

Luahan hati seorang pemandu bas...

Pada beberapa hari lepas, saya telah naik satu bas ekspress daripada alor setar ke johor..secara normalnya, bas mengambil masa lebihkurang 11 jam untuk tiba ke destinasi..Kalau laju, cepat la sampai.. kalau lambat, boleh mencececah 13 jam perjalanan..Kalau musim perayaan, 16 jama pon boleh....huhu..

Destinasi hentian yang pertama adalah stesen bas Batu Pahat Johor..So, bila dah sampai tu, siapa rasa nak turun dekat situ, turun la..Kalau tak nak turun, makanya turun dekat Larkin la..Ok..

Bila semua org dah turun, seorang penumpang tanya, pakcik boleh tak turunkan dekat UTHM? Mmm..minta maaf..Pak cik tak boleh berhent situ..Kalau nak turun, dekat sini je..Pastu budak tu tanya lagi, tak boleh ke pak cik? depan tu ja? tak boleh..So, budak tu dengan emonya turun dari bas..

so,bas pon teruskan perjalanan..Disini bermulanya luahan hati pak cik bas tu..



Pak ck tu cakap, kamu tengok tadi..Dalama ramai2 yang turun, 2 orang ja yang terima kasih..tu pon dua, dua orang tu chinese..Kamu tengok yang melayu, sorang pon tak ucap terim kasih..Tambah pak cik tu lagi, nama ja pelajar universiti, terima kasih pon tak reti nak bagi..Awat, dah rasa bangga sangat ka duduk universiti? Semua dalam bas tu diam je dengar pak cik tu bagi ceramah..

Pak cik tu tambah lagi, orang melayu kita ni, dulu terkenal dengan budi bahasa..Sekrang ni semuanya dah tak da..Semua org lain dah amik dah budaya kita dulu..Tolong la, kalau ya pun hormat la kami sebgai orang tua..Jangan la sombong sangat..( sambil geleng-gelengkan kepalanya)...

FUhh..menusuk jugak saya dengar pak cik tu cermaha..Dalam hati, hah, ada point ni utk buat entry...Hehehe..Tapi insyAllah, semenjak tahun 1 lagi, saya memang naik bas dan akan ucap terima kasih dekat
driver bas..Bukannya rugi pon nak kata cmtu..Malah diorang rasa lebih dihargai..Please ek kawan2, yang mana naik bas ke, teksi ke, bagi la ucapan terima kasih..Kalau yang naik flight tu, bagi juga terima kasih dekat pramugari kalau tak boleh bagi dekat pilot..huhu..

Budi bahasa budaya kita..Jadikan la budi bahasa satu amalan yang patut kita ada dalam setiap hati kita..Ok..Tak rugi pon berbudi bahasa..

p/s: pengajaran buat semua termasuk saya..

10 comments:

Rina Rossoneri said...

Yup yup, dah biasa cakap terima kasih kat pakcik bas..sampaikan dengan bas rapid pun cakap gak, tapi menyirap bila pemandu salah faham dan memulakan operasi mereka nak mengorat...haishhhhh..

Dawa said...

kdg2 kita xreti lgsg nk hargai pengorbanan mereka yg byk menolong kehidupan seharian kita. mcm cleaner ke, mcm tukang ambil order ke, angkat pinggan2 kotor ke

Hasrol Nizam said...

susah sangat ke nak cakap terima kasih? aku pun kadang2 tak cakap, tapi senyum je. :D

c i [k] j e L i t a said...

Betul tu saya selalu balik Batu Pahat and ramai je student dekat dalam bas tu. Tapi nak dengaro dorang cakap terima kasih pun payah.

Anonymous said...

budak universti memang camtu.. makin belajar tinggi2, makin jahil.. belajar utk grad semata2, maka jadilah camtu.. kes2 sosial lebih bnyk melibatkan pelajar yg so call "MAHASISWA" bebanding yg kurang berilmu.. jahilkah anda? tgk la pakaian masing2.. kat uni skrang, pakai ketat2 ala2 artis tu dah dkira POWER and VERY UP TO DATE. kalau yg pakai labuh2 tu dituduh PURA-PURA ALIM walhal dalam Islam, lantak ko la alim ke tak, yg penting melabuhkan pakaian bg wanita tu WAJIB.. MAHASISWA kah anda?? TERPELAJAR kah anda atau sekadar first class di atas paper?? my 2 cents.

aman

mye said...

blew mnusia di akhr zman ssh sgat nk wat prkara baik wlaupun hakikatnya mdah untk dlakukan..
huhu

KiN said...

huhu...dah lama xnek bus :)

suffer8zine said...

hari2 naik bas ke kelas

Terkini : Panas!!!

muhammad akmal said...

tekeluar topik tp terbaca post yg atas tu.. huhu

BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

shera haifa said...

btl xrugi pun ucp terima ksh..tmbh2 pakcik2 tu dh bwa kita selamat smpai ke destinasi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...