17 Warga Chicago Peluk Islam Setelah Lihat Iklan Di Bas

Salam...Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang telah ramai yang telah revert ke agama Islam..Alhamduliilah juga kerana mereka2 ini telah faham dan diberi petunjuk serta hidayah Allah untuk berada di Agama Allah yang selamanya tidak akan sesat..Tapi, kita kena ingat, kita juga perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan Islam..Tapi, adakah kita berperilaku seperti seorang Islam? Bagaimana dengan hal-hal muammalat? Solat ? dan banyak lagi hal2 harian kita yang perlu untuk kita ilahkan kepada Allah s.w.t.

Berikut adalah cerita yang saya dapat daripada email dan InsyAllah niat saya sebarkan cerita ni hanya satu kerana Allah s.w.t,moga sharing ni akan memberi idea baru dan semangat baru untuk orang yang beragama islam supaya sentiasa melakukan dakwah sehingga Islam terletak pada paksinya. Jadilah seperti orang Islam yang Original.

*****************

17 Warga Chicago Masuk Islam Setelah Lihat Iklan di Bas
Beberapa waktu lalu, artikel Gain Peace, Berdakwah Lewat Bas Kota mengeluarkan laporan tentang kegiatan kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas, yang dilakukan organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, ada 17 warga Chicago yang menyatakan diri masuk Islam.

Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas

"Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sadar bahwa itulah akhir dari pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya," kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya selebaran dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari risalah itu. "Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca," Toole mengisahkan.

"Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya," sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan "Got Questions? Get Answers" dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadat pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

"Saya sangat berterimakasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam," kata Toole.

GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka bisa belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. "Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahwa anda telah menemukan rumah yang benar," papar Toole.

Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sampai 20 Oktober lepas. Dan iklan itu diperpanjang sampai 23 November mendatang kerana mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago .

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar sebagai biaya pemasangan iklan 25 bas CTA yang melayani jalantaya di seluruh Chicago . Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamanwebnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehbmeluruskan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York . Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Kanada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut.


*****************




19 comments:

Budak Botak said...

Alhamdulillah...

+qasih nadira+ said...

nampaknya kita sudah hampir sampai ke penghujung fasa sebagai umat nabi muhammad s.a.w.Akhirnya syiar Islam dapat berkembang di negara2 ini.Semoga kita mendapat rahmat dari-Nya.Amin...

Aifa Afiqah Sulaiman said...

sangat suke dgn entry nie!! dan bangga menjadi seorang ISLAM..

Unknown said...

Inilah cara yang betul memperkenalkan Islam kepada org bukan islam. Adakah program yang serupa di Malaysia? Kita jgk mesti ada program serupa ini terutama ke kawasan pendalaman. Kawasan yg dihuni oleh org asli dan org asal di sabah/sarawak. Mereka juga layak menetahui agama ini kerana mereka juga dicipta oleh Allah S.W.T.

Rancangan wanita Islam Safiyya TV9 jauh daripada konsep Islam

Nurul Lalala said...

alhamdulillah..yg bukan islam berebut2 nak masuk islam..tp yg sedihnya yg islam pun turut berebut2 kuar islam..astaghfirullah~

Lid'Yaz said...

err..kt m'sia ade x cmni?ape krjaan wt ek?NGO plak cmne?ke dorg just amk ksh sal org lua yg kne bncana je

akmal said...

kat malaysia lebih bnyk iklan yg tededah sana sini ditampal besar2.. bila bab2 iklan mcmni bahaya, takut menimbulkan perasaan tidak senang bg penganut agama lain.. apa daa.. negara kafir pn bleh buat, apatah lagi negara yg selalu dipuji2 sebagai negara islam contoh ni.. aduh.. masing2 sebok dgn kerusi, undi, kedudukan, pangkat semata2.. ntahlah.. kalau ada mana2 NGO yg nk buat camni kat malaysia, jgn lupa contact sy.. sy rela jadi sukarelawan sbb itu ja yg sy mampu =)

email sy: akmal.marin@gmail.com

Anonymous said...

nk ckp bab tutup2 aurat sesama islam pn sensitip kat malaysia sbb nnt takut teguris hati mak mak datin or datin2 seri dan seangkatan dgnnya..maklumalah, takde elaun bertudung, so watpe nk pakai tudung.. malah org yg bercakap bab2 camni akan lebih teruk dituduh mcm2.. wallahualam.. semoga Allah memberi petunjuk kepada pemimpin2 Islam kita.. amin..

sayanakhiburan said...

Bagusnya... Malaysia yang dikatakan negara Islam ni pun tak buat macam tu... Alik2 iklan ubat gigi la kat bas... Hmmm...

RM132.22 : Earning Dari Ipanelonline

.waniey jamaludin. said...

alhamdulillah..kat malaysia x de kot iklan cmtu..kalau dlm train pon iklan tah pape je kan..
malaysia patut jadi contoh sbgai negara islam..tapi tgok lah skrg..ALLAHUALAM

puteri ain said...

alhamdulillah..bagus iklan mcm ni..
dr iklan yang ada skang..

shinbeichan said...

kat malaysia x de plak iklan mcm tu...sedih tul..hrp2 nnti ade lah yang tergerak ati nk wat iklan cam gini an..

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam...Alhamdulillah ramai yang memeluk islam...penggunaan method yang berkesan akan memberikan kesan yang baik

EB said...

Salam...
Alhamdulillah...

Sakinah said...

hua...productive muslim....

Aku Skema said...

para ulama sekarang kena la cari idea kreatif macam ni

Anonymous said...

tugas kita semua. bukan ulama saja terutama yg telah dipilih utk menjadi pemimpin.. wakil rakyat, wakil parlimen, ketua kelas, ketua tingkatan, ketua keluarga, ketua kampung, ketua mahasiswa dan segala2nya.. kita juga adalah seorang pemimpin

Esempoi said...

memang menarik..

norzisan a.k.a gumiho chan said...

alhamdulillah..