Airbus Perkenalkan Pesawat Masa Depan 2050

Airbus merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terkenal diseluruh dunia selain daripada Boeing. Airbus yang paling famous buat masa sekrang adalah A380 dimana Malaysia Airlines juga ada menempah untuk membelinya..Namun ,atas sebab-sebab tertentu, sehingga kini pesawat A380 Malaysia Airlines masih tidak sampai ke Negara kita lagi. Bukan kita tak mapu beli, tapi mungkin ada sebab tertentu kot kita terpaksa menuggu..

Negara jiran kita , Singapore telah pun menggunakan pesawat ini terlebih dahulu..Sama2 kita tunggu pesawat A380 milik Malaysia Airlines. Tapi, jangan la berharap sangat dapat naik dari KL ke Alor Setar..Kalau ye pon nak naik, mungkin penerbangan yang mengambil masa 5 jam keatas la kot..Huhu..

A380
Bukan A380 yang kita nak ceritakan..Tapi adalah penerbangan masa depan yang telah di reka oleh Airbus iaitu pesawat ala-ala trasparent yang membolehkan kita melihat diluar kapal..Sekrang ni, kalau orang naik kapal terbang, mesti nak berebut-rebut nak duduk tepi tingkap kan? Alsannya nak tengok pemandangan luar..Betul tak?



Tapi pada tahun 2050 ni, Airbus mereka satu kapal terbang yang mana semua orang boleh tengok luar.Ha amik ko..Semua orang dapat tengok..Xpayah nak gaduh2 lagi..Tapi persoalannya, itu bagi yang tak takut naik flight..Bagaimana orang yang takut pulak? Mampukah untuk menghindarkan rasa takut tu? Oleh yang demikian, Airbus mencadangkan supaya mengenakan penutup mata semasa mendarat dan juga semasa berlepas..

Mengikut petikan akhbar,

Dinding pesawat berubah mengikut keadaan cahaya manakala paparan permainan holografik dan kemudahan hiburan dalam penerbangan menggunakan kuasa yang dijana dengan haba tubuh penumpang.
Kabin konsep itu merupakan struktur bionik yang meniru kecekapan tulang burung, dakwa Airbus.

Ia akan memberikan kekuatan di mana perlu, di samping membolehkan pemasangan membran dinding kabin 'pintar' yang mengawal suhu udara dan boleh dijadikan telus supaya penumpang menikmati pemandangan panorama yang terbuka luas.

Kabin masa depan itu menyusuli pesawat konsep yang dipamerkan oleh Airbus pada tahun lepas, dilengkapi pelbagai teknologi untuk mengurangkan penggunaan bahan api, pengeluaran asap, pembaziran dan bunyi.
"Penyelidikan kami menunjukkan penumpang pada 2050 mengharapkan pengalaman perjalanan yang lancar sambil mengambil berat tentang alam sekitar dan kabin konsep itu direka dengan tujuan itu," kata Naib Presiden Eksekutif Kejuruteraan Airbus, Charles Champion. - Agensi

Lambat lagi tu 2050..Pada masa tu umur saya dah 60 lebih..Ntah ade lagi ke tidak pon tak tahu..Kalau ade, boleh la sempat naik pesawat ni pergi jalan2..hehehe..

4 comments:

Unknown said...

sublimely nice!

aque said...

kagum...

Nabiel said...

nice!hehehe
tapi klu yg penakot nie mcm mne?huhuhu..

kinn said...

whoa, hebat nye!

salam kenal. first visit here, terus follow! ;D