Wajar ke Jemputan Kenduri Kahwin Melalui Facebook?

Salam buat semua pembaca..

Facebook atau dalam bahasa melayunya adalah muka buku adalah satu medium sosial yang paling famous dalam abad ni terutamnya di Malaysia. Dalam 1000 org rakyat Malaysia, nak jumpa 10 org yang tak ada accaunt FB memang agak susah..Susah bererti masih ada yang tidak mempunyai acco Fb..Mungkin atas pelbagai sebab mengapa acc FB tak digunakan.

Oleh yang demikian, sebarang hebahan mahupun event semuanya nak guna account Fb..Baru-baru ni berkesempatan untuk ke GLC Open Day di KLCC, kebanyakkan company rata-ratanya berlumba-lumba untuk
mengumpulkan bilangan like yang banyak untuk suport page diorang..Tapi, itu tak kesah la..Mungkin ini merupakan part of business strategy..

ok..Berbalik kepada tajuk, wajar ke kenduri kahwin dijemput melalui FB? My personal oppinion adalah tidak wajar..Sebabnya rasa seperti ajak-ajak ayam sahaja..Maksudnya, kalau kita tak buka FB atau tak mempunyai
Fb memang harapan yang sangat tinggi untuk kita tak tahu tentang majlis perkahwinan tu..

Betul, memang tidak dinafikan sebab nak menjimatkan kos dan juga menggunakan teknologi yang ada, tapi dengan cara tu macam tak relevant dan tidak sesuai untuk sesetengah pihak..Mungkin ada sesetengah pihak boleh terima, tapi ada jugak yang tak boleh terima..

Tapi,Kalau nak guna FB jugak, saya mencadangkan untuk direct message kepada acc FB orang yang nak dijempu tu..Berbalik kepada kita jugak, kalau kita betul2 nak jemput orang datang kenduri kita, apa salahnya jemput betul2..Email direct ke, hantar kad ke..Jangan sampai nak jimatkan kos, pastu ramai yang tak datang..Ok.Tapi mungkin pendapat anda lain pada saya..Lain orang ain pandagan dia kan?

Apa kata anda? 



Terima Kasih Nuffnang & DiGi | DiGi OMG Phone- Enjoy Free calls and SMS

Tak perlu untuk tulis panjang2 mengenai DiGi OMG phone yang sekarang ni bersepah-sepah iklan di tv, news dan dimana-mana kedai DiGi semua ada promosi DiGi OMG phone..Kalau yang belum tahu tentang phone ni, korang boleh tengok previos entry mengenai kelebihan dan spesifikasi nset ni..Yew..Dia memang tak boleh lawan dengan i-phone..Berpada-pada la kalau nset yang berharga RM299 nak bagi sama function dengan i-phone memang tak dapat la..

Tapi, bagi saya dengan RM299 macam2 anda boleh dapat dengan DiGi i-phone..Sesuai untuk bloggers yang perlukan online 24hour, check email, bertwitter dan juga berfacebook. Tapi, kalau beli nset ni, tak lengkap kalau tak bersama-sama EASY Prepaid Plan..It so EASY la..Nama pon EASY, mesti la mudah je kan..Kelebihan EASY ni adalah apabia kita ada kawan yang menggunakan rangkaian yang sama..

Dengan EASY Prepaid Plan, dia dapat membantu kita untuk membuat panggilan dan juga SMS untuk semua Buddy List anda secara percuma..WOW!! Nampak..Menarik bukan...Hehehe..Free tu weh..Sapa nak bagi korang Free sekrang ni..Nak tahu detail, boleh search di www.digi.com.my atau klik sini.


Saya nak kongsikan kepada anda seorang Buddy list saya yang namanya Marc..Kenalan saya di tempat kerja..Dia ni memang gila-gla sikit..Dengan Buddy list ni, saya dapat call dia Free untuk urusan kerja...No need SMS sebab Call pon free la..Hehehe..Kalau nak rasa ape yang bestnya Buddyz ni, jom beli DiGI EASY Prepaid Plan..Semuanya EASY...


Enjoy Free calls and SMS to your 3 Buddyzin the list from 12:00am to 8:00pm daily.

Layan...

Bloglist nabilpotter dibuka.Jom tukar link nak?

Salam 1 Malaysia buat semua pembaca..Seperti entry lepas,saya dah ade post bagaimana untuk tingkatkan trafik melalui bloglist..Ramai di kalangan bloggeers setuju dengan idea yang saya berikan..

Namun, kalau hanya teory without praktikal, nyata benda ni masih belum berjaya..InsyAllah, mulai July 2011, saya cuba untuk laksankan apa yang telah saya katakan..Kalau belum baca entry lepas, baik korang baca dulu..InsyALlah dapat membantu..

Seperti yang saya katakan, ape2 pon, setiap bloglist bergantung kepada tujuan anda sendiri..kalau tujuan anda nak dapatkan trafik, saya rasa inilah caranya..Kalau untuk suka-seuka sekadar beratkan blog, xpe la..Masing-masing punya blog, masing2 punya bloglist la..




Blog list untuk tahun ini akan dibahgikan kepada 2 category jugak..insyAllah la..Tukaran bloglist mesti dilakukan antar bloglist dan maksimum untuk bloglist adalah 15 sahaja..Lagi sikit lagi bagus..

Kalau ada sape2 yang nak letak bloglist dekat blog saya, boleh la berbuat demikian dengan tinggalkan url anda dibawah..Pastu, bloglist anda juga mesti maksimum 15 blog saja..Kalau lebih 15, saya memang takkan masukkan dalam bloglist saya..

Pemilihan bloglist kali ini adalah dari reference url yang singgah blog ni..Adil la kan, korang dah bagi nabil trafik, nabil pon nak bagi jugak trafik kat korang..Baru adil kan..Kepada yang berminat, jom kita exchange blog list...jom la..huhuh

Kuatkuasa mulai July 2011.

Keputusan Penuh Maharaja Lawak Akhir | Sepah, Jozan,Nabil

Siapa akan menang maharaja lawak malam ni? Sebelum tu, bagi yang tak mengikuti maharaja lawak ni, terdapat 4 group yang layak untuk ke peringkat final iaitu Jozan, Sepah, Nabil dan juga Jambu.

Kesemua mereka ni mempunyai kekuatan tersendiri..Kalau Jozan ni, boleh dikatakan akan memenagi Maharaja Lawak disebabkan mempunyai ramai peminat dan mereka berdua juga sudah agak lama berada di dalam industri..oleh sebab itu, JOzan mungkin akan menang pada malam ni..tapi jgn yakin sangat buat peminat Jozan..


Sepah buat masa ni mempamirkan lawak yang superb jugak la..Kadang-kadang tu idea dia macam pelik tapi best..Kombinasi 3 orang ni memang boleh pergi jauh..Sepah juga tidak asing lagi didalam industi hiburan ni sebab diorang pon dah pernah berlakon..memang tak da masalah sangat dari segi untuk dapatkan undi..Saya rasakan sepah akan mendapat tempat ke 2..


Tepat ke 3 susah jugak untuk kita tentukan..kalau ikutkan lawak tu, Jambu semakin hari menunjukkan prestasi yang agak baik tidak lupa juga bagi Nabil. Walaupun kadang Nabil agak tidak best, tapi dia still boleh dapat undian tinggi disebabkan peminatnya..Agak bahaya bagi peminat Nabil kalau begitu harap Nabil boleh menang sebab Nabil pernah jugak terpanggil untuk carta 3 undi paling
rendah..

Apa2 pon malam ni kita tengok sapa yang akan menang..Keputusan rasmi,

1-Sepah
2- Jozan
3- Nabil
4- Jambu


Hehehe..Tidak mungkin ada Maharaja lawak musim ke 2... =)

Info Jumaat 43| Adab Bersedekah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca setia blog ini..Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi pinjaman nyawa kepada kita sehingga kita dapat bangun dari tido harini..Bersyukur juga kita atas nikmat-nikmat yang diberinya iaitu nikmat Iman dan Islam..InsyAllah, info jumaat kali ni adalah mengenai adab bersedekah.Sebelum kita meneruskan perbincangan, dah puasa ganti belum? Ramadhan dah menghampiri kita..So, siapa yang belum ganti tu, segera la berbuat demikian takut-takut nanti terlupa..

Kata-kata yang biasa kita dengar, " Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup kekal abadi dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok." Maksud yang menghampiri kata-kata tersebut adalah seperti kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar harta dunia disamping bersungguh0sungguh mencari juga bahan untuk akhirat.



Terdapat 10 adab-adab bersedekah yang telah disenaraikan oleh Ustaz Nik Abdul ghani iaitu:

1- Tangan di atas( memberi) lebih baik dari tangan di bawah(menerima).

2- Ikhlas dalam bersedekah. Wajib untuk kita ikhlaskan diri sedekah kerana Allah dan untuk mendapat keredhaaNya.

3- Mendahulukan sedekah yang wajib. Sebgaimana yang disebutkan dalam hadis yang bermaksud "... dan tidaklah seseorang hamba mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai
daripada apa yang telah Aku wajibkan atasnya...( Riwayat Al-Bukhari)

4-Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.

5- Mestilah diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan layak.

6- Bersedekah dengan harta yang halal.

7- Tidak mengungkit-ungkit.

8- Wajib kepada pemberi untuk bersyukur atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan.

9- Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat, sebgaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud " Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala sahaja) sedangkansedekah kepada
kaum kerabat mendapat sua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silatulrahim.' ( Riwayat Al-Bukhary dan Muslim)

10- Jangan buruk siku.

Wasalam.

Info K-Pop | Mary Stayed Out All Night VS Personal Taste

Which one is better??

Sekarang ni dunia kpop dah mula smpai ke Malaysia..nie sy ada nak share cerita skit cerita yg masih baru di Malaysia tp dah lama di Korea. Cerita-cerita ini memang sangat popular di Korea dan dapat banyak anugerah.. Pelakon2 cerita ni mmg best..Handsome + cantik jga..hehehe..Sekrang cerita ni akn ditayangkn di tv8.Lain hari dan masa..Tak tahu nak pilih yg mana kita xpatot tingal langsung stiap episod.Kat sini sy just nak kongsi cerita yg sememangnya berbeza.



Mary stayed out all night@marry me mary merupakan cerita yg diadaptasi dr komik Maerineun Uibakjoong yg memaparkan kisah cinta 3 segi..Yang bestnya cerita ni sbb adanya pelakon yg mmg sgt cantik dan hensem iaitu Moon Geun young (Wi Mae Ri) , Jang Geun Suk (Kang Moo Kyul) dan Kim Jae Wook (Byun Jung In). 

Secara ringkasnya ceta nh bermula apabila Wi Mae Ri yg terikat dgn dua kontrak perkahwinan antara jejaka yg sudah ditunangkan dengannya sejak kecil dan dengan penyanyi berjiwa hippie.. Kalau nak tau kesudahan ceta ni kenalah tengok senidiri ye..best jga la..tp kdang2 tu mcm boring skit jln ceta dia..Ending still ok..4 star tu..hhheeehh

Personal Taste plak cerita yg berasal dr novel klu xslap la..Pelakon-pelakon cerita ni hebat jga dan memang sangat berpengalaman.. Lee Min Ho digandingkan dgn Son Ye Jin di dalam cerita ni sebagai Jeon Jin Ho dan Park Kae In . Jeon Jin Ho merupakan seorng jurubina yg sgt hendsom dan perihatin.Mula berkenalan dgn Park Kae In secara tidak sengaja dan mereka tinggal serumah apabila Jeon jin Ho menyewa bilik di rumah Park Kae In.Park Kae In menyangkakan yg teman rumahnya itu seorang gay disebabkan salah faham..konflik mula terjadi apabila....hiihihih..utk sambungan,jgn lupa tngak sendiri ye..4 star i give too...hehehe

Sumber:

From: Peminat K-Pop

p/s: Dapatkan Info K-Pop di sini setiap minggu..Layan~

Iklan | Rumah Untuk Disewa, AU3 Keramat

Kepada yang berminat,

Name: abu
E-mail: taro_tnt@yahoo.com
Phone number: 0133292328
Category: Apartments
For rent
Region: Kuala Lumpur
Area: Keramat
Heading: Flat AU3 keramat kuala lumpur
Bedrooms: 2
Size: 500 sq.ft.
Monthly rent: RM 450
Property Type: Apartment/ Flat
Bathroom: 1
Furnished: Not furnished
Ad text: flat untuk disewa,urgent
flat kelumpuk camar
dkt AU3, keramat.
keadaan baik,2 bilik tidur,1 bilik air,dapur,ruang
taamu

kemasukan julai

deposit 1+1+api+air= RM 1100

apa hal call ,,,nak teng0k dulu pun boleh,,takde
masalah

Tips Blogging | Bagaimana bloglist boleh meningkatkan trafik blog anda?

Secara praktikalnya saya belum membuat lagi kaedah dah ni dan akan dibuat dalam masa terdekat. Kaedah ni saya dapat dari seorang bloggers yang agak meletup jugak tapi tak perlu la untuk saya hebohkan siapa beliau..Betul jugak katanya, bloglist sebebnarnya dapat menambahkan trafik kita secara langsung taupun tidak..Tapi bagaimana bloglist dapat membantu kita?

Sebelum tu saya nak tanya, apa tujuan bloglist anda? Untuk apakah anda membuat bloglist? Suka2? tambah kawan? Atau sekadar untuk simpan blog yang kita minat untuk baca? atau juga untuk nak tahu setiap update bloggers kegemaran kita? Semua ni mungkin betul kan..Tapi kalau itu tujuan anda, tak ada masalah..Teruskan dengan bloglist yang ada..

Kebanyakkan bloggers memang tidak boleh lari dengan melihat statistik blog anda kan? Dari situ kita dapat tahu darimana url yang banyak kita perolehi datang ke blog kita..Biasanya adalah dari url log2 yang pemes..Tapi, adilkah kita jiga orang tu dapat bagi kita trafik, tapi kita tak bagi pon dekat blog dia trafik..Tapi kita cakap kita ada save blog dia dalam bloglist kita..Betul, memang ada simpan bloglist..Tapi hanya sekdar simpan..



Bloglist beribu mana sekalipun, yang ditontonkan hanyalah 5 sahaja..Kebarangkalian untuk bloglist 5/1000 tu adalah benda yang memang nasib sgt la.. Walaupun tajuk entry anda best, tapi sebabkan bloglist yang beratus2 tu, anda sedikit demi sedikit ditendang masuk ke dalam dan tak dapat dilihat oleh pengunjung blog anda..

Sepanjang pengalaman saya, jarang jumpa bloggers yang rajin untuk clik show all untuk blog list kita..Kalau ada pon sorang dua je pon..Betul tak? Oleh tu, agak tidak adil buat orang yang dah tukar link dengan kita tapi kita tak bagi apa2 pon trafik untuk dia..Memang tidak adil..

Bagi yang nak jadikan bloglist dia untuk menambah trafik, saya ada beberapa cadangan..Kecikkan scope bloglist anda. Maksimum blog list anda yang patut ada dalam senarai adalah 15 blog sahaja. Kebrangkalian 5 dari 15 blog yang ada adalah tinggi untuk semua blog akan dilihat pada setiap masa..Pilih blog yang melakukan seperti anda jugak..Kalau kita betul2 menjaga blog list kita, kita juga perlu cari bloggers yang betul2 menjaga bloglist dia..

Kalau nak tukar link, pastikan bloggers yang nak tukar link dengan kita tu mempunyai maksimum 15 blog list sahaja bagi setiap categori..Kalau nak buat banyak kategori pon xpe.. tapi, pastikan satu category tu hanya maksimum 15 blog list..Kalau lebih tu bukan tak boleh, tapi dah tak dapat memenuhi objektif anda untuk menambahkan bilangan visitor ke blog anda..

Tapi kalau bloglist anda tu sekadar suka2, just go ahead dengan berapa banyak anda minat..Tak ada sapa betul mahupun salah..Sekrang ni, tugas anda adalah mengetahui tujuan blog list anda diwujudkan..Bila dah tahu tujuan, insyAllah setkan mengikut tujuannya..

Lepas ni saya akan limitkan juga 15 blog yang betul2 nak share dan dapat memberi something buat saya..Kalau dalam bloglist anda ada semua bloggers2 popular pon, berapa banyak sangat yang diorang bagi trafik untuk datang ke blog anda..

Mulai bulan depan bloglist akan dirombak semula..Kalau tak setuju dengan cara saya pon tak kesah..Just my 2 cent..Wasalam..

DiGi WWWOW Awards | Hari Terakhir Mengundi

Tepat jam 11.59 mlm ni, undian semua akan ditutup dan tidak lagi dibuka. Agak lama jugak kalau diingatkan contest ni berlangsung..Rasanya hampir 2 bulan kalau tak salah..Agak lama jugak tu..

Sehubungan dengan tu, adalah penting untuk rakan-rakan sekalian untuk membuat undian terakhir kepada saya..Hehehe..

Last time masa tengok dulu adalah kedudukan yang ke 14. Tapi itu adalah beberapa minggu yang lepas la..tapi sekarang disebabkan diorang telah mematikan sistem ranking, maka tiada sapa pon tahu kedudukan terkini sehingga la 17 July 2011 ni..

Memang adat pertandingan untuk ada menang dan kalah..Tapi kalau kalah tanpa usaha macam tak best la kan..Kalau boleh tu, kita buat yang terbaik kalau kalah nak buat cmna kan?

Ok la..Jom la undi saya buat kali terakhir..1 account FB untuk 1 Vote..Mudah je hanya guna FB..

Tak menang tak pa..Tapi ada saingan pon dah cukup la tu..Ok..

JOm la undi.Jom la...Last dah nie...Ngeh3!!

=)

Orang Baru Kerja Memang Macam Ni Ka???

Hari ni tak sampai lagi seminggu bekerja..Macam2 pengalaman baru yang ak dapat..Pengalaman dan kehidupan sebgai seorang pekerja di Kuala Lumpur bandaraya metropolitan ni..Namanya KL,Tapi, sebenarnya tiap2 hari bawa moto pinjam ke Subang sebab team project kami semua kena duduk kat sini..Tak pe, benda ni bukannya satu masalah besor..Biasa la tu kan..Nama pon kehidupan..

Tapi nak cerita dari segi kewangan ni..Dulu masa student memang lain sangat bila dah jadi pekerja..Soal kewangan adalah soal yang yang teramat penting. Setiap rancangan, pelan mahupun apa2 kerja mesti pertama sekali kena consider kewangan..Contohnya, rumah ni sewa brape ratus? Makan ni brapa ringgit? Minyak jimat ke tak jarak yang kita lalu ni? Kena tol ke tak jalan ni? Senang citer, setiap perbuatan mesti soal duit dulu dijadikan rujukan utama.

Ok, memang tak pernah nak cerita kat korang semua pasal kehidupan ak..Tapi rasa macam nak story jugak sebab benda ni ak nampak betul2 berubah dikalangan kami.

4 tahun kami belajar sama2 melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Soal makan memang tidak menjadi masalah..Makan tengah hari cakap je kat mana sedap, semua akan pergi..Nasi Kandar ka, beryani ke, KFC ke, Pizza ke, semua ni kami pergi untuk makan tengah hari.Soal mahal murah no 2..Kalau makan malam lagi la..Kalau takat Nasi Ayam penyek tu, normal sgt la..Tapi apa yang ak citer ni bukan diri ak sgt..Lebih kepada kawan ak..Ak masa kat universitu dulu seorang yang berjimat cermat..Seyes tak tipu..Huhu..

Nak dijadikan cerita, ak dapat kerja ngn kawan2 ak ni..Kami 1 tempat kerja..So, makan dah biasa dulu sama2, sekarang ni time rehat pon makan sama2..Tapi, makan dulu memang tak sama dengan makan sekrang yang baru 1 bulan lepas kami makan bersama dalam kampus..Situasi sekrang memang agak terejut la bagi ak sebab memang kawan ak terlalu berjimat..Dulu ak kenal dia bukan cmtu.. Perubahan yang drastik gila menyebabkan ak nak tulis entry ni..

Kalau dulu, makan tengah hari ringan mulut dia untuk makan Nasi Beryani Kambing..Harga tak payah tanya la..Tapi tak ade masalah pon..Tapi sekrang ni, nak minum teh o ais pon tanya harga weh..Hehehe..Apekan lagi nak makan nasi..Kadang2 tu, xorder air sebab berjimat..Makan ni memang letak lauk je..Sayur memang tak letak sebab takut mahal..Kalu dulu, benda2 ni semua memang tak pernah kesah pon..Tapi, bila dah start keje, semuanya kisah..



Nak tergelak pon ada sebab ak kenal dia dulu memang lain dengan dia sekrang..Lain sgt..Kadang2 tension gak tengok..Alasan nak kawin..Kami pon nak kawin jugak la..Hehehehe..Tapi xde la sampai tak order air bila makan..

Hahaha..Korang mungkin tak rasa sebab tak alami..Ak yang alami ni memang nampak perubahan tu..Nak isi minyak moto pon dah bekira..Nak bayar tol pon bekira..Sanggup untuk ulang-alik dari rumah walaupun jarak 40minit. Alasan dapat berjimat untuk makan malam dan duit rumah sewa..Hahaha.Sabor je la...Tahun ni memang terkenal dengan word 'berjimat'. 

Memang bagus la kawan2 ak ni semua..Ak respect la.. Nanti bila korang jumpa kawan cmni, mesti korang akan buat entry jugak..Kelakar ade, tension ade, geram pon ade, bagus pon ade, senang citer, macam2 ade..

Rumah nak besar, bilik nak banyak, kalau boleh rumah teres, dekat dengan tempat kerja,internet pon nak jugak, ada tv pon ok, astro pon kalau ada ok gak, tapi bayar rm350 dah la sebulan, xdapat la weh..

Makan nak sedap, lauk nak banyak, sayur pon nak jugak, air nak air milo ais, tapi bayar RM3 dah la..xdapat la weh..

Sekadar celoteh tentang kehidupan kami..Xnak layan tak pe la..Just nak kongsikan je..Huhu..Kerje o0o0 kerje..Semoga kita berjimat-jimat selalu...Tabung untuk kawin bermual bulan ini..

Jom berjimat!!!

Cerita Hari Pertama Bekerja

Salam dan selamat sejahtera..Hari ni adalah hari ke dua bekerja..Tapi yang saya nak story ni adalah cerita hari pertama..Cerita hari pertama sebagai seorang pekerja di salah sebuah company di KL dan merupakan antara company telekomunikasi yang terbesar di China.

Bermula jam 8.oo pagi saya n kawan2 keluar dari rumah dari keramat menuju ke ampang park mengambil masa lebih kurang 15minit kalau tak sesak..Tapi memandangkan hari first, kami keluar awal sejam dan sampai pukul 8.45 sebab terlepas simpang dan sebagainya..Sampai2 je, seperti yang disuruh, kami diminta untuk berjumpa PIC yang bertugas untuk bagi tahu apa yang patut di Menara City Bank.

Selepas mengisi borang ape ntah, kami terus di fowardkan ke bangunan G-Tower pulak untuk berjumpa dengan bos..Selepas sedikit briefing, kami ditugaskan dibawah satu job dengan DiGi. Untuk job tersebut, kami dihantar ke ss16 subang jaya..Peeh..Memang agak terkejut la sebab ingatkan kerja dekat HQ..tapi rupanya2 kerja kat area subang..Memang jauh gak la dari Keramat AU3 rumah sewa kami..Memang pening sikit sekrang ni..Ape2 pon, first day memang best..

Rasa seperti berada di China sebab kebanyakkan pekerja kat situ adalah pure dari China..Melayu kat situ hanya minoriti..Department saya hanaya ada 4 orang engineer dari 14 Engineer. Tapi tak pe la..Kerja la dulu kan..Baru hari pertama..Ape2 pon, enjoy la dulu..

Pukul 6 baru kuar office..tapi disebabkan sesak, pukul 8 baru sampai rumah..Semua kawan2 dan letih gila sebab perjalanan yhang jauh dan sesak..Tapi bagi saya itulah pengalaman yang best yang orang lain tak da..Kerja mula2 dah nak ade..Tapi, 2,3 hari ni lebih kepada membaca note2 yang berkaitan dengan scope kerja kami..

Hope dapat terus berblogging walaupun sedikit letih..Hari pertama yang simple dan best..Cerita saya mungkin lain pada cerita anda kan? Bagaimana anda punya pengalaman hari pertama kerja? Ok ke? Kongsi2 la kat sini...Itu saje dari saya...Wasalam..

Info Jumaat 42| Tujuh Jenis Siksaan Buat Wanita

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam info jumaat buat kali yang ke 42..Minggu ni tajuk yang agak ringkas tapi agak berat untuk kita hayati dan renugkan..Tajuk hari ini adalah siksaan untuk wanita..kalau sebelum ni, ada mengisahkan tentang kelebihan-kelebihan wanita kan? Tapi disebalik kelebihan itu, terselit jugak siksaan buat wanita..

Siksaan tidak terbatas buat lelaki mahupun wanita..Tapi yang saya nak kongsikan ni adalah untuk wanita..Berikut adalah apa yang diambil direct dari blog ustaz azhar idrus.

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya, kerana menampakkan rambut pada lelaki yang diharamkan.

2. Wanita digantung dengan kaki terikat pada teteknya terus ke ubun-ubunnya dengan ular dan kala memakan daging serta meghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadas besar serta meringan-ringankan sembahyang.

3. Wanita digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya.

4. Wanita digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah dengan tiada izin suaminya.

5. Wanita digantung dengan lidahnya serta dituang dengan air panas ke dalam tengkuknya kerana menyakiti suaminya.

6. Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu ngadu serta berdusta.

7. Wanita berbadan anjing kerana suka melaga-lagakan manusia serta dengki mendengki.

wallahua'lam

Semoga memberi kesan dan something buat semua yang membaca..

Sumber: http://ustazazhar.net/v01/

'Berkhalwat' bawa Brown kepada Islam

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi..Ketika tengah sebok membelek paper utusan online, saya terjumpa dengan satu artikel yang agak menarik untuk dikongsikan..Walaupun ramai dah membca, tapi ramai jugak yang belum membaca dan tahu kisah ni.So, kisah ni saya amik dari utusan online..

*******

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

SELURUH keluarga melonjak kegembiraan, lebih-lebih lagi si bapa, Dr. Laurence Brown apabila puteri keduanya, Hannah selamat dilahirkan. Cuma yang janggalnya, kegembiraan itu tidak diiringi dengan sebarang ucapan syukur atau terima kasih kepada tuhan atas kelahiran bayinya itu.

Ini kerana Dr. Brown tidak beragama. Tidak ada sedikit pun kepercayaan terhadap tuhan, apatah lagi mengakui kewujudan tuhan. Beliau seorang ateis.

Namun kegembiraan dengan kelahiran bayinya itu tidak lama. Ini kerana Hannah mengalami masalah kesihatan yang amat serius. Pembuluh darah ke jantung bayi itu sempit sehingga menyebabkan peredaran dan aliran darah tidak lancar.

Dr. Brown dapat menyaksikan sendiri tubuh mungil anaknya itu bertukar kepada kebiruan terutama dari bahagian dada sehingga ke hujung kaki akibat aliran darah yang tidak lancar.

Si anak ditempatkan di bilik rawatan intensif untuk bayi (NICU) sebuah hospital untuk menanti saat dan ketika menjalani pembedahan dan pelbagai rawatan bagi menyelamatkan nyawanya.

Malah beliau sendiri sebagai seorang doktor sangat memahami bentuk-bentuk rawatan yang akan dilakukan oleh pakar atau doktor bedah bayi dan kanak-kanak terhadap anaknya itu.

Pastinya tiada jalan lain untuk menyelamatkan Hannah kecuali menjalani pembedahan besar di bahagian dada.

Namun peluang atau kejayaan pembedahan itu sangat tipis. Tiada peluang besar untuk si bayi itu dapat bertahan hidup dengan lebih lama sekali pun jika pembedahan itu berjaya.

Segala prosedur dan implikasi itu telah dijelaskan kepada Dr. Brown oleh pakar bedah.

Namun sebagaimana lazimnya, si pakar menasihati Dr. Brown banyak berdoa kepada tuhan, meminta dari-Nya agar Hannah dapat diselamatkan. Lebih penting, berdoa kepada tuhan itu akan membuatkan Dr. Brown berasa lebih tenang ketika menanti saat-saat getir seperti itu.

Tentu sahaja si bapa bagai terpukul dengan kata-kata doktor tersebut.

Berdoa? Jangankan berdoa, tiada satu tuhan pun yang beliau akui. Bagaimana hendak berdoa.

"Saat perunding pakar bedah kardiotoraks yang akan menjalankan pemeriksaan teliti terhadap puteri saya pergi meninggalkan saya dengan segala macam nasihat itu, perasaan saya sendiri bercampur aduk antara sedih dan takut.

"Tidak ada teman ketika itu kecuali rasa takut yang amat sangat. Tiada tempat untuk saya tuju untuk berkongsi kesedihan sementara menunggu hasil pemeriksaan itu.

"Namun akhirnya saya menuju ke bilik yang dikhaskan untuk berdoa di hospital dan terus saya duduk bersimpuh," ujar Dr. Brown menceritakan kekalutan hatinya saat itu.

Beliau mengakui, itulah kali pertama dalam hidupnya dia berdoa dengan tulus dan sungguh-sungguh.

"Sebagai seorang ateis, saat itulah pertama kalinya saya berbicara dengan tuhan, itupun dengan setengah hati.

"Saya membuka hanya separuh daripada hati saya untuk mengakui tuhan kerana ego yang masih ada.

"Saya tidak sepenuhnya meyakini dan mempercayai wujudnya tuhan. Dalam situasi panik seperti itupun, saya tidak sepenuhnya meyakini tuhan. Malah saya berdoa dengan sikap skeptikal terhadap tuhan.

"Iaitu jika Tuhan itu memang ada, benar-benar wujud saya pinta agar tuhan akan menyelamatkan puteri saya.





"Sebagai balasannya, jika anak saya selamat, saya berjanji akan mencari dan mengikuti agama yang paling menyenangkan hati-Nya," kata Dr. Brown.

Hanya itu yang beliau tuturkan kepada tuhan kerana sekitar 10 sehingga 15 minit kemudian, beliau dipanggil untuk menemui perunding bedah anaknya itu.

Saat itu, dada beliau bagaikan hendak pecah kerana menahan debaran untuk mendengarkan penjelasan konsultan akan nasib anaknya.

Tetapi alangkah terkejutnya Dr. Brown apabila diberitahu bahawa Hannah bagai bayi ajaib. Setelah pemeriksaan teliti dilakukan, bayi itu didapati tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan pembuluh darahnya.

Malah Hannah akan menjalani kehidupan normal seperti anak-anak yang lain. Kata-kata doktor itu ternyata benar apabila selepas dua hari dilakukan perhatian yang teliti keadaan puterinya menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan!

Tidak ada lagi istilah 'bayi biru' malah tidak perlu mengambil sebarang ubat apatah lagi menjalani pembedahan besar.

Hannah dibenarkan pulang ke rumah seolah-olah seperti tidak ada penyakit yang dideritai selama ini.

***************
Apa yang kita boleh amik iktibar dari kisah ni adalah hidayah atau petunjuk dari Allah berlaku dimana-mana tanpa mengira masa, usia dan ketika..Dimana sahaja petunjuk tu boleh dapat..Klau macam dulu saya pernah postkan bagaimana seorang model memeluk Islam..Menarik jugak citer tu..Boleh search dalam blog ni..Kisah Seorang Model Memeluk Islam.

Kita sebagai orang yang dah islam ni, tak perlu untuk cepat menyalahkan orang ataupun bersangka buruk pada orang bukan Islam..Kita kena ingat, mane nak tahu, orang yang dulu memang tegar minum arak, tiba2 mendapat hidayah, dia tu lebih baik dari kita seperti budak kecil yang baru dilahirkan..

Ada sepotong hadis Nabi, " kalau Allah mahu memberi kebaikan, maka nescaya dia akan berikan kefahaman, iaitu kefahaman dalam Agama" Lebih kurang cmtu maksud dia..Oleh itu kawan2, yang terlalu bersangka buruk pada sesiapa sahaja sebab kita tahu apa yang akan terjadi di masa depan..Ok..

Wasalam

Airbus Perkenalkan Pesawat Masa Depan 2050

Airbus merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terkenal diseluruh dunia selain daripada Boeing. Airbus yang paling famous buat masa sekrang adalah A380 dimana Malaysia Airlines juga ada menempah untuk membelinya..Namun ,atas sebab-sebab tertentu, sehingga kini pesawat A380 Malaysia Airlines masih tidak sampai ke Negara kita lagi. Bukan kita tak mapu beli, tapi mungkin ada sebab tertentu kot kita terpaksa menuggu..

Negara jiran kita , Singapore telah pun menggunakan pesawat ini terlebih dahulu..Sama2 kita tunggu pesawat A380 milik Malaysia Airlines. Tapi, jangan la berharap sangat dapat naik dari KL ke Alor Setar..Kalau ye pon nak naik, mungkin penerbangan yang mengambil masa 5 jam keatas la kot..Huhu..

A380
Bukan A380 yang kita nak ceritakan..Tapi adalah penerbangan masa depan yang telah di reka oleh Airbus iaitu pesawat ala-ala trasparent yang membolehkan kita melihat diluar kapal..Sekrang ni, kalau orang naik kapal terbang, mesti nak berebut-rebut nak duduk tepi tingkap kan? Alsannya nak tengok pemandangan luar..Betul tak?



Tapi pada tahun 2050 ni, Airbus mereka satu kapal terbang yang mana semua orang boleh tengok luar.Ha amik ko..Semua orang dapat tengok..Xpayah nak gaduh2 lagi..Tapi persoalannya, itu bagi yang tak takut naik flight..Bagaimana orang yang takut pulak? Mampukah untuk menghindarkan rasa takut tu? Oleh yang demikian, Airbus mencadangkan supaya mengenakan penutup mata semasa mendarat dan juga semasa berlepas..

Mengikut petikan akhbar,

Dinding pesawat berubah mengikut keadaan cahaya manakala paparan permainan holografik dan kemudahan hiburan dalam penerbangan menggunakan kuasa yang dijana dengan haba tubuh penumpang.
Kabin konsep itu merupakan struktur bionik yang meniru kecekapan tulang burung, dakwa Airbus.

Ia akan memberikan kekuatan di mana perlu, di samping membolehkan pemasangan membran dinding kabin 'pintar' yang mengawal suhu udara dan boleh dijadikan telus supaya penumpang menikmati pemandangan panorama yang terbuka luas.

Kabin masa depan itu menyusuli pesawat konsep yang dipamerkan oleh Airbus pada tahun lepas, dilengkapi pelbagai teknologi untuk mengurangkan penggunaan bahan api, pengeluaran asap, pembaziran dan bunyi.
"Penyelidikan kami menunjukkan penumpang pada 2050 mengharapkan pengalaman perjalanan yang lancar sambil mengambil berat tentang alam sekitar dan kabin konsep itu direka dengan tujuan itu," kata Naib Presiden Eksekutif Kejuruteraan Airbus, Charles Champion. - Agensi

Lambat lagi tu 2050..Pada masa tu umur saya dah 60 lebih..Ntah ade lagi ke tidak pon tak tahu..Kalau ade, boleh la sempat naik pesawat ni pergi jalan2..hehehe..

Keputusan Terkini Liga Super 2011 | 14 JUN 2011

Berikut adalah keputusan penuh 90minit Liga Super 2011.


Kelantan 1 Vs Perak 0

Selangor 2 Vs Felda 1

Terengganu 3 Vs T-Team 2

Kedah 1 Vs Negeri Sembilan 1

Johor FC 2  Vs  Pahang 1

Perlis 0  Vs  Sabah 1

Tony Blair Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari?

Betul ke bekas PM Britain Tony Blair baca al-quran tiap2 hari? Atau ini adalah satu agenda yang tersembunyi?? Kalau mengikut kenyataan akhbar, memang Blair mengaku dia baca quran tiap2 hari..Memang hebat la dia ni kan..Bukan ape, orang Islam pun tak kadang2 tu tak dapat baca quran tiap-tiap hari..Yang lagi sedih, kadang2 tu nak sentuh al-quran 1 bulan sekali pun susah..

Untuk berita ni, ada beberapa pengajaran yang kita boleh ambil..Adakah kita embaca Al-Quran tiap2 hari sedangkan orang yang beragama lain membaca Al-Quran tiap2 hari? Kalau tidak, lepas ni kita sama2 azzm untuk baca Al-Quran tiap2 hari..Kalau kita sebagai orang Islam pon tak baca quran, bagaimana kita nak ajak orang bukan islam untuk mempercayai al-quran? betul tak?





Berita ni kadang-kadang boleh percaya, kadang-kadang memeang tak boleh percaya..Tapi, kita doakan supaya kenyataan ni adalah benar dan mendoakan supaya Tony Blair mendapat hidayah memluk Islam seperti adik iparnya..Amin.

************
Kenyataan Akhbar:http://www.hmetro.com.my/articles/Blairbacaal-Qurantiaphari/Article


LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.


Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.

Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.


Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.


“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.

Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.


Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin

**************

Terima Kasih Nuffnang & DiGi | DiGi OMG Features

Kalau korang perasan, baru-baru ni saya ada post tentang OMG Blueberry 7300 yang diberi oleh Nuffnang dan DiGi kan? Kalau belum tengok, boleh la jengok jab tengok gambar nset tu..Nset ni mempunyai fizikal yang comey dan amat sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat tak kira lelaki mahupun perempuan.

Walaupun ramai orang kata lebih sesuai dengan perempuan, tapi setelah saya mencubanya, saya rasa orang lelaki pon sesuai dengan bentuk yang menarik tu..

KAlau bentuk je cantik, tapi kurang function pon macam tak best kan? Oleh sebab itu. OMG handset ini adalah satu telefon yang lengkap untuk anda yang "kaki" internet..Sebelum makluman lebih lanjut, apa kata kita lihat dulu spesifikasi telefon ni:

Network: GSM / GPRS / EDGE
SIM: Dual SIM
Display: 2.4" QVGA LCD 240x320 pixels
Memory : ROM: 512MB | RAM : 256 MB
Data: Bluetooth 2.0, microUSB 2.0
Camera: 2MP
Others: QWERTY keypad, optical trackpad, FM Radio, Multimedia Player, Java, Azan Alarm, CSL Fun Club, Yahoo!Service & Apps
Message: SMS/MMS/Email/IM

Bukan setakat bentuk je cantik dan comel, tapi spesifikasi dia pon agak meletop..Camera ada, radio ada semua ada..Berpatutuan dengan harga yang ditawarkan..

Untuk yang tak tahu nak beli nset apa, saya mencadangkan untuk membeli OMG Blueberry 7300 bersama DIGI EASY Prepaid..Segala-galanya adalah EASY..
Seyes tak tipu..


Sebelum ni saya guna nset Nokia cap ayam ja, dengan nset ni saya agak teruja sebab walaupunnset kecik ja, tapi nak YM memang mudah..So, saya ni agak sebok sikit, so application YM( Yahoo Messenger) ni memang sangat berguna untuk saya.Bukan itu ja, bagi yang 'kaki' twitter dan FB anda juga boleh bertwitter dan ber FB direct guna application dalam telefon OMG ni..Memang mudah..Anda boleh bertwitter, ber YM, ber FB dimana2 anda berada dengan pakej DiGI Easy.


Untuk makluman lagi, bagi sesiapa yang mementingkan email dalam hidupnya, OMG Blueberry 7300 memang sesuai untuk anda..Application yahoo mail turut terdapat dalam telefon ni..

Apa yang penting adalah anda daftar bersama pelan DiGi EASY prepaid.Mudah dan murah aje..Selepas menggunakan RM40 ringgit dengan DiGI EAsy Prepaid, kamu semua dapat mengakses internet dengan 300MB Free data/internet dengan pakej OMG ini.



So, tunggu apa lagi..Handset dan cantik, bentuk dah terbaik..Application memang banyak..Senangn nak BerYM, ber FB, Yahoo mail, Yahoo weathers, Yahoo News, ber twitter da macam2 lagi..Jom la try untuk
DiGi OMG hanya RM299. Memang berbaloi-baloi.. =)

Sukan Malaysia Sukma 2011 | Kurang Meriah

Sukma 2011 yang berlangsung pada 2-15 Jun pada tahun ni dikatakan kurang meriah dan kurang mendapat sambutan..Mungkin juga disebabkan kurang publisiti menyebabkan Sukma 2011 kurang mendapat sambutan.Kalau ditengokkan pada malam pembukaan dan penutupan nya dulu,, nyata memang kurang mendapat sambutan dari segi penonton yang hadir dan media2 yang terlibat..

Tidak seperti Sukma lepas, iklannya berada di merata2 dan ramai jugak yang tertunggu-tunggu kehadirannya..Namun sebaliknya berlaku pada Sukma ke 14 tahun 2011 dimana ramai orang yang tidak tahu tentang berlangsungnya Sukma 2011 ni..

Setelah mencari punca-punca berlaku sedemikian, baru saya tahu sebenarnya Sukma 2011 memang dirancangkan supaya dilansungkan dengan sederhana dengan budget yang rendah daripada Sukma-Sukma lepas. Berikut adalah kenyataan dari http://www.nsc.gov.my

***********

PENGANJURAN Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang dari 2 hingga 15 Jun depan, akan diadakan secara sederhana iaitu hanya melibatkan bajet RM7 juta berbanding RM100 juta jika diadakan di negeri-negeri.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, temasya Sukma tahun ini akan hanya melibatkan 19 sukan pilihan iaitu akuatik (polo air dan renang berirama), berbasikal (trek), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, futsal, bola tampar pantai, judo, kabaddi, kanu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping pong, ragbi, silambam, sofbol dan tenis.

"Kita akan kurangkan perbelanjaan untuk majlis dan juga buat penyesuaian dari segi hidangan... sesuaikan dengan konsep sukan dan tidak berlebih-lebihan," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di Kuala Lumpur semalam.

**************

Majulah sukan untuk negara.. =)

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Piala FA 2011 | Kelantan Vs Terengganu

Dalam perjalanan pulang ke wangsa maju tadi, sempat juga berjumpa dengan penonton-penonton fanatik kelantan yang berlegar2 dikawasan Masjid Jamek..Pada masa kejadian adalah sekitar jam 4 petang dimana ramai mereka berkumpul untuk menuju ke Bukit Jalil.

Kelate kah akan menang?
Dari segi riaksi muka penonton kelantan, mereka semua seolah-olah tahu kemenangan adalah milik mereka disebabkan baru-baru ni Terengganu tewas di tangan Kelantan pada liga super di Terengganu.

Ukuran inilah yang menjadi kayu ukur pasukan Kelantan bahawa mereka mapu menang malam ni..Berbeza pula dengan Terengganu, kekalahan pada Kelantan baru2 ni adalah pemangkin kepada mereka untuk terus berusaha sehingga ke tiupan wisel terakhir..

Kalau tanya orang kelate, tentu nak Kelantan menang..Kalau tanya orang Terengganu, mesti nak Terengganu menang..Tapi, saya rasa final FA 2011 malam ni akan menjadi milik Terengganu..Apa kata anda? Hehehe

Apa2pon, kita sama2 tunggu untuk menyaksikan perlawanan malam ni ye..Peteh ganu peteh.( betul ke tidak ni) hehehe..

GOmo Kelate Gomo...

Kedudukan semasa:

90minit + 4'+
Kelantan    1    Vs       Terengganu  2



Masa: Full Time

Tahniah Terengganu!!

Info Jumaat 41 | Penyakit Hasad

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Alhamdulillah dapat kita berjumpa lagi untuk info jumaat yang ke 41. Diam tak diam dah 41 kali dah info jumaat ni kelaman blog ini. Tanpa dipanjangkan cerita, kita teruskan perbincangan kita dengan tajuk hari ini iaitu penyakit hasad ataupun hasad dengkin atau juga PHD( perasaan hasad dengkin).

Apa itu penyakit hasad? Secara simplenya, penyakit hasad ini adalah penyakit hati yang merbahaya. Hasad dengki juga ialah satu oenyakit hati yang merbahaya lebih bahaya daripada sakit jantung ataupun sakit kronik yang lain.Ini adalah kerana, bila penyakit ini telah menimpa kita, maka timbulla penyakit rohani dan fizikal yang lain seperti marah, kedekut, tamak, dendam, fitnah dan pelbagai lagi penyakit.

Penyakit ini bukan sahaja berlaku di zaman sekarang.Tapi juga berlaku pada zaman terdahulu.Semua tahu tentang kisah Iblis yang rasa dirinya patut lebih dihormati berbanding Adam kerana ia diciptakan daripada api tetapi Adam diciptakan daripada tanah.Iblis megatakan, kenapa aku patut sujud kepada Adam sedangkan ak patut lebih dihormati? Begitulah pendirian Iblis ketika itu..Selepas daripada itu, timbullah perasaan hasad Iblis untuk menghilangkan nikmat yang ada pada Nabi Adam dan cucunya sehingga sekarang.

Kita juga diceritakan dengan peristiwa Qabil membunuh Habil juga kerana penyakit yang sama.Habil menerima nikmat yang tidak diterima oleh Qabil. Habil telah ditentukan untuk berkahwin adik perempuan yang lebih cantik dan korabnnya diterima Allah.Maka timbul perasaan hasad bagi Qabil yang mana akhirnya dia membunuh Habil.

Begitulah antar kisah2 yang berlaku dahulu..Kalau zaman sekrang ni lagi la banyak perasaan macam ni..Antara emak dan anak pon boleh berlaku bunuh disebabkan harta..Disebabkan hasad juga sanggup membuat jampi untuk pesaingnya yang lebih maju. Kalau ditempat kerja tu, kalau tengok orang lain naik pangkat, mula ada perasaan hasad dalam diri kita..Dikalangan bloggers pon ada juga yang dengki mendengi? Betul ke?Hmmm..memang bahaya penaykit ni..

*Antara kesan-kesan Hasad adalah:

1- Dimurkai Allah di Dunia dan Akhirat
2- Tidak sempurna Iman
3- Menyerupai sifat orang Yahudi
4- Mendapat musibah tanpa mendapat pahala.
5- Memecahbelahkan masyarakat.


*Perbezaan antara Hasad, ghibtah dan munafasah.

Ketiga-tiga kalimah ini kelihatan serupa tetapi mempunyai makna yang tersendiri.

  • Hasad Dengki

Maksud: Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.

Hukum: Haram mengikut sepakat Ulama. Firman Allah yang bermaksud " Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki." (surah Al-Falaq113:5)

Dalam ayat ini, Allah meminta kita berlindung daripada bahana dan bahaya hasad.

  • Ghibtah

Maksud: Ghibtah( iri hati). Berharap nikmat yang miliki orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput daripada orang lain.

Hukum: Jika berkaitan dengan urusan dunia- Harus
Jika berkaitan dengan ibadah dan kertaatan- mustahab(sunat)


  • Munafasah

Maksud: Iaitu bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai orang lain.

Hukum: Harus tapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorang manusia. Munafasah ini juga perlu terhad kepada ruang lingkup perkara-perkara yang dibenarkan agama dengan cara yang juga " patuh syariah". Sebaik-baiknya adalah bersaing la dengan diri sendiri bedasarkan konsep 
" semoga hari ini lebih baik dari semalam".

Nak diringkaskan cerita, perlu kita hindarkan perasaan hasda ini terutama kepada manusia seagama kita,sebangsa dan sesiapa sahaja. Syukur dengan apa yang kita ada.. Allah itu maha adil..Oleh sifat keadilanNya itu IA tahu apa yang perlu dan layak untuk kita..Ok.Semoga ktia senantiasa berhusnuzon( bersangka baik) terhadapa sesama manusia..

p/s: diolah dan diadaptasi daripada Solusi.

Gambar | Wajah Baru Hentian Puduraya 2011

Pada hari selasa lepas, semasa dalam perjalanan untuk ke Nuffnang office, sempat juga untuk menghabiskan masa di sekitar hentian puduraya..Pada masa membeli tiket, jam menunjukkan pukul 8 malam.. Tapi disebabkan untuk meninjau kawasan baru di puduraya, saya memutuskan untuk mengambil tiket pukul 12mlm..Bermaksud 4 jam terpaksa menunggu..

Apa yang dapat saya katakan, dengan kemudahan baru yang selesa, 4 jam serius tidak membosankan walaupun saya keseorangan..Mula2 masuk dalam kawasan LRT Plaza Rakyat, sedikit perubahan telah dilakukan dengan sedikit cat baru dan juga penambahan hiasan..Dalam hati kecil ku, " ala, ini je ke yang berubah?" hehehe..

antara meja makan kawasan food court
LCD di kawasan food court
Perjalanan diteruskan untuk masuk ke dalam pudu..Fuhh, memang terbaik la..Kalau dulu sama ja melangkah kaki masuk, terus orang ramai berbut-rebut memanggil kita..Ada yang nak jual tiket, ada yang nak tanya tiket dan macam2..Memang seperti pasar malam kalau diingatkan kembali..Pastu pulak, ramai ja yang akan dekati kita untuk offer tiket bas tanpa ke kaunter terlebih dahulu..

kawasan merokok
Tapi, itu semua cerita lepas..Kini, semasa melangkah kki ke pudu je, suasana aman dan dingin..Aircond pon terasa..Kemas je tempat ni..Seyes tak rasa seperti pudu..Kedengaran juga announcement yang mengatakan bas A dah tiba, sila ke platform 9..Memang agak grand la..Eh, kat mana nak beli tiket ni? Tanya hati kecil ku..Eh, nak makan kat mana ni? Tak nampak pon orang jual makan?

surau yang agak luas dan selesa
Bukan takat orang jual makan, orang jual tiket pon xnampak...Hanya nampak orang tunggu bas je seperti tunggu kapal terbang dengan laluan yang style untuk ke bawah..Laluan untuk ke bawah memang cantik bentuknya..Pastu ada kena tekan push button untuk buka pintu..Agak berteknologi di situ..

kawasan sekitar surau

Kedai2 yang menjual buah semuanya telah disusun dengan cantiknya di kawasan menunggu..Aircondnya memang terasa sejuknya..Setibanya dipudu, terus saya mencari food court yang terletak di tingkat 4.. Alhamdulillah, ramai sangat petugas yang menjaga dipudu tu menyebabkan kita rasa selesa dan tidak sesat walaupun food court jauh sikit dari tempat menuggu bas..

tempat jualan tiket
Wau, food court pon memang totally berubah..Udaranya yang sejuk menyebabkan seolah2 rasa seperti makan di hotel..Harga makanan rasanya naik sikit kot..Saya makan Nasi Goreng Pattaya berharga RM6.50. Standard ke? Sambil menuggu makanan, terdapat juga screen yang menunjukkan schedule bas kita supaya tidak terlepas.

aras 2 hentian puduraya
tekan untuk buka..

Untuk makluman, kawsan food court di terminal bas puduraya kini bebas dari perokok dimana satu bilik khas telah dibuat untuk perokok. Untuk makluman juga, kawasan yang berhawa dingin sebenarnya adalah kawasan tidak boleh merokok tak kesah la berada dimana sekali pon..Makanannya macam biasa la..Tak da perubahan sebabnya orang yang sama juga yang jual kalau tak salah..Sejam lepak di food court seolah2 seperti 30minit je..Sungguh tak rasa panas mahupun rimas..Keadaan yang dingin dan nyaman menyebabkan orang ramai lebih selesa..

tekan baru boleh terbuka..
Selepas tu, turun bula ke aras 3 untuk solat..Surau ini terlebih dahulu siap sebelum puduraya ditutup..Tapi dulu tiada connection sebabnya masih belum dibuat..Kini semuanya diconnect terus dengan tempat menuggu, membeli tiket dan surau..Kawasan surau yang selesa, luas dan mempunyai pengudaraan yang baik membolehkan solat dilakukan dengan lebih khusyuk tanpa merisaukan keadaan kasut, dan macam2 lagi..Alhamdulillah, suraunya memang luas dan selesa..

kemas dan cantik kan?
Turun lagi ke aras2  adalah dimana tempat mebeli tiket..Kalau dulu kawsan ni penuh dengan ulat-ulat tiket..namun kini, kawasan ini penuh dengan pegawai2 yang bertugas untuk memantau aktiviti-aktiviti terlarang..Kaunter2 bas disusun rapi dengan papan digital memaparkan tiket2 yang masih available..Memang agak sistematik dan selesa. TIdak perlu lagi berebut2 sebab banyak sangat kaunter tiket kat situ..Kauter pertanyaan juga ada dikawasan itu untuk memudahkan pelancong bertanya apa2 soalan..

tiada ruang untuk asap masuk ke dalam bangunan
Untuk tempat beli tiket ni, saya boleh bagi 5 star la..memang tersusun dan bersistematik..Tempat menuggu seperti biasa la..Tapi, banyak ruang dan kursi tersedia..Semua orang dapat duduk tanpa perlu berebut2 lagi..Kalau takut ditinggal bas, LCD besar memaparkan schedule bas berada dimana2 sahaja..InsyAllah tak terlepas melainkan la tertido..Hehehe..

dah macam airport la.

Sebagai konklusinya, walaupun 4 jam menuggu di terminat puduraya sekrang memang berbeza sangat dengan 4 jam di terminal puduraya yang dahulu..Terima kasih kepada pegawai yang bertugas dan pihak yang telah mengubahsuaikan terminat puduraya ni..Memang wajar pihak terbabit mendapat pujian..Tahniah..

Just my 1 cent.

Terima Kasih Nuffnang & DiGi | Blueberry 7300


Salah satu impian saya sebagai seorang bloggers adalah dapat review gadget..Semalam bertempat di nuffnang office, segalanya terbukti apabila saya terpilih daripada 10 bloggers yang terpanggil untuk review gadget terbaru blueberry 7300...



Saya diberi masa beberapa minggu untuk review gadget ini dengan pelan2 DiGi Easy prepaid..Sekrang ni lebih mudah untuk ber YM, check email mahupun berinternet..Sekadar entry pendahuluan..


Nantikan review seterusnya mengenai blueberry 7300 yang kecik, mudah, ringan dan macam2 ada..More details, tunggu next entry...Layan....Hehehe

Pecutan Terakhir WWWOW DiGi Award 2011 | Blogger Of The Year

Bermula 6/6/11, ranking untuk WWWOW DiGi Award 2011 akan dimansuhkan. Oleh itu, bermula tarikh ini, kita semua tak tahu siapa yang berada di ranking pertama, kedua mahupun yang ke 10...Ranking ini tidak akan dipamerkan sehingga hari anugerah tersebut berlangsung pada 12/7/11.

Apa yang penting sekrang ni adalah teruskan membuat undian anda..Kedudukan terkahir yang saya sempat tengok blog nabilpotter berada pada kedudukan #14. Alhamdulillah walaupun bukan no 1, tapi satu kedudukan yang agak baik memandangkan beribu-ribu bloggers yang masuk untuk categori blogger of the year.


Bagi sesiapa yang elum membuat undian lagi, anda boleh berbuat demikian dengan klik disini.. Kemudian, login account anda menggunakan FB anda dan kemudia isi verfication word. Kemudian tu tekan button vote..Untuk makluman, anda boleh membuat undia sehari sekali untuk setiap category..Kalau yang rajin tu, nuka je FB, undi la untuk saya 1..Hehehe..

Ok..14 Days to go..Hurry up..RM5000 menanti setiap pemenang untuk setiap category..Selamat mengundi ye..Terima kasih untuk pengundi2 saya yang sentiasa support dari belakang... =)