Tuesday, June 14, 2011

Tony Blair Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari?

Betul ke bekas PM Britain Tony Blair baca al-quran tiap2 hari? Atau ini adalah satu agenda yang tersembunyi?? Kalau mengikut kenyataan akhbar, memang Blair mengaku dia baca quran tiap2 hari..Memang hebat la dia ni kan..Bukan ape, orang Islam pun tak kadang2 tu tak dapat baca quran tiap-tiap hari..Yang lagi sedih, kadang2 tu nak sentuh al-quran 1 bulan sekali pun susah..

Untuk berita ni, ada beberapa pengajaran yang kita boleh ambil..Adakah kita embaca Al-Quran tiap2 hari sedangkan orang yang beragama lain membaca Al-Quran tiap2 hari? Kalau tidak, lepas ni kita sama2 azzm untuk baca Al-Quran tiap2 hari..Kalau kita sebagai orang Islam pon tak baca quran, bagaimana kita nak ajak orang bukan islam untuk mempercayai al-quran? betul tak?





Berita ni kadang-kadang boleh percaya, kadang-kadang memeang tak boleh percaya..Tapi, kita doakan supaya kenyataan ni adalah benar dan mendoakan supaya Tony Blair mendapat hidayah memluk Islam seperti adik iparnya..Amin.

************
Kenyataan Akhbar:http://www.hmetro.com.my/articles/Blairbacaal-Qurantiaphari/Article


LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.


Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.

Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.


Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.


“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.

Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.


Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin

**************

5 comments:

honey amour said...

betul ke tak..wallahhualam ...

MrPayid said...

baca je pun n x bermakna dia faham isi kandungan yg ditulis....

Bapak said...

rasanye dia baca terjemahan je..apa pun biarlah kita bersangka baik, semoga dia diberi hidayah oleh Allah...

::FAIZ FARISH:: said...

hm... baca versi bahasa inggeris...

Amanina Sofea said...

smoga blair mndpt hidayah..
aminn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...