Thursday, June 9, 2011

Gambar | Wajah Baru Hentian Puduraya 2011

Pada hari selasa lepas, semasa dalam perjalanan untuk ke Nuffnang office, sempat juga untuk menghabiskan masa di sekitar hentian puduraya..Pada masa membeli tiket, jam menunjukkan pukul 8 malam.. Tapi disebabkan untuk meninjau kawasan baru di puduraya, saya memutuskan untuk mengambil tiket pukul 12mlm..Bermaksud 4 jam terpaksa menunggu..

Apa yang dapat saya katakan, dengan kemudahan baru yang selesa, 4 jam serius tidak membosankan walaupun saya keseorangan..Mula2 masuk dalam kawasan LRT Plaza Rakyat, sedikit perubahan telah dilakukan dengan sedikit cat baru dan juga penambahan hiasan..Dalam hati kecil ku, " ala, ini je ke yang berubah?" hehehe..

antara meja makan kawasan food court
LCD di kawasan food court
Perjalanan diteruskan untuk masuk ke dalam pudu..Fuhh, memang terbaik la..Kalau dulu sama ja melangkah kaki masuk, terus orang ramai berbut-rebut memanggil kita..Ada yang nak jual tiket, ada yang nak tanya tiket dan macam2..Memang seperti pasar malam kalau diingatkan kembali..Pastu pulak, ramai ja yang akan dekati kita untuk offer tiket bas tanpa ke kaunter terlebih dahulu..

kawasan merokok
Tapi, itu semua cerita lepas..Kini, semasa melangkah kki ke pudu je, suasana aman dan dingin..Aircond pon terasa..Kemas je tempat ni..Seyes tak rasa seperti pudu..Kedengaran juga announcement yang mengatakan bas A dah tiba, sila ke platform 9..Memang agak grand la..Eh, kat mana nak beli tiket ni? Tanya hati kecil ku..Eh, nak makan kat mana ni? Tak nampak pon orang jual makan?

surau yang agak luas dan selesa
Bukan takat orang jual makan, orang jual tiket pon xnampak...Hanya nampak orang tunggu bas je seperti tunggu kapal terbang dengan laluan yang style untuk ke bawah..Laluan untuk ke bawah memang cantik bentuknya..Pastu ada kena tekan push button untuk buka pintu..Agak berteknologi di situ..

kawasan sekitar surau

Kedai2 yang menjual buah semuanya telah disusun dengan cantiknya di kawasan menunggu..Aircondnya memang terasa sejuknya..Setibanya dipudu, terus saya mencari food court yang terletak di tingkat 4.. Alhamdulillah, ramai sangat petugas yang menjaga dipudu tu menyebabkan kita rasa selesa dan tidak sesat walaupun food court jauh sikit dari tempat menuggu bas..

tempat jualan tiket
Wau, food court pon memang totally berubah..Udaranya yang sejuk menyebabkan seolah2 rasa seperti makan di hotel..Harga makanan rasanya naik sikit kot..Saya makan Nasi Goreng Pattaya berharga RM6.50. Standard ke? Sambil menuggu makanan, terdapat juga screen yang menunjukkan schedule bas kita supaya tidak terlepas.

aras 2 hentian puduraya
tekan untuk buka..

Untuk makluman, kawsan food court di terminal bas puduraya kini bebas dari perokok dimana satu bilik khas telah dibuat untuk perokok. Untuk makluman juga, kawasan yang berhawa dingin sebenarnya adalah kawasan tidak boleh merokok tak kesah la berada dimana sekali pon..Makanannya macam biasa la..Tak da perubahan sebabnya orang yang sama juga yang jual kalau tak salah..Sejam lepak di food court seolah2 seperti 30minit je..Sungguh tak rasa panas mahupun rimas..Keadaan yang dingin dan nyaman menyebabkan orang ramai lebih selesa..

tekan baru boleh terbuka..
Selepas tu, turun bula ke aras 3 untuk solat..Surau ini terlebih dahulu siap sebelum puduraya ditutup..Tapi dulu tiada connection sebabnya masih belum dibuat..Kini semuanya diconnect terus dengan tempat menuggu, membeli tiket dan surau..Kawasan surau yang selesa, luas dan mempunyai pengudaraan yang baik membolehkan solat dilakukan dengan lebih khusyuk tanpa merisaukan keadaan kasut, dan macam2 lagi..Alhamdulillah, suraunya memang luas dan selesa..

kemas dan cantik kan?
Turun lagi ke aras2  adalah dimana tempat mebeli tiket..Kalau dulu kawsan ni penuh dengan ulat-ulat tiket..namun kini, kawasan ini penuh dengan pegawai2 yang bertugas untuk memantau aktiviti-aktiviti terlarang..Kaunter2 bas disusun rapi dengan papan digital memaparkan tiket2 yang masih available..Memang agak sistematik dan selesa. TIdak perlu lagi berebut2 sebab banyak sangat kaunter tiket kat situ..Kauter pertanyaan juga ada dikawasan itu untuk memudahkan pelancong bertanya apa2 soalan..

tiada ruang untuk asap masuk ke dalam bangunan
Untuk tempat beli tiket ni, saya boleh bagi 5 star la..memang tersusun dan bersistematik..Tempat menuggu seperti biasa la..Tapi, banyak ruang dan kursi tersedia..Semua orang dapat duduk tanpa perlu berebut2 lagi..Kalau takut ditinggal bas, LCD besar memaparkan schedule bas berada dimana2 sahaja..InsyAllah tak terlepas melainkan la tertido..Hehehe..

dah macam airport la.

Sebagai konklusinya, walaupun 4 jam menuggu di terminat puduraya sekrang memang berbeza sangat dengan 4 jam di terminal puduraya yang dahulu..Terima kasih kepada pegawai yang bertugas dan pihak yang telah mengubahsuaikan terminat puduraya ni..Memang wajar pihak terbabit mendapat pujian..Tahniah..

Just my 1 cent.

15 comments:

Amira Naliya said...

wow...seriously amazing...memang bertukar wajah betul la pudu skunk ni..well..kalau de masa leh la survey tempat bas yang kat BTS 2 kan..hehe..

tiha said...

woow amazed gila lah..lama x nek bas smnjk nek train je skunk...

marilah join kontest blog saya dan marilah beli brooch di blog saya :
http://fasham87.blogspot.com/2011/06/perihal-craft-dan-contest.html

pauline said...

nice and clean.. sukanya tengok tempat mcm nie..

Aman Ibrahim said...

seriously berbeza dgn yg dulu nya~ mmg comfortable and nice design..

love this entry~ thanks

ainakhani said...

wahhhhhhhhhhh! serius terpesona gila... banding dengan yang dulu... haprak.. hahaha sama dengan TBS lah kan... nak tunggu naik bus macam tunggu kapal terbang... fuhhhh baru ade classssss ! x malu ngan pelancong yang dtg msia.. kan kan?

Nur Hawa Mohd Zin said...

buat macam TBS ek? bagus la..sebab penumpang utamakan keselamatan dan keselesaan...malaysia semakin maju dalam bidang insfrastruktur

SyUhAdA said...

wahh..
siyes sgt cntik dan selesa..
xpenah pegi lagi stesen pudu yg baru nie..
x sbr nak pegi nnti..

iela_fadila alias said...

lebih kurang TBS jugak.
sangat selesa n sistematik.
lepas ni xla takut sangat nak turun kat pudu.
dah bca en3 ni rasa nak turun kat pudu ja lepas ni,hehe.b4 ni excited nak turun kat tbs.

Hans said...

cantiknyaaaaaaaaa
time aku selalu turun dkt sini xnak plak dia ubah
time aku dah xpergi
terus lawa cam nih
hehehe

Review Filem KL Gangster

jemarioren said...

kata anak sedara mokcik mcm klia. kena pegi balik ni

::FAIZ FARISH:: said...

very Nice

RASA HATI said...

wahhhh cantik menaruk tertarikkk bila la aku nak pergi ni...teringinnya...thanks Nabil

zih@n said...

mmg cntik la...esk nk blk kmpg..cdgnya dr lcct nk pegi pudu ambik bas kat sna plak..tp mcm cuak je sbb 1st time nk smpi pudu yg berwajah baru ni..dlm kepala asyik fikir kat mn nk beli tiket, rmi ke org.nk mkn kat mn???
baca entry ni rasa mcm ok skit kot..tgk la esk mcm mn..hope slmt smpi.. =)

Asyikin Azizan said...

Alhamdulillah.. surau yg sangat selesa... :)

Adan said...

peergghhh...klh airport kot...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...