Bilakah Masa Yang Sesuai untuk Ber[dot] com?

Persoalan yang biasa ditimbulkan oleh setiap dan kebanyakkan bloggers baru mahupun lama. Betul tak? Semua asyik tanya, bila la masa yang sesuai untuk berdomainkan [dot] com? Saya akan cuba untuk menyelesaikan sedikit keraguan di dalam diri anda..Hehehe.( badget pro)

Ok.Jawapan yang saya berikan ni adalah bedasarkan daripada pengalaman dan juga sedikit pembacaan..Kalau tak setuju dengan pandangan saya pon xpa ja.>Saya tak kesah..Sebelum tu, tahu tak apa yang orang dok sebut domain? pastu tiba2 orang sebut hosting? Ape benda semua tu? Apa beza domain dengan hosting?

OK..Kalau nak tau detail mungkin boleh search dekat google je..Tapi saya cuba terangkan apa yang saya faham.>Kalau salah tolong betulkan yew..Domain adalah seperti kita tukar nama url dari blogspot ke [dot] com. 100% hanya tukar nama tanpa melibatkan gangguan entry mahupun gangguan2 lain..Biasanya harga untuk domain ni tak mahal seperti hosting..Kalau tak salah dalam RM20+ dah boleh dapat..




Domain + hosting adalah nama dan juga server. BIla kita mempunyai hosting sendiri, bermaksud kita ada server sendiri. Mesti tak jelas kan? Hosting ni dia akan bekalkan kita dengan certain bandwidth dan juga certain storage base on kemampuan dan kegunaan. Kalau storage dan BW( Bandwidth) besar, harganya pon mahal la..Setahun paling murah dalam RM50++ dah boleh dapat..Boleh check dengan syarikat2 hosting ni..Kalau hosting, kita juga dapat ruang untuk email.Contoh: www.nabilpotter.com. Pastu saya nak buat email sendiri menggunakan nabilpotter. Maka emailnya adalah seperti berikut: admin@nabilpotter.com.

Kalau domain sahaja tak boleh buat cmtu..Saya dah hampir setahun menggunakan hosting berplatformkan Wordpress..Ramai tak tahu kan? Saya beli hosting nabilpotter.com dan hanya meletakkan gambar2 je kat situ..Just nak main2 je..Untuk makluman, bila dah tukar domain mahupun hosting, PR( Page Rank) secara automatiknya akan menjadi N/a( not available) atau 0. So, bila PR kosong, dalam carian google tidak akan memamirkan blog anda dalam first rank sebab PR anda rendah..

Sebab tu kadang2 kita tengok, ramai yang menggunakan platform blogspot tapi bila carian google ada di atas sekali berbanding dengan [dot] com/.Salah satu sebab juga, kenapa orang tak nak tukar domain adalah sebab takut PR nya menjadi 0.. sayang la bila PR 0, carian google agak lemah untuk senaraikan blog kita.

Berbalik kepada soalan, masa yang terbaik untuk berdomainkan [dot] com, my, net , dan ape2 je adalah masa permulaan blog dan masa PR anda masih 0. BUkan senang PR nak naik tau..Maximum PR adalah 10. Iaitu hanya terdapat pada web yang superb2 seperti FB dll lagi.. Boleh search google pas ni ye..Anda boleh check PR anda sekrang ..Huhu

Kalau ada salah mohon betulkan..Saya just tuliskan mengikut apa yang saya faham. =)

Just my 1 cent..

Entry Terakhir Ku di Sini

Berat jugak hatiku untuk tinggalkan tempat ni..Walaupun berat mana sekalipun, setiap permulaan pastinya ada perpisahan...Perpisahan yang akan meninggalkan 1juta kenangan mahupun pahit dan juga manis..Di sini ku bermula perjalanan seorang mahasiswa yang tak tahu erti hidup berkampus..Disini juga banyak sgt benda ku pelajari mahupun dari bidang dakwahnya, kepimpinannya, akedemiknya, sukannya, dan bermacam2 lagi..Semua itu hanyalah untuk mengisi masa2 yang ada selama 4 tahun..InsyAllah semua benda yang telah kupelajari, ku dibimbingi akan ku teruskan setelah keluar dari sini..

Bermulanya sebuah blog yang buruk ini pon juga disini...Ak tidak akan melupai saat2 dan bagaimana blog ini mula2nya tercipta...Takpe2, blog boleh main lagi kat umah..Tapi, feel dia tetap tak sama sebab ak suka menulis entry di atas meja study sambil study...Hehehe.



Terima Kasih mak dan ayah sebab 3,4,5 kali sudi datang, ambil dan hantar nabil disini..Walaupun tempatnya jauh, ayah tetap nak hantar jugak..Nabil menghargai semua itu..InsyAllah Nabil dah buat yang terbaik sebgai seorang anak, mahasiswa dan sebagai seorang Islam.

Tidak lupa juga kepada rakan2 ku yang datang dari rata2 pelusuk negeri..Ak lah yang paling jauh walupun ada seorang yang duduk kat sabah..Dari Perak,dari KL, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Johor..Wahhh..banyakkan...Tak boleh teringat mula2 nak kenal dengan korang..Ak nak cakap kedah takut depa tak paham..Malu pon ada kalau cmtu..Ntah la, lama kelamaan mungkin depa paham jugak sikit2 kot cakap kedah..Sorry kawan kalau ada xpaham cakap ke, terkasar bahasa ke, termarah dan ter emo kadang2 tu..Ak juga punyai hati dan perasaan macam manusia lain..

Banyak sangat2 pengalaman sepanjang 4 tahun ku disini..InsyAllah, kalau ada kesempatan, masa akan ku update 1 per satu kenangan bersama sahabat2 ku disini..InsyAllah, pesanan Imam Al Gazali, ukhuwwah tu terbentuk bukan dengan banyaknnya perjumpaan mahupun berprogram, tapi adalah dengan memperbanyakkan doa untuk sahabat2nya setiap hari.

Sangat merindui saat2 manis disini..Orang takkan rasa apa yang ak rasa..Kalau nak kutuk ke ape ke, silakan...Hanya orang merasai kehidupan kampus sahaja yang tahu erti hidup disini..Arghhhhh...Sedihnya....Xnak balik boleh tak? Mana boleh kan, mak ngn ayah tengah tunggu kat umah tu...Sedih cmna pon, yang pergi tetap pergi..

Semoga kita berjumpa lagi kawan2.. I LOVE UTM =)

Pengguna Blogspot Kembali Tenang

Dah tenang belum? Hehehe..Semenjak 2, 3 hari ni, saya dengar blogspot ada sedikit problems maintenance..Ramai jugak yang mengeluh xdapat nak update blog la, ape la..Tapi saya yang dah lama tak update ni tak rasa cemas sgt sebab boleh menjadi alasan untuk tidak update blog lagi..Hehehe..

Sebenarnya tak dak apa2 yang berlaku pon..Cuma tak boleh nak comment ngn log in je..Pastu entry2 lepas banyak yang dah hilang.Ini antara beberapa luahan yang saya dengar la..maaf sebab saya xrasa effect yang berlaku sebab jarang comment dan jarang update..







Kalau yang rajin mengupdate tu, mungkin agak terkesan la sikit..Betul ye dok? Ape2 pon jangan risau sangat..Kalau org pakai hosting kata dia selamat, saya rasa tak jugak..Kalau server down, silap2 habis semua lingkup..Hihihi..Jangan feel selesa sgt tau yang berdomain ngn hosting tu..

Pastu bila jadi cmni, ramai la dengar2 nak jump ship ke WP( word press).. Ala, for me benda kalau nak jadi xkira la ko guna WP ke, Joomla ke, sama je..Xde benda yang boleh kekal sampai bila2 kat dalam dunia..Ye dak? Hihihi..

Entry ringkas dan padat..Baru dapat masa dan kesempatan untuk menaip..Next entry--> Tips Untuk blogger!!

Selamat Hari Ibu 2011

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..Pertamanya saya dengan besar hati ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-Ibu di Seluruh Dunia amnya dan khasnya buat ibu tercinta Hjh Asmah bt Mohd Ismail. Nabil sayang mak sampai bila-bila..=)

Walaupun pelbagai nama sering kita ungkapkan kepada ibu kita seperti emak, umi, mummy dan apa saja, tapi hari ibu tetap jugak disambut oleh emak mahupun umi..Hehehe..Bukan ape, ada tengok Maharaja Lawak Minggu lepas, dia cakap, ak xsambut hari ibu sebab ak panggil emak dekat mak ak..So ak tunggu hari emak la..hehehe..Ni just lawak2 je..
Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu bagiku..Tapi kalau tak salah saya, hari ibu disambut setiap tahun diseluruh dunia pada hari ahad minggu ke 2 pada bulan mei.Kalau salah tolong betulkan..Makanya, jangan tunggu hari ni saja kita call mak kita dan wish selamat hari ibu..Sebaik2nya, walaupun kita berjauhan, kita kena cal sekurang-kurangnya 1 kali sehari..Dulu saya gelak dekat kawan saya sebab dia call mak dia tiap2 hari..Saya tanya dia, boleh ke buat cmtu>? Maksud saya, macam susah je nak buat..

Setelah setahun mencuba, Alhamdulillah telah menjadi rutin harian saya call mak saya setiap hari..Cuma kadang2 je terlepas call sebab sebok dengan meeting la, ape la..Kadang tak call tu saya rasa tak lebih 10 kali setahun..Huhu..Tak kesah la nak kata anak manje ke ape..This is my style..




Ada juga org cakap xde kredit la nak call..Call tiap2 hari habis la kredit..Bagi saya, kalau itu yang korang rasa kekangan yang ada, harap lepas ni benda tu bukan menjadi alasan lagi..Cuba bayangkan, dulu mak ayah kita terpaksa bekerja keras utk dapatkan duit, beli baju, susu dan peralatan lain utk kita..Tak pernah pulak mak cakap, miggu ni kita tak makan ye nak, mak xde duit..Untuk menjaga hati anak, mak terpaksa bekerja lebih..Tapi bila anak dah besar, ini je alasan yang dia bagi..Memang agak tak patut la..

Call tak semestinya 10-30minit..Just  5 minit pon dah cukup..As long as dapat denganr suara mak, pastu tanya khabar mak insyAllah itu sudah mencukupi..Betul kan mak? hehehe..Ok la..Lain orang lain style dia..Walaupun saya juah, tai hati saya dengan mak saya dekat je..Ok..Semoga kita lebih menghargai Ibu kita walaupun siapa kita..Jangan kerana wang dan harta ibu menjadi musuh paling dekat dengan kita..

Wasallam.

Keputusan Terkini Liga Super 2011 | 6 MEI 2011

Salam..lama benor tak update pasal bola tempatan ni..Apa salahnya di samping masa yang tak ada ni, tetap nak update juga keputusan terkini liga super 2011.


Sabah   2   Vs   Negeri Sembilan   0

Terengganu   4    Vs   K.Lumpur   0

Selangor   3   Vs   Johor Fc   2

Kelantan   2   Vs   Kedah   0

Perak   0   Vs   Pahang   0

Perlis   2   Vs   T-Team   1

Felda united   2   Vs   Harimau Muda A   0

Tahniah Kedah dengan Jurulatih baru..Kami faham..Mungkin xde chemistry lagi tu dengan jurulatih baru...kan2??

p/s: masa untuk study...

Info Jumaat 39 | Hukum Chatting atau Berbual Melalui Maya dengan Bukan Mahram

image from: 10persons.blogspot.com
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..Alhamdulillah bertemu lagi kita di minggu yang ke 39 siri Info Jumaat..Alhamdulillah dihari yang mulia ini dan juga penghulu segala hari ini sama2 kita meningkatkan lagi iman kita dengan membaca info2 atau artikel yang memberi ilmu kepada kita..InsyAllah info jumaat kali ini membawa dan berkongsi kepada anda mengenai tajuk Hukum Chatting dan Berbual di Alam Maya dengan Bukan Muhrim. Entry ini diambil sepenuhnya di laman web Ikram Johor.

Berikut adalah petikan yang diambil:
********

Soalan:

Assalamualaikum Ustazah,


Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samada chatting atau perbualan2 melalui facebook, email dsb. Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT. Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara penting, Cuma sembang-sembang, menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka. Begitu juga kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan tanpa sekatan di alam cyber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan mahram ini.


Harap ustazah dapat melayani pertanyaan saya ini. Terima kasih.


Gadis Muslimah.

Jawapan:

Terima kasih atas pertanyaan itu.

Gadis Muslimah dan semua wanita muslimah yang membaca soaljawab ini,

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebih dikenal dengan chatting baru muncul dan populer beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui jaringan internet. Karena itu dalam kitab2 ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui. Namun asas bagi hukum chatting ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internet ditemukan.


Chatting dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Yaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu,ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum chatting itu sendiri.


Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram.

Kedua, adalah hukum khalwat.


Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandung kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.

Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda yaitu Saidatina Aisyah RA.


Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:

“Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”. (QS. al-Ahzab: 32)




Imam Qurtubi menafsirkan kata ‘Takhdha’na’ (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati. Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita.


Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik.


Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Yaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.

Jika ada unsur2 demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja.


Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang artinya:


"Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidak diketahui oleh orang lain. Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepada pelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang.

Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud:

“Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya”(Hadis Sahih)


Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual2 melalui telepon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat. Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa


Dan haram juga ialah perkara2 syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja2 sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2. Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalah haram.


Kesimpulan:


Hukum chatting sama dengan menelepon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwah. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kpd jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kpd lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya.

Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kpd Allah dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat( yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu yg akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang2 yg terpedaya dengan teknologi moden ini. Na’uzubillah.

Agak menyedihkan juga dengan kenyataan saudari, bahawa dalam suasana nyata saudari amat menjaga batas pergaulan dgn lelaki bukan mahram ,namun di alam cyber saudari bebas berbual mesra tanpa batasan syara’. Saya percaya ramai remaja muslimah yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini.

Internet sangat baik untuk kita, dimana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.

Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini.

Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yg terdiri dari para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama yaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya.Semoga dgn itu Allah akan menurunkan rahmahNya kpd kita semua.

Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata.

Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.

Wallahu a'lam.

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad

***********

Kategori Bloggers di Malaysia | Anda kategori mana?

Salam dan hello to all of you..Arini sebenarnya tak tahu nak update apa..Normal bagi seorang bloggers yang tak tahu nak update apa..Betul tak? Melainkan anda seorang blogger yang taknormal, mungkin anda sentiasa ada idea untuk updae blog..Tapi semua tu bergantung kepada anda.Berbekalkan pengalaman yang ada di dalam dunia bloggers di Malaysia ni, saya boleh klasifikasikan kepada 2 jenis kategori bloggers di malaysia.

Secara generalnya, kita update entry andalah utuk nak bagi unique visitor datang ke blog kita kan? So, pelbagai method dan cara kita buat untuk nak dapatkan traffik yang tinggi. Antaranya adalah dengan mengupdate entry..Ok. Bedasarkan faktor ni la saya klasifikasikan bloggers di Malaysia kepada 2 jenis iaitu:

1- Bloggers Update
2- Bloggers SEO

1- Bloggers yang kerap update ni contohnya seperti Abg BenAshaari memang dia kerap untuk update entry..Tak ketinggalan juga cik epal yang hampir 2-3 entry sehari. Tapi kadang2 Cik Epal  ngn Bro Ben ni bermain dengan SEO jugak..Sebenarnya memang berkesan cara ni untuk mendapat trafik beribu2 sehari..Tapi persoalannya, mampukah anda untuk seperti mereka? Mereka memang hebat..Kalau kita ni yang tak popular update entry ntah apa2, mesti orang tak datang kan? Tapi kalau org yang ada nama update entry, " makan durian dengan blogers' mesti ramai jugak yang berduyun2 datang ke blog dia..Biasanya kalau nak jadi dalam golongan ni, mestilah mempunyai masa dan idea..Biasanya bloggers kategori ini tidak memerlukan untuk mereka main SEO.Walaubagaimanapun, kalau kerap update + bermain SEO hasilnya memang menakjubkan..


2- Kategori kedua ni memang jarang juga diamalkan oleh bloggers..Tapi ramai jugak sebenarnya yang amalkan main SEO ni..Contoh yang main SEO ni adalah blog Cikgu Dahlia, blog saya sendiri dan blog2 yang kurang update.Korang semua boleh lihat, biasanya blog2 yang bermain dengan SEO ni akan mengenakan entry yang memberi kesan dan biasanya entry tu mempunyai input..Tapi tak bermaksud juga entry yang kerap update tu tak memberi input..Jangan salah faham dengan ayat tu..Biasnya juga, tajuk yang dipilih adalah tajuk yang akan terlintas difikiran orang ramai. Tapi sebelum tu, apa SEO? SEO adalah search engine optimization.( betulkan kalau saya salah). Boleh google kalau nak tahu lebih.. Siapa yang pandai main coding dan keyword, biasanya cukup dengan SEO trafik boleh dapat 1000uv sehari..Tapi entry kamu mestilah terkesan dan mempunyai keyword2 yang akan dicari orang.

Memang tak dinafikan, orang cakap, bloggers yang main SEO ni trafik tak la tinggi sangat..Tapi pada saya, bagi siapa yang berminat nak berblogging ni, tapi tak mempunyai masa, SEO ni adalah cara yang terbaik utk dia..Bukan ape, kalau tak update entry seminggu pon, insyAllah paling kurang pon 300++ uv sehari yang datang sebab kita SEO..Tapi kalau orang tak main SEO, kalau dia tak update, memang susah orang nak g blog dia dengan suka2..SEO yang baik tambah dengan PR( Page rank) yang tinggi memang hasilnya terbaik.. Saya xde masa, sebab tu saya belajar dengan cikgu dahlia untuk bermain dengan SEO ni..Zasss....





So, anda di dalam categori mana? mesti categori ketiga kan iaitu sentiasa update dan bermain SEO..Kalau ada masa buat la cmtu..InsyAllah trafik naik dengan tingginya..Hehehe..

Ekspedisi Mahasiswa Kental ( X-MAKE) 2011 | Penyertaan dibuka!

Besstnya sapa yang dah habis exam kan? Tambah2 budak final sem yang dah habis final..Lagi berganda diorang punya happy..Xpe2..Sabor je la..Ada lagi 2 paper menanti..Huhu..So, bila dah habis exam, mesti tak tahu nak buat ape kan? Tahu kan mulai tahun ni, student ipta cuti 4 bulan..4 bulan tu memang satu tempoh masa yang lama..

Untuk mengisi masa lapang anda dengan perkara2 berfaedah, Kelab Iqra UTM dengan bangganya mengajak mahasiswa diluar sana yang berminat untuk join exspedisi ni..Memang best la..Tiap2 tahun Kelab Iqra UTM akan buat aktiviti2 cmni..Memang mencabar jugak la..Nak tahu latar belakang X-MAKE kali ni, korang semua boleh tengok teaser yang diorang buat..Memang mantap habis la..

Berikut adalah detail mengenai program:

Tempat: Mersing
Tarikh: 16-18 Mei 2011




Tempat adalah terhad. Terbuka kepada semua mahasiswa, mahasiswi UTM skudai dan orang luar kalau berminat, mungkin boleh jugak kot contact pihak Kelab Iqra UTM. No telefon semuanya ada dalam video yang saya share ni..Tema kali ni adalah mengenai Misi Sultan Muhamad Al-Fateh..

Mungkin nak tahu detail boleh layan dulu video teaser ni..InsyAllah best..Layan~~

p/s: for more info --> http://kelab-iqra.blogspot.com/

Kematian Osama | Konspirasi Amerika

Sejak tragedi 9/11 beberapa tahun lepas, keyakinan masyarakat dunia terhadapa Amerika memang kurang dipercayai. Banyak sangat yang telah Amerika cuba selindung dan membuat konspirasi diatas setiap kejadian yang berlaku..Contoh paling ketara adalah kejadia 9/11 dimana telah tersebar bukti2 yang mana pihak Amerika sendiri yang telah create keadaan tu. Kalau korang belum tengok, boleh search dekat google insyAllah jumpa. Video yang lebih 2 jam tu telah berjaya membuktikan bahawa kejadian 9/11 tu satu penipuan yang dibuat sendiri oleh Amerika.

Antara benda yang ditupu adalah sewaktu kejadian tersebut berlaku, Bush pada waktu itu ada lawatan ke tadika. Rakaman menunjukkan, Bush menjawab panggilan sambil memegang buku yang sambil dibacanya dalam keadaan terbalik.Mungkin style terbaru kot Bush baca buku cmtu..Hehehe..Lepas tu pulak, kalau korang nak tahu, rakaman camera CCTV yang berada di Pentagon menunjukkan tarikh yang salah. Takkan Amerika yang sehebat itu dan juga Pentagon ada CCTV yang salah tarikh. Lepas tu CCTV tu jugak dapat amik beberapa part sahaja. Gambar lain boleh rakan..Tapi Pesawat yang menghentam Pentagon tak dapat dirakan..Tiba2 tunjuk meletup aje..Hmmm..

Dah la..Memang konspirasi betul la Amerika ni..Tak habis2 cari ja alasan nak serang negara Islam..Lepas Afganistan, terus ke Iraq..PAstu nak ke Iran..Orang lain buat nuclear tak da masalah pon..Tapi Iran buat nuclear kena tindakan..Memang tak adil kan?
Gambar yang didakwa mayat osama..Photoshop kan? Gambar tahun 1998.

Berita kematian Osama tak terkejut sangat sebenarnya..Pada saya, kematian adalah benda yang pasti berlaku..Tapi yang menjadi persoalan, secara tiba2 je berita ni keluar..Arghh..Rasa macam satu konspirasi baru la..Lawak jenaka terhebat abad ini..HUhu..Gambar yang dipost di internet memang nampak benar super imposenya dan guna photoshop.. Pastu pulak, Amerika claim mayat ada ditangan mereka..Isteri Osama juga dilaporkan mati. Pastu pulak, kenapa dia tak tanam je mayat tu? Bagi alasan nak hapuskan di dalam laut arab..Apa benda semua ni? 

Amerika je yang create cita ni..Diorang lah tembak, diorang la simpan mayat osama, diorang la tanam, semua diorang..Ntah la macam kurang percaya la..Silap2, Osama tu tidak pernah wujud pon..Mana la nak tahu..Allah maha besar..Saya harapkan Osama tampil dengan buat kenyataan media dalam masa 1 bulan lagi...Haaa..Mahu terkejut Amerika..Ikutkan hati saya ni, rasa macam Osama masih ade..Ape2 pon, kematian itu pasti.Yang benar pasti benar..

Apa kata anda? Percaya ke?

Dalam Mihrab Cinta | Download+Sinopsis+Gambar+Lagu

Di saat daku menulis entry ni kapan belum tahu bila akan meniduri diri ni..Teringat sangat sewaktu pergi ke Indonesia pada tahun lepas menag membuatkan saya lebih menjiwai untuk baca buku mahupun menonton cerita2 dari Indonesia..Alhamdulillah, sebelum ni Ketika Cinta Bertasbih memang tidak mengecawakan saya membuatkan saya tidak pernah jemu untuk ulang 5-6 kali..

Cerita ini diadaptasi daripada sebuah novel juga yang berjudul dalam mihrab cinta. Penulis yang sama juga bagi Ketika Cinta Bertasbih. Masa di Indonesia tahun lepas, filem ni belum dikeluarkan dalam dalam proses untuk dikeluarkan setelah selesai pembuat penggambaran..

Cik Zizi kena ugut oleh pencopek..

Permulaan filem ini telah membuat hatiku terdetik disebakan teringat bunyi di stesen kereta( keretapi) yang sama seperti yang saya pergi dulu..Kenangan menaiki keretapi( kereta) dari Bandung ke Jogyakarta yang mengambil masa 8jam perjalanan telah menambahkan lagi pengalaman yang amat manis dalam hidup saya ni..Saya boleh gambarkan bagaimana keadaan di dalam keretapi tersebut sambil relatekan dengan jalan cerita tersebut.
Adik mas Syamsul, Nadia memberi nasihat kepada mas nya..

Permulaanya agak sedih disebabkan mas Syamsul Hadi ni terkena fitnah oleh rakan sebiliknya Borhan. Setelah itu Syamsul Hadi ni dikeluarkan dari pesantren dengan cara yang tidak enak..Kalau cerita pasal pesantren, terus saya teringat pengalaman saya ke pesantren Darul Tauhid di Bandung. Senang cerita, banyak kaitannya cerita ni dengan tempat2 yang saya pernah pergi dulu..ok.Selepas dikeluarkan dari pesantren, family Syamsul takk dapat terima kenyataan menyebabkan dia lari dari rumah..

Nadia dan Ibunya sedih sebab dapat tahu Syamsul kena tangkap..
Nadia mulanya tak percaya, tapi akhir nyata benar itu adalah abgnya..

Kehidupannya sebagai seorang pelarian membawa padah apabila dia menjadi pencopek(peragut) disebabkan kilaf dan lapar..Tabiatnnya itu diteruskan lagi selepas mendapat galakkan daripada rakan2 dalam penjara. Namun, dipendekkan ceritam, dengan ditakdirkan Allah, dia sedar bahawa perbuataanya ini salah dan bertaubat tak akan melakukan lagi..

Bertemu dengan cikgu matematika..
Keputusan setelah istiqarah dan memilih Silvi dan menggalkan Zizi..
Sudah sampai ke babak akhir, dia dijodohkan dengan seorang muslimah+cantik+cerdik. Tapi ibunya juga memiliki pilihan lain yang cocok buatnya..maka dengan solat istiqarah, Syamsul memilih Cikgu Personal Matematika yang diberi nama Silvi..namun jodoh ditangan tuhan dimana Silvi terlalu gembira dengan jodohnya bersama Syamsul menyebakannya membawa padah..

Dalam Mihrab Cinta..KCB best lagi la..hihi

Pelakon besama penerbit Habiburahman.
Kalau story semua macam tak best je kan..Apa kata try tengok sendiri..Nak tau dia kawain dengan sapa, boleh la download and tengok sendiri yew..Kalau tak best tu, mungkin saya rasa cerita ni tak sesuai untuk anda..For me KCB dan cerita ni memang selari dengan jiwa saya..InsyAllah, banyak sangat pengajaran dalam cerita ni..Jodoh tetap di tangan tuhan..Kita merancang, tapi Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.Amin
Cikgu Silvi kalau tak salah..hihi

p/s: sediakan tisu secukupnya.hihi

Download:

1- OST :Afgan-Dalam Mihrab Cinta
2- OST:Karena Hati Bicara

Full Movie:


Dalam Mihrab Cinta-2010CDA
Dalam Mihrab Cinta-2010CDB

Kedudukan Terkini DiGi WWWoW Blogger Of The Year Award

Its me =)
Blogger kalau tak tahu wwwow award mesti akan rasa lain jugak la..Bukan ape, award ni adalah award yang baru dan masih tengah hangat dikalangan bloggers2 otai dan juga bloggers2 baru..Target dia adalah 1 je iaitu dapat rank 1 kan? WWWOW ni adalah award yang telah dianjurkan oleh DiGI bersama sponsor2nya seperti nuffnang dan  macam2 lagi..

Dibahagikan kepada 12 kategori dimana salah satu categorynya adalah bloogers of the year..So, kebanyakkan bloggers akan mencuba nasib untuk bertanding di dalam category ni termasuk saya..Kalau tak salah, ni adalah contest yang pertama saya masuk untuk promote blog guna facebook sebab sebelum ni saya tak ada facebook.Huhu..

Kedudukan rank 1 sekarang ni adalah abg anuar hadi diikuti oleh abg ben ashaari..Kalau anuar hadi, terkenal dengan vlognya yang merata2 terdapat di you tube..Merupakan anak kelahiran kedah, dia juga banyak sampaikan message2 berguna kepada kita..Agak baru dalam berblog kalau tak salah..Abg ben ni memang dah lama berblog..Bukan saja berblog, dia ni juga pandai untuk menarik pembacanya datang ke blognya..Banyak sangat segmen yang abg ben buat untuk tarik blogger2 baru yang tumbuh macam cendawan sekarang ni..

Amwar hadi Vs Ben Ashaari
Kalau perasan, abg ben berbeza dengan bloggers2 otai yang lain sebabnya abg ben akan update setiap masa yang dia free..Kadang2 tu, 1 jam 1 entry dia boleh buat..Entrynya ringkas dan padat..Tapi cukup untuk membawa orang lain untuk klik ke blognya..Itulah resepi kejayaan blog abg ben yang dapat uv lebih dari 1000 per day..Tahniah..



Tapi, walaupun saya tak sehebat anuar hadi dan abg ben, tapi saya tetap cuba untuk masuk contest ni..Saya sedar ssaya bukan artis dan followers saya tak ramai macam mereka ni..Tapi apa yang penting bagi saya adalah kualiti entry dan kualiti followers..Berbeza dengan orang lain, followers blog saya wajar la untuk dapat pujian..Bukan ape, kalau tak kerana diorang, takkan saya mampu untuk dapat tempat ke 18..Betul kan followers sekalian? Terima kasih atas undian anda..Itu baru 20% followers saya yang undi..
bro framestone, cik epal..Ni je ak kenal..

Saya harapkan lebih ramai followers, rakan2, dan silent readers untuk tampil dan membuat sekurangnya 1 undian di sini..Undian anda amat2 diperlukan..Kalau rajin, tiap2 hari pon boleh aje..Hehehe..Kalau nak cerita apa yang akan saya buat kalau dapat rm5000 tu pon rasanya macam keterlaluan sebab jauh lagi untuk ke no1..So far, biar je la persoalan itu menghantui diri anda..InsyAllah, ada layak untuk sebahagian daripada rm5k tu.. :)

Selamat mengundi..Undi jangan tak undi,, =)

p/s: Cmna nak undi? Klik je sini dan login gun FB tau..